Sedang dalam proses memperbaiki diri. MK mengaku masih belum sedia dirikan masjid atau berkeluarga.

Amalan artis Hiburan Kehidupan OH AGAMA

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap yang sohor dengan kumpulan KClique, MK,25, mengaku sehingga kini masih belum bersedia berkongsi perihal peribadi apalagi membabitkan soal cinta atau urusan hasrat berumah tangga dengan mana-mana wanita.

Kata MK dengan nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan ini, dia memilih pendekatan itu kerana meletakkan keutaman pada keluarga dan peminat yang selama ini telah memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

“Beginilah, saya sendiri pun masih terkontang-kanting apatah lagi nak jaga orang lain. Nak dirikan masjid atau berkeluarga bukan satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam diri ini.

“Saya nak kumpul duit untuk keluarga dan orang-orang sekeliling yang saya sayang terlebih dahulu. Keluarga di Sabah pun perlukan banyak bantuan terutama pada waktu sekarang disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.

MK berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar PTTI minggu lalu di ibu negara yang menyaksikan dia dan rakan seperjuangan, Iman Troye dilantik sebagai duta.

Selain itu, MK juga sedar sebagai artis dan selebriti, tentu dirinya tidak dapat lari daripada pertanyaan yang menyentuh perihal peribadi terutama mengenai siapakah wanita yang kini bertakhta di hati.

“Cukup untuk saya katakan, buat masa sekarang, saya sedang dalam proses memperbaiki diri. Orang-orang sekeliling yang rapat dengan saya semua saya jaga perasaan mereka.

“Kalau orang tanya saya sudah berpunya atau belum, saya tak berani nak jawab. Saya nak perbaiki diri terlebih dahulu. Jadi lebih baik untuk diri sendiri barulah untuk orang lain.

“Saya tak ‘single’, ramai penyokong. Saya nak tonjolkan imej baik dahulu dan kemudian mungkin baru boleh masuk cerita yang seterusnya (cinta),”katanya.

Dalam pada itu, MK juga mengulas pandangan warganet mengenai gaya dan percubaannya dalam bidang lakonan menerusi drama berjudul The Hotel yang disifatkan masih kaku atau ‘kayu’.

Menganggap segalanya sebagai satu proses pembelajaran, MK sedar masih banyak yang perlu diperbaiki daripada aspek mutu lakonannya.

“Biasalah kalau ada yang kritik kayu. Tidaklah kayu sangat kan, tapi rasanya mungkin perkataan yang sesuai ialah kurang berpengalaman.

“Bagi saya, langkah perlahan-lahan itu tidak mengapa. Sekurang-kurangnya sekarang dah ada pengalaman. Kayu atau apa, nanti lama-lama keluarlah bunga, keluarlah daun,”katanya.

Selain itu, MK mengaku kini sangat seronok berpeluang menceburi bidang baharu namun sedang berusaha untuk memperbaiki diri demi menghargai jasa dan sokongan para peminat dan pengikut.

“Saya ambil kelas lakonan bersama Nabila Huda. Noki pun ambil kelas lakonan dengan dia. Apa pun, nyanyian tetap nombor saya. Rap itu jiwa sekarang cuma sekarang, kita ikut sahaja mana rezeki yang ada.

“Jujurnya, saya seronok berlakon sebab dapat kenal orang, menjiwai watak dan keluar daripada zon selesa. Kalau ada peluang untuk berlakon lebih banyak projek selepas ini, saya akan teruskan dan pertimbangkan,” katanya.

Sumber: Utusan.

Elak Sifat Riak Dan Akan Cuba Usaha Perbaiki Diri. Zul Ariffin Mengaku Sedang Belajar Mengawal Lidah Daripada Ini.

PERKONGSIAN pelakon popular, Zul Ariffin mengikuti pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim atau Ebit Lew keluar berdakwah telah menarik perhatian ramai.

Namun berbeza dengan beberapa selebriti lain yang terbuka berkongsi penghijrahan mereka ke arah lebih baik, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin mempunyai pandangan berbeza.

Jelas Zul, perkongsian tentang perkara itu bukan untuk menjadikan ia kisah sensasi tetapi sekadar kenangan kepada sebuah pengalaman.

“Penghijrahan yang saya lakukan adalah dari segi rohani. Kebetulan saya ada banyak masa senggang kerana tidak dapat keluar bekerja seperti kebiasaannya.

“Jadi saya terfikir untuk mengikuti Ustaz Ebit keluar berdakwah dan mengikuti program bantuan.

“Beliau banyak berkongsi cerita-cerita yang baik, jawab persoalan saya dan solat jemaah bersama, itu sahaja. Tidak ada apa yang perlu disensasikan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penunggang Agama 2 secara maya, pada Rabu.

Ditanya adakah dia akan lebih selektif dan terbatas dalam dunia lakonan selepas mendalami ilmu agama, Zul mengakui masih berusaha mengubah diri secara perlahan-lahan.“Sudah ada yang bertanya, sama ada saya akan terus berlakon atau tidak selepas ini. Pertamanya saya akan kawal lidah dahulu.

“Saya tidak mahu seronok bercakap dan akhirnya tidak akan mengotakan kata-kata saya. Sedikit demi sedikit saya akan berusaha mengelak atau mengubah diri saya,” jelasnya.

Kisah realiti

Dalam pada itu, bercakap tentang isu penunggang agama, jejaka berusia 35 tahun itu mengakui wujud individu seperti gambaran pengarah, Syafiq Yusof dalam kehidupan seharian.

“Saya rasa, orang akan berjumpa penunggang agama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Ketika mula membawakan watak Amir dalam Penunggang Agama 2 ini, saya agak ragu-ragu juga dengan sikapnya. Tetapi ia realiti dan orang sebegini memang wujud.

“Oleh sebab itu kita harus tunjuk perangai yang baik. Orang bukan Islam, mereka tak baca al-Quran, sebaliknya, mereka (orang bukan Islam) baca perangai kita (orang Islam).

“Pacak tripod rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri,” tegasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai wataknya dalam Penunggang Agama 2, Zul berkata, karakter Amir kali ini lebih mencabar kerana dia pula yang berubah ke arah negatif.

“Kalau dalam Penunggang Agama, kita akan nampak hitam dan putih, watak baik dan jahat. Tetapi dalam Penunggang Agama 2 ini berbeza,” katanya.

Sumber:Sinarplus.

Zul Ariffin terpaksa dikejarkan ke hospital. Terkejut bila pengurus dedahkan ini yang terjadi pada Zul Ariffin.

Pelakon Zul Ariffin dikejarkan ke pusat perubatan di Damansara ekoran masalah tekanan bp tinggi. Perkara itu disahkan oleh pengurusnya, Afdal Shahizad kepada Gempak pada Ahad.

“Zul mengalami hypertension but all good lepas jumpa doktor. Zul kini berehat di rumah sahaja,” katanya. Zul, 35, ditahan untuk pemantauan doktor selama empat jam dari pukul 4 petang tadi.

Terdahulu, Zul berkongsi sekeping fotonya terbaring di atas katil hospital sambil mengangkat sebelah tangan kanannya. Tulis Zul: “Rest jap.” “Semoga dipermudahkan dan berehat la di rumah. Kalau ada isteri syok sket kan zul..huhu” – Admin ASN

Apakah maksud Hipertensi

Hipertensi atau tekanan bp tinggi merupakan salah satu risiko kepada penyakit jantung, angin ahmar atau strok, masalah buah pinggang dan pembuluh cairan merah. Diagnosis tekanan bp tinggi diberikan mengikut julat tekanan bp seseorang yang telah dipantau sekurang – kurangnya selama 24 jam dengan purata bacaan tekanan darah melebihi bacaan julat normal.

Julat bacaan tekanan bp yang normal sebelum ini adalah 120/80 mmHg dan definisi hipertensi ialah tekanan bp melebihi 140/90 mmHg. Manakala bacaan kurang dari 140/90 mmHg tetapi melebihi 120/80 mmHg dikategorikan sebagai tekanan bp meningkat atau (Elevated bld pressure).

Hipertensi menurut WHO adalah sebuah keadaan di mana tekanan di dalam pembuluh bp meningkat secara berterusan. Julat bacaan tekanan bp yang baru telah diguna pakai pada masa kini untuk mengklasifikasikan tekanan bp tinggi.

Sumber : GEMPAK / DoctorOnCall

Selalu kongsi foto ikut Ebit Lew. Sekali ada pula yang kata Zul Ariffin cuba menunjuk nunjuk dan ini responnya.

Sejak kebelakangan ini, pelakon Zul Ariffin sering mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew (UEL). Bagaimanapun, Zul Ariffin tampil memohon maaf sekiranya dia banyak memuat naik posting yang kaitan dengan agama di media sosial.

Tak ada niat untuk menunjuk

Menerusi akaun Twitter miliknya, aktor kacak ini menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi mengenai hal agama bukanlah untuk menunjuk atau mendapat pujian daripada warganet sebaliknya dia cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja.

Minta maaf tau kalau saya post kat Instagram atau Twitter pasal agama. Langsung tak ada niat nak menunjuk, raih pujian, nak perhatian, cuma share experince je.

Pemilik nama Zulkifli Ariffin juga meluahkan rasa teruja walaupun hanya mencedok nasi untuk golongan gelandangan ketika dia mengikuti misi mengagih makanan baru-baru ini bersama Ebit Lew. Perkara berkenaan membuat dirinya berasa gembira dan boleh tersenyum selama satu hari.

Walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya kat tempat tu. Cedok nasi pun boleh senyum satu hari tau.

Seronok ambil tahu mengenai hal agama

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut memaklumkan bahawa dia masih mencuba untuk menimba ilmu sebaik mungkin dan mula rasa seronok untuk mengambil tahu mengenai hal agama dengan lebih mendalam lagi.

Korang jangan pula ingat saya ni tiba-tiba nak jadi itu ini pulak ya. Saya cuma ‘trying’ sebaik mungkin untuk menimba ilmu, pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai. sweet korang ni.

Saya now tengah seronok nak ambil tahu lebih tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu ni bagi saya lebih teruk daripada kaya-raya sebab riak tu macam dalam poket kita je. Dia tak duduk jauh pun.

Sumber : zul_ariffin86

Jodoh rahsia tuhan. Lama menyepi Ruhainies mula bongkarkan sifat baik Zul Ariffin. Dalam diam rupanya ini perangai Zul Ariffin.

Dilihat mesra bersama selepas bergandingan menerusi drama Wifi Sebelah Rumah, ramai peminat mendoakan agar pelakon Ruhainies dan Zul Ariffin bertemu jodoh. Menurut Ruhainies, dia mengakui selesa berkawan dengan Zul namun hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja. Kata Ruhainies sikap Zul yang mudah mesara membuatkan mereka jadi rapat.

“Jodoh dengan Zul? Saya tak berani nak cakap soal itu. Tetapi setakat ini saya cukup selesa berkawan baik dengan dia. Seronok kawan dengan Zul.

“Saya memang suka menyakat dia di set penggambaran. Dia pun g.ila-g.ila juga. Kerja pun jadi senang bila dua-dua serasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies memuji Zul seorang lelaki yang baik serta berharap akan dapat bergandingan bersama lagi selepas ini.

Haihh dia ni kalau xkacau org x sah. susah betul nak cari gambar yang proper. Ada je dia buat muka pelik2. Kang kalau i post dia kata i selfish pulak pilih gmbr i je cantik. Tapi sapa suruh main2 kan! Grrr.. but yang paling penting, we had so much fun on set! Rindu the whole team! Oh, ya! Goodnews untuk korang yang dah lama menanti drama bersiri #wifisebelahrumah !! This drama is now available to watch on @disneyplushotstarmy , yay! Finally, Enjoy guys!

@zul_ariffin is gonna kll me for uploading this video. AHAHHA.  patut tak i block dia sebelum dia nampak? here’s some clips/BTS during on set for drama series #wifisebelahrumah. One of the best project for me. We had so much fun shting for this drama series i swear. It took us only 3weeks untuk habiskan semuanya 16eps!

@zul_ariffin is one of the best sparring partner. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. He’s actually funny + pemalu tbh. walaupun hobi dia suka kacau orang. And tak lupa jugak. @fadlanhazim, @keithfoo, @ridzuan__hashim, @nurinafiqaaah dan yang lain lain.

Im so grateful dapat bekerja dengan all these positive people around me the whole team pun best, our director abg @shuhaimizulkefli yang sangat sporting and fun to work with. To those yang belum tengok, korang boleh subscribe @disneyplushotstarmy dan boleh strim #wifisebelahrumah today. I promise you guys will enjoy this drama as much as i do. Especially during this MCO. Boleh la release stress sikit I love the storyline, the script, the editing, EVERYTHING! have fun!

“Walaupun penggambaran drama itu sudah tamat tapi hubungan kami masih baik. Lagipun kalau peminat suka gandingan kami, maksudnya berjayalah drama tersebut. “Zul pun seorang lelaki yang baik dan sopan. Saya tak kisah pun kalau orang nak cakap atau doakan itu ini, jodoh kan rahsia Tuhan?” katanya. Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *