Anwar tak setuju susahkan antivax. Sekali KJ bidas Anwar balik menerusi ciapan twitter.

Covid 19 OH POLITIK

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, kerajaan telah sehabis usaha memberi penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin C0vid-19 sejak awal lagi.

Malah, kata beliau, pihaknya telah mengemukakan segala bukti dan saintifik berhubung pelalian tersebut dan usaha itu tidak pernah terhenti.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan.

“I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajj4l or whatever. (Saya minta maaf, saya kena tegas dalam isu ini. Panggilah saya d4jal atau sebagainya),” kata Khairy menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Khairy merujuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenyataan beliau yang akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antiv4ksin jika mereka terus men0lak penerimaannya sebagai satu langkah s0mbong.

Menurut Anwar, menjadi usaha kerajaan memastikan semua rakyat di negara ini menerima v4ksin adalah dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan v4ksin bagi menent4ng C0vid-19.

Sebelum ini, Khairy menegaskan Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima v4ksin malah akan ‘menyus4hkan’ kehidupan harian gol0ngan antiv4ksin jika mereka terus menolak penerimaan v4ksin

Baru Je YB KJ umum akan ‘menyukarkan’ hidup, Ini reaksi pedas dari Rita dan Zul.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila mahu mengambil pendekatan untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang men0lak vksin.

Tindakan itu dipercayai antara sebahagian komitmen kerajaan untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin.

Biarpun disambut baik oleh hampir semua masyarakat, namun kenyataan itu juga turun mengundang rasa tidak puas hati oleh sesetengah pihak termasuklah beberapa selebriti terkenal.

Antara yang kelihatan menyuarakan pandangan mereka adalah pelakon Zul Yahya dan Rita Rudaini.

Menerusi satu hantaran di Instagram Zul Yahya, keputusan kerajaan itu dianggap seolah menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik.

“Ramai ahli keluarga aku, sahabat aku yang ambil vaksin dan juga yang tak ambil vaksin tapi tidak ada jurang permisah antara kami.

“Tidak ada siapa yang lebih atau pun yang kurang, kami masih berkasih sayang kerana Islam itu ada di dalam diri kami. Masing-masing berikhtiar untuk hidup baik,” katanya.

Jelasnya, tidak sampai 10 peratus golongan yang tidak mengambil vaksin dan mereka bukan penj3 n4y4h atau pun p3 ngg4n4s.

“Mereka juga ada dalam kalangan oang alim dan mereka juga banyak membantu negara dan rakyat. Jangan terlalu somb0 ng dengan keputusan kamu hingga menyekat kebebasan umat untuk hidup dengan baik,” katanya.

Sementara itu, aktres Rita Rudaini turut berpandangan yang sama.

Menurut Rita, dia menyuarakan pendapatnya tentang vksin kerana itu adalah haknya sebagai rakyat.

“Ya saya ‘prosafe’ pun tak ada hak. So antivaksin ke, ‘prosafe’ ke, saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, cukai pintu dan macam-macam lagi.

“Takkanlah bersuara pasal hak pun dikatakan mel4wan kerajaan, kita bukan buat jenayah

Sekadar info, Khairy turut menjelaskan kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ada Yang Cadang Baca Qunut Nazilah Buat KJ Disebabkan Menyusahkan Golongan Antivax. Ini Pula Jawapan Selamber KJ.

Kenyataan Menteri Kesihatan , YB Khairy Jamaluddin yang akan terus ‘menyusahkan’ golongan antivaksin berikutan nampaknya mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai maklum balas.

Disebabkan kenyataan tegas yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin atau KJ, golongan antivaksin juga mula memberi respon dengan merasakan apa yang dilakukan sangat tidak adil dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia seakan diketepikan.

Lain macam cara ugut

Pelbagai kata-kata telah dilemparkan kepada Menteri Kesihatan tersebut antaranya seperti mahu mengadakan bacaan qunut nazilah buat KJ serta menuduh beliau membela empat ekor jin.

Halberkenaan dimuat naik sendiri KJ di ruangan InstaStory miliknya dengan menyertakan tangkapan layar dari group Telegram golongan antivaksin.

Dalam perkongsian tersebut, Menteri Kesihatan Malaysia itu sempat menulis kapsyen bahawa golongan antivaksin ini nampaknya sedang memulakan ‘permainan’ dengannya.

Tuduh KJ bela jin

Tak hanya itu, KJ turut dituduh memakai tangkal dan membela jin untuk melindungi diri.

Walau bagaimanapun, tuduhan itu dijawab dengan santai oleh Ahli Parlimen Rembau  tersebut dimana mengakui memang ada memakai ‘4 jenis jin’ iaitu  vaksin-vaksin yang digunakan untuk melawan Covid-19.

Terdahulu, menerusi laporan dari Utusan Malaysia Khairy Jamaluddin ada memaklumkan yang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) begitu komited dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia mengambil vaksin walaupun ia bukan satu kewajipan.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin. “
“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya.

Sumber: Instagram Khairy JamaluddinUtusan Malaysia (Zareen Humairah Sejahan).

KJ dedah individu belum vksin masih boleh rentas negeri. Tapi ada satu benda lain yang boleh halang golongan antivax.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tiada kaedah untuk menghalang individu yang belum divksin untuk merentas negeri apabila dibenarkan kelak. Jelasnya, sebaik sahaja kelonggaran itu diberikan kepada rakyat, bermakna tiada lagi sekatan jalan raya akan dilakukan.

“Kita telah kaji untuk laksanakan mereka yang tidak menerima vksin untuk buat ujian kendiri. Namun demikian, tidak ada cara untuk kuatkuasakan cadangan ini. Kita juga tidak mahu adakan sekatan jalan raya dan semak setiap orang yang keluar. Jika buat begitu, saya rasa rakyat akan lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan memandangkan mereka sudah lama tunggu hendak balik kampung. Ini bukan macam gelembung Langkawi. Yang itu jumlah tidak ramai dan dapat dibuat di KLIA. Selepas ini jalan keluar masuk dari semua negeri dibuka dan sangat mustahil untuk kita semak setiap orang yang keluar masuk,” katanya pada sidang media khas petang Khamis.

Tambah Khairy, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada termaktub dan digunapakai termasuk tidak membenarkan individu yang belum lengkap divksin untuk ‘dine-in‘.”Maka, walaupun mereka boleh rentas negeri, tetapi mereka tidak dibenarkan makan di kedai. Ini kerana tidak ada cara untuk mengawal pergerakan yang belum divksinasi. “Ini sahaja cara yang kita boleh kuatkuasakan. Kita tidak mahu terlalu banyak SOP dalam hal rentas negeri ini sebab ramai sudah tunggu kebebasan hendak balik,” ujarnya. Sumber : Gempak

Kj umum perbezaan antara dos ketiga dan dos penggalak. Terkejut sekali ini respon dari warganet.

Terdapat perbezaan dalam pemberian dos vaksin ketiga dan dos penggalak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.

“Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan.

“Dos penggalak atau booster shot pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ketika ini, kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak, dan ia dijangka bermula bulan depan selepas mendapatkan pandangan serta panduan klinikal dan selepas selesai pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Pfizer sudah hantar dosier untuk dos penggalak dan dos ketiga kepada NPRA, ia akan diluluskan secepat mungkin,” tambahnya. Sementara itu, Khairy juga memaklumkan jarak masa untuk dos kedua bagi penerima vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan bermula 1 Oktober ini.

“Kita akan memendekkan jarak masa dos kedua dari sembilan minggu kepada enam minggu, dan ini akan memudahkan penerima vaksin AstraZeneca,” katanya.

RESPON WARGANET TERHADAP KENYATAAN KJ

“Pentaksub vaksin pastinya merasa bangga dgn dos2 tambahan ini. Tak sabar nak suntik ya?” “Ermmm…mmg kami sgt2 terharu dgn segala usaha kalian…kami redho dan patuh semuanya…alhamdulillah berkat pentadbiran kejaan islam ini…rakyat semua selamat…kalau harap ph….hurmmm…silap2 nk cucuk pun kena bayar…”

“Sy x faham..mksud imuniti menurun tu mcmna??..kira kita ambil vaksin ni mudarat LA kan..SBB lpas ambil utk tmpoh trtentu imuniti kita merosot..ni mudarat namanya..kkm kena prjelaskan perkara ni bgi org fhm yg x fhm sprti sy..”

Sumber : ASTRO AWANI

Pemberian dos ketiga vaksin covid 19 dijangka akan mula bulan depan. Rupanya ini golongan yang akan terima dulu.

Pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 dijangka akan diberikan kepada golongan rentan dan berisiko dijangkiti wabak berkenaan bermula Oktober ini. Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, golongan yang dimaksudkan itu adalah warga emas dengan komorbiditi seperti mempunyai masalah kesihatan teruk, petugas barisan, golongan kurang daya imun,

termasuk mereka yang tinggal dan bekerja di pusat jagaan jangka panjang. “Kita akan buka kepada golongan ini dahulu kerana berdasarkan data pemergian, data kategori 5 yang masuk ke Unit Rawatan Rapi, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan tersebut,

warga emas yang ada masalah jantung, kencing manis, hipertensi dan sebagainya. “Pemberian dos ketiga atau (dos) penggalak itu juga tidak bermaksud pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan sistem imun,” katanya pada Ahad.

Tambah Khairy, banyak negara luar telah memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura bertujuan untuk mempertingkatkan lagi imun tubuh terhadap wabak berkenaan.

Bagaimanapun, Khairy mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum memutuskan sama ada untuk memberikan dos penggalak kepada semua individu di negara ini. “Perkara ini masih dalam perbincangan.

KKM juga ketika ini sedang melakukan perbincangan dengan pakar dalam menentukan kumpulan usia individu yang akan menerima dos itu,” katanya. Khairy juga berkata, pihaknya juga telah mengarahkan semua syarikat pengeluar vaksin

untuk menghantar maklumat lanjut kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi menentukan jenis vaksin yang boleh diberikan sebagai penggalak. “Buat masa ini, kita sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar vaksin untuk didaftar di bawah NPRA, dos ketiga ini perlu dapat kebenaran NPRA,

sebab NPRA hanya bagi kebenaran contohnya kepada Pfizer, AZ (AstraZeneca), Sinovac (hanya dibenarkan diberi) dua dos sahaja,” katanya. Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian penggalak vaksin COVID-19 bagi meningkatkan usaha perlindungan golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik itu. Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *