Didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah. Penyewa marah pengawal keselamatan tak jaga anak ditahan.

Info ISU SEMASA Viral

PETALING JAYA – Pasangan penyewa yang tular selepas didakwa memaki hamun seorang pegawal keselamatan gara-gara menolak untuk menjaga anak mereka telah ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.

Menurut kenyataan Pengerusi Perbadanan Pengurusan Residensi Awani berkata, satu waran tangkap telah dikeluarkan pihak polis ke atas suspek lelaki kerana didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

“Pada pukul 12 tengah hari, 3 November 2021, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti curi dan jenayah lampau.

“Pasangan penyewa itu kerap berpindah bagi mengelakkan diri mereka dikesan. Beberapa anggota polis bersama pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya telah dibawa keluar ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan telah memberi notis amaran kepada pemilik unit dan menamatkan kontrak sewaan pasangan penyewa tersebut serta-merta.

“Susulan tindakan pasangan penyewa meninggalkan anak mereka di meja sekuriti dan telah menyebabkan kekacauan, pihak pengurusan telah mengambil tindakan atas kejadian tersebut.

“Pihak pengurusan telah mengemukakan notis amaran kepada pemilik dan penyewa tersebut dan kontrak sewaan pasangan tersebut turut ditamatkan awal oleh pemilik unit. Pihak kami dimaklumkan mereka masih dalam proses untuk pindah keluar,” katanya.

Pihak pengurusan turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang video atau maklumat kurang tepat kerana dikhuatiri boleh menganggu siasatan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dan dihambur kata-kata kesat oleh seorang lelaki hanya kerana tidak menjaga anak mereka.- K! ONLINE.

Lepas Tular Video Marah Pengawal Keselamatan. Ibu Tampil Jelaskan Cerita Sebenar Kenapa Tinggalkan Anak.

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan did.akwa dimarahi dengan kata-kata k.esat oleh seorang lelaki a.kibat menolak untuk menjaga anak mereka.

Sejak semalam tular di media sosial satu tangkap layar sebuah notis yang dikeluarkan oleh satu pengurusan sebuah kondominium di ibu kota yang memaklumkan ada seorang penyewa dikawasan mereka telah melakukan insiden kacau ganggu terhadap pengawal keselamatan yang bertugas.

Notis asal yang dimuat naik Perbadanan Pengurusan Residensi Awani di Facebook mereka berserta tangkap layar insiden yang diambil dari CCTV di lobi aparment itu kemudiannya dikongsikan portal MyNewsHub di Twitter sehingga menjadi perdebatan hangat netizen.

Dipercayai lelaki tersebut berang kerana pengawal keselamatan di kawasan itu tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal keselamatan kerana meronda kawasan perumahan itu.

Menerusi perkongsian video oleh Dobetter4Malaysia di laman sosial Facebook semalam, lelaki tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana disebabkan kecuaian sendiri yang meninggalkan anaknya di pos keselamatan.

Berdasarkan video di Facebook, lelaki tersebut mem.aki hamun dan bertindak meng.ugut untuk membuat laporan polis kerana pengawal keselamatan menegur akan perbuatannya itu.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai berasa marah akan t.indakan ibu bapa tersebut kerana tidak berfikir panjang dengan meninggalkan anak mereka di pos pengawal.

“Kepimpinan melalui teladan, anak bagaikan kain putih untuk ibu dan ayah mewarnai, bagi mereka terutamanya di usia yang masih muda, setiap tingkah laku ibu dan ayah itu adalah betul dan berlandaskan ajaran agama,” kata Lua Ping.

“Pengawal itu di bayar gaji untuk jaga kawasan bukan untuk jaga anak orang, anak dengan isteri pun dia tinggalkan sebab nak kerja, ini kau pula yang lebih-lebih nak suruh dia jaga” jelas Kamarul Ariffin.

“Pengawal itu jalankan tugas untuk menjaga keselamatan persekitaran bangunan dan penduduk bukan tugas menjaga anak awak, kita sebagai ibu bapa harus bertanggungjawab atas anak sendiri,” ujar Siti Aishah.

Pihak pengurusan di kawasan itu dipercayai telah membuat laporan polis dan mengeluarkan satu poster memaklumkan seorang penyewa telah mem.aki hamun pengawal keselamatan serta membuat ugutan selain cubaan melakukan kek.asaran fizikal pada pengawal tersebut.

Kredit : Kosmo/Twittr

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tinggalkan Anak Dan Gaduh Dengan Pengawal Keselamatan. Tindakkan Pasangan Ini Raih Perhatian Warganet.

Sebut mengenai anak, sudah pastinya secara lumrah tugas penjagannya diletakkan kepada pihak ibu bapa. Di tambah pula dengan keadaan masa kini, sudah tentu para ibu bapa perlu mengambil langkah penjagaan yang lebih ketat dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat sebuah pasangan selaku penyewa di sebuah apartment di Kuala Lumpur memilih untuk meninggalkan anak mereka kepada pihak pengawal keselamatan.

Bukan itu sahaja, mereka turut meninggalkan anak mereka di meja pengawal keselamatan sewaktu pihak pengawal sedang melaksanakan tugas pertukaran untuk melakukan rondaan di semua aras blok B apartment berkenaan.

Situasi menjadi tegang apabila penyewa berkenaan mendapati pihak pengawal keselamatan berkenaan tidak menjaga anak serta meluahkan kata-kata kesat beserta cubaan ugutan melakukan kekerasan fizikal. Penyewa berkenaan turut mengugut untuk menamatkan kontrak pihak pengawal berkenaan.

Insiden tersebut berjaya dileraikan oleh seorang individu awam yang mendakwa dirinya sebagai penjaga kepada pihak pengawal berkenaan di blok tersebut. Beliau turut merakam dan menasihati pasangan berkenaan untuk menjaga anak sendiri daripada melepaskan tangan kepada pihak pengawal.

Berdasarkan isu yang berlaku, individu awam tersebut turut mencabar pasangan ini membuat laporan polis sekiranya berada di pihak yang benar. Isu ini nampaknya telah mendapat perhatian pihak pengurusan apartment berkenaan dan dimaklumkan pihak polis juga sedia menjalankan siasatan susulan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pentingkan keselamatan anak dari duit. Sekali ini pulak komen dari Fazura.

Idea pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu adalah satu keputusan terbaik di kala negara masih belum bebas daripada virus CVD-19.

Perkongsian percutian mereka di Instagram (IG) ternyata telah menarik perhatian wargamaya untuk memberi pelbagai reaksi. Walaupun dianggap ‘kayangan’, namun rata-rata peminat bersetuju dengan pilihan keluarga ini kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak demi keselamatan anak-anak.

@shzrilrsydan: Bagus sangat keluarga ini, berhabis duit untuk momen dengan keluarga baru berbaloi. Simpan duit banyak-banyak buat apa? Memori tu berharga.

@ainaa.shaecaa: next level ni. Dari sesak dengan orang ramai kan?? Betul-betul jaga diri. Suka tengok. @anggrek_raasputeri: Lagi selamat dari berhimpit. Kita pun tak tahu dengan keadaan sekarang kan? Lebih baik habis duit sikit.

Sementara itu, aktres Fazura, 38, mengakui dia agak takut untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya keluar sebelum ini. Namun, tindakan Hanis dan Hairul ternyata telah memberi idea untuk dia melakukan perkara yang sama.

“Ini adalah idea yang bernas Hanis! Saya sangat takut membawa Fatima ke mana sahaja. Jadi, ini memberi saya idea. Selamat menikmati percutian anda!” Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: beautifulnara

Fokus sangat buat tutorial hijab. Sekali ada satu benda yang buat Fazura sebak bila lihat wanita ini.

Tudung keluaran pelakon cantik, Nur Fazura sebelum ini pernah tvlar dan ‘s0ld out’ dalam masa beberapa jam sahaja selepas dikeluarkan kerana menawarkan harga yang sangat berpatutan. Selebriti itu juga kini sering membuat video di Instagram mempromosikan jenama tudung dan cara pemakaian yang sering digayakan bagi tatapan para peminat.

Dalam salah satu perkongsian semula warganet di aplikasi TikTok, Fazura dilihat tiba-tiba sahaja s3bak apabila terpandang seorang wanita yang memakai tudung jenama keluarannya ketika membuat live di Instagram. Dia yang ketika itu sedang melakukan tutorial tudung bert3riak sebelum terdiam sebentar dan meng4kui sangat terh4ru dengan apa yang dilihat olehnya.

Perkongsian yang dibuat akaun TikTok @fazurafave itu telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas sehari dimuat naik.

Rata-rata warganet telah tinggalkan komen memberi respon apabila melihat re4ksi Fazura yang terharu ketika produknya digunakan oleh orang awam. Mereka juga sempat memuji isteri kepada aktor Fattah Amin itu yang berniaga dengan ikhlas agar semua wanita yang berhijab dapat menggayakan tudung keluarannya.

Sumber: OMM via Motifviral

Baru je tular penjual tudung Fazura yang buat macam ni. Sekali Fadilah tampil jelaskan hal sebenar.

Pengasas produk kecantikan menafikan dkwaan dia menipu duit orang ramai yang membeli tudung keluaran selebriti, Fazura seperti tular di media sosial.

Noor Fadilah Mohamad, 34, sebaliknya mendkwa, tidak pernah menjual tudung termasuk keluaran pelakon popular itu dan hanya mengusahakan perniagaan berasaskan produk kecantikan selain barangan dari China secara dalam talian sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, dia percaya nama dan gambarnya sudah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya membuat dua laporan polis iaitu pada 14 Ogos lalu ketika identiti saya dikaitkan dengan penjualan tudung (jenama lain) dan terbaharu kes ini (tudung Fazura) yang dibuat pada 31 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung.

Scmmr berkenaan menggunakan gambar dan nama saya di WhatsApp serta Instagram, bahkan kejadian ini mengganggu emosi dan kerja saya. Orang ramai marah dan menggelar saya penipv sedangkan saya tidak melakukannya.

Urusan perniagaan saya hanya menggunakan akaun rasmi syarikat sahaja, ASKED Enterprise bukan akaun peribadi,” katanya ketika ditemui di Seri Manjung di sini, hari ini.

Menurut Noor Fadilah, dia mula menyedari identitinya disalahgunakan pihak berkenaan ketika dihubungi oleh seorang pembeli tudung sebuah jenama pada bulan lalu.

“Selepas itu rakan pula bertanya jika saya ada menjual tudung Fazura pada 30 Ogos lalu dan saya sangat terkejut apabila diberitahu gambar saya sudah tular kerana didakwa menipu. Individu itu menggunakan gambar sama dengan ‘profile’ Facebook (FB) saya dan mempunyai akaun atas nama yang hampir sama dengan nama saya iaitu Pn Noor Fadilah, tetapi ia bukan akaun saya termasuklah nombor telefon digunakan,” katanya.

Noor Fadilah berkata, dia kesal orang ramai menularkan perkara itu tanpa usul periksa dan dia juga bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarganya. Katanya, dia berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera sekali gus membersihkan namanya.

“Saya berharap dengan penjelasan ini mana-mana pihak tidak lagi berkongsi gambar saya dan hantaran mengenainya serta memadamkan hantaran berkenaan,” katanya yang memberitahu sudah dihubungi oleh pengurusan tudung keluaran Fazura bagi penjelasan lanjut. Sumber : hmetro

Dah jarang nampak Fazura berlakon. Bukan tak nak berlakon tapi rupanya ini sebab Fazura tak terima apa apa tawaran.

Lama tidak melihat Fazura di sebalik kaca televisyen (TV). Sudah tidak berlakon lagikah?Rupa-rupanya, belum ada naskhah yang berjaya menambat hatinya. Jika ada pun, produksi pula tidak boleh menerima susunan jadual kerjanya selepas bergelar ibu.

Menerusi perkongsian dalam sesi siaran langsung di Instagram, isteri Fattah Amin itu mendkwa dia tawr hti dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. “Dah lama tidak berlakon.

Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukvl, jadi m4ngsa. Bosan bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah. “Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Fazura bagaimanapun akan mempertimbangkan tawaran sekiranya dia berpuas hati dengan jalan cerita, skrip dan komitmen masa. Agaknya, Fazura akan muncul dalam drama atau filem yang macam mana? Sumber:cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *