Hampir satu Malaysia kritik minah salleh ini. Tapi ini pula kata pelawak Harith Iskander.

Amalan artis Hiburan Info selebriti

PETALING JAYA – Pelawak Harith Iskander menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyalahkan seorang wanita berstatus pelancong asing yang didakwa enggan memakai pelitup muka ketika memasuki butik mewah di sebuah pusat beli-belah ibu kota baru-baru ini.

Harith atau nama lengkapnya, Harith Iskander Musa berkata, wanita itu mungkin tidak sihat dan sedang berperang dengan gejolak jiwa sendiri.

“Kita patut berhenti ‘demonizing’ (mengutuk) wanita (warga asing) yang menyebabkan kekecohan di luar butik Dior itu.

“Dia kelihatan ‘tidak sihat’ dan secara terangnya, sedang berdepan dengan demons (suara jahat) dirinya sendiri,” katanya menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Sekadar berkongsi pendapat peribadi, Harith yang pernah dinobatkan sebagai Funniest Person In The World pada Disember 2016 berharap, wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.

“Saya percaya dia ada anak (keluarga) dan dengan itu, saya berharap mereka semua selamat dan dilindungi. Move on (teruskan hidup),” coretnya seraya menyelitkan tanda pagar #JustMyOpinion dalam ciapan yang dimuat naik.

Terdahulu, seorang wanita kulit putih yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet mengundang rasa marah orang ramai selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Kononnya, hak dirinya sebagai pengguna dan pembeli untuk memasuki jenama butik terkemuka dinafikan kerana keengganannya memakai pelitup muka sedangkan di Malaysia, memakai ‘mask’ di tempat awam merupakan satu kemestian bagi membendung penularan Covid-19.

Tindakannya yang tular dalam media sosial mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ciap Khairy menerusi Twitter: “Bila berada di Rome, ikut cara Roman. Bila di Malaysia, tolong ‘mask up’ tanpa mengira peraturan di tempat lain.”

Sekadar info, perkataan Karen merujuk slanga mencemuh seorang wanita kulit putih pertengahan umur menjengkelkan, pemarah dan rasis yang menggunakan keistimewaannya untuk mendapatkan apa diinginkan dan suka mengawasi tingkah laku orang lain. – K! ONLINE

Selepas Butik Dior. Minah Saleh Karen Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC. Ini Kata Warganet.

Sekitar Rabu lalu, tular di media sosial apabila terdapat seorang minah salleh yang membuat kecoh di butik Dior, KLCC gara-gara tidak dihalang untuk memasukinya kerana tidak memakai pelitup muka.

Tindakan beliau yang mendakwa mereka yang memakai pelitup mula sebagai komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih diberikan kepadanya sekaligus telah membuat para warganet berang.

Bukan itu sahaja, tindakan beliau nampaknya turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin yang menyuruh wanita ini mengikut SOP yang ditetapkan.

Di sangka telah mengambil iktibar terhadap insiden yang berlaku, beliau nampaknya sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas terdapat pengguna seorang Twitter yang sempat merakam telatah beliau di Bangsar Shopping Centre (BSC).

Menerusi video yang tular, beliau dilihat bertengkar dengan pihak pengawal selepas dihalang memasuki pasar raya berkenaan gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Tindakan beliau yang penting dengan diri sendiri sekaligus turut membuatkan para warganet berpendapat untuk meminta wanita ini pulang ke negaranya. Terdapat juga warganet yang memuji dengan tindakan pihak pengawal yang penuh tenang mengawal situasi serta meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan.

Melihatkan kepada kali kedua dalam seminggu beliau menjadi perhatian warganet, diharap beliau dapat mengikut SOP yang ditetapkan dalam memudahkan beliau untuk memasuki sebarang premis sekaligus memudahkan urusan individu lain.

Sumber: thevocket

Lepas tular rakaman wanita marah nak masuk butik terkenal tapi enggan pakai mask. Sekali tak boleh berdiam diri dan ini komen padu dari KJ.

Video seorang wanita mat salih bertengkar dengan beberapa pekerja di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur tular di media sosial. Seorang pengguna Twitter DFEfiercefun memuatnaik dua video yang setakat ini telah menerima hampir 500,000 dan 200,000 tontonan.

Pengguna media sosial terbabit mendakwa kejadian tersebut berlaku di hadapan premis minyak wangi jenama terkemuka. Katanya, wanita tersebut dikatakan dihalang untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.

Dia juga didakwa mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada pekerja yang menghalangnya daripada masuk ke dalam premis minyak wangi tersebut. “Wanita ini melwn dan menyelar semua orang yang memakai pelitup muka sebagai kmunis. Dia menggunakan white entitlement keistimewaan kerana berkulit putih di Malaysia,” katanya.

Dalam satu lagi video, wanita berkulit putih itu kedengaran berkata: “Awak tidak boleh halang saya, ini negara demokrasi, ini bukan kedai awak!”. Pengguna tersebut turut meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari wanita tersebut serta mengeluarkan saman terhadapnya.

Akibat tularnya video terbabit, Karen dan juga KLCC kini menjadi trending di Twitter. Ketika dihubungi, pusat membeli belah terbabit memaklumkan bahawa satu kenyataan media dijangka akan dikeluarkan pada Rabu.

Reaksi Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta orang ramai khususnya pelancong asing untuk mengenakan pelitup muka ketika berada di mana-mana lokasi awam di Malaysia. Menerusi hantaran terbaru di laman Twitter rasmi beliau, Khairy Jamaluddin meminta setiap individu untuk sentiasa mengenakan pelitup muka tanpa mengira perbezaan arahan di tempat lain.

“Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain,” ciapnya tadi. Ciapan terbaru itu dibuat Khairy Jamaluddin sebagai memberi maklum balas kepada tindakan seorang pelancong asing yang dilihat gagal mengenakan pelitup muka ketika memasuki salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah terlibat berhubung kejadian itu. Tindakan wanita itu turut mengundang rasa marah dalam kalangan pengguna laman media sosial selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard SOP ditetapkan oleh kerajaan.

Malah ramai pengguna media sosial mahu wanita itu dicari dan dikenakan tindakan undang-undang selepas cuba mencemari arahan ditetapkan pihak berkuasa. Kredit : Kosmo/Mstar

Nak susahkan hidup antivak. Tak boleh berdiam sekali ini respon Zul Yahya dan Rita Rudaini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang menolak vaksin.

Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin. Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara yang kelihatan menyuarakan pandangan mereka adalah pelakon Zul Yahya dan Rita Rudaini. Menerusi satu hantaran di Instagram Zul Yahya, keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.

“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami. “Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.

Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan org jaat atau pun penggnas. “Mereka juga ada dalam kalangan oang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu sombong dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.

Sementara itu, aktres Rita Rudaini turut berpandangan yang sama. Menurut Rita, dia menyuarakan pendapatnya tentang vaksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat. “Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.

“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan melawan kerajaan, kita bukan buat jenayah apatah lagi menghasut,” katanya. Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin. “Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya. Sumber:Gempak

Bakal pengantin nak pulang ke kampung tapi belum lengkap dos vaksin. Sekali ini tindakan polis.

GARA-GARA belum lengkap suntikan dos vaksin covid-19, sepasang kekasih yang mahu pulang ke kampung untuk mendirikan rumah tangga diarahkan berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Jeli, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pasangan berusia 39 dan 44 tahun itu dipercayai dari Perak menuju ke Pasir Mas turut dikenakan kompaun sebelum diarah berpatah balik pada jam 12 tengah hari Jumaat.

Selain pasangan kekasih itu, pihaknya turut mengenakan kompaun kepada 10 lagi individu di Tanah Merah pada awal pagi Jumaat atas kesalahan beriadah tanpa lengkap dua dos vaksinasi. “Kesemua 12 individu berkenaan dikompaun sebanyak RM2,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Shafien sebelum itu membuat pemantauan Ops Pematuhan Covid-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Pantai Geting, Tumpat. Tambah Shafien, pihaknya juga menggunakan dua dron untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tumpuan pelancong di negeri tersebut, di mana turut melibatkan kawasan pantai iaitu di Tumpat dan Bachok.

“Penggunaan dron ini adalah untuk membantu memudahkan kerja pemantauan dan untuk kami mengambil tindakan jika berlaku tidak patuhi SOP melibatkan kawasan-kawasan berkenaan,” jelasnya. Sumber:Sinar Harian

Golongan yang tolak vaksin tak boleh terima keistimewaan sama kalau masuk hospital. Sekali ini yang pensyarah tu dedahkan.

Individu yang menolak vaksin dan dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19, disaran menanggung sepenuhnya kos rawatan dikenakan. Pensyarah kanan Jabatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat, berkata golongan itu perlu bertanggungjawab atas pemilihan risiko jangkitan kesan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Dengan menolak vaksin, tegasnya, individu terbabit dengan rela hati memilih risiko dijangkiti COVID-19 dan kemungkinan menanggung komplikasi serius daripada wabak itu. “Sekiranya ada pesakit COVID-19 masuk ke hospital dan didapati tidak divaksin kerana menolak vaksin, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos rawatan.

“Mereka memilih untuk menolak vaksin COVID-19, maka mereka juga perlu bertanggungjawab dengan risiko dijangkiti virus itu dan kesan daripada jangkitan berkenaan. “Ia termasuk risiko mendapat manifestasi penyakit yang teruk akibat dijangkiti COVID-19 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau ditanya sama ada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang memberi kelonggaran kepada penerima vaksin, perlu dikekalkan memandangkan kadar vaksinasi populasi dewasa seluruh negara sudah melebihi 90 peratus.

Dr Halimatus Sakdiah berkata, semua peraturan yang menyekat pergerakan individu tidak divaksin perlu dikekalkan bagi mengurangkan risiko peningkatan kemasukan ke hospital akibat wabak itu, selaras kelonggaran rentas negeri.

Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya, katanya, pihak berkuasa perlu mengenakan denda berat kepada individu tidak divaksin yang tak patuh peraturan dan SOP berkenaan. “Saya tidak rasa ada kaedah untuk mengesan individu tidak divaksin yang tak patuh SOP kerana masyarakat sangat kreatif (mencari cara tak patuh peraturan).

“Satu-satunya cara adalah mengenakan penalti jika individu sedemikian tertangkap atau dikesan ketika pemeriksaan secara rawak di premis atau tempat awam,” katanya. Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula semalam kepada individu yang lengkap divaksin, susulan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah mencecah 90 peratus.

Kebenaran itu membolehkan mana-mana individu yang lengkap divaksin merentas negeri tanpa kebenaran polis untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan. Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *