Tak sampai 24 jam Iqbal release lagu dah trending. Sekali ini pula komen Azmeer.

Hiburan OH HIBURAN selebriti

PETALING JAYA – Komposer Dr. Azmeer memberi peringatan kepada mana-mana usahawan tempatan agar berhenti memperlekehkan industri seni muzik tanah air dengan menceburkan diri dalam dunia seni suara untuk tujuan publisiti murahan.

Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd. Azhar Abu Bakar berkata, kalau seseorang itu tidak memiliki bakat menyanyi, lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk memeriahkan industri dengan produk seni tidak berkualiti bagi tujuan ‘marketing’ atau publisiti.

“Bagi saya, perlu ada pemantauan dan penapisan daripada pihak atau agensi berkaitan agar ‘penyakit’ ini tidak terus melarat. Nak keluarkan single, tiada masalah tapi sedarlah bahawa bidang seni muzik bukan platform atau gelanggang ‘permainan’ publisiti.

“Biarlah orang yang betul-betul berbakat dan mempunyai usaha untuk menjadikan industri ini sebagai punca rezeki untuk ceburkan diri. Kalau buat single untuk tujuan mengkomersialkan nama atau produk perniagaan, nasihat saya, tolong berhenti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Azmeer yang merupakan komposer yang telah melahirkan banyak karya malar segar seperti Purnama Merindu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Menadah Gerimis (Ziana Zain), budaya tersebut yang sedang diamalkan di Malaysia akan membunuh industri kalau dibiarkan terus berlarutan.

“Macam saya cakap tadi, pihak berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau agensi yang bernaung di bawahnya perlu melakukan sesuatu. Industri akan nazak kalau senario ini berterusan.

“Orang takkan pandang industri seni muzik sebagai satu pekerjaan yang serius. Kalau dibiarkan mereka (usahawan gila glamor) terus ‘propa’ buat muzik atas nama publisiti, hancur masa depan industri kita.

“Kalau mereka nak menyanyi, tiada masalah. Silakan tapi tolong jangan ada niat nak memperlekehkan bidang ini untuk tujuan publisiti murahan produk jualan mereka. Tolong hormat industri muzik kita,” ujarnya lagi.

Getus Azmeer yang baru sahaja selesai menamatkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM), industri seni muzik tanah air bukan tempat untuk orang yang mementingkan keuntungan diri sendiri demi mengaut hasil menggunakan landasan yang tidak betul.

“Jangan manipulasikan seni (muzik) demi kepentingan diri sendiri. Nak menyanyi atau rakam lagu, pastikan anda datang dengan bakat sekali.

“Rakam lagu untuk tujuan publisiti dan bukan dikerjakan orang-orang seni bagi saya adalah perkara yang tidak sihat. Seni harus berjalan seiringan dengan Intelligence Quotient (IQ).

“Kalau betul-betul nak martabatkan industri seni tanah air sampai ke peringkat global, situasi yang saya sifatkan sebagai kanser ini perlu dibendung bermula dari sekarang,” katanya.

Azmeer diminta memberi pendapat profesionalnya berkenaan mana-mana individu yang berstatus usahawan yang menggunakan seni muzik sebagai antara platform untuk melariskan produk jualan mereka atau demi tujuan publisiti murahan.

Hari ini pukul 5 petang, selepas Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri, seorang lagi usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mengikut jejak langkah mereka apabila terjun dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertamanya berjudul Hujan.

Lagu tersebut mendapat sentuhan komposer penyanyi Oja dan dua orang anggota Floor88 iaitu Zai Hamzah dan Achoi sementara lirik daripada Iqbal sendiri serta Zai dan Achoi

No 1 Trending Youtube

Daalam pada itu, baru 15 jam video klip lagu Hujan di muat naik, jumlah tontonan sudah meningkat ke 417,064. Rata-rata netizan menyukai lagu video klip tersebut dengan mendapat 20 ribu tanda suka.

Ramai puji suara sedap

“Sedap telinga mendengar..lirik lagu smpai kehati..kisah hidup dijadikan lagu meme menyentuh perasaan la..suara pun blh tahan..tahniah”.

“alhamdulillah sedap didengarsemoga selalu dipermudahkan urusan yeterasa sebak pun ada dengar lagu nimasuk lah kejiwa”.

Sumber: Kosmo/Trendingsangat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru keluarkan single pertamanya. Sekali Iqbal akui vokal capai standard AJL dan ini angan terbesarnya.

Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai. Belum sempat single pertama diperdengarkan kepada umum, usahawan yang kini bergelar penyanyi iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sudah memasang angan-angan untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Ujar Iqbal, 27, taruhannya menerusi lagu Hujan selain paduan vokal yang baik mampu untuk bersaing di pentas berprestij itu.

Poster single pertama Iqbal.“Sekiranya ada rezeki untuk ke AJL saya okay je. Tidak la rasa tergugat sangat sebab suara saya ketika menyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun. Tapi semestinya kena ada persediaan yang rapi, saya perlu lebih banyak latihan kalau ada rezeki ke AJL nanti. Saya sedar diri dan saya tidak la mahu berlagak, tapi kalau ada rezeki ke AJL apa salahnya. Namun saya tetap hormat orang lama dan akui saya masih belajar,” katanya.Video muzik (MV) lagu Hujan ciptaan Eriq Fuzi daripada kumpulan Floor 88 bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube Rusa Music pada petang Isnin. Idea menghasilkan lagu yang mengisahkan tentang perjalanan kisah peribadinya itu muncul selepas hubungan cintanya bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berakhir dengan perpisahan.

Warganet boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak.

Bercerita lanjut tentang debut pertamanya itu, Iqbal akui berdebar-debar menanti reaksi orang ramai. Namun katanya dia berpuas hati dengan hasil dan pencapaiannya setakat ini. “Perasaan berdebar bercampur dengan teruja. Banyak persoalan timbul dalam fikiran saya… risau jika ada kritikan dari orang ramai. Perkara ini baru bagi saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap saya.

“Kadang-kadang pula saya rasa nak balas dendam, nak buktikan saya boleh buat yang terbaik dan bukan drama semata-mata,” katanya lagi. Tambah Iqbal dia berharap pendengar memberi peluang untuknya menghiasi dunia seni dengan bakatnya selain mahu menjadikan lagu ini sebagai coretan perjalanan hidupnya. Terang Iqbal, pemilihan judul lagu tersebut juga memberikan gambaran tentang apa yang pernah dialaminya suatu ketika dulu.

“Lagu ni berdasarkan pengalaman hidup saya. Saya pernah dihalau diberhentikan kerja pada waktu hujan. Saya di buang tanpa pertimbangan. Warganet boleh nilai sendiri sama ada ini adalah marketing produk saya atau tidak,” ujarnya. Sumber : Mstar

Ada yang puji lagunya bakal melangkah ke AJL. Sekali ramai pulak yang tak sabar dengar kemunculan lagu pertama Iqbal.

Cukup dengan hanya teaser 17 saat dengan bunyi latar hujan, ironi dengan judul lagu usahawan sensasi, lqbal Zulkefli, is sekaligus mencuit perhatian warganet. Berkongsi teaser lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 dan bintang GV7, Oja, ramai yang semakin teruja menantikan lagu penuh yang akan dilancarkan pada Isnin (1 November 2021) nanti.

“Scene hujan ini dirakann jam 1 pagi sama seperti kejadian sebenar,” cerita Iqbal pada hantaran video tersebut. Lagu yang difahamkan bernilai RM500,000 itu sebelum ini meraih perhatian ramai komposer termasuk dari Indonesia dan penyanyi rap Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories lewat malam Sabtu, Iqbal meminta pengikutnya mengundi untuk menggunakan nama komersial lqbal atau lqbal Zulkefli. Sementara itu, berikut antara reaksi terawal warganet berkenaan single pertama lqbal yang akan dilancarkan esok.“Okey tak sabar nak dengar, mesti sedap suara ni. Iim waiting,” kata @hasniza_yusoff. “Aku yakin lagu ni akan viral,” tambah @wan jinnnny96. “Ada iras-iras Imran Ajmain. Semoga sukses abang,” tulis @afiff.annran.

“Biar apa orang nak kata janji awak tahu apa yang awak buat dik, semoga berjaya dalam hidup,” tambah @azainipazmiahahmad. “Tahniah, teruskan perjuangan yang penting sabar,” dorong @kimangelyea. “Bakal melangkah ke AJL,” puji @norazira065. Sumber : Gempak

Makan masa 24 jam untuk siapkan. Iqbal dedah cerita kisah hidupnya dalam lagu Hujan bakal keluar 1 November ini

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu seterusnya sedang mencari komposer bersesuaian bagi tujuan berkenaan. Lalu menerusi satu hantaran terkini yang dikemas kini jejaka asal Kelantan itu, dia memaklumkan single sulungnya bakal dilancarkan pada 1 November depan. Lagu berjudul Hujan itu turut disertakan dengan muzik video rasmi yang bakal dimuat naik menerusi YouTube.

“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini. Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” tulisnya. Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat selain sama-sama menulis lirik bagi lagu berkenaan.

“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman. Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” jelasnya lagi. Perkongsian mengenai Hujan mendapat reaksi pelbagai warganet dan sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka. Sumber : Media Hiburan

Banyak media yang tak henti henti siarkan drama DSV dan Iqbal. Sekali ini yang Izwan Azir Salleh minta sampai kaitkan isu pembelian ruang berita.

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Salleh memohon pada pihak tertentu untuk menghentikan ‘drama’ di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida(DSV) dengan bekas pembantu peribadinya (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli.

“Drama Begitu Zaman Kita Menonton Opah Atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dulu Bolehlah”

Menerusi laman Twitter, bekas pembaca berita TV3 ini menyifatkan drama sebegitu hanya dilayan pada era menonton drama popular Opah dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sahaja. “Saya minta sangat-sangatlah media-media tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja weyh?”- pesan Izwan.

Ada Faktor Pembelian Ruang Berita Untuk Menjual Cerita

Tambah Izwan lagi, dia turut mendedahkan terdapat faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada untuk menjual cerita sebegitu. “Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on! Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?”-Soal Izwan lagi.

Beri Pesanan Pada Peminat ‘Cerita Sampah’

Tegas Izwan, dia memberikan pesanan buat mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua figura tersebut tidak akan mendapat sebarang kebaikan waima kelebihan. “Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke, tak letak nasi dalam pinggan kita, tak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu..”- kata Izwan.

Terdahulu, Murai.my melaporkan bahawa DSV akui  telah terkena buatan sh1r daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia turut menegaskan bahawa ianya bukan lakonan selain meminta ustaz yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut. Sumber : Murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *