Rasanya memang sedap. Tapi ramai tidak tahu dekat sirip ikan kerisi ada tersembunyi makhluk makhluk ini.

Haiwan KESIHATAN tips

Anda semua mesti ramai sudah tahu bahawa Ikan merupakan salah satu sumber protein utama yang sangat penting pada badan kita. Ramai orang yang makan berlaukkan ikan tetapi tidak semua ikan itu mempunyai rasa yang sama dan minat setiap orang mungkin berbeza.

Walaupun memasak ikan tidak sukar, tetapi tetap juga ia memerlukan sedikit kemahiran asas yang perlu kita ketahui agar boleh mendapatkan rasa ikan yang berkualiti, bersih dan sedap dimakan.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsikan cara siang untuk membuang cacing parasit yang terdapat pada badan ikan sebelum memasaknya.

Cara bersih dan siang ikan kerisi

Bagi yang dok tau lagi atau yang dok perasan selama ni,atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada perasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi hok KakaMung boleh memang ada belake atas belakang ye tu cacing² halus tu..

Gunting sirip ikan

Jadi cara KakMung buang cacing² tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi hok kita wat cukil gigi,cokeh buang cacing² hok ada tu,boleh katakan atas sekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu,pastu baru beloh belakang dia..

Gambar cacing hok tu je dang KakMung ambik, Naik geli gelemang pulok KakMung tengok ke cacing-halus halus tu..

Ikan kerisi memang sedap weh,nok-nok kalau goreng belah blakang atau masok singgang pedah..lepas cuci bersih boleh lah kita masak setmung

Bahagian tepi sirip ikan kelihatan cacing ‘bersembunyi’.

Gunting dan buang bahagian sirip ikan.Boleh nampak jelas ada cacing berwarna merah di bahagian tersebut. Bleh guna pencungkil gigi untuk menarik dan membuang cacing di situ yang kebiasaaannya ada 2,3  cacing halus.Di bawah ini adalah cacing-cacing yang sudah dikeluarkan daripada ikan

Ikan kerisi memang sedap untuk dimakan, dan anda tidak perlu bimbang dengan cacing-cacing  halus tersebut, biasanya jika tidak dibuang pun ia akan mati apabila dimasak.

Kredit: Solina Mahmud

Lepas Dapat Tahu Cara Penghasilan Makanan Ini. Kilang Terus Diarahkan Tutup Untuk Operasi Pembersihan.

SEBERANG PERAI – Penggemar tauhu dan belacan pastinya akan hilang selera jika mereka menge­tahui premis yang memproses produk makanan itu di dua buah kilang di sini berada dalam ke­a­daan kotor sehingga diarahkan tutup.

Pengusaha kilang tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini dan sebuah lagi premis menghasilkan belacan di Butterworth diarah untuk menutup operasi mereka selama dua ming­gu mulai semalam bagi kerja-kerja pembersihan.

Tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 tersebut dibuat susulan penemuan najis tikus di kedua-dua premis terbabit, malah belacan yang dijemur di sebuah kilang dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ.

Kedua-dua produk makanan tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan di sekitar Pulau Pinang sahaja.

Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kese­lamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, najis tikus itu ditemui bertaburan di dalam stor makanan dan barang-barang di kedua-dua premis berkenaan dalam Ops Bersih yang dijalankan semalam.

Menurutnya, serbuan pertama dibuat terhadap sebuah kilang memproses tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor yang dipercayai telah beroperasi selama 10 tahun.

“Sebenarnya, kilang ini pernah diperiksa lebih dua bulan lalu, namun operasi pemeriksan yang dijalankan pihak berkuasa ketika itu hanya melibatkan soal pematuhan SOP (prosedur operasi standard) pencegahan Co­vid-19.

“Bagaimanapun, apabila ki­lang itu diperiksa semula hari ini (semalam), kami telah menjumpai najis tikus di dalam stor makanan dan barang-barang mereka,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohd. Wazir memberitahu, selain najis tikus, keadaan kilang tauhu terbabit juga kotor dengan lebihan tauhu bersepah di atas lantai dan di sekitar mesin penghasilan makanan itu.

Dalam serbuan kedua, Mohd. Wazir berkata, kilang mempro­ses belacan di Butterworth dipercayai telah bero­perasi lebih lima tahun tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah dan menggunakan logo halal meragukan.

Katanya, operasi premis ter­babit dipercayai berselindung di sebalik sebuah kilang lain iaitu kilang memproses gaharu yang dipercayai mempunyai ikatan saudara dengan pemilik kilang memproses belacan itu.

“Kilang kedua yang diserbu ini juga mempunyai masalah berkaitan tahap kebersihan apabila belacan yang dijemur untuk diproses itu dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ,” ujarnya.

Mohd. Wazir memberitahu, dalam operasi itu, pihaknya mendapati lapan hingga sembilan pekerja di kedua-dua kilang terbabit belum mendapat suntikan typhoid dan mereka turut dikenakan kompaun secara individu untuk kesalahan itu.

Katanya, kesalahan lain yang turut dikesan dalam serbuan itu termasuk peralatan yang digunakan kotor, tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala.

“Secara keseluruhannya, kami telah mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan terhadap premis-premis terbabit,” ujarnya.

Selain 15 anggota Jabatan Ke­sihatan negeri khususnya BKKM, Ops Bersih itu turut disertai dua anggota penguat kuasa daripada Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Sumber: Kosmo.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Disebabkan Tidak Jaga Permakanan Beby Tora Sekali Lagi Dikritik Teruk Oleh Warganet. Sampai Sanggup Kaitkan Tentang Zuriat.

“Kalau mentua dia masih ada mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh dan kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jaga pemakanan,” demikian tulis warganet di laman sosial TikTok milik pempengaruh, Beby Tora.

Kasar dan mengguris hati, komen terbabit mendapat reaksi panas dalam kalangan warganet termasuk pelawak dan penyanyi Achey.

Katanya; “Terasa I tau… tapi kena ingat kebahagiaan da rezeki datang pelbagai cara.”Beby Tora yang popular dengan video reviu makanan berkongsi komen terbabit dalam satu hantaran video dirinya sedang menikmati maggi oden.

Dihujani komen-komen mengkritik fizikal dan rezekinya yang masih belum dikurniakan zuriat, Beby Tora akui tersinggung.

“Saya dapat komen negatif juga tapi biasa saya buat tak hairan. Tapi adakalanya saya rasa insecure dengan diri kita, rasa macam tak mampu nak bagi yang terbaik untuk suami kita.

“Sebab sampai sekarang kita masih tak mengandung lagi. Kadang-kadang kita okey sebenarnya sebab family dan followers support kita.”Bila kerap baca komen negatif dan tak elok, jadi down, sedih.

Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang yang terlalu ambil tahu pasal saya.”Komen kat saya ‘sebab makan banyak fast food sebab tu tak boleh pregnant‘, ‘badan besar sangat sebab tu tak boleh pregnant‘.

Kadang-kadang saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu,” katanya.Dalam pada itu, Beby Tora berharap agar pengguna media sosial menulis komen yang lebih murni, berhemah dan lebih menjaga sensitiviti individu terutama wanita senasib dengannya.

“Orang kat luar sana faham perasaan tak dikurniakan anak ni. Mungkin kalian diberikan rezeki anak lebih awal, tak berhak cakap macam tu. Better diam je.”Tak apa Allah tak bagi sekarang, Allah akan bagi nanti di akhirat,” tambahnya.

Sumber: Gempak.

Nekad Nak Kempiskan Perut. Agak Agak Berapa Lama Masa Yang Diambil.

Penonton tahu Shaheizy Sam sememangnya pelakon yang komited ketika menjayakan watak dalam sesebuah naskhah. Lihat sajalah transformasi dan dedikasinya ketika membawa watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo dan Naufal dalam filem Pinjamkan Hatiku. Satu watak bertubuh kekar, dan satu lagi si kurus kering.

Seperti kebanyakan orang yang lama terperap di rumah akibat perintah kawalan pergerakan (PKP), Sam juga dengan jayanya membawa perut ke depan! Maklumlah, seronok duduk di rumah menghabiskan masa bersama yang tersayang sampai tidak menjaga badan. Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

Ni macam nak pindah terus. Shaheizy Sam terpaksa check in hotel sebab Syatillah alami alahan pelik.

Gara-gara Syatilla Melvin Alahan tk boleh tengok rumah yang kita deco sendiri. Shaheizy sam mengambil inisiatif menempah menginap di Hotel. Shaheizy sam Memuat Naik satu Video Di lG nye dan bertulis “Ni kira pindah terus ke macamana?! Bukan salah ibu mengandung.

Sebelum ini KANDUNGAN baru memasuki usia tujuh minggu, namun pelakon Syatilla Melvin memberitahu dia mula mengalami alahan pelik sejak minggu lalu. Kata Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, secara tiba-tiba dia berasa tdak suka melihat perhiasan serta perabot di dalam rumahnya sendiri.

Tambahnya, dia berasa mu4l dan sakit di bahagian perut jika terus berada di rumah sejak kebelakangan ini. “Apabila bangun pagi saya rasa tk boleh tengok rumah yang kita deco, perabot serta perhiasan rumah. Saya macam nak muntah dan sakit perut sebab benda yang paling saya suka jadi benda paling benci dan tak suka tengok,” katanya kepada mStar.

Tambah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, suaminya juga berasa hairan dengan alahan yang dialami oleh Syatilla dan beranggapan kononnya dia alami masalah dalaman. “Sam pun tanya saya… you ni ada masalah dalaman ke, tanya saya nak apa? Nak pindah rumah ke? Nak stay hotel ke?

“Saya tak tahu nak explain macam mana sebab mereka tak rasa, tak alami… saya cuma serabut. “Sebab saya tahu Sam risau, dia tahu isteri dia ni ceria dan dia nak yang terbaik untuk isterinya,” ujarnya. Menurut Syatilla juga, sehingga kini dia belum mengidam sesuatu yang pelik di usia kandungannya yang baru memasuki bulan kedua.

Dia juga berharap agar fasa alahan yang dialaminya segera berakhir. Syatilla berharap dan berdoa kandungannya bertahan sembila bulan. “So far tak ada lagi mengidam yang bukan-bukan, just alahan macam ni.

“Harap tak ada la pelik-pelik, nak menghadap fasa ni pun dah tak tahan. Hopefully benda ni tak lama,” ujarnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber: Mstar

Shaheizy Sam kena tahan masa nak masuk restoran. Sekali terkejut bila dia tanya balik dekat pekerja ini jawapan yang dia bagi.

Aktiviti dine-in atau makan di restoran dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 20 Ogos lalu. Selain pengusaha premis kedai makan disarankan menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis, mereka juga perlu memastikan individu yang memasuki premis dine-in memaparkan sijil digital vaksinasi COVID 19.

Pelanggan juga boleh meminta pengusaha restoran dan pekerja mengemukakan pengesahan lengkap dua dos vaksin COVID 19 dalam aplikasi MySejahtera susulan kebenaran dine in di premis mereka.

Shaheizy Sam Kongsi Satu Cerita. Pelakon popular Shaheizy Sam berdepan situasi janggal ketika cuba memasuki restoran makanan mamak baru-baru ini. Cerita Sam, dia pada mulanya ditahan oleh pekerja restoran terbabit untuk memeriksa aplikasi MySejahtera.

Namun selepas Sam membuktikan dia sudah lengkap divaksin, pekerja restoran terbabit pula yang gagal menunjukkan bukti dirinya sudah lengkap divaksin. “Saya ada keluar sekejap tadi, saya lapar dan singgah kedai mamak.

Masa nak masuk tu ada seorang anney tu suruh tunjuk saya punya MySejahtera, nak tengok dah dua kali vaksin atau belum. “Kita dengan steady keluarkan phone tunjuk MySejahtera, nampak fully vaccinated.

Katanya saya boleh masuk. Saya tak masuk! Saya tanya dia pula, sekarang saya nak tengok you punya MySejahtera, sudah dua kali vaksin atau belum?. “Tak ada! Phone dia katanya bos pegang. Tak gentle! Kau nak tengok aku punya, aku dah tunjuk, aku nak tengok kau punya tak ada. Soalannya, betul ker ni dah divaksin?” tanya Sam.

Reaksi Orang Ramai

Betl juga.. kedai sibuk nak tgk mysejahtera org.. pekerja dia pulak cm mn? seram jugak bila fikir. Satu je nak tanya kepada saudara, jika dia x tahan saudara utk cx mysejahtera, adakah saudara akan bertanya soalan sama.. jika ya bagus jika tidak kawallah perasaan tu.

Kedai mamak..security opis mall semua yg jaga.. Pun kalau dia tanya saya.. Saya akan suh dia juga tunjuk…Kita local citizen city dok sibuk jaga..Korang lak nnti.. X amik berjaga2. Klu kedai mkn setahu sy, staff xfull vaksin xboleh open dine in, smua complete baru on dine in. Klu xcomplete hya TA/delivery shja no dine in.

Kredit : Astro, online malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *