Otak fikir dulu tak nak pakai tudung. Rupanya Betty Rahmad akui pernah rasa susah untuk menutup aurat kerana ini.

Amalan artis Hiburan Kehidupan OH AGAMA OH WANITA selebriti

Melihat fesyen menawan yang sering digayakan oleh pelakon dan usahawan tanah air, Betty Rahmad, pasti ramai tidak pernah menyangka bahawa wanita jelita ini pada suatu ketika dulunya pernah berfikir susah nak berfesyen selepas berhijab.

Rasa Susah Nak Pilih Baju Bila Bertudung

Menurut Betty, dahulu dirinya berasa susah hendak menutup aurat dengan memakai tudung kerana merasakan sukar untuk berfesyen dan memilih serta mencari pakaian yang sesuai dengan hijab.

“Nak tahu tak dulu sebelum saya berhijab, benda paling saya rasa susah dan buat saya tak nak pakai tudung ialah bila fikir baju. Sebab dari dulu saya memang suka fesyen.

Suka melaram. Cuba fesyen itu ini. Jadi dalam otak dulu fikir tak nak pakai tudung, sebab tak tahu nak pakai baju apa. Susah!” tulisnya di Instagram

Selepas Berhijab Tak Sukar Pun Sebenarnya

Namun setelah usahawan selebriti ini berhijab, Betty berpendapat hal tersebut bukan satu isu dan tidak lagi rasa susah untuk berfesyen sambil mengenakan hijab. Apa yang penting wanita harus bijak mencari padanan pakaian dengan hijab yang digayakan.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Betty mengatakan pasti ramai merasakan berhijab menghalang wanita untuk berfesyen tetapi sebenarnya tidak sukar seperti yang dibayangkan.

“Tapi MashaAllah sebenarnya tak susah. Senang je sebenarnya. Setiap hari kalau bersiap, syaa tak ada masalah pun nak fikir pakai baju apa. Malah baju lama-lama dulu pun masih boleh pakai, cuma kena pandai-pandailah pakai inner ke apa.

Dan saya percaya mesti ramai yang rasa macam saya. Rasa bertudung akan halang kita nak pakai baju cantik-cantik atau berfesyen.

Sebab itu, setiap hari saya kongsi apa yang saya pakai supaya dapat tolong anda semua yang rasa susah macam saya dulu.

Walaupun saya tak cukup sempurna dan banyak perlu betulkan, tapi pastinya saya akan sampai di sana satu hari nanti. Sama juga buat anda semua, InsyaAllah.” Tulisnya lagi

Warganet Suka Setuju Dengan Betty

Perkongsian Betty menarik perhatian ramai wanita di Instagramnya, dan masing-masing meluahkan rasa yang sama seperti usahawan selebriti tersebut.

“Sama, lagi satu dulu tak bertudung rasa bebas nak pakai baju macam mana pun.. Tapi bila sekarang tengok-tengok balik banyak je baju boleh padan-padan, boleh tutup dengan itu ini.. Betullah bila Allah dah bimbing kita, rasa macam pertolongan Allah tu sangat. Semuanya dipermudahkan.”

“Perlahan tapi pasti. Semoga kita semua makin baik dari hari ke hari, Aamiin”

“Betul sangat-sangat!!!! Saya pun macam tu” komen warganet

“100% Setuju…! Tiap-tiap hari tengok fesyen anda sebagai rujukan saya, dan tiap-tiap hari juga ‘post story’ mengenai diri saya, apa yang saya pakai sebagai orang baru berhijab! Rupanya tak susah… Alhamdulillah semuanya dipermudahkan”

“MashaAllah tabarakallah, semoga istiqamah”

“Ya Betul”

“Stailo”

Betul kata Betty sebenarnya tak susah mana pun nak berfesyen sambil menutup aurat, yang penting kena bijak memilih pakaian yang bersesuaian dan padankan dengan hijab yang di pilih.

Sumber: IG Bettyrahmad/Murai.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Betty Rahmad Dedah Syukur Dapat Hidayah Berhijab. Dari Dulu Rasa Senang Bila Tengok Orang Lain Berhijrah.

Pelakon Betty Rahmad berkongsi cerita tentang kisah hijrahnya sebelum membuat keputusan untuk mula mengenakan hijab. Betty memberitahu dia berasa syukur kerana dirinya antara insan yang terpilih untuk menerima hidayah serta petunjuk daripada Allah SWT.

“Early morning routine since July that changed me to who i am today. MasyaAllah Alhamdulillah. Tak pernah terfikir sampai kesini. Tak baca sehari rasa tak complete. Tapi dari dulu selalu rasa happy tengok orang berhijrah. Baca Al-Quran, khatam, terutama yang sexy tapi tiba-tiba berubah dan berhijab. Selalu terdetik dalam hati saya, apa sebenarnya dorang rasa sampai tiba-tiba berubah?? Alhamdulillah Allah bagi saya peluang untuk rasa “rasa” itu. “Rasa” yang tak mungkin kita dapat rasa tanpa kita cari. The real purpose in life. Tak berani nak share banyak-banyak i pun banyak kena belajar,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengharapkan doa daripada peminat dan orang ramai agar kekal untuk istiqamah. “But i really hope & doa semua kawan-kawan & followers i akan dapat nikmati “rasa” tu. Doakan i terus istiqomah I am still Betty yg tingtong tu, just feel like i nak share this today on this beautiful Friday. Happy Friday

“P/S: Semoga perkongsian ni memberi manfaat pada sesiapa yg membaca. Niat saya kongsi kerana Allah swt,” tulisnya lagi. Sumber: MH

Anak Berumur 2 Tahun Dah Pandai Mengaji. Kehilangan Almarhumah Siti Sarah Jentik Hati Betty Rahmad Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan.

Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini. Kongsi Betty, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran. Dia juga mengakui sudah lama tidak membaca kitab suci berkenaan.

“Sebenarnya ini semua saya untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah. Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” kongsinya dalam sesi siaran langsung dalam Instagramnya beberapa jam lalu.

Tambah pemilik nama sebenar Norsha Rahmad itu, dia mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya. Setiap pagi, Betty membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya melakukan perubahan.

“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama. Setiap hari saya terfikir, alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut. Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” katanya sambil sesekali mengelap air matanya.

Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. “Masa 4rwh masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi. Selepas 4rwh pergi buat selamanya, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” katanya. Kemunculan Betty dalam sesi siaran langsung sebentar tadi turut disertai dua kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida yang terharu menyaksikan perubahan adik mereka. Sumber – K! ONLINE

Kini Fazura tampil dengan gaya ini pula. Ramai yang cair tengok perubahan terkini pada Fazura.

Seperti kita tahu, Hidayah merupakan milik Allah S.W.T. Bagi pelakon Nur Fazura, keputusannya untuk memakai hijab merupakan keputusan peribadinya sendiri tanpa perlu membuat sebarang pengumuman kepada peminat atau pihak media. Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memakai hijab bersama busana serba berwarna merah jambu. Penampilannya itu turut dipuji oleh pengikutnya di laman Instagram dan kebanyakan mereka berasa ‘cair’ melihat imej baharu isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Sebelum ini, Fazura sering tampil memakai tudung selempang biasa bagi menutup kepalanya dan kini beliau kelihatan sudah 100% memakai hijab. Semoga perubahan yang dilakukan oleh Fazura ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Sumber foto: Instagram Nur Fazura & hotfm

Mata kena ketumbit pun masih cantik lagi. Fazura dapat banyak sangat petua dari peminat untuk hilangkan ketumbit.

Aktres jelita Nur Fazura jadi perhatian ramai apabila tannpil melakukan ‘live’ di Instagrannnya dengan nnasalah ketumbit iaitu bengkak di bahagian mata sebelah kanan. Menerusi lannan sosial tersebut, Fazura yang bersiaran `live’ selama hampir satu jam itu kelihatan ayu mengenakan hijab berwarna hijau lembut sambil mengajak pengikutnya berborak. “59 mins. Thank you Iayan Faz borak entah apa tadi. Love you,” tulis Faz ni ruangan kapsyen. Menerusi ruangan ‘live’ itu juga, Faz turut berkongsi keletah anaknya Nur Fatima Aisya, 9 bulan, yang semakin bijak.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi petua cara untuk mengurangkan bengkak ketumbit pada mata. Pada masa yang sama, ada juga yang turut memuji penampilan cantik Fazura berhijab walaupun dengan sebelah matanya bengkak.

“Petua orang-orang tua, jika ketumbit di mata letak air susu badan kat mata tu, insyallah baik,” kata seorang wargamaya. “Mato bengkak ke tu? Tak nampak macam bengkak pun, nampak cantik je,” komen seorang wargamaya. “Ada ketumbit pun lawa ni, saya hanyalah potato,” puji seorang wargamaya.

“My daughter pun kena ketumbit jugak. Pegi klinik, doc bagi antibiotik, ubat bengkak dan ubat titis sampai dua,” luah seorang wargamaya. “Mata ketumbit pun nampak cantik sangat ni, suka tengok kak Faz la,” usik seorang wargamaya.

“Ketumbit ke? Ada cara untuk cepat balk. Faz ambit benang jahitan, ikat pada jari manis macam cincin tu, baca selawat 3x. Kalau mata yang kena tu kanan, ikat pada jari manis kiri. Insyallah, berkesan.

Bila dah balk, buang benang tu,” kongsi seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, siaran ‘live’ tersebut telah menerima lebih 200,000 tontonan daripada pengikutnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber : Trendingkini.pw via gempak

Dah jarang nampak Fazura berlakon. Bukan tak nak berlakon tapi rupanya ini sebab Fazura tak terima apa apa tawaran.

Lama tidak melihat Fazura di sebalik kaca televisyen (TV). Sudah tidak berlakon lagikah?Rupa-rupanya, belum ada naskhah yang berjaya menambat hatinya. Jika ada pun, produksi pula tidak boleh menerima susunan jadual kerjanya selepas bergelar ibu.

Menerusi perkongsian dalam sesi siaran langsung di Instagram, isteri Fattah Amin itu mendkwa dia tawr hti dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. “Dah lama tidak berlakon.

Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukvl, jadi m4ngsa. Bosan bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah. “Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Fazura bagaimanapun akan mempertimbangkan tawaran sekiranya dia berpuas hati dengan jalan cerita, skrip dan komitmen masa. Agaknya, Fazura akan muncul dalam drama atau filem yang macam mana? Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *