Belum bina rumah tangga ini yang terjadi. Lelaki terus menangis lepas ternampak tunang jumpa lelaki lain di stesen minyak.

Kehidupan Kisah Rumahtangga Viral

Sebelum satu hubungan itu ke jinjang pelamin, sudah semestinya setiap pasangan akan melalui fasa merisik dan bertunang terlebih dahulu. Macam orang selalu kata, setiap fasa mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri.

Namun begitu, tak semua pertunangan berakhir dengan perkahwinan yang diimpikan. Ini kerana, ketika dalam waktu bertunang, bermacam perkara yang tak dirancang boleh berlaku.

Seperti perkongsian video TikTok menerusi akaun @faizolpejo42, yang viral kerana satu kejadian melibatkan sahabatnya.

Dalam video itu, lelaki yang dikenali sebagai Faizol, menceritakan peristiwa yang menyebabkan kawannya menangis teresak-esak di sebuah stesen minyak. Ternyata, punca kawannya itu menangis kerana dia terlihat tunangnya bersama dengan lelaki lain dalam kereta.

Namun begitu, lelaki itu tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya mampu lihat dari jauh. Disebabkan rasa kecewa yang melampau, dia tidak menahan air mata dan menangis teresak-esak. Dia juga dilihatkan tidak mampu berkata apa-apa walaupun telah ditenangkan oleh Faizol.

Warganet di bahagian komen juga ramai yang meminta supaya dia tenang dan anggap bahawa itu adalah ujian yang diberikan untuk menunjukkan siapa tunangnya yang sebenar sebelum terlambat.

Ada juga yang berkata, sekurang-kurangnya kebenaran ditunjukkan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

“Saya faham perasaan dia, saya pernah alami benda sama… Ambik masa untuk bangkit semula” – Warganet.

Dengan apa yang berlaku, anggaplah ia ada hikmah tersendiri. Ini kerana, sebagai manusia kita juga perlukan masa untuk memperbaiki diri sendiri. Jadikan sebagai iktibar dan janganlah bersedih terlalu lama.

Min harap kawan Faizol diberikan kekuatan dan juga diberikan pasangan yang lebih baik di masa akan datang.

Sumber: Lobak merah.

Punca Hubungan Retak Salah Imran Sendiri .Tunang Yonnyboii Dedah Isu Rampas Merampas.

Sejak berkongsikan berita majlis pertunangan di media sosial, dakwaan tentang isu rampas-merampas antara Yonnyboii, Nik Nazira dan Imran Aqil nampaknya masih belum berakhir. Hasil temu bual bersama pihak Melodi nampaknya telah berjaya mendedahkan penjelasan lain tentang isu yang sedang melanda.

Kami memang kawan dan benda dah jadi…Kami pun tak boleh nak explain.

Apabila ditanyakan kepada Yonny, dia dengan tenang menjawab bahawa Nik Nazira atau dikenali sebagai Nina sebenarnya kawan baiknya setelah sekian lama. Mereka sering berkongsikan masalah antara satu sama lain.

Tidak melepaskan peluang yang ada, Yonnyboii memberi nasihat kepada Imran Aqil agar bermuhasabah diri terhadap perkara sudah terjadi.

Saya reda dengan apa yang jadi…Basically berpunca daripada saya, banyak berlaku tak sefahaman

Melihat Imran Aqil memuat naik posting di IG dengan kapsyen seperti tidak move on, dia mengaku bahawa bukan mudah untuknya terus melupakan bekas teman wanitanya itu dalam masa sebulan.

Menurutnya ketika masih bercinta dengan Nina, dia meletakkan kepercayaan kepada kedua-duanya untuk berkawan baik.

Bila dah tawar hati pandang muka dia pun tak boleh…Pilih Yonnyboii sebab dia ada kriteria yang Imran tak ada

Nina juga berkesempatan memberi respon bahawa Yonny tidak merampasnya dari Imran Aqil kerana hubungan percintaan mereka sememangnya sudah lama berakhir, Dia juga menegaskan bahawa keputusannya untuk bersama dengan penyanyi itu bukanlah disebabkan popularitinya selain sempat berseloroh tidak akan menjemput bekas teman lelakinya ke majlis perkahwinannya nanti.

Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official

Cukup Cukuplah Nak Kaitkan Isu Ini. Dikatakan Ambil Kekasih Orang Dan Ini Penjelasan Yonnyboii.

Pertunangan penyanyi rap Yonnyboii pada Sabtu lalu mungkin dianggap satu berita gembira khususnya buat ahli keluarga dan peminat. Namun, dalam pada ramai yang ‘tumpang gembira’ dengan ikatan tersebut, ada pula suara-suara sumbang bercerita mengenai perkara yang tidak enak. Semuanya tercetus apabila penyampai radio, Imran Aqil meluahkan rasa terkejut apabila bekas kekasihnya iaitu Nik Nazira Narriman, 22, kini sudah menjadi tunang kepada Yonnyboii.

Difahamkan, Imran dan Nik Nazira baru sahaja berpisah September lalu. Susulan itu, muncul dkwaan dan ‘mulut jahat’ warganet mengatakan Yonnyboii sebagai perampas. Menceritakan kepada Gempak, menurut Yonnyboii, keputusan untuk mengikat tali pertunangan adalah selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

“Selama ini saya memang berkawan saja dengan Nina (Nazira). Jadi apabila dapat persetujuan dan restu keluarga, kami terus buat keputusan nak bertunang. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia,” katanya.

Jelas Yonnyboii dia tidak mengenali Imran secara peribadi dan sehubungan itu, tiada istilah dirinya merampas atau seorang perampas. “Dia sendiri kata soal jodoh sudah ditentukan Allah. Kalau betul dia terima, kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Ikutkan saya pun malas nak layan isu. Apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin saja yang dijangka berlangsung 22 Januari depan. Cukup-cukuplah nak perbesarkan isu ini,” katanya.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Imran yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan. Imran, 22, berkata, dia tak sangka pasangan itu mengikat tali pertunangan memandangkan hubungan dia dan bekas kekasihnya itu putus pada 9 September lalu. Sumber : Gempak

Tiba Tiba Bertunang Dan Coret Ayat Jiwang.Yonnyboii Pilih Gadis Instafamous.

Selepas setahun berkenalan, komposer dan penyanyi, Yonnyboii, 23, bertunang dengan model yang juga Instafamous, Nik Nazira Narriman, 22, di kediaman keluarga gadis itu di Shah Alam, tengah hari semalam. Majlis pertunangan berlangsung sederhana dengan hanya dihadiri kira-kira 10 tetamu rapat. Yonnyboii atau nama penuh, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, mereka berkenalan melalui permainan video atas talian.

“Saya tak pernah percayakan cinta, saya tak pernah percaya pada peluang, tak pernah seyakin ini, tak pernah segembira ini, tak pernah tersenyum sebegini lama. Saya tak pernah merasai perasaan ini sehingga saya bertemu dengan kamu. Bersama denganmu, hati berdegup kencang,” tulis Yonnyboii. Insya-Allah, kami bakal melangsungkan pernikahan pada 22 Januari depan. Harap segala-galanya akan dipermudahkan,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah menyayangi individu lain lebih daripada dirinya sehingga bertemu dengan Nik Nazira. “Saya pernah merasa janggal atau gementar sehinggalah bertemu kamu. Selama ini tiada alasan untuk menyayangi orang lain lebih daripada diri sendiri sehinggalah saya bertemu kamu.”Saya yakin kamulah orangnya sahabatku, untuk dihabiskan sisa hidup bersama.

Sayang awak selama-lamanya,” tulisnya lagi.Sementara itu, Nik Nazira punyai sebab sendiri untuk menerima Yonnyboii hadir dalam hidupnya.”Pilih seseorang yang memilih kamu tanpa membuatkan kamu bertanya akan nilai kamu dalam hidup mereka,” coretnya yang berpakaian sedondon berwarna kelabu bersama tunangnya.

Pada majlis ringkas itu, Yonnyboii sempat mendendangkan lagu Salahku di atas pelamin sambil memetik gitar.

Tiada Angin Tiada Ribut. Iman Troye Dikejutkan Dengan Khabar Sudah Bertunang Dengan Naim Daniel.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. TIADA angin, tiada ribut para peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar ‘pertunangan’ dua penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troye bersama Naim Daniel.

Lebih memeranjatkan apabila khabar itu dikongsikan Iman sendiri melalui kemas kini status di akaun Instagram miliknya, pada Sabtu. Gambar yang dimuat naik kira-kira pukul 8.30 malam ini memaparkan Iman duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. Malah, Iman yang baharu berusia 19 tahun itu turut menaip status ‘Alhamdulillah’ pada imej tersebut. Iman sudah mengalihkan tanda nama Naim Daniel pada gambarnya

Astro AWANI cuba menghubungi Iman Troye untuk bertanya lanjut sekali gus mengesahkan khabar angin itu, bagaimanapun penyanyi berkenaan tidak menjawab panggilan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber terdekat Naim, khabar angin itu tidak benar dan ia hanya gurauan semata-mata.

“Naim dan Iman tidak bertunang…saya pun terkejut sebenarnya bila mengetahui perkara ini. Berita itu tidak benar dan saya rasa Iman hanya bergurau,” kata sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan pelontar lagu Sumpah itu.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah dikaitkan sedang bercinta tetapi kedua-dua penyanyi itu menafikan dan menjelaskan hubungan mereka sekadar ‘abang dan adik’. Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana, betul tak? Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua penyanyi ini. Sumber : astroawani

Dalam diam Azzam dan Sheryl Shazwanie dah selamat bertunang. Akhirnya Azzam dedah bila dia rancang nak berkahwin.

SELEPAS dua tahun menyulam cinta, hubungan pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kini memasuki fasa baharu apabila mereka mengikat tali pertunangan pada Khamis malam. Lebih istimewa apabila Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, memilih tarikh 30 September sebagai hari bersejarah mereka iaitu sempena ulang tahun kelahiran Sheryl yang ke-24.

“Alhamdulillah saya rasa lega dan happy. Sebenarnya kami dah rancang awal nak tunang pada bulan Mei, tapi tertangguh sebab PKP. “Kami kenal each other pun dah lama dan Alhamdulillah hubungan direstui keluarga. Kami harap sampai ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya ayah yang pilih nak buat majlis tunang sama dengan tarikh lahir Sheryl,” katanya kepada mStar. Pasangan itu segak mengenakan pakaian sedondon berwarna turquoise.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Azzam dan Sheryl dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat. Ujar Azzam, majlis pertunangan itu dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

“Majlis berlangsung malam tadi selepas Isyak. Kami buat malam sebab nak memudahkan urusan kerana keluarga semua tak perlu ambil cuti. “Mereka yang datang hanya keluarga terdekat sahaja iaitu keluarga Azzam ada lapan orang dan pihak Sheryl 10 orang.

“Kebetulan rumah Sheryl di Taman Medan tak jauh dari rumah datuk saya,” katanya. Tambah Azzam, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun depan. “Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

“Kalau ada apa-apa perubahan kami akan maklumkan awal,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Sumber : https://www.mstar.com.my

Tular masih ada yang degil sampai nak anjurkan majlis kahwin ketika PKP. Sekali ini tindakan polis.

Semalam kec0h di media sosial apabila polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Komp4un tersebut dikeluarkan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0. Pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar dalam kediaman berkenaan.

Difahamkan juga, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki tuan rumah itu tetapi tindakan itu tidak bertepatan dalam keadaan semasa. Perkara itu sekali gus mengundangan kem4rahan warganet kerana masih ada yang berani dan degil mengadakan majlis ketika orang ramai sedang menjalani ‘total l0ckdown’.

“Kau boleh sabar tak. nak buat majlis kahwin pun. Dah kenapa degil sangat”. Inilah masalah rakyat Malaysia memang degil dan suka ingkar PKP. Takkanlah tak tahu tak boleh buat majlis kahwin. Ingatkan time Cov1d jimat, rupanya tak…sebab kena k0mpaun,” tulis beberapa warganet.

Sekadar info, sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan. Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *