Tidak berniat untuk menyembunyikan kandungan isteri sebaliknya menghormati permintaan ibu. Akhmal Nazri jadi bapa.

artis Hiburan Keluarga Kisah Rumahtangga selebriti

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Lyssa Jean selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor jam 1.47 pagi semalam.

Akhmal ketika dihubungi berkata, dia bersyukur apabila proses bersalin berjalan lancar selain berpeluang menemani isterinya di bilik bersalin.

“Sebelum diberi kebenaran untuk menemani isteri di bilik bersalin, saya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu. Saya bersyukur sangat apabila proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Saya juga diberi peluang untuk memotong tali pusat dan mandikan bayi sulung saya. Lebih mengejutkan saya turut diberi peluang melakukan sendiri tahnik kepada permata saya.

“Ini adalah satu pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya tak sangka diberi kesempatan untuk melihat segala keindahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditempuh seorang ibu.

“Walaupun saya takut dan cuak di bilik bersalin, tapi saya kagum dengan ciptaan Allah yang cukup luar biasa. Isteri bersalin secara normal dan bayi dilahirkan seberat 3.19 kilogram,”katanya.

Menurut Akhmal, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kandungan pertama mereka kepada kenalan mahupun peminat, sebaliknya dia ingin menghormati permintaan ibu Jean.

“Selama sembilan bulan kami ‘kunci mulut’ dan tak beritahu sesiapa. Bukan sengaja tak nak kongsi berita gembira ini tapi saya menghormati permintaan ibu Jean selain mahu menjaga emosi isteri saya.

“Ibu Jean pesan supaya berita ini dikongsikan apabila bayi dah lahir. Lagipun saya tak nak Jean tertekan jika dia terbaca komen netizen yang mungkin tidak suka mengenai berita kehamilan isteri saya.

“Tapi apapun saya bersyukur apabila semuanya dalam keadaan yang terkawal, malah Jean juga tidak berdepan sebarang alahan teruk seperti muntah-muntah atau mengidam benda pelik,”katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 31 Disember tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

Sumber: Metro.

Walaupun Miera Liyana Dah Bersalin Dari Bulan Mei Lepas. Tapi Wajah Dan Jantina Masih Dirahsiakan Dan Ini Sebabnya.

16 Mei lepas, Miera liyana selamat melahirkan bayi sulungnya.

Kata pelakon ini, bukan mudah nak membahagikan masa buat diri sendiri sejak bergelar ibu.

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap begini, sejak bergelar ibu tumpuan saya diberikan kepada anak. Hendak ambil masa untuk diri sendiri pun, saya rasa bersalah kerana masa itu seharusnya buat bayi.

“Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun sampai sekarang ramai yang masih tertanya-tanya sebab Miera langsung tak mendedahkan anaknya itu kepada umum.

“Buat masa ini, saya belum lagi bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulung kerana keputusan ini adalah permintaan daripada suami.”

Tambah Miera dia juga berehat daripada media sosial buat masa sekarang untuk memberi tumpuan kepada bayinya.

Sementara itu, Miera juga meluahkan rasa syukur kerana dikurnikan seorang suami yang rajin membantu memandangkan dia sudah ada pengalaman sebelum ini.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu seperti tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia baharu balik dari kerja. Malah, dia tetap jaga anak serta melayan kerenah saya.

“Selain suami, mak saya juga banyak membantu dengan tanggungjawab saya sebagai ibu.”

Ramai tak sabar nak tengok bayi mereka ni. Kenapa gakanya suaminya berahsia sangat ya?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Bertarung Nyawa 10 Jam Dalam Labour Room. Elfira Loy Imbas Kenangan Bersalinkan Rayyan.

Diam tak diam, cahaya mata sulung pelakon, Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf kini sudah pun berusia dua tahun.

Berkongsi cerita kisah kelahiran anak sulungnya itu dua tahun lalu, kata Elfira menerusi Instagramnya, dia berdepan kepayahan bila mana terpaksa bertarung nyawa selama 10 jam sewaktu melahirkan cahaya matanya itu di bilik bersalin.

Namun kata Elfira dia bersyukur dapat melaluinya dengan baik malah kini amat bersyukur dikurniakan seorang anak yang sangat baik dan begitu mudah dijaga.

“2 years ago , Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar,” tulisnya ringkas.Namun pelakon berbakat ini juga turut menitipkan ucapan manis buat si comel kesayangannya itu.

“Happy birthday my sweet baby boi , Muhamad Rayyan Khalaf.

“Seindah nama, anak yang sangat baik,” tulisnya lagi.

Tidak hanya berkongsi cerita, bahkan ibu cantik ini juga turut sama memuat naik beberapa keping gambar kenangannya ketika berada di bilik bersalin juga selepas melahirkan Rayyan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Rayyan. Malah mendoakan agar anak kesayangan Elfira dan suami itu menjadi anak yang soleh.

“Happy birthday handsome boi. Moga membesar berjaya dunia dan akhirat”

“Besar pahala mommy @elfiraloy. Happy 2nd birthday rayyan!”

“Happy birthday little one, so Cute Prince of mommy n daddy. Moga yang baik-baik saja untuk mu duhai anak.”

Sekeping gambar Rayyan yang baru dilahirkan ketika itu menarik perhatian wargamaya. Pipi ‘pau’ Rayyan yang comel dan gebu sudah semestinya menjadi perhatian. Comel!

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019 secara normal.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hanya sebabkan makanan jenis ini terus ada yang dkwa anak Elfira Loy macam ni. Sekali ini pesanan El pada orang ramai.

Pelakon Elfira Loy, 27, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada segelintir orang yang menggelarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf sebagai seorang yang memilih dalam bab makanan atau picky eater. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata Rayyan tidak menggemari makanan yang dibuat daripada tepung seperti pancake (lempeng) dan wafel.

“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia (Rayyan) tidak suka cekodok bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Masaklah apa yang dia suka kan. Takkan tak berapa suka dah cakap picky eater? Kalau macam tu saya juga seorang picky eater. Dia hanya tak suka cucur. Jadi saya saja cuba sekali lagi kot dia suka. Kacau dia. Dia tak berapa berkenan benda bertepung Macam pancake, wafel haa macamtu tak berapa pandai. Sebab itu pagi-pagi kena makan nasi atau pasta atau mee,” tulisnya di Instagram Stories.

Sebelum ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ada memuat naik video yang menunjukkan gelagat Rayyan ketika disuruh makan cekodok. Menerusi rakaman tersebut, Rayyan hanya berpura-pura makan bagi menjaga hati ibunya.”Pandai ambik hati dia ni, buat-buat dah makan,” kata Elfira.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Elfira Loy Seronok Apabila Dilakukan Begini Oleh Suami. Sekali Ramai Akui Kaum Lelaki Jarang Lakukannya Sebab Takutkan Sesuatu.

Siapa je yang tak seronok bila kena puji dengan suami, lagi-lagi bila pujian itu kedengaran ikhlas dari hati mereka. Pelakon Elfira Loy ada kongsikan perasaan gembiranya apabila suaminya, Faris Khairol Anuar memuji hasil solekannya yang dikatakan kelihatan berseri.


Menurut Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El, suaminya memberitahu bahawa sebelum ini gincu yang digunakan olehnya kelihatan pucat berbanding yang digayakan olehnya pada sesi bergambar bersama keluarga pada 1 Syawal lalu. Disebabkan caption yang dikongsikan oleh El itu, maka ramai lah kaum wanita muncul di ruangan komen memberi pendapat mereka mengenai lelaki yang jarang memuji.

Rata-rata daripada mereka mengakui bahawa kaum lelaki jadi takut untuk memuji sebab risau jika tersalah cakap, confirm ada yang akan mengamuk pula. Dalam masa yang sama, ada juga yang tinggalkan komen memberitahu El tetap kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan sebarang makeup. Semua wanita di atas muka bumi ni cantik-cantik belaka jadi jangan sedih kalau tak ada yang memuji sebab kita ni cantik secara natural beauty!

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *