Instafamous dibayar lebih tapi orang yang ada ilmu seni bayaran tidak masuk akal. Fauziah Nawi luah rasa kecewa dengan bayaran yang diterima.

Amalan artis Hiburan Kehidupan selebriti

PETALING JAYA – Seniwati veteran, Fauziah Nawi menzahirkan kekecewaan berhubung situasi pahit yang ditelan sesetengah penggiat seni apabila seolah-olah terpaksa menerima bayaran tidak masuk akal pada zaman sekarang.

Dalam erti kata lain, Fauziah, 58, sebenarnya berang dengan tindakan tidak berperikemanusian sebuah rumah produksi drama yang enggan didedahkan identitinya kerana menawarkan bayaran RM250 untuk sebuah episod projek drama.

Tegas dramatis yang juga aktivitis teater itu, kadar upah tersebut sangat tidak logik.

“Permasalahan itu bukan berlaku kepada saya. Berlaku kepada pemain seni muda dan mereka mengadu kepada saya. Budak-budak baharu, mereka tidak tahu apa-apa dan dengan gaji sebegitu, mereka nak makan apa?

“Saya tak nak dedahkan siapa produksi dan siapa anak seni mengadu tapi tolonglah, mengapa bersikap kejam sampai begitu! Tak baik aniaya orang seni sebegini dan memburukkan industri kita yang memang sudah sedia tenat.

“Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250? Kenapa nak kena buat rezeki orang seni sampai tahap begini! Tak baik bagi cerminan buruk ini buat anak-anak yang baru nak kenal industri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-12 itu turut mempersoalkan tindakan kebanyakan produksi drama sekarang yang bersikap pilih kasih. Dedahnya, mereka (produksi) lebih rela melabur wang lebih untuk pemengaruh media sosial yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau ‘instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod).

“Budak-budak (pelakon) tambahan lagilah ada yang dibayar serendah RM80 satu babak atau episod. Itu belum tolak daripada ejen mereka. Entah-entah RM30 je masuk kocek.

“Alasan mereka bagi, sekarang zaman pandemik, semua kos terpaksa ditolak. Adakah itu bermaksud ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Merosakkan industri dengan budaya kerja sebegini? Tolong fikir.

“Saya tak sampai hati apabila ada budak-budak baharu bersemangat untuk kenal industri mengadu menerima bayaran seperti apa yang saya sebutkan. Ada juga pelakon-pelakon lama dianiaya dengan bayaran ‘ciput’.

“Sampaikan saya fikir, di Malaysia ini, kalau kalian sudah tua, bersara sahajalah. Tak usah sibuk berlakon dan lupakan sahajalah industri sebab kalian semua akan dianiayai dan tak dihargai.

“Saya tak faham mana persatuan, perbadanan atau kementerian yang sepatutnya memperjuangkan nasib orang-orang seni sebab perkara ini tetap terus belaku sampai sekarang tidak terbela. Mana Seniman, Mana FDAM, mana PROFIMA dan lain-lain? Buatlah sesuatu,” getusnya.

Kata pelakon yang cukup sinonim dengan karya berjudul Pondon Buruk itu, dia tidak kisah andai kelantangan suaranya ini menyebabkan produksi drama tidak berani untuk mengambil dirinya berlakon.

“Rezeki daripada Allah. Kalau saya bercakap benar dan itu menyebabkan mereka (produksi) sakit atau terasa hati, itu bukan bidang kuasa saya.

“Saya cuma tak nak industri seni kita terus diburukkan dengan senario bekerja sebegini. Kesian para pemainnya terutama yang masih mahu mengenal bidang kerja ini,” luahnya.

Terdahulu, Fauziah menerusi Facebook mendedahkan terdapat produksi drama yang enggan dia dedahkan indentitinya mengambil kesempatan dengan memberi bayaran tidak setimpal iaitu RM250 untuk satu episod.

“Ada patut ke 20 episod dibayar RM5000 sahaja. Satu episod jatuh RM250. Ya Allah kejamnya!,” coretnya dalam Facebook. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Tekaan Fauziah Nawi Tepat. Mula Mula Macam Tak Percaya Sebab Selalu Terkena. Akhirnya Maryam Sahkan Dah Hamil 3 Bulan.

SIAPA sangka di sebalik perwatakan ceria dan lucu pasangan Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan, rupa-rupanya mereka ‘hati tisu’.Buktinya, popular dengan gelaran Ryzal ‘Duriankimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menitiskan air mata ketika menerima berita mengejut mengenai isterinya, Maryam You Narae berbadan dua.

Berita gembira itu turut dikongsikan pasangan tersebut menerusi laman Instagram Duriankimchi, pagi Jumaat. Menerusi video berdurasi lebih lima minit itu, Nik Muhammad Ryzal yang lebih dikenali sebagai Ryzal beberapa kali mengesat air matanya.

“Maryam hamil tiga bulan! Syukur alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah dua tahun kami bernikah. Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami. Duriankimchi Junior bakal menyusul. Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti,” tulis pasangan itu di laman sosial.

Bercakap kepada mStar, Ryzal berkata, dia sama sekali tidak menyangka menerima berita mengejut itu setelah bernikah pada Ogos 2019. “Setelah dua tahun berkahwin, tak terfikir dapat anak (zuriat). Tapi bila dapat tahu, rasa macam tak percaya, sebab gembira dan nak menangis.

“Tapi sebab masa tu dalam kereta dan ada orang ramai di luar lalu lalang, saya cuba kawal perasaan tu,” ujar pemuda berusia 28 tahun itu ketika dihubungi sambil menambah video tersebut dirakamkan lebih awal ketika kejutan dibuat Maryam terhadapnya.

Ryzal berkata, dia juga pada mulanya sukar mempercayai berita gembira itu kerana sering kali menjadi bahan gurauan atau prank oleh Maryam, 28. “Mula-mula macam tak percaya sebab selalu terkena dengan Maryam. Cuma kali ini Maryam nampak betul-betul serius, jadi saya percayakan dia.

“Tapi masa tu Maryam cuma cakap, kena tunggu balik rumah untuk tunjuk keputusan menerusi kit ujian kehamilan. Nasib baik dah dekat dengan rumah, 10 minit juga tunggu keputusan ‘rasmi’ daripada Maryam. Syukur alhamdulillah,” ujarnya dengan nada teruja.

Sementara itu, Maryam turut mengucapkan kesyukurannya kerana disahkan hamil tiga bulan. Berikutan kehamilan itu, jelasnya, terdapat perubahan pada fizikalnya yang bertambah berat badan sebanyak dua kilogram. Namun, dia turut terkejut dengan tekaan pelakon veteran, Fauziah Nawi yang mesra dengan panggilan Ibu kerana dapat meneka dirinya sedang berbadan dua ketika mereka bersama-sama menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program TV.

“Syukur gembira sangat. Tapi saya benar-benar terkejut bila Ibu cakap macam tu. Memang muka terkejut tapi saya diam saja, tak beritahu Ibu,” ujarnya secara berseloroh. Baru-baru ini, Fauziah Nawi dan Maryam menjadi tetamu jemputan bagi salah satu episod program Punchline DAC musim kedua di saluran Astro Warna yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal.

Menerusi program itu, Fauziah Nawi pada awalnya hanya menjawab soalan hos mengenai tips menurunkan berat badan sebelum AC Mizal menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan berisi. “Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah,” ujar Fauziah Nawi yang secara spontan merujuk Maryam berkemungkinan sedang hamil.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *