Baru nak mempersoalkan perangai arwah Zulfarhan. Gadis dikritik warganet di laman twitter. Rupanya teman wanita salah sorang tertuduh.

Viral

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arw4h Zulfarhan Osman Zulkarnain dikritik warganet di laman Twitter.

Difahamkan, gadis tersebut memuat naik ciapan menyatakan pasti terdapat punca sehingga arwah diperlakukan tidak perikemanusiaan oleh enam bekas penuntut UPNM yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

“Kau tak nak tanya apa punca (kejadian) semua ni? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?,” ciap gadis terbabit.

Seorang pengguna Twitter, @pedoqpop berkongsi semula tangkapan skrin ciapan berkenaan yang meminta penjelasan lanjut daripada gadis itu berhubung perangai Allahyarham sehingga diulang kicau sebanyak 3,839 kali.

Perangai arwah yang macam mana?

Namun, gadis tersebut mengakui tiada niat mempersoalkan semua itu apatah lagi mahu membuka cerita sebenar menerusi tangkapan skrin memaparkan perbualan dalam direct message (DM) yang dimuat naik @PutriAinNatasha.

Cerita la sis!

Berdasarkan perbualan DM berkenaan, gadis itu menafikan dirinya membela si pelaku sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana kejadian terbabit boleh berlaku sehingga tertuduh tergamak melakukan kecederaan terhadap Allahyarham.

“Cuba pikir guna akal, kenapa diorang marah sangat kat arwah?” – Gadis

Selain itu, menerusi ‘siasatan’ warganet, mereka mendakwa gadis tersebut adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh selepas terjumpa satu akaun Instagram didakwa milik seorang bekas penuntut UPNM.

‘Relationship goals’

Bio akaun Instagram berkenaan meletakkan nama “Najeha’s” yang didakwa hampir sama seperti nama digunakan gadis terbabit di akaun Twitter. Namun, kesahihan perkara ini belum dapat dipastikan lagi.

Oh teman lelaki dia rupanya? Meh la cerita

Bagaimanapun, pencarian mendapati akaun Twitter gadis itu dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikritik warganet apabila dengan beraninya mempersoalkan punca kejadian tersebut.

Terdahulu, berdasarkan laporan media, terdapat 90 kes tekapan seterika pada tubuh Allahyarham Zulfarhan akibat perbuatan tertuduh selepas mangsa disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba dalam kejadian 21 Mei 2017.

Sumber: Twitter @pedoqpop , @PutriAinNatasha , @meinmokhtar & @jihayihaaa

Ramai Yang Sebak Bila Pemuda Throwback Dedahkan Kebaikan Dan Sikap Arwah Zulfarhan Waktu Belajar Dahulu.

Meskipun sudah empat tahun berlalu, pemergian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman kembali menjadi bualan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini susulan keputusan mahkamah tinggi ke atas 18 tertuduh yang terlibat dalam kes anggota terbabit.

Kawan baik ‘throwback’ belajar sama-sama

Mengimbau semula kenangan bersama arwah, seorang pengguna Tiktok bernama Ayish Falik ada memuat naik sebuah video yang menyaksikan ‘moment’ perkenalannya dengan arwah Zulfarhan sewaktu menuntut di pusat pengajian yang sama.

VIDEO:

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037-aiso/2b6d1ccfb2c34134a91d3650f231b367/?a=1988&br=834&bt=417&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1635928170&ft=9wMeRexg4kag3&l=202111030228460102452422260C39166F&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=am85Ojc6Zm1qOTMzZjgzM0ApPDxoNmc2ZDxlNzw4ZzU0N2dzLWZucjRnay1gLS1kL2NzczMuNDViYi8yLzA2LS8yXl86Yw%3D%3D&signature=65cb40290bfb777ea5e355dedc8557ee&tk=0&vl=&vr=

“Sumpah dia kawan yang baik…”

Ujar pemuda itu, arwah seorang yang sangat baik bahkan dia berani bersumpah bahawa kebaikannya itu benar-benar membuatkan ramai selesai berdampingan dengannya.

“Tak terbayang rasa sakit…”

Susulan perkongsian, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai respon yang rata-ratanya sebak mengenangkan penderitaan yang dihadapi oleh arwah ketika itu.

“Keadilan sebenar akan berlaku”

Namun, tak kurang juga yang menitipkan doa buat arwah Zulfarhan sekaligus berharap agar nasibntya terbela jika  bukan di dunia, mungkin di akhirat kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Redaksi.

Walaupun Keluarga Tertuduh Sekali Pun Tidak Minta Maaf. Bapa Zulfarhan Maafkan Semua Tertuduh Atas Kehilangan Anaknya.

KUALA LUMPUR: Ibu dan bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.28 pagi tadi.

Zulkarnain Idros yang ditemani isterinya Hawa Osman sempat berkata sesuatu kepada media sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Ketika ditanya pemberita, mereka berkata hanya mahukan pembelaan terhadap anak mereka Zulfarhan Osman.

“Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan doa kami supaya Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya,” kata ibu arwah, Hawa Osman.

Bapa Allahyarham, Zulkarnain pula berkata kes anaknya yang berlanjutan sehingga empat tahun membuatkannya mengalami sakit jantung kerana terlalu penat.

“Selama empat tahun saya ulang alik mahkamah. Kemudian dua tahun lalu saya mengalami s.akit jantung oleh kerana terlampau penat,” ujarnya.

Saya maafkan mereka, walaupun sekali tidak minta maaf’

Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia memaafkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati namun segala keputusan yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

“Saya maafkan kesemua mereka…,” katanya ketika ditemui lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes itu di sini sebentar tadi.

Keluarga Tertuduh Tidak Pernah Sekali Pun Jumpa Seperti Anak Dia Pula Yang Bersalah.


Bagaimanapun menurut Zulkarnain apa yang membuatkan beliau terkilan tertuduh dan keluarga tidak datang berjumpanya ataupun untuk meminta maaf.

“Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang berjumpa saya dan isteri untuk meminta maaf kepada kami. Seolah-olah seperti anak saya pula yang bersalah,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berterima kasih kepada pihak mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada semua tertuduh.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, apa yang penting, beliau berharap orang ramai mengambil iktibar terhadap kes yang terjadi kerana impaknya amat besar.

“Saya pesan kepada masyarakat supaya, jauhi sifat membuli, kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.

Saya kehilangan anak sulung saya, anak-anak kehilangan abang sulung, serta idola mereka, sememangnya perkara seperti akan memberi kesan kepada saya dan keluarga seumur hidup kami,” katanya lagi.

Keputusan Mahkamah

Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bers.alah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kehilangan nyawa tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kesemua tert.uduh melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat.

“Dengan ini kamu berenam dengan niat bersama dan dengan persubahatan tertuduh keenam (Abdoul Hakeem) didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Kes.eksaan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat,” kata hakim itu.

Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, enam tertuduh itu bersama 12 rakannya didapati bersalah mencederakan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Kesemua mereka yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan kes.alahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Zulfarhan Osman menghadap ilahi di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017.

M.ahkamah berhenti rehat bagi membolehkan pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan mitigasi berhubung keputusan itu.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Terkini Anak Bekas Menteri Pertahanan Dibebeskan Oleh Mahkamah Tinggi Atas Pertuduhan Bahan Terlarang.

KUALA LUMPUR – Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan bahan terlarang di sebuah hotel dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan Ahmad Saiful Islam ,33, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan bahan terlarang jenis THC di sebuah hotel di sini, pukul 2.05 pagi pada 5 Januari 2019.

Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta D4d4h Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah pada masa itu mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antid4d4h Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. – K! ONLINE

Akhirnya Niezam Dan Dua Individu Ini Mengaku Miliki Bahan Terlarang. Ini Penjelasan Pihak Mahkamah.

Kuala Kangsar: Pelakon, pengarah filem dan penolongnya masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki bahan terlarang, Ahad lalu.

Pelakon, Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 28; pengarah, Mohd Latiff Zami, 49; dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhamad Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram bahan terlarang berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Sementara itu, Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin masing-masing didapati memiliki 0.3 gram bahan terlarang jenis Cbis dan 0.38 gram Mtamine pada waktu, tarikh, dan lokasi sama.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta D4d4h Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Muhamad Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan ke atas Saiful Zaidrin, ia dibaca mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin.

Nur Syuhada memohon mahkamah menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin kepada Muhamad Niezam dan Mohd Latiff manakala jaminan RM8,000 kepada Saiful Zaidrin juga dengan seorang penjamin.

Intan Shafini bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu diringankan kerana mengambil kira tanggungan ketiga-tiga tertuduh selain kesemua kehilangan sumber pencarian melalui pekerjaan mereka sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Majistret menetapkan jaminan RM3,000 kepada Muhamad Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin yang masing-masing dengan seorang penjamin.

Mohd Shazmeer juga menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu laporan kimia.-Sumber: Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *