Trending lagu Hujan sampai cecah 1.5 juta tontonan. Sekali warganet perasan Hujan tiru melodi Winter Sonata dan ini pula penjelasan Iqbal.

Viral

Lagu Hujan kedengaran seperti lagu Winter Sonata daripada drama popular dari Korea Selatan. Tidak dinafikan single pertama nyanyian usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan menerima sambutan luar biasa daripada pendengar. Rata-rata memuji keupayaan Iqbal, 27, untuk menyanyi walaupun ia bukanlah berada pada tahap yang memuaskan mengikut standard penyanyi profesional. Namun selain isu kualiti vokal, tinjauan di Twitter mendapati warganet di platform berkenaan menimbulkan tanda tanya tentang keaslian pada salah satu bahagian melodi lagu Hujan ciptaan Oja dan Zai Hamzah itu. Kata mereka, karya yang liriknya dihasilkan oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu kedengaran seperti lagu Winter Sonata daripada drama popular dari Korea Selatan. Tampil menjelaskan tentang hal itu, tanpa berselindung Iqbal sendiri mengakui menyedari tentang persamaan berkenaan.

Antara komen warganet di Twitter.

“Saya tak menafikan ada sedikit persamaan tu, saya sedar ia seakan sama. Pada awalnya apabila dapat lagu tu dan dengar untuk kali pertama… saya dah perasan lagu ni macam Winter Sonata. Tapi komposer kata tak mengapa sebab kita ada melodi tersendiri. Kalau ada persamaan pun mungkin dalam lima atau enam peratus,” katanya. Penangan lagu Winter Sonata begitu kuat dalam kalangan peminat tempatan sejak drama berkenaan menjadi fenomena di Malaysia sejak 2002.

Kalau kata meniru tu tidak la sebab saya bawa dengan suara saya sendiri… suara garau

“Kenapa aku dengar lagu Hujan si Iqbal tu macam lagu Winter Sonata? Housemate aku suruh dengar lagu Hujan by Iqbal Zulkefli ya. From what I can hear and say is… Winter Sonata. Tak pasti… aku tengok MV Iqbal (Hujan), lagu tu macam ada sikit Winter Sonata. Entah aku je kot yang rasa macam tu,” kata beberapa warganet di Twitter. Dalam pada itu Iqbal berkata dia berharap isu persamaan tersebut tidak diperbesarkan kerana ia berlaku secara kebetulan.

Lagu Hujan nyanyian Iqbal menerima sambutan luar biasa daripada pendengar.

“Kalau kata meniru tu tidak la sebab saya bawa dengan suara saya sendiri… suara garau. Lagipun ia bukanlah menjatuhkan atau meniru, mungkin hanya kebetulan. Komposer pun kata biar je (sedikit persamaan) sebab nak wujudkan mood sedih tu,” ujarnya.

Pada 1 November lalu Iqbal yang sebelum ini mencetuskan kontroversi menerusi kisah percintaan tak jadi dengan jutawan Datuk Seri Vida melancarkan lagu Hujan di platform YouTube. Sehingga laporan ini disiarkan, video muzik (MV) lagu tersebut masih trending di tangga pertama YouTube dengan lebih 1.5 juta tontonan. Sumber : Mstar

Tak Nak Ambil Hati Dengan Komen DSV Pada Lagu Hujan Milik Iqbal. Sekali Ini Respon Iqbal Bila Dah Masuk Industri Muzik.

Kemunculan pertama Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai penyanyi menerusi single Hujan nampaknya menular sedikit persepsi masyarakat tentang pemuda berkenaan. Rata-rata memberi komen positif tentang lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu walaupun kualiti vokal penyanyinya masih berada pada tahap biasa.

“Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan. Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan,” katanya. Hingga kini single yang dilancarkan pada 2 November lalu meraih lebih sejuta tontonan di YouTube.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Vida kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk meraih perhatian warganet, Iqbal berkata dia mengakui tentang hal tersebut. Kata Iqbal kisah yang terjadi antara mereka bukan lagi rahsia dan ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya. “Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah warganet yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku. Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening, makan la paracetamol,” katanya. Sumber : Videoviral

Iqbal Bakal Lancarkan Lagu Hujan Esok. Sekali Ini Pula Respon Eric Floor 88 Tentang Suaranya Walaupun Ramai Kritik Iqbal.

Eric puji suara Iqbal ada ton yang sedap dan unik. Bermula esok industri hiburan akan lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi pendatang baharu apabila usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil dengan single pertama berjudul Hujan.

Menurut Eric Fuzi daripada kumpulan Floor 88, sebagai komposer dia mengagumi bakat yang dimiliki Iqbal walaupun memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki teknik nyanyian usahawan kontroversi berkenaan. Kata Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, Iqbal mempunyai vokal yang baik dan unik.

“Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia. Tajuk lagu dia Hujan akan dilancarkan esok petang. Cumanya masa pertama kali kita uji vokal, dia ada masalah tempo dan tak berapa nak sustain. Masa nak rekod tu memang ada masalah sikit. Jadi apabila dia ada masalah tempo, penjiwaan dia tu tak berapa sampai sebab dia terlalu nak kejar tempo dan teknik,” katanya.

Menurut Eric video muzik (MV) Hujan nyanyian Iqbal akan dilancarkan di YouTube Rusa Music pada petang Isnin. Sebelum ini hasrat Iqbal untuk menghasilkan single serta MV dengan kos RM500,000 bagi mengabadikan kisah cinta tak jadi dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Bercerita lanjut tentang proses rakaman lagu berkenaan, Eric berkata Iqbal mudah untuk dibentuk dan menerima teguran demi memperbaiki kualiti nyanyiannya.

Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia

“Dia pergi kelas vokal selama dua minggu, hari-hari dia berlatih. Bukan seorang je guru vokal dia tapi ada dua orang. Hasilnya dia banyak perubahan, dia jenis yang cepat belajar. Tapi dia perlukan banyak latihan kalau nak nyanyi live la. Proses rakaman termasuk vokal dan muzik ambil masa selama tiga hari. Sekali dia masuk studio ambil masa tiga hingga empat jam juga sebab dia bukan penyanyi profesional yang boleh buat satu take je,” katanya.

Lagu nyanyian Iqbal berjudul Hujan bakal dilancarkan esok.

Dalam pada itu mengulas tentang cakap-cakap warganet dan sebilangan selebriti yang mempertikaikan keinginan Iqbal untuk menjadi penyanyi, Eric berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah. Malah kata Eriq, selaku komposer dia hanya menjalankan tugas secara profesional berdasarkan permintaan.

“Saya terima tawaran ini adalah atas dasar tugasan kerja. Bukan nak rosakkan industri dengan naikkan orang yang viral. Kalau bukan Iqbal pun, saya terima juga sebab memang itu kerja saya. Dia cuma nak abadikan apa yang terjadi dalam hidup dia menerusi lagu, bukan nak jadi penyanyi dan bukan nak bersaing,” ujarnya. Sumber : Mstar

Terkejut bila Ds Vida anggap Iqbal seperti tanggang. Tak boleh berdiam sekali Ds Vida nak Iqbal bongkarkan perkara sebenar.

Barangkali bibit percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli bakal berakhir apabila kedua-duanya kini mempunyai masalah perselisihan faham.

Menerusi sebuah video berdurasi hampir 13 minit, DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman menjawab segala tohmahan dan kritikan yang diterima berikutan tindakannya menerjah rumah Iqbal pada jam 3 pagi disifatkan sebagai tidak manis.

Menurut DSV, dia terkejut kerana Iqbal bertindak memalukan dirinya di media sosial. Tambahnya lagi, ketika berada di rumah Iqbal, dia bersama beberapa orang kakitangan serta anaknya dilayan baik namun segalanya berubah apabila mereka pulang apabila pemuda itu seolah-olah memutarbelitkan perkara sebenar.

“Saya sebenarnya tak nak panjang-panjangkan cerita. Saya bukan tak boleh move on tapi Ahmad Iqbal Zulkefli, saya pergi rumah awak secara jalan yang benar sebenarnya walaupun awak telah twist pelbagai ketika kunjungan saya ke rumah awak

“Saya nak pergi rumah awak ini, maruah saya, nama baik saya, harga diri saya.. “Saya simpan segalanya dalam hati saya. Saya tahu niat saya Lillahitalla tapi kenapa cerita yang benar itu awak takutkan? Kenapa awak takut dengan kebenaran? Kenapa awak pergi jaja benda yang malukan saya, jatuhkan maruah saya, awak pijk saya.

“Awak dah dapat apa yang awak nak kan? Dah dapat followers, dah dapat orang kenal, media pun suka cover cerita awak dan awak tak nak saya tumpang cerita awak. Ok tapi saya pergi itu tak nak rakam video tapi awak twist cerita saya nak rakam kalau tak datang akan berlaku prblahan besar dan saya nak tengok rumah awak dan saya paksa awak untuk tengok semua rumah awak.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Sedih saya. Kalau warganet macam-macam itu saya tak kisah tapi awak sendiri yang menghentm, yang mengtuk saya. Secara logik akal itu saya tidak boleh terima melainkan awak ini Si Tanggang” luah DSV

Mahu Iqbal Dedah Perkara Sebenar 

Dalam pada itu, pelantun I Am Me ini turut meminta Iqbal untuk menceritakan perkara sebenar terutama berkaitan tudvhannya mendakwa DSV telah mengetuk pintu rumahnya pada jam 3 pagi. “Saya pergi rumah awak pukul berapa? Kalau awak wras kalau awak benar, kalau awak jujur seperti mana awak nak kejujuran, saya pergi pukul berapa? Siapa ketuk pintu rumah awak? Jawab

“Sebab awak tak nak saya whatsapp awak, awak tak nak facetime dengan saya, awak tak nak apa-apa hubungan dengan saya. Yes! Fine! Tak apa.. “Awak dah cakap awak tak nak dekat saya tapi saya macam terhegeh-hegeh orang tua kata nak dekat awak , tak boleh move on maka awak kata balik kenapa tak bawa air penawar kenapa bawa cincin. Awak yang tahu kenapa saya bawa cincin itu kan?

“Saya kena pergi juga rumah awak waktu malam yang warganet tak faham kenapa. Hello, malam kerana awak tidur pukul berapa? Awak tidur biasanya lepas subuh sampai pukul berapa dan di siang hari kita orang meniaga ini sibuk dan malam kita akan stay buat kerja segala

“Siapa yang ketuk pintu rumah awak? pukul berapa? Bukan tiga pagi kan? Dila pergi ketuk pintu rumah awak dengan Peah, hidup lagi diorang ini bukan saya ketuk pintu rumah awak. Dila ketuk pintu rumah awak bukan? Awak pun buka pintu itu tak ada tlnjng pun kalau tlnjg Dila lari dah. Awak baru balik kan? Awak sendiri cakap baru balik.

“Awak buka pintu, Dila masuk, Peah masuk, Aniq masuk, Jep masuk ,Kacak masuk, lima orang masuk dan saya duduk dalam kereta sebab saya masih berfikir perlu atau tidak saya masuk. Kalau dia baik saya masuk, setelah setengah jam saya masuk betul? Mungkin awak tak ingat sebab apa yang awak tulis itu lain.

“Alhamdulillah awak layan saya baik dan saya cakap saya tak nak rakam tau. Awak pun cakap dah kenapa tak nak rakam kalau dah datang. Sebab saya rasa benda ini perlu diselesaikan antara awak dan saya. Privasi kan? Tapi awak nak rakam, rakamlah. Alhamdulillah awak layan bagus” katanya lagi

Anggap Seperti Tanggang 

Kecewa dengan tuduhan tersebut, DSV turut menyifatkan Iqbal seperti Tanggang dan berharap agar usahawan itu kembali ke pangkal jalan.“Tiba-tiba tengok dalam IG story awak macam-macam cerita.

Tapi saya nak tergelak juga dengan awak punya update dalam story. Pergi marah guard, nak tunjuk apa? Awak kaya ada dua guard? Marah guard waktu pukul 5 pagi. Mereka gelak dekat awak kalau pukul 5.30 pagi. Saya balik pukul 4.30 pagi saya masuk pun guard minta ic Jep, no plat Dato Seri Vida. Mungkin awak tak sedar awak ingat adik awak

“Saya pun hairan Tanggang. Kepada Iqbal dan warganet yang menghina saya pergi rumah awak cakap pukul 3 pagi saya harap penjelasan saya cukup. “Saya harap awak sedar kembali ke pangkal jalan.

Bukan pangkal jalan untuk mengahwini saya tapi tidak menghina saya sehina-hina, sejijiknya saya kepada awak. Sebenci-benci manusia sejahat-jahatnya manusia saya rasa tak ada macam awak ini yang menghina saya tempat awak cari rezeki awak dapatkan apa yang awak nak” tegas DSV. Sumber: Murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *