Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran sama. Peminat syak Zara Zya ada hubungan istimewa dengan usahawan kosmetik ini.

artis Hiburan Kehidupan OH HIBURAN selebriti

MERAIKAN ulang tahun kelahiran Zara Zya bersama pada 22 Oktober lalu, ramai peminat beranggapan aktres itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa.

Mengakui sudah lapan tahun mengenali satu sama lain, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin bagaimanapun menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.

Malah pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu Alha tidak pernah terlepas meraikan hari ulang tahun kelahirannya sepanjang perkenalan mereka.

“Ramai orang ingat saya ada hubungan dengan Alha… sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa pun.

“Sudah lama kami menjadi kawan baik… sejak tujuh atau lapan tahun lalu kami kenal. Sampailah sekarang hubungan persahabatan kami masih baik.

“Memang setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran saya, dia mesti akan ada sekali. Dia tak pernah terlepas sambut hari jadi saya,” katanya.

“Untuk tahun ini saya berfikir juga nak sambut hari lahir dekat mana.” ujarnya.

Sebelum ini, Zara memuat naik video di Instagram dia bersama Alha mengunjungi Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang yang menempatkan warga tua muslimah.

Menerusi kapsyen di perkongsian tersebut, Zara meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut ulang tahun kelahirannya di pusat jagaan tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tiada Dendam ini memberitahu Alha dan penyanyi Ippo Hafiz adalah individu yang bertanggungjawab mencadangkan untuk dia menyambut ulang tahun kelahiran di lokasi berkenaan.

“Untuk tahun ini saya berfikir juga nak sambut hari lahir dekat mana. Tiba-tiba Alha bagi idea rumah orang-orang tua.

“Saya pun setuju la dan terfikir untuk ajak Ippo Hafiz yang beri cadangan pergi Pusat Jagaan Sri Mesra sebab dia dah banyak kali pergi.

“Apabila masuk rumah itu, kami disambut baik oleh jururawat yang menjaga ibu-ibu di situ dan semua orang dalam rumah itu gembira saja,” ujarnya.

Sumber: Mstar.

Tak perlu malu. Zara Zya sampai merayu pada orang ramai supaya mengangkat bendera putih jika anda dalam kesusahan.

KUALA LUMPUR: Terdahulu, Zara zya menjadi tumpuan media dan juga peminat peminat juga. Kita biasa lihat selebriti tanah air kita selalu memuat naik gamba atau video sebagai bagi mempromosikan atau slainnya.

Dengan cara itu, selebriti berkenaan perlu memuat naik video atau foto. Namun, tidak semestinya selebriti itu boleh mengambil review yang bukan-bukan sehingga mendatangkan fitnh ke atas dirinya.

Zara Zya dilihat peminatnya di laman Instagram selepas beliau memuat naik satu foto memengan bendera putih. Walau apa pun, doa yang baik baik sahaja buat Zara Zya ya. Menerusi entri terbaru Zara Zya:

“Demi meneruskan kelangsungan hidup, Naikkan #BenderaPutih di kediaman anda. Tak perlu malu, tak perlu merayu, kibarkan untuk rakyat bantu. Kalau ternampak #BenderaPutih, tolong hulurkan bantuan. Manisnya bila rezeki dapat dikongsi.

“Saya berdiri untuk Solidariti 100% menyokong kempen #BenderaPutih ini, jangan biarkan kesusahan, tangisan, kesedihan berterusan Tolonglah jangan politikkan, ini kempen rakyat untuk rakyat! P/S : Share post ini sebagai tanda sokongan”

Jom lihat apa kata warganet:

Sumber: Ig Zarazya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak tahu malu. Zara Zya teruk dikritik oleh warganet gara gara review produk yang tak senonoh.

Kita biasa lihat selebriti tanah air membuat Instagram review atau lebih dikenali sebagai paid review bagi mempromosikan apa-apa produk jualan. Dengan cara itu, selebriti berkenaan perlu memuat naik video atau foto yang telah diberikan oleh mana-mana pengusaha produk.

Namun, tidak semestinya selebriti itu boleh mengambil review yang bukan-bukan sehingga mendatangkan fitnh ke atas dirinya. Terkini, pelakon Zara Zya dilihat telah dikritik oleh peminatnya di laman Instagram selepas beliau memuat naik satu video review produk barangan wanita.

Bukan itu sahaja, aksi yang ditunjukkan di dalam video itu turut mengundang kegusaran hati setiap yang menonton. Disebabkan itu, ramai peminatnya tinggalkan pelbagai respond di ruangan komen posting berkenaan kerana kebayakan pengikut Zara di laman Instagram datang daripada pelbagai usia. Bagi mereka, Zara tidak sepatutnya memilih untuk membuat review produk berkenaan lebih-lebih lagi kini beliau sudah bertudung.

Tapi sebenarnya ramai je selebriti Malaysia yang buat review produk macam tu jugak, maklum lah mereka sudah dibayar dah nak taknak terpaksa lah post juga foto atau video seperti itu. Mungkin Zara tersilap pandang kot, boleh jadi posting itu dimuat naik oleh pembantunya ke?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Zara Zya Kongsi Selawat Asyghil Di Media Sosial Dan Menerima Pujian Ramai. Perkongsiannya Itu Mendapat Komen Positif Dari Warganet.

Pelakon serba boleh, Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya iaitu Zara Zya baru-baru ini telah berkongsikan satu video beliau menyampaikan selawat Asyghil di laman Instagram miliknya. Nampaknya perkongsian Zara itu menarik perhatian ramai pengikutnya yang mahu dia berkongsikan manfaat Selawat Asyghil berkenaan.

Menurut Zara, Selawat Asyghil ini boleh diamalkan untuk memohon salam atas Nabi SAW, keluarga dan sahabatnya dan sesuai diamalkan ketika sedang susah hati atau dikritik.

Berikut lafadz shalawat Asyghil:Allohumma sholli ‘alaa sayyidinaa Muhammad, Wa asyghilidz dzoolimiin bidz-dzoolimiin, Wa akhrijnaa min baynihim saalimiin, Wa ‘alaa alihi wa shohbihii ajma’in. Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Zara memuji kesedapan suara beliau dan turut mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang baik itu.

Sejuk hati bila dengar Zara menyampaikan Selawat Asyghil ni! Terima kasih juga Zara atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini Sumber : Instagram Zara Zya

Pertama Kali Zizi Kirana Menonjolkan Diri Dengan Baca Al Quran Di Kaca TV. Suaranya Buat Ramai Terpesona.

Setiap kali menjelang tahun baru, pasti ramai yang mempunyai azam untuk menjadi insan lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuk penyanyi, Zizi Kirana juga mula mengubah penampilan lebih sopan dan memadam foto yang agak keterl4luan di laman media sosial miliknya.

Terbaru, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memuat naik satu video di aplikasi Tiktok yang memaparkan dirinya sedang membaca kitab suci al-Quran dengan lancar.

Menerusi video tersebut, penyanyi berusia 35 tahun itu tidak kekok bertaranum di atas pentas meskipun sedikit gementar kerana itu merupakan pertama kali dia tampil mengaji di kaca televisyen. “Pertama kali tampil mengaji di kaca televisyen, mahu tercabut lutut. InsyaAllah saya akan terus belajar lagi,” corentnya di kapsyen.

Manis mengenakan jubah dan selendang labuh, penyanyi lagu Eh itu bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti. Kelunakan suara yang bercampur ‘serak-serak basah’ membuatkan posting berkenaan dihujani komen warganet yang memuji kemerduan suara Zizi

Alhamdulillah sedapnya suara Zizi. Semoga apa yang dihajati dan dipilih oleh Zizi dipermudahkan segala urusannya. Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH. Sumber: Tiktok Zizi Kirana

Zizi Kirana Berang Apabila Ada Warganet Yang Cuba Kata Sebegini Padanya. Lalu Ini Komen Dia Pada Warganet.

Zizi Kirana menegur warganet yang meninggalkan komen tidak beradab. Tindakan segelintir warganet menulis komen melampau dan tidak beradab di laman sosial ketika mengulas sesuatu isu sensitif di media sosial menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Zizi Kirana.

Zizi berkata segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain terutama individu yang terpalit dalam kontroversi berkenaan. Justeru itu, penyanyi lagu Eh ini menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

“Nak tegur sikit… saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media. Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim! Kalau membina tak apa… tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada! Mereka ini seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab. Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar, agaknya dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?” katanya kepada mStar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *