Ramai puji dan bangga dengan youtuber Kelantan ni. Sudi bantu jiran ubah nasib dengan jual benda ni.

Viral

Syahmi bersyukur jirannya mampu keluar daripada kesusahan yang dihadapinya sebelum ini. Perkongsian bintang YouTube terkenal Syahmi Sazli tentang kejayaan jirannya di Kota Bharu, Kelantan membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda hasil daripada perniagaan kuah mukbang mendapat perhatian warganet. Rata-rata kagum dengan sikap suka membantu Syahmi, 26, hingga berjaya mengubah nasib peniaga kecil yang sebelum ini berdepan kepayahan hidup akibat pandemik Covid-19. Cerita pengarah Mael Totey The Movie ini, jiran yang dikenali sebagai Era itu pernah menggadai harta benda untuk meneruskan hidup.

“Alhamdulillah, saya gembira tengok Kak Era dah mampu beli kereta baharu secara tunai. Selama tiga bulan berniaga hasil jualannya cecah ratusan ribu ringgit. Saya terkejut dan bangga dia dapat rasa hasil titik peluh dia, saya ni tolong sikit je yang selebihnya kak Era usaha sendiri. Dia kata rasa nak menangis kerana tak sangka. Sebelum ini dia pernah jual kereta untuk survive, emas pun dia gadai tapi Alhamdulillah dah tebus balik,” katanya.

Syahmi bersyukur dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

Untuk rekod sejak beberapa bulan lalu Syahmi menggunakan popularitinya di media sosial untuk mempromosikan kuah mukbang milik jirannya itu dan menjualnya menerusi sebuah laman e-dagang. Kuah mukbang yang dimaksudkan itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Semoga dengan bantuan ni dapat memudahkan rezeki saya juga sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Dalam pada itu Syahmi berkata dia percaya sebahagian daripada rezeki yang diterimanya perlu dikongsikan dengan orang lain. Ujar Syahmi, dia juga pernah melalui kesusahan seperti yang dihadapi jirannya itu namun berkat usaha dapat mengubah nasib dan hidupnya kini.

Syahmi percaya dalam rezekinya juga terdapat rezeki orang lain.

“Dulu pun saya pernah bermula daripada bawah dan tak ada apa-apa. Jadi apabila tengok Kak Era ni bersungguh nak ubah nasib diam saya jadi lebih bersemangat nak bantu apa yang termampu. Dia datang ke rumah minta tolong jualkan produk dia sebab tak dapat nak bayar sewa. Saya terbuka hati untuk bantu. Tapi sejujurnya saya tengok juga produk apa (sebelum bantu) sebab taknak followers saya tertipu. Benda sedap dan boleh jual, sebab tu saya teruskan,” katanya.

Tambahnya, jirannya juga seorang yang berfikiran terbuka dan menerima segala nasihat serta cadangan yang diberikan. “Kak Era pun jenis yang terbuka, apabila saya tegur untuk perbaiki resepi… dia okey. Semoga dengan bantuan ni dapat memudahkan rezeki saya juga sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” ujarnya. Sumber : Mstar

Syahmi Sazli Tak Merungut Dengan Income Youtubenya Sekarang. Malah Syukur Dapat Bantu Jiran Buat Duit Sampai Sebanyak Ini.

HAMPIR empat bulan saluran YouTube ‘bersawang’ tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19. Mengakui terjejas, Syahmi, 26, bagaimanapun berkata situasi itu membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang.

Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu. “Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas.

Syahmi akui rindu untuk kembali menghasilkan content YouTube.

“Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai. Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia… untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000,” katanya. Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah.

Tambah pengarah filem Mael Totey The Movie ini lagi dia terlebih dahulu memulakan bisnes di laman e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta. Akui bintang media sosial yang turut mengetengahkan bakat orang kelainan upaya seperti Mohd Asyiff Suhaimi dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) ini, pendapatan menerusi bisnes berkenaan melebihi apa yang diperolehi daripada YouTube dan Facebook.

“Sepanjang PKP ni YouTube dan Facebook memang terjejas teruk sebab tak boleh buat content, hanya bergantung kepada hasil tontonan video-video lama. Tapi Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mulakan bisnes walaupun sebenarnya ia sekadar try and error je. Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah,” katanya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *