Tak pasal Iqbal dikritik gara gara isu pijak duit. Sekali PU Syed tampil beri teguran pada Iqbal.

artis Viral

PU Syed menegur tindakan memijak duit adalah tidak beradab. Tindakan beberapa selebriti muda yang tanpa segan silu menjadikan wang kertas sebagai bahan gurauan di media sosial mengundang rasa kurang senang banyak pihak kerana dianggap tidak sensitif. Tampil menegur perbuatan berkenaan, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Al Yahya berkata perkara itu ada hubung kait dengan adab seseorang.

“Seperti isu baru-baru ni iaitu ada selebriti yang memijak duit walaupun dia kata itu duit palsu. Hakikatnya palsu ataupun tidak palsu, warganet akan melihat perkara ni sebagai satu benda yang tidak baik dan tidak sihat. Duit adalah lambang kemuliaan. Menurut Islam harta benda adalah satu perhiasan dalam kehidupan di dunia, Islam juga meletakkan adab,” katanya.

Selain Iqbal, warganet turut menegur tindakan Ariff Bahran.

Beberapa hari lalu media sosial kecoh dengan tindakan usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli memijak wang kertas yang dilihat bertaburan di atas lantai. Video perbuatan penyanyi lagu Hujan itu dikongsikan penyanyi Ariff Bahran di TikTok. Malah Bahran sendiri turut dikritik kerana aksinya mencampak wang kertas yang sama kepada penyanyi Beby Acha turut tular di media sosial. Bagaimanapun Iqbal dan Bahran berkata wang berkenaan adalah palsu dan ia digunakan sebagai prop kandungan video.

Sudah jadi trend… semakin orang kritik makin seseorang tu anggap diri dia popular.

Dalam pada itu PU Syed turut menegur mengenai budaya suka mempamerkan kemewahan seperti yang kerap dilihat di media sosial. “Apabila kita memiliki harta, yang pertamanya tidak boleh kita menunjuk-nunjuk harta yang kita ada. “Tunjuk ni bermaksud kita rasa gah diri dan boleh buat apa saja yang kita suka, itu juga satu adab yang tidak baik. Siapa yang buat satu jalan yang buruk ia akan dapat dosa dan orang yang ikut perbuatan dia juga akan dapat dosa,” katanya.

Terdahulu Iqbal dikritik kerana memuat naik konten video pijak duit.

Berhubung isu sikap pengguna media sosial yang suka mencetuskan publisiti murahan demi meraih populariti, PU Syed mengakui ia cukup membimbangkan. Katanya budaya berkenaan adalah salah dan tidak sihat. “Sekarang ni ramai buat content yang mengaibkan. Aib daripada sudut ni maksudnya kehilangan jati diri, hilang adab dan tatasusila semata-mata untuk content. Sudah jadi trend… semakin orang kecam makin seseorang tu anggap diri dia popular. Ini adalah satu sikap yang tidak betul, macam kita ni dalam zaman yang terbalik dah. Perkara tak betul dijadikan trending dan yang betul dijadikan salah, ini adalah satu kesilapan. Jangan anggap populariti tu satu yang sangat seronok,” katanya. Sumber : Mstar

Tak Nak Ambil Hati Dengan Komen DSV Pada Lagu Hujan Milik Iqbal. Sekali Ini Respon Iqbal Bila Dah Masuk Industri Muzik.

Kemunculan pertama Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai penyanyi menerusi single Hujan nampaknya menular sedikit persepsi masyarakat tentang pemuda berkenaan. Rata-rata memberi komen positif tentang lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu walaupun kualiti vokal penyanyinya masih berada pada tahap biasa.

“Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan. Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan,” katanya. Hingga kini single yang dilancarkan pada 2 November lalu meraih lebih sejuta tontonan di YouTube.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Vida kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk meraih perhatian warganet, Iqbal berkata dia mengakui tentang hal tersebut. Kata Iqbal kisah yang terjadi antara mereka bukan lagi rahsia dan ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya. “Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah warganet yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku. Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening, makan la paracetamol,” katanya. Sumber : Videoviral

Iqbal Bakal Lancarkan Lagu Hujan Esok. Sekali Ini Pula Respon Eric Floor 88 Tentang Suaranya Walaupun Ramai Kritik Iqbal.

Eric puji suara Iqbal ada ton yang sedap dan unik. Bermula esok industri hiburan akan lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi pendatang baharu apabila usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil dengan single pertama berjudul Hujan.

Menurut Eric Fuzi daripada kumpulan Floor 88, sebagai komposer dia mengagumi bakat yang dimiliki Iqbal walaupun memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki teknik nyanyian usahawan kontroversi berkenaan. Kata Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, Iqbal mempunyai vokal yang baik dan unik.

“Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia. Tajuk lagu dia Hujan akan dilancarkan esok petang. Cumanya masa pertama kali kita uji vokal, dia ada masalah tempo dan tak berapa nak sustain. Masa nak rekod tu memang ada masalah sikit. Jadi apabila dia ada masalah tempo, penjiwaan dia tu tak berapa sampai sebab dia terlalu nak kejar tempo dan teknik,” katanya.

Menurut Eric video muzik (MV) Hujan nyanyian Iqbal akan dilancarkan di YouTube Rusa Music pada petang Isnin. Sebelum ini hasrat Iqbal untuk menghasilkan single serta MV dengan kos RM500,000 bagi mengabadikan kisah cinta tak jadi dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Bercerita lanjut tentang proses rakaman lagu berkenaan, Eric berkata Iqbal mudah untuk dibentuk dan menerima teguran demi memperbaiki kualiti nyanyiannya.

Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia

“Dia pergi kelas vokal selama dua minggu, hari-hari dia berlatih. Bukan seorang je guru vokal dia tapi ada dua orang. Hasilnya dia banyak perubahan, dia jenis yang cepat belajar. Tapi dia perlukan banyak latihan kalau nak nyanyi live la. Proses rakaman termasuk vokal dan muzik ambil masa selama tiga hari. Sekali dia masuk studio ambil masa tiga hingga empat jam juga sebab dia bukan penyanyi profesional yang boleh buat satu take je,” katanya.

Lagu nyanyian Iqbal berjudul Hujan bakal dilancarkan esok.

Dalam pada itu mengulas tentang cakap-cakap warganet dan sebilangan selebriti yang mempertikaikan keinginan Iqbal untuk menjadi penyanyi, Eric berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah. Malah kata Eriq, selaku komposer dia hanya menjalankan tugas secara profesional berdasarkan permintaan.

“Saya terima tawaran ini adalah atas dasar tugasan kerja. Bukan nak rosakkan industri dengan naikkan orang yang viral. Kalau bukan Iqbal pun, saya terima juga sebab memang itu kerja saya. Dia cuma nak abadikan apa yang terjadi dalam hidup dia menerusi lagu, bukan nak jadi penyanyi dan bukan nak bersaing,” ujarnya. Sumber : Mstar

Terkejut bila Ds Vida anggap Iqbal seperti tanggang. Tak boleh berdiam sekali Ds Vida nak Iqbal bongkarkan perkara sebenar.

Barangkali bibit percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli bakal berakhir apabila kedua-duanya kini mempunyai masalah perselisihan faham.

Menerusi sebuah video berdurasi hampir 13 minit, DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman menjawab segala tohmahan dan kritikan yang diterima berikutan tindakannya menerjah rumah Iqbal pada jam 3 pagi disifatkan sebagai tidak manis.

Menurut DSV, dia terkejut kerana Iqbal bertindak memalukan dirinya di media sosial. Tambahnya lagi, ketika berada di rumah Iqbal, dia bersama beberapa orang kakitangan serta anaknya dilayan baik namun segalanya berubah apabila mereka pulang apabila pemuda itu seolah-olah memutarbelitkan perkara sebenar.

“Saya sebenarnya tak nak panjang-panjangkan cerita. Saya bukan tak boleh move on tapi Ahmad Iqbal Zulkefli, saya pergi rumah awak secara jalan yang benar sebenarnya walaupun awak telah twist pelbagai ketika kunjungan saya ke rumah awak

“Saya nak pergi rumah awak ini, maruah saya, nama baik saya, harga diri saya.. “Saya simpan segalanya dalam hati saya. Saya tahu niat saya Lillahitalla tapi kenapa cerita yang benar itu awak takutkan? Kenapa awak takut dengan kebenaran? Kenapa awak pergi jaja benda yang malukan saya, jatuhkan maruah saya, awak pijk saya.

“Awak dah dapat apa yang awak nak kan? Dah dapat followers, dah dapat orang kenal, media pun suka cover cerita awak dan awak tak nak saya tumpang cerita awak. Ok tapi saya pergi itu tak nak rakam video tapi awak twist cerita saya nak rakam kalau tak datang akan berlaku prblahan besar dan saya nak tengok rumah awak dan saya paksa awak untuk tengok semua rumah awak.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Sedih saya. Kalau warganet macam-macam itu saya tak kisah tapi awak sendiri yang menghentm, yang mengtuk saya. Secara logik akal itu saya tidak boleh terima melainkan awak ini Si Tanggang” luah DSV

Mahu Iqbal Dedah Perkara Sebenar 

Dalam pada itu, pelantun I Am Me ini turut meminta Iqbal untuk menceritakan perkara sebenar terutama berkaitan tudvhannya mendakwa DSV telah mengetuk pintu rumahnya pada jam 3 pagi. “Saya pergi rumah awak pukul berapa? Kalau awak wras kalau awak benar, kalau awak jujur seperti mana awak nak kejujuran, saya pergi pukul berapa? Siapa ketuk pintu rumah awak? Jawab

“Sebab awak tak nak saya whatsapp awak, awak tak nak facetime dengan saya, awak tak nak apa-apa hubungan dengan saya. Yes! Fine! Tak apa.. “Awak dah cakap awak tak nak dekat saya tapi saya macam terhegeh-hegeh orang tua kata nak dekat awak , tak boleh move on maka awak kata balik kenapa tak bawa air penawar kenapa bawa cincin. Awak yang tahu kenapa saya bawa cincin itu kan?

“Saya kena pergi juga rumah awak waktu malam yang warganet tak faham kenapa. Hello, malam kerana awak tidur pukul berapa? Awak tidur biasanya lepas subuh sampai pukul berapa dan di siang hari kita orang meniaga ini sibuk dan malam kita akan stay buat kerja segala

“Siapa yang ketuk pintu rumah awak? pukul berapa? Bukan tiga pagi kan? Dila pergi ketuk pintu rumah awak dengan Peah, hidup lagi diorang ini bukan saya ketuk pintu rumah awak. Dila ketuk pintu rumah awak bukan? Awak pun buka pintu itu tak ada tlnjng pun kalau tlnjg Dila lari dah. Awak baru balik kan? Awak sendiri cakap baru balik.

“Awak buka pintu, Dila masuk, Peah masuk, Aniq masuk, Jep masuk ,Kacak masuk, lima orang masuk dan saya duduk dalam kereta sebab saya masih berfikir perlu atau tidak saya masuk. Kalau dia baik saya masuk, setelah setengah jam saya masuk betul? Mungkin awak tak ingat sebab apa yang awak tulis itu lain.

“Alhamdulillah awak layan saya baik dan saya cakap saya tak nak rakam tau. Awak pun cakap dah kenapa tak nak rakam kalau dah datang. Sebab saya rasa benda ini perlu diselesaikan antara awak dan saya. Privasi kan? Tapi awak nak rakam, rakamlah. Alhamdulillah awak layan bagus” katanya lagi

Anggap Seperti Tanggang 

Kecewa dengan tuduhan tersebut, DSV turut menyifatkan Iqbal seperti Tanggang dan berharap agar usahawan itu kembali ke pangkal jalan.“Tiba-tiba tengok dalam IG story awak macam-macam cerita.

Tapi saya nak tergelak juga dengan awak punya update dalam story. Pergi marah guard, nak tunjuk apa? Awak kaya ada dua guard? Marah guard waktu pukul 5 pagi. Mereka gelak dekat awak kalau pukul 5.30 pagi. Saya balik pukul 4.30 pagi saya masuk pun guard minta ic Jep, no plat Dato Seri Vida. Mungkin awak tak sedar awak ingat adik awak

“Saya pun hairan Tanggang. Kepada Iqbal dan warganet yang menghina saya pergi rumah awak cakap pukul 3 pagi saya harap penjelasan saya cukup. “Saya harap awak sedar kembali ke pangkal jalan.

Bukan pangkal jalan untuk mengahwini saya tapi tidak menghina saya sehina-hina, sejijiknya saya kepada awak. Sebenci-benci manusia sejahat-jahatnya manusia saya rasa tak ada macam awak ini yang menghina saya tempat awak cari rezeki awak dapatkan apa yang awak nak” tegas DSV. Sumber: Murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *