Pelekat dan halangan keliling Kaabah dicabut. Kini Masjidil Haram tiada lagi penjarakan sosial.

Amalan Covid 19 Dunia Semasa

Selepas lebih setahun berpegang pada protokal ketat susulan penularan virus Covid-19, kini kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk membenarkan jemaah menunaikan ibadah seperti dahulu kembali.

Ini bermakna jemaah Haji atau Umrah dibenarkan memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan kapasiti penuh dan tiada penjarakan sosial.

Tiada lagi penjarakan di Masjidil Haram

Khabar gembira itu telah diputuskan oleh Kerajaan Tertinggi namun, orang ramai diingatkan perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa mematuhi SOP sedia ada.

Difahamkan, ianya mulai berkuatkuasa pada hari ini (Ahad).

“Rapatkan Saf!”

Menerusi perkongsian lain di portal haramainarchives, dapat disaksikan moment bersejarah itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh kerajaan Arab Saudi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Alhamdulillah Kerajaan Arab Saudi Benarkan Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi Mulai Esok.

Selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran untuk menunaikan ibadah umrah dan haji baru-baru ini, kini satu berita baik untuk umat Islam dikeluarkan sekali lagi.

Kerajaan Arab Saudi membenarkan kapasiti solat berjemaah berkapasiti penuh di dua masjid suci di Mekah dan Madinah bermula esok (17 Oktober 2021).

Kebenaran itu dikeluarkan bagi memberikan kelonggaran SOP Covid-19 kepada jemaah yang telah lengkap menerima vaksin.

Selain itu, Kerajaan Arab Saudi juga memaklumkan pihak mereka tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka. Namun, arahan memakai pelitup muka di beberapa tempat tertentu dan kawasan tertutup masih diteruskan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut laporan Astro Awani, Kerajaan Arab Saudi juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakkan fizikal.

Kesemua kebenaran dan kelonggaran ini diberikan bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah serta kehidupan sosial rakyat disana.

Sumber: Astro Awani.

Tiada lagi pakej Umrah serendah RM4.9k. Sekali harga tetap buat siapa yang nak tunaikan Umrah.

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus percaya dengan tawaran pakej umrah yang ditawarkan pada harga bawah RM8,000. Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (Saftta) Dr Fathir Badri berkata, ini berikutan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sudah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ketika ini adalah antara RM8,000 ke RM9,000. Katanya, harga pakej umrah itu mengambil kira kos terkini selepas pandemik Covid-19 berbanding harga lantai RM4,900 sebelumnya.

“Kos ini baru diumumkan oleh Motac dan kita faham dengan situasi sekarang yang mana di Arab Saudi sekarang menetapkan satu bilik hanya dibenarkan dua orang jemaah dan hotel dibuka pula hanya bertaraf empat dan lima bintang. Bas pula dibenarkan hanya 50 peratus kapasiti dan disebabkan semua perkara ini, kos umrah meningkat, ia belum termasuk caj ujian saringan dan insurans perlindungan Covid-19. Oleh itu, sangat mustahil sekiranya ada yang mengiklankan lagi pakej umrah RM4,900. Orang ramai perlu pastikan dulu kebenarannya dan risik adakah harga itu muktamad,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ditanya berhubung sambutan orang ramai mendapatkan pakej umrah terkini, beliau yang juga Pengarah Urusan Kurma Travel & Tours Sdn Bhd berkata, memang ramai yang bertanya mengenai pakej ditawarkan, namun belum ada lagi yang mendaftar. Dr Fathir berkata, pihaknya juga ada melihat pemain industri mengiklankan pakej umrah tanpa kebenaran Motac dan ada daripada mereka mengambil deposit peserta.

“Ini tidak betul kerana untuk mengiklankan pakej umrah, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Motac dan syarat lain adalah tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang deposit daripada orang ramai. Namun, kami ada nampak iklan pakej umrah yang menawarkan sebilik empat individu dan terbuka untuk kanak-kanak. Oleh itu, kami tidak mahu perkara ini timbulkan kekeliruan dan salah penyampaian,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga mengambil keputusan untuk mengatur trip umrah akhir September ini untuk mengenal pasti sendiri prosedur operasi standard (SOP) terkini di Arab Saudi.

“Kami akan (ke Arab Saudi) merisik dulu dan tengok apa SOP yang sebenarnya untuk umrah dan selepas pulang ke Malaysia nanti kami akan membuat kertas cadangan berdasarkan prosedur di sana,” katanya. Sumber : hmetro

Lepas pergi janda baik kali ni tular Vie Shantie ke Arab Saudi. Terkejut siap boleh tunaikan umrah untuk Siti Sarah.

Usahawan yang juga bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan berada di Mekah bagi menunaikan umrah buat Siti Sarah. Menerusi laman sosial Instagram, Vie berkongsi sebuah video sedang berada di Mekah untuk tatapan umum.

https://www.instagram.com/p/CULTJ06leHF/

Menurut Vie, meskipun hanya mengenali Siti Sarah dari media sosial, dia mengikuti rapat perkembangan Sarah dan memang berniat untuk melakukan umrah buat Sarah. “Hari ini 23 September jam 7.10 pagi, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, saya baru sahaja selesai buat umrah untuk Siti Sarah Raisuddin.

“Daripada hari saya tahu saya akan pergi meeting di sini (Arab Saudi) dan saya akan tinggal beberapa hari di Mekah sehinggalah semua kerja-kerja di sini selesai, saya niat sejak Siti Sarah pergi menghadap illahi haritu di Malaysia,

saya nak buatkan dia umrah kerana dia seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak kecil, alhamdulillah saya sempat mendoakan bagi keempat-empat anak-anak Siti Sarah, saya juga ada empat orang anak, perasaan seorang ibu itu tak boleh digambarkan.

“Alhamdulillah kami dapat buat unlimited umrah yang diberi oleh kerajaan Saudi, jadi saya berpeluang buat untuk Siti Sarah, ini umrah kedua saya alhamdulillah allahuakbar.

“Masyallah, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Ya Allah terima kasih di atas badal umrahnya, doa-doanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini, semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabal alamin,” tulis Shuib di ruangan komen.

Sumber: gempak

kecoh pasal kes Vie Shantie pergi bercuti di Pahang. Sekali ini tindakan polis buat ramai yang terdiam.

BENTONG – P0Iis Bentong telah membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan seorang pemilik akaun Instagram, Vieshantiekhan yang memuatnaik status di laman sosial tersebut mengatakan tidak memerIukan surat rntas negeri dari Selangor ke Jnda Baik di sini pada Selasa lalu.

Ketua PoIis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, satu Iaporan poIis telah dibuat pada Rabu berkaitan status yang telah dimuatnaik di Instagram milik wanita tersebut yang memaparkan gambarnya sedang beriadah di Rimba Valley di Jnda Baik.

Menurutnya, hasil s.iasatan awal mendapati kjadian itu berlaku pada Selasa kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan kenyataan yang tuIar dimuat naik seorang wanita berusia 35 tahun mengatakan ‘Tidak perlu surat di Plaza ToI G0mbak masih lagi smpadan Selangor yang nak Iintas negeri tetap kena ada surat ya’.

“Bahagian Siasatan Ibu Pejabat PoIis Daerah (lPD) Bent0ng telah membuka kertas siasatan berikutan penuIaran kejadian itu.“Susulan itu, pihak poIis menaflkan kenyataan mengeIirukan oleh lndividu terbabit yang menyatakan tldak perlu surat rntas negeri dari SeIangor ke Jnda Baik.

“Kes disiasat di bawah Perkara17(1) Peraturan-Peraturan pencegahan dan PengawaIan Penyakit Berjngkit (PPPDPPB) 2021 dan sekiranya disabltkan kesaIahan boleh dikompaun RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Status wanita terbabit yang juga seorang usahawan dan bkas isteri kepada peIakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof dipertlkaikan oleh warganet. Dalam pada itu, Zaiham menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekuIasi berkaitan kejadian tersebut.

“Sebarang aktiviti bertentangan dengan peIanggaran prosedur Operasi standard (S0P) termasuk penyaIahgunaan permit rntas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang,” tegasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: sinar via DBONGKAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *