Bukan main. Doakan hubungan ini cepat halal. Sweet Qismina dan Adam Lee selamat bertunang pada tarikh hari lahir.

artis Hiburan Kehidupan selebriti

PETALING JAYA – Tiga tahun menyulam percintaan, pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee hari ini selamat mengikat tali pertunangan.

Majlis yang berlangsung petang tadi di sebuah rumah persendirian di Ampang, Selangor dihadiri 20 orang tetamu dalam kalangan ahli keluarga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bertemakan putih dan songket, majlis pertunangan turut memberi makna bahagia buat Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 tahun hari ini.

“Alhamdullilah kami selamat bertunang. Terima kasih atas doa semua,” kata Sweet ringkas ketika dihubungi Kosmo Online!.

Pada majlis tersebut, Adam Lee menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Tambah Sweet, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun dan akan mengumumkan tarikh perkahwinan kelak.

“Perancangan atau keputusan untuk nikah belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini dulu (bertunang),” katanya.

Terdahulu, pasangan itu menjalinkan cinta sejak 2018 selepas Sweet mempelawa Adam atau nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, menemaninya ke sebuah anugerah berprestij. –Sumber: K! ONLINE

Dalam diam Azzam dan Sheryl Shazwanie dah selamat bertunang. Akhirnya Azzam dedah bila dia rancang nak berkahwin.

SELEPAS dua tahun menyulam cinta, hubungan pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kini memasuki fasa baharu apabila mereka mengikat tali pertunangan pada Khamis malam. Lebih istimewa apabila Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, memilih tarikh 30 September sebagai hari bersejarah mereka iaitu sempena ulang tahun kelahiran Sheryl yang ke-24.

“Alhamdulillah saya rasa lega dan happy. Sebenarnya kami dah rancang awal nak tunang pada bulan Mei, tapi tertangguh sebab PKP. “Kami kenal each other pun dah lama dan Alhamdulillah hubungan direstui keluarga. Kami harap sampai ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya ayah yang pilih nak buat majlis tunang sama dengan tarikh lahir Sheryl,” katanya kepada mStar. Pasangan itu segak mengenakan pakaian sedondon berwarna turquoise.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Azzam dan Sheryl dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat. Ujar Azzam, majlis pertunangan itu dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

“Majlis berlangsung malam tadi selepas Isyak. Kami buat malam sebab nak memudahkan urusan kerana keluarga semua tak perlu ambil cuti. “Mereka yang datang hanya keluarga terdekat sahaja iaitu keluarga Azzam ada lapan orang dan pihak Sheryl 10 orang.

“Kebetulan rumah Sheryl di Taman Medan tak jauh dari rumah datuk saya,” katanya. Tambah Azzam, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun depan. “Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

“Kalau ada apa-apa perubahan kami akan maklumkan awal,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.mstar.com.my

Tular masih ada yang degil sampai nak anjurkan majlis kahwin ketika PKP. Sekali ini tindakan polis.

Semalam kec0h di media sosial apabila polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Komp4un tersebut dikeluarkan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0. Pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar dalam kediaman berkenaan.

Difahamkan juga, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki tuan rumah itu tetapi tindakan itu tidak bertepatan dalam keadaan semasa. Perkara itu sekali gus mengundangan kem4rahan warganet kerana masih ada yang berani dan degil mengadakan majlis ketika orang ramai sedang menjalani ‘total l0ckdown’.

“Kau boleh sabar tak. nak buat majlis kahwin pun. Dah kenapa degil sangat”. Inilah masalah rakyat Malaysia memang degil dan suka ingkar PKP. Takkanlah tak tahu tak boleh buat majlis kahwin. Ingatkan time Cov1d jimat, rupanya tak…sebab kena k0mpaun,” tulis beberapa warganet.

Sekadar info, sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat naik gambar macam bertunang. Lepas Naim Daniel kali ni Iman Troye pulak tampil buat pengakuan.

Penyanyi Iman Troye tampil membuat kenyataan susulan spekulasi pertunangan dengan Naim Daniel sejak memuat naik foto atas pelamin di Instagram malam tadi. Menurut Iman, semalam adalah hari pertunangan abang dan bakal kakak iparnya.

Iman kelihatan manis berbaju kurung warna hijau memegang jambangan bunga sewaktu duduk di atas pelamin dan tinggalkan emoji lambang hati pada foto yang dimuat naik. Tindakannya itu membuat warganet berfikir penyanyi tersebut telah disunting atau bertunang dengan Naim Daniel selepas dia menyertakan nama Naim sekali.

Penyanyi lagu Teman itu mengakui telah memaklumkan Naim sebelum berkongsi foto berkenaan. Jelasnya, perkara itu dilakukan hanyalah untuk gurauan semata-mata.

“Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar saya bertunang. Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, saya ada hantar dulu kepada dia. “Maaf jika mengganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang terasa, niat memang hanya nak balas gurauan sahaja, sebab sebelum ini pun kita ada gurau-gurau,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Iman juga menyifatkan hubungannya bersama penyanyi lagu Sumpah itu tidak lebih daripada seorang abang dan adik. “Supporters pun faham itu hanya gurauan, Iman dengan Naim memang macam adik dan abang, tak lebih tak kurang, tak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut. Menerusi tinjauan Gempak, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman.

Naim Daniel bertunang dengan Iman Troye. Tak boleh berdiam sekali Naim Daniel tampil bongkarkan cerita sebenar.

Penyanyi Iman Troye jadi perhatian apabila memuat naik foto duduk atas pelamin memakai persalinan hijau seakan mengadakan majlis pertunangan. Lebih mengejutkan apabila Iman pada mulanya meletakkan tag nama penyanyi Naim Daniel pada bahagian bunga yang dipegang dalam foto yang dikongsi menerusi Instagram itu.

“Alhamdulillah,” tulis Iman ringkas sebagai kapsyen diikuti emoji berbentuk hati. Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan keterangan mengenai perkara tersebut.

“Tak ada apalah, sebenarnya sebelum Iman kongsi gambar itu dia ada maklumkan kepada saya. Dia tanya, ‘macam ni okay tak?’, itu hanyalah cara kami berdua bergurau. Sebelum ini kalau kami tak kongsi sesuatu yang ‘fishy’ pun orang suka kaitkan macam-macam,” katanya.

Dalam pada itu, Naim juga memohon maaf sekiranya gurauan itu mendatangkan ketidakselesaan sesetengah pihak. “Apabila Iman buat macam itu, saja nak bergurau dengan orang, saya pun dah dimaklumkan lebih awal, maaflah kalau mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut. Menerusi tinjauan, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Tiada Angin Tiada Ribut. Iman Troye Dikejutkan Dengan Khabar Sudah Bertunang Dengan Naim Daniel.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. – Gambar/ Instagram

TIADA angin, tiada ribut para peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar ‘pertunangan’ dua penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troye bersama Naim Daniel. Lebih memeranjatkan apabila khabar itu dikongsikan Iman sendiri melalui kemas kini status di akaun Instagram miliknya, pada Sabtu.

Gambar yang dimuat naik kira-kira pukul 8.30 malam ini memaparkan Iman duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut.

Malah, Iman yang baharu berusia 19 tahun itu turut menaip status ‘Alhamdulillah’ pada imej tersebut. Iman sudah mengalihkan tanda nama Naim Daniel pada gambarnya

Astro AWANI cuba menghubungi Iman Troye untuk bertanya lanjut sekali gus mengesahkan khabar angin itu, bagaimanapun penyanyi berkenaan tidak menjawab panggilan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber terdekat Naim, khabar angin itu tidak benar dan ia hanya gurauan semata-mata. “Naim dan Iman tidak bertunang…saya pun terkejut sebenarnya bila mengetahui perkara ini.

“Berita itu tidak benar dan saya rasa Iman hanya bergurau,” kata sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan pelontar lagu Sumpah itu.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah dikaitkan sedang bercinta tetapi kedua-dua penyanyi itu menafikan dan menjelaskan hubungan mereka sekadar ‘abang dan adik’. Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana, betul tak? Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua penyanyi ini.

Sumber : astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *