Bahagia facemask dah sampai sana. Mila Jirin terpaksa tahan sebak dan rindu masih tak dapat pergi sana kerana ini.

Amalan artis Hiburan Kehidupan selebriti

Melihat ramai rakyat Malaysia dapat menjejakkan kaki di tanah suci akan membuatkan sesiapa saja turut ingin menjadi tetamu Allah SWT, namun apakan daya disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di Arab Saudi tidak semua yang bertuah dapat mengunjungi tanah suci.

Mila Tahan Rindu Ingin Ke Tanah Suci

Begitu juga dengan usahawan selebriti Mila Jirin, meski dirinya memiliki syarikat agensi pelancongan namun wanita serba boleh ini juga tidak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci buat masa ini. Perkongsian Mila di Instagram menerangkan, terdapat dua sebab mengapa diri tidak dapat ke sana buat masa ini.

Pertama kerana faktor vaksin, sebagai penerima vaksin Sinovac Mila perlu dapatkan dos ketiga terlebih dahulu namun buat masa sekarang masih belum ada kemaskini mengenai pengambilan dos ketiga.

Dan sebab kedua kerana telah berjanji untuk membawa anaknya ke sana, namun buat masa ini pihak Arab Saud tidak dibenarkan kanak-kanak bawah 18 tahun ke tanah suci oleh kerana itu Mila memutuskan untuk bersabar dan menunggu.

“Kenapa Mila tak dapat tunaikan Umrah??? Walaupun ada agensi pelancongan uruskan Umrah @bizmillatravel ??

Pertama: Mila adalah penerima Vaksin Sinovac, tak boleh terbang lagi sebab belum ada dos ketiga..

Kedua: Paling penting, Mila fikir sebab tak boleh bawah Arif.. Mommy dah janji nak bawa Arif, jadi mommy pilih untuk bersabar dalam menanti. InsyaAllah ada rezeki, mommy pasti bawa Aarif ke sana lagi – Amin” tulisnya

Pastinya ramai ibu bapa seperti Mila yang ingin bawa anak ke sana, namun disebabkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dikeluarkan, pihak Arab Saudi terpaksa hadkan umur dan jumlah jemaah buat masa ini.

Mungkin akan datang kelonggaran akan dibuka, sama-sama kita nantikan.-Sumber: Murai.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mila Jirin dikatakan daat habuan besar dari kerajaan. Sekali Mila mengaku dan ini penjelasannya.

Melampau! Kenyataan dimuat naik seorang individu di laman Facebook dengan mendkwa Mila Jirin menerima sejumlah wang bantuan daripada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dianggap keterlaluan dan berunsur ftnah. Menurut Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan yang dianggap menjejaskan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

“Disebabkan ftnah yang telah dilemparkan ini. Ia telah menjejaskan reputasi saya. Pihak guaman menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepada Encik Afiq (pengguna facebook). Semua komen yang berlaku di ruangan komen juga sudah diteliti,” tulisnya di Instagram.

Mila turut memuat naik paparan skrin kenyataan individu berkenaan di platform berkenaan pada Rabu. Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan mend4kwa penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerima RM76,000 sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan RM38,000 sebulan pada fasa berikutnya.

“Patutlah menangls macam nak keluar biji mata, ada makna rupa-rupanya. PKP 1.0 dapat RM76,000 sebulan, fasa seterusnya RM38,000 sebulan.

Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima iaitu bantuan subsidi upah.

“Untung syarikat kau Mila, orang lain duit simpanan sampai habis ditarah, terpaksa korek KWSP untuk teruskan perniagaan dan kelangsungan hidup. Akhirnya gulung tikar sebab tak tahan. Patutnya kau senyap-senyap jelah jangan pecahkan tembelang sendiri. Ni satu dunia tahu,” tulis individu tersebut.

Menjelaskan tentang jumlah yang dinyatakan individu berkenaan, Mila ketika dihubungi mStar mengakui dia menerima wang tersebut. Bagaimanapun tegas Mila, peruntukan itu merupakan bayaran daripada Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu perniagaan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ia berfungsi untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik Cov1d-19 sejak tahun lalu.

“Ini pengalaman pertama saya sebagai peniaga dapat bantuan yang cukup besar. Untuk pekerja mereka bantu RM1,200 seorang selama enam bulan kepada yang layak. Syarikat saya 62 orang kali dengan RM1,200 memang dalam lebih RM70,000. Jumlah itu memang betul tetapi apa yang saya sedih orang cakap saya terima duit har4m,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mila sekali lagi menegaskan tentang bantuan yang diterima daripada kerajaan itu adalah manfaat kepada semua pekerjanya. Katanya, bukan dia sahaja yang mendapat bantuan subsidi upah, malah ratusan ribu majikan lain turut layak menerima bantuan berkenaan.

Mila mengusahakan perniagaan perancangan perkahwainan Bizmilla.

“Saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima iaitu bantuan subsidi upah. Ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja. Hasil bacaan saya ianya dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla. Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak,” tulisnya lagi.

Pada Ahad, Mila memuat naik video meluahkan perasaan sedihnya mendapat berita Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai perdana menteri. Menerusi perkongsian memperlihatkan dia menangis seb4k dengan situasi politik yang tidak menentu ini, ada juga segelintir warganet yang menudvh dia dibayar untuk bertindak demikian.

Bagaimanapun Mila memberitahu, tindakannya itu tiada kaitan dengan unsur pol1tik, malah hanya berkongsi rasa sedlh dengan pengikut di Instagram. Sumber  : mstar

Dikatakan jual durian dengan harga mahal. Tak boleh berdiam sekali ini penjelasan dari Mila Jirin buat ramai yang terdiam.

Musim durian sudah tiba, pasti ramai mula meriks-risik sesiapa yang menjual durian bukan. Ramai yang mula menjual durian, tetapi biasalah, dalam membeli durian ni, pasti ada yang elok ada yang tidak.

Baru-baru ini timbul pula isu mengenai Mila Jirin yang juga merupakan penjual durian dimana ada yang mengatakan durian yang dijual sangat mahal dan dilabelkan sebagai Harga Yhdi. Melihat kepada isu ini, Mila sendiri tampil memperjelaskan berkenaan harga durian yang dijualnya itu menerusi laman sosial instagramnya.

Antara KENANGAN yang tak akan dilupakan. Meh sini saya nak CERITA. Sedikit pencerahan. Sahabat sekalian, tak dinafikan dalam 8 Tan lebih durian yang diambil dari beberapa kebun, bukan 100% semua isinya BAGUS. Sebab itu, tahun ini kami jual SIAP KOPEK bagi melihat isinya dahulu sebelum hantar.

Dalam menjaga dan berhati hati packing pun tetap ada masalah. Ada juga beberapa kes Durian rosak (dalam perjalanan dalam Delivery Box yang agak panas) – tapi Alhamdulillah, kami REPLACE NEW DURIAN sekiranya ada Kerosakkan demi kepuasan pelanggan. Boleh saya simpulkan +- arround 3 to 5% case yang tak dapat dielakkan.

Cuma yang saya rasa tersentuh dan tercalar dihati bila DI-YHD kan dek kerana “JUAL DURIAN MAHAL”. Kebun di Balik Pulau itu BUKAN KEBUN SAYA. Saya pun hanya tumpang berniaga sahaja. Kos Beli durian sahaja mencecah RM133 RIBU ringgit dengan purata keuntungan lebih kurang 7% sahaja. Dimana YHD nya???

Saya jual durian ini – dahulu kan modal beli buah durian untuk sama sama bantu bawa durian di Balik Pulau dan bawa ke kota ni buat mereka yang rindukan durian Balik Pulau. Macam mana saya nak jual MURAH jika saya beli dengan kebun pun dah mahal??

Sebiji Durian dari kebun ditimbang KILO dengan KULIT. 1 BIJI DURIAN sometimes nak dapat 500gram Isi Durian pun SANGAT SUSAH. Belum lagi case, buka durian hanya ada 4 ulas atau pun buka durian – ulat menari nari didalamnya…

Semua itu kehendak yang Maha Esa. Buah Durian bukan saya yang cipta. Mana saya nak tau ISI NYA BETUL2 TEBAL atau TIDAK. Saya pun tak boleh PICIT durian tersebut. Mana saya boleh SCAN Bijinya KECIL atau BESAR.. Sebab kejadianya setiap durian itu BERBEZA BEZA.

Tujuan saya up posting ini untuk saya JELASKAN. Jangan MENG-YHD-KAN peniaga yang jual durian. Untungnya tidak lah besar mana. RISIKO besar. Buah durian bukan tahan lama, bila dah merekah kulitnya – jawapnya ke kitchen lah untuk dibuat Bubur

Terdetik dihati saya ” Semua Pekebun buah, nak yang terbaik dihasilkan dari kebun beliau, Peniaga Buah mesti nak beli buah terbaik buat pelanggan mereka, tetapi bila sebaliknya, semua diluar kuasa kita kerana yang menciptakan buah itu siapa?? Bukanlah Pekebun mahupun Peniaga.

Mila menjelaskan bahawa dia membeli 8 tan durian dari kebun dan tidak semestinya 100% bagus dan elok. Malahan turut mengatakan dia mengopek buah durian dan memilih hanya durian yang elok sahaja akan dijual kepada pelanggan.

Komen Warganet:

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Tular Wanita Yang Dikatakan Persnda Islam. Sekali Mila Jirin Bersuara Dan Ramai Pula Warganet Yang Setuju.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video melibatkan seorang wanita yang didkwa telah mempersendakan agama Islam. Wanita berkenaan yang juga merupakan pengasas jenama kosmetik itu dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berani memberitahu, tidak suka menunaikan solat dan pada tahun 2021, tiada lagi orang yang bersembhyang.

Kenyataan tersebut nyata mengundang reaksi ramai termasuklah penyanyi dan usahawan, Mila Jirin. Jelas Mila, dia berasa amat sedih sebaik sahaja melihat video tersebut lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara terbuka tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapinya dikemudian hari. “Lulvh hati dengar seorang saudara islam mengungkapkan kata kata secara lisan dan terang terangan “Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun tak reti’. Walaupun baru mengenali beliau atas isu diatas, hati terus berdetik laju mohon Allah hadirkan hidayah dan kembalikan beliau kejalan yang lurus,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Persis Mutiara ini menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram. Di kesempatan itu juga, Mila turut menitipkan doa semoga wanita tersebut diberikan hidayah untuk kembali semula ke jalan Allah SWT. Katanya lagi, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan meskipun tak terhitung dosa yang telah kita lakukan.

“Kita semua pend0sa, Allah tutup a1b kita, Allah tetap limpahkan kasih sayang dengan memberikan rezeki dan pelbagai nikmat, kenapa kita sendiri yang bangga menceritakan aib tanpa rasa bers4lah. “Moga Allah terus jaga hati kita agar tidak berbolak balik. Lindungi kami Allah,” ujarnya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut senada dengan Mila selain turut menitipkan doakan semoga wanita berkenaan diberikan kesedaran dan ruang untuk bertaubat. Sumber: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *