Kerana bapa anak pula kena. Sekali anak Fauzi Nawawi tampil luahkan sesuatu pada warganet.

artis

Anak perempuan kepada pelakon, Fauzi Nawawi memohon warganet berhenti menghantar mesej perib4di atau komen meng3ji dia dan ahli keluarga yang lain. Menerusi status yang dimuat naik di Instagram Story itu, Hanna Faresha dengan rendah hati memohon maaf di atas kesil4pan yang telah dibuat bapanya. Jelasnya, sebagai seorang wanita, dia juga tidak bersetuju dan terk3san dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Saya tiada di tempat k3jadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Menurutnya lagi, biarlah bapanya sendiri yang menyelesaikan isu ini dengan pihak yang terkesan. Buat semua, tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya. Kritikan kepada saya dan ahli keluarga yang lain. Terima kasih. Hanna yang merupakan Instafamous dan model muslimah berharap k3jadian ini dapat dijadikan peng4jaran buat semua terutama ahli keluarganya. Terdahulu, Instagram Fauzi Nawawi dan anak dis3rang net1zen selepas tul4r video mem4parkan pelakon itu berkongsi pengal4man melakukan ad3gan pan4s dengan seorang pelakon wanita.

‘Belum mampu maafkan mereka yang meng.eji’ – Lisdawati

Pelakon, Lisdawati tampil bersuara berhubung kontroversi melibatkan suaminya yang juga pelakon, Fauzi Nawawi. Menerusi kenyataan balas yang ditulis diruangan komen perkongsian Fauzi di Instagram (IG), Lisda atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 42 meluahkan meluahkan rasa sedih dengan tindakan orang ramai yang mengecam dia dan keluarganya gara-gara isu yang tular melibatkan suaminya, baru-baru ini.

“Saya sayang kamu. Kerana Allah SWT masih sayang. Tetapi saya juga manusia biasa, belum mampu maafkan mereka yang mengeji, mengutuk, memaki saya dan keluarga sehingga mereka datang meminta maaf pada saya,” tulisnya di ruangan komen.

Fauzi Nawawi baru-baru ini mengundang kritikan setelah secara terbuka menceritakan pengalaman melakonkan babak panas bersama Raja Farah ketika membintangi filem Anak Halal satu ketika dahulu. Pendedahan itu dibuat Fauzi ketika menjadi salah seorang tetamu undangan program Rumah 107 yang ditayangkan baru-baru ini di saluran Astro Warna. Terkesan dengan perkara itu, Raja Farah bersama suaminya pada semalam tampil di IG, meluahkan kekesalan dan kekecewaan dengan tindakan Fauzi yang disifatkan sebagai mengaibkan dan mencalar kehormatan seorang isteri. Sumber : Limau Asam Boi

Mulanya nak kongsi pengalaman berlakon babak kotor. Tak pasal pasal dikritik oleh warganet sekali Fauzi Nawawi tampil mohon maaf.

Pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram memohon maaf secara terbuka khususnya buat pelakon Raja Farah dan keluarga.

Fauzi Terima Banyak Kritikan

Permohonan maaf itu dibuat susulan keterbukaan Fauzi berkongsi kembali pengalamannya melakonkan sebuah babak kotor bersama Farah ketika kedua-duanya menjayakan filem Anak Halal suatu ketika dahulu. Menurut Fauzi, dia akui menerima pelbagai kritikan dan hnaan daripada warganet berikutan tularnya video ‘pengakuannya’ itu dia media sosial.

Pernah Minta Penerbit Potong Bahagian Pendedahannya 

Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterima, Fauzi berkata dia menerimanya dengan hati yang tenang walaupun agak kusut memikirkannya. Jelasya, usai tamat penggambaran program bual bicara tersebut dia telah meminta pada pihak penerbit untuk memotong bahagian percakapannya yang disifatkan sensitif.

Namun begitu, ia telah pun ditayangkan di kaca televisyen sekaligus mencetuskan pertikaian orang ramai mengenai pendedahannya itu biarpun ia telah lama berlalu. “Pertama sekali saya nak memohon maaf kepada semua yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Program itu dah ditayangkan lama dan baru kini dihebohkan balik walau apa pun tujuannya. Tetapi apa yang saya nak cakap dekat sini saya nak mohon maaf kepada semua dalam video ini khususnya kepada Raja Farah dan suami dan juga seluruh ahli keluarga. Sebelum program ini ditayangkan, selesai saja penggambaran pada PKP pertama dahulu saya dah minta pihak penerbit dan produksi untuk potong mana yang sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ini memang salah saya lah sembang itu tak control cakap dan terlepas nama Raja Farah.

“Sebenarnya masa ini diorang tanya pengalaman watak yang pernah saya pegang. Kalau diceritakan 14 tahun dahulu adalah per0mpak, perg0l itu adalah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap itu, habis je recording saya tersedar ada yang patut dipotong di censor kan supaya tak ditayangkan. Tapi ml4ngnya cerita itu pun ditayangkan dua kali tak tahu pula baru hari ini diviralkan balik di Twitter. Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil dan saya tak baik. Tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik” luah suami kepada pelakon Lisdawati ini.

Mohon Maaf Secara Terbuka

Di kesempatan itu, Fauzi berulang kali memohon maaf kepada Farah dan keluarganya atas keterlanjuran kata-kata tersebut selain berterima kasih buat mereka yang menegurnya. “Kepada mereka yang amat sensitif dan terkesan dengan video ini dah tentu suami kepada Raja Farah, mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki memang saya tak ada niat langsung untuk memalukan. Kepada Raja Farah sendiri dan keluarga saya minta maaf apatah lagi perkara ini telah dipanjangkan. Kepada warganet yang amat prihatin kepada perkara ini yang sanggup hin4 saya, hin4 mak saya, hin4 keluarga, hin4 anak-anak saya, saya maafkan dan saya anggap anda prihatin sebab itu sanggup maki saya. Saya berterima kasih kepada yang mengingatkan saya dan menegur kesilapan saya sama ada cara baik ataupun cara kasar. Terima kasih dan saya terima dengan rela hati dan kepada suami Raja Farah dan Raja Farah serta keluarga saya mohon maaf sekali lagi” kata Fauzi

Terdahulu, Farah dan suami menyifatkan bahawa pendedahan Fauzi mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal sebagai sesuatu yang memalukan. Menurut suami pelakon itu, rakaman yang disiarkan di sebuah stesen televisyen itu adalah salah di setiap sudut kerana tidak menjaga aib dan kehormatan wanita. Malah Farah sendiri akui terkesan dengan perkara itu dan merasakan seakan dibuka aib serta dirinya tidak dihormati.

Sebelum ini, Fauzi, dijemput sebagai tetamu bersama beberapa orang selebriti lelaki dalam sebuah program bual bicara. Dalam program tersebut, Fauzi berkongsi pengalamannya menjayakan babak kotor Farah dalam filem tersebut. Sumber : Murai.my

Tak pasal pasal dikatakan sengkek gara gara selalu buat reviu macam ni. Sekali ini alasan Raja Afiq bila dikritik tentang reviunya.

Raja Afiq anggap dia hanya ingin menolong peniaga di atas talian. Tak serik-serik, pelakon Raja Afiq sekali lagi dikritik warganet gara-gara memuat naik posting reviu Instagram berbaur perkara tidak senonoh pada Jumaat.

Jika sebelum ini Raja Afiq memilih untuk memulangkan semula wang bayaran yang diterima, namun kali ini aktor berusia 27 tahun itu kini tetap meneruskan ulasan tersebut. Beberapa kali dipujuk untuk melakukan ulasan itu, Raja Afiq berkata dia hanya ingin menolong peniaga selain merupakan pendapatan sampingan.

“Kalau saya nak beri penjelasan atau terangkan kepada warganet, mereka pun takkan faham. Ikutkan saya sebenarnya dah banyak kali tolak. Tapi pihak produk itu tidak berhenti memujuk saya… tetap call dan mesej saya minta juga saya buat reviu. Saya ini jenis tak sampai hati. Niat saya nak menolong peniaga online dan buat reviu di IG pun salah satu income saya juga. Takkan saya nak tolak rezeki. Saya dah minta video yang lebih elok tapi itu sahaja yang pihak mereka dapat berikan kepada saya,” katanya.

Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen warganet.

Terdahulu, perkongsian video yang memaparkan sebahagian besar buah dada seorang wanita mengundang kritikan warganet yang menganggap ia keterlaluan. Malah, rata-rata warganet menganggap pelakon drama siri Gerak Khas: Undercover itu menerima bayaran dengan wang haram.

“Kalau terdesak sangat buka kedai tepi jalan pun ok, Sekarang ramai artis bisnes kecil-kecil jual minuman lebih baik dari reviu foto tak senonoh. Asal hari Jumaat ada je buat orang lain berdosa. Boleh fikir baik buruk, dosa, pahala kot Agak-agaklah reviu tu, jangan tunjuk diri sengkek sangat boleh tak?” antara komen warganet. Dalam pada itu, pemilik nama Raja Muhammad Afiq Raja Razali ini enggan melayan komen negatif memandangkan dia hanya melakukan kerja selepas menerima bayaran.

Raja Afiq tidak mahu membaca komen negatif.

“Saya ada juga baca komen yang mengatakan saya ambil duit haram melalui reviu itu. Tapi siapa mereka nak tentukan duit itu haram atau halal? Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen warganet. Bukannya saya mengambil tanpa izin… saya hanya menjalankan tanggungjawab orang bayar untuk promosikan barang. Saya pun mencari rezeki untuk keluarga. Apa-apa pun, harap semua orang doa yang baik-baik sahaja,” ujarnya. Sumber : Mstar

Tak pasal pasal reviu kali ni cemarkan nama Kamal Adli. Sekali ini yang Kamal akan lakukan demi nama baiknya.

Gara-gara membuat ulasan tentang sebuah kedai telefon online, nama pelakon Kamal Adli kini terc4lar apabila turut terkait dalam beberapa kes penipuan dalam urusan jualan secara dalam talian. Lebih teruk lagi, Kamal turut menjadi sasaran kemarahan pelanggan kedai terbabit ekoran kegagalan urusan jual beli biarpun pembayaran telah pun dilakukan.

Menjelaskan keadaan sebenar, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata, dia hanya menjalankan kerjanya sebagai selebriti yang dibayar untuk melakukan reviu atau ulasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam Instagram.

“Untuk pengetahuan semua, saya ada admin (pengendali) yang pantau bahagian media sosial saya. Jadi semuanya dipantau dengan penuh hati-hati. Kemudian, ramai yang hantar mesej (DM) beritahu yang @kassgadget adalah penipu dan scmm3r. Saya memang ambil serius hal ini sebab setiap kali reviu, saya akan pastikan orang itu betul-betul berniaga,” katanya.

Dalam hantaran berkenaan, Kamal turut memuat naik tangkap layar mesej dalam Instagram dengan beberapa pembeli yang ditipv penjual berkenaan. Membuktikan keseriusannya berhubung respons orang ramai, Kamal turut memuat naik tangkap layar perbualan pengurusnya dengan penjual kedai berkenaan menerusi WhatsApp pada 16 Ogos lalu dengan bertanyakan tentang isu penipvan yang berlaku.

Bagaimanapun dalam mesej berkenaan, penjual terbabit menafikan perbuatan penipuannya sebaliknya mendkwa semua pembeli tiada bukti kukuh atas tudvhan yang dibuat.

“Jadi saya dah pun padam segala benda yang di luar kawalan kerana dia sendiri beritahu promosi ini dilakukan sempena Merdeka. Saya cuma nak bantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, tapi macam ini pula jadinya. Saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan perkara begini tidak akan berulang.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap penipv ini,” tulisnya. Hasil carian, Instagram penjual berkenaan tidak ditemui, tetapi terdapat sebuah akaun baharu diwujudkan dengan nama @kassgadget.penipv dipercayai dibuka oleh kumpulan pembeli yang tertipv. Perkongsian akaun tersebut berusaha mengumpul bukti sahih seperti resit bayaran pemindahan wang secara dalam talian daripada pembeli selain mendedahkan akaun bank penjual. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *