Niat nak bela kucing Scottish. Akhirnya guru tadika rugi hampir RM 70K disebabkan ini.

Amalan Kehidupan kucing

SEREMBAN – Hasrat seorang guru tadika untuk membeli kucing jenis Scottish secara dalam talian terkubur apabila kucing yang diidamkan tidak dapat, sebaliknya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM69,030.

Gambar Hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa iaitu wanita berusia 25 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Paroi semalam selepas menyedari dirinya tertipu dan bimbang gambar dokumen peribadi yang dikongsikan akan disalahgunakan individu berkenaan.

Menurutnya, mangsa telah membuat sebanyak 14 transaksi sejak tertarik dengan iklan penjualan haiwan peliharaan kucing jenis scottish yang berada di Indonesia dalam laman sosial Facebook kira-kira pukul 10.52 pagi, 23 Oktober lalu.

“Mangsa berminat untuk membeli dan telah berurusan dengan penjual kucing tersebut di nombor telefon +62 895-3241-29741. Mangsa bersetuju untuk membeli seekor kucing dengan harga RM 900. Mengikut perbincangan awal, mangsa hanya perlu membayar separuh harga dan selebihnya akan dibayar setelah mendapat kucing tersebut.

“Pada hari yang sama, kira-kira pukul 11.55 pagi, mangsa telah membuat pindahan wang berjumlah RM450 ke akaun Hong Leong bank dengan nombor 3385 1035 867 atas nama Tansiaupenga Siagian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aibee berkata, setelah pindahan dibuat mangsa telah diberitahu kucing tersebut telah diposkan dan sepanjang proses pengeposan kucing tersebut mangsa dikehendaki membayar beberapa wang sebagai prosedur.

Menurutnya, mangsa telah membuat 14 transaksi ke dua buah akaun iaitu akaun RHB, 1020 6900 4503 42 dan Maybank, 1600 3736 6616.

“Mangsa yang telah memberikan gambar kad pengenalan dan alamat rumah kepada individu tersebut berasa bimbang akan disalahgunakan dokumen berkenaan dan segera membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Kita nasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam urusan pembelian secara dalam talian,” katanya. – K! ONLINE.

Dari Seorang Pekerja Kilang Kini Sudah Jadi Youtuber. Sampai Sanggup Membelanjakan Sekitar RM60K Untuk Kucing.

MELIHAT kepada kucing baka British Shorthair (BSH) yang semakin mendapat sambutan peminat kucing di negara ini, seorang pekerja kilang mendapat inspirasi untuk mewujudkan saluran YouTube khusus untuk mendidik orang ramai tentang penjagaan kucing baka tersebut.

Mohd Arif Niza Burhanuddin aktif menghasilkan kandungan berkaitan kucing baka BSH di saluran KucingKu sejak tahun 2019.

Kini, salurannya itu mempunyai lebih 24,500 subscribers dan ditonton bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga penonton dari pelbagai negara lain.

“Saya merupakan seorang pencinta kucing, dan saya juga mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kamera dan menyunting video, jadi saya cuba menghasilkan video-video mengenai kucing untuk mendidik orang ramai.

“Saya tak sangka ramai juga yang berminat menonton saluran saya dan sambutan yang diberikan juga semakin hari semakin memberangsangkan,” katanya.

Berkongsi cerita, Arif berkata, pada mulanya dia mewujudkan saluran KucingKu untuk berkongsi kepada penonton tentang kucing-kucingnya, tetapi selepas melihat sambutan memberangsangkan yang diberikan, dia mula aktif memuatnaik video mengenai kucing BSH.

Arif berkongsi pelbagai info seperti cara-cara penjagaan kucing BSH, pemakanan, cara mengimport dari luar negara dan lain-lain lagi kandungan tentang kucing baka itu.

Jelasnya, antara sebab dia terpanggil untuk berkongsi tentang kucing BSH adalah kerana tidak mahu orang ramai terpedaya dengan ‘scammer’, memandangkan harga bagi seekor kucing BSH boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Nak kata saya pandai dan serba tahu tentang kucing itu tidaklah, saya sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran.

“Saya lihat banyak kes di mana orang ramai tertipu apabila membuat urusan membeli kucing, terutamanya dari luar negara. Memandangkan saya mempunyai pengalaman dalam membawa masuk beberapa ekor kucing dari luar, saya mahu mendidik orang ramai supaya tidak jatuh dalam perangkap scammer,” kata bapa kepada empat orang anak ini.

Arif berkata, sejak mula berkecimpung secara serius dalam dunia kucing pada 2019, dia sudah membelanjakan sekitar RM60,000 secara keseluruhan, termasuk kos membeli enam kucing BSH serta kos membina ruang untuk kucing-kucingnya.

“Mula-mula saya hanya membela seekor kucing baka BSH yang saya beli dari Rusia. Kemudian, terdetik dalam fikiran saya untuk cuba berkecimpung dalam bidang pembiakan kucing.

“Dengan bantuan rakan-rakan lain dalam dunia kucing, saya mengambil keputusan untuk membeli lagi seekor kucing BSH daripada salah seorang pembiak tempatan,” katanya yang kini mempunyai empat ekor kucing betina dan dua ekor kucing jantan induk baka BSH.

Arif juga telah membuka cattery sendiri sejak tahun 2019 yang diberi nama Dreamsgolgenzt yang terletak di Sepang.

Menurut Arif, dia seronok berkongsi pengetahuan tentang kucing kepada penonton-penonton saluran KucingKu dan gembira apabila menerima banyak ucapan terima kasih di ruangan komen.

“Nak kata saya pandai dan serba tahu tentang kucing itu tidaklah, saya sendiri pun masih lagi dalam proses pembelajaran. Saya hanya akan kongsikan mengenai perkara yang saya tahu kepada penonton.

“Jika ada pertanyaan yang saya tidak mampu jawab, saya akan cuba bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif dan berpengalaman, katanya.

Tambah Arif, walaupun salurannya lebih tertumpu kepada kucing baka BSH, dia tetap tidak lokek berkongsi ilmu mengenai penjagaan kucing secara umum.

“Alhamdulillah kini saluran saya sudah boleh ‘buat duit’ sejak hujung tahun 2019. Jujurnya, saya tidak sangka ramai juga yang berminat untuk menonton kerana saya hanya mahu berkongsi cara saya menjaga kucing-kucing saya,” katanya.

“Saya mahu menghasilkan lebih banyak lagi kandungan yang bermanfaat supaya lebih ramai pencinta kucing yang boleh mendapat info-info berguna tentang cara penjagaan kucing daripada saluran saya,” ujarnya.

Saluran YouTube KucingKu boleh ditonton di https://www.youtube.com/c/KucingKu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Sewaktu Pandemik Guru Ini Ambil Inisiatif Baru Untuk Menyampaikan Ilmu. Kini Guru Ini Sudah Digelar Youtubers.

Cikgu Rodzi mahu membantu pelajar memahami matematik dengan lebih mudah menggunakan teknik pengajaran secara virtual. Sebelum ini seorang guru Matematik, Mohd Rodzi Mat Ghani pernah tular di Facebook selepas berkongsi formula dan kaedah penyelesaian subjek itu menggunakan formula mudah difahami pelajar. Perkongsian yang dibuat Mohd Rodzi, 43, menarik perhatian memandangkan ketika itu ramai pelajar belajar dari rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Sejak itu, guru SK Pauh Jaya, Permatang Pauh Pulau Pinang itu giat berkongsi pelbagai soalan dan penyelesaian Matematik di Facebook miliknya dalam usaha membantu pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran ekoran pandemik yang sedang melanda ketika ini. Melihat kepada sambutan menggalakkan diterimanya, Mohd Rodzi beralih ke YouTube dengan menubuhkan saluran Cikgu Rodzi dengan harapan dapat mencapai dan membantu lebih banyak pelajar.

Cikgu Rodzi sentiasa mahu membantu pelajar-pelajar memahami Matematik dengan lebih mudah.

“Pada awalnya saya tubuhkan saluran itu untuk menyediakan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk pelajar saya yang mungkin tidak berkesempatan mengikuti kelas secara Zoom. Tapi apabila saya lihat jumlah tontonan beberapa video yang dihasilkan ia amat memberangsangkan malah ramai mula meninggalkan komen untuk saya hasil video dengan tajuk-tajuk lain pula,” katanya.

Hanya berbekalkan telefon!

Berkongsi mengenai ideanya untuk menggunakan YouTube, Mohd Rodzi memberitahu dia pada awalnya sekadar ingin mencuba malah mengakui tidak mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi dan media sosial.

Bagaimanapun ceritanya, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan sebaliknya menggunakan gajet sedia ada untuk menghasilkan bahan pengajaran untuk murid-muridnya.

“Hanya berbekalkan telefon, saya rakam topik yang ingin diajar menggunakan aplikasi yang menyediakan papan putih virtual sebelum saya rakam suara dan muat naik di YouTube.

Paling saya seronok dan bersemangat apabila mendapat komen daripada pelajar dan ibu bapa yang mengatakan video yang dihasilkan seperti berada dalam kelas.

“Apabila saya tengok ada sambutan, saya rasa seronok dan bersemangat nak hasilkan lebih baik. Alhamdulillah ramai beri komen tentang kualiti video dan apa yang perlu saya perbaiki. Saya juga banyak bertanya kepada rakan-rakan yang lebih arif tentang penggunaan aplikasi dan fungsi YouTube bagi memantapkan lagi video dihasilkan,” ujarnya.

Tidak hanya di YouTube, Mohd Rodzi berkata, percubaan itu turut menarik minat pelajar-pelajarnya setiap kali mengadakan kelas secara Zoom dengan kehadiran meningkat lebih 60 peratus.

“Pandemik ketika ini memang sukar buat semua orang dan sebagai seorang guru saya tidak mahu berpeluk tubuh dan ingin membantu murid-murid mendapat ilmu seperti mana di dalam kelas. Alhamdulillah, percubaan saya mendatangkan hasil dan kehadiran lebih 60 peratus menunjukkan pelajar berminat cuma sebagai guru saya perlu cari alternatif dan kaedah lain untuk menarik perhatian mereka,” katanya.

Komen positif daripada pelajar dan ibu bapa membuatkan Cikgu Rodzi terus bersemangat.

Dijemput JPN Pulau Pinang kongsi dengan guru-guru lain

Dalam pada itu, Mohd Rodzi berkata, melihat kepada sambutan itu, dia menjadi lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak video tentang pembelajaran matematik di salurannya itu. Mohd Rodzi berkata, video yang dihasilkan sedikit sebanyak dapat meringankan dan membantu ibu bapa yang tidak tahu mengajar anak di rumah dan menjadikan videonya sebagai rujukan.

“Paling saya seronok dan bersemangat apabila mendapat komen daripada pelajar dan ibu bapa yang mengatakan video yang dihasilkan seperti berada dalam kelas. Alhamdulillah, penerangan diberikan juga ramai beritahu mudah difahami dan ibu bapa juga sudah boleh mengajar anak-anak di rumah dengan berpandukan video saya hasilkan,” ujarnya.

Tidak terhenti di situ kata Mohd Rodzi, ada guru-guru lain yang turut menonton video yang saya hasilkan dan menjadikannya sebagai panduan kepada murid-murid mereka. Berkat usahanya itu juga, Mohd Rodzi berkata, dia turut dijemput oleh Jabatan Pendidikan (JPN) Pulau Pinang untuk memberi taklimat dan berkongsi mengenai saluran YouTube dan kaedah pengajarannya kepada guru-guru lain.

Mohd Rodzi bersama pelajarnya sebelum pandemik.

Saluran YouTube mula jana pendapatan

Ketika ini kata Mohd Rodzi, saluran YouTube miliknya sudah pun mencecah 3,000 pengikut selain mendapat purata tontonan sebanyak 400,000. Malah pada akhir Januari lalu, Mohd Rodzi memberitahu salurannya itu telah berdaftar sebagai ahli YouTube Partnership Program yang membolehkan ia menjana pendapatan.

“Terkejut juga… kiranya sekarang saya seorang YouTubers! Tetapi, Alhamdulillah usaha saya sedikit sebanyak mendapat pengiktirafan dan dapat menjana pendapatan sampingan. Pada saya bukan mudah untuk sebuah saluran yang mengangkat tema pendidikan untuk mendapat perhatian berbanding saluran berbentuk hiburan. Insya-Allah dengan pendapatan diterima daripada YouTube dapat saya gunakan untuk menambah baik penerbitan video pada masa akan datang seperti membeli telefon lebih canggih serta peralatan sokongan,” katanya yang tidak melihat bayaran sebagai tujuan utama sebaliknya ia bersifat motivasi kepada diri sendiri.

Pengalaman berjinak-jinak sebagai YouTubers juga kata Mohd Rodzi banyak mengajarnya agar tidak membataskan diri dalam mencapai sesuatu perkara. Malah katanya, peralatan yang canggih bukanlah perkara utama sebaliknya cara menggunakan dan kreativiti adalah paling penting dalam melakukan sesuatu.

“Buat sahaja selagi kita rasa ia betul dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain serta tidak melanggar hukum hakam agama. Komen negatif saya selalu ambil untuk memperbaiki diri dan paling penting jangan malu untuk tonjolkan diri dalam menyebarkan ilmu kepada orang lain,” ujarnya yang turut berkongsi videonya di Facebook dan Telegram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.