Selepas helikopter Hairul dan Hanis buat warganet cemburu dengan naik kapal layar mewah pula.

artis Hiburan Kehidupan Keluarga Kisah Rumahtangga selebriti

PETALING JAYA – Jika sudah dinamakan rezeki pasti tidak salah alamat. Begitulah halnya yang berlaku kepada pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Selepas memilih menaiki helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang, mereka menyambung percutian dengan menaiki kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Menerusi Instagramnya, Hairul turut memuat naik beberapa keping gambar bersama Tan Sri Vincent Tan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia dan beberapa buah video ketika berada di atas kapal layar tersebut.

Menurut pengarah dan pelakon filem Ada Hantu itu, mereka sekeluarga sepatutnya pulang lebih awal, bagaimanapun menyambung percutian selepas menerima undangan ahli perniagaan berkenaan untuk menaiki kapal layar mewah Asean Lady.

“Sepatutnya saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

“Selepas itu, beliau ajak naik superyacht Asean Lady, rezeki anak-anak,” tulis Hairul.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Hairul, kapal layar mewah yang dinaiki mereka belayar dari Pulau Redang ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Malah dalam InstaStory Hanis Zalikha, mereka sekeluarga dilihat berpeluang membuat lawatan ke keseluruhan kawasan kapal layar berkenaan yang dilengkapi pelbagai kelengkapan mewah termasuklah helipad.

Anak-anak mereka Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 2, dilihat begitu teruja ketika berada dalam kapal layar mewah tersebut.

“Yusuf tak percaya kita tengah bergerak sebab tidak bergoyang,” tulis Hanis Zalikha.

Terdahulu pada Rabu lalu, Hairul dan Hanis mengejutkan peminat apabila menempah sebuah helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang. – K! ONLINE

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pentingkan keselamatan anak dari duit. Sekali ini pulak komen dari Fazura.

Idea pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu adalah satu keputusan terbaik di kala negara masih belum bebas daripada virus CVD-19.

Perkongsian percutian mereka di Instagram (IG) ternyata telah menarik perhatian wargamaya untuk memberi pelbagai reaksi. Walaupun dianggap ‘kayangan’, namun rata-rata peminat bersetuju dengan pilihan keluarga ini kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak demi keselamatan anak-anak.

@shzrilrsydan: Bagus sangat keluarga ini, berhabis duit untuk momen dengan keluarga baru berbaloi. Simpan duit banyak-banyak buat apa? Memori tu berharga.

@ainaa.shaecaa: next level ni. Dari sesak dengan orang ramai kan?? Betul-betul jaga diri. Suka tengok. @anggrek_raasputeri: Lagi selamat dari berhimpit. Kita pun tak tahu dengan keadaan sekarang kan? Lebih baik habis duit sikit.

Sementara itu, aktres Fazura, 38, mengakui dia agak takut untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya keluar sebelum ini. Namun, tindakan Hanis dan Hairul ternyata telah memberi idea untuk dia melakukan perkara yang sama.

“Ini adalah idea yang bernas Hanis! Saya sangat takut membawa Fatima ke mana sahaja. Jadi, ini memberi saya idea. Selamat menikmati percutian anda!” Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: beautifulnara

Fokus sangat buat tutorial hijab. Sekali ada satu benda yang buat Fazura sebak bila lihat wanita ini.

Tudung keluaran pelakon cantik, Nur Fazura sebelum ini pernah tvlar dan ‘s0ld out’ dalam masa beberapa jam sahaja selepas dikeluarkan kerana menawarkan harga yang sangat berpatutan. Selebriti itu juga kini sering membuat video di Instagram mempromosikan jenama tudung dan cara pemakaian yang sering digayakan bagi tatapan para peminat.

Dalam salah satu perkongsian semula warganet di aplikasi TikTok, Fazura dilihat tiba-tiba sahaja s3bak apabila terpandang seorang wanita yang memakai tudung jenama keluarannya ketika membuat live di Instagram. Dia yang ketika itu sedang melakukan tutorial tudung bert3riak sebelum terdiam sebentar dan meng4kui sangat terh4ru dengan apa yang dilihat olehnya.

Perkongsian yang dibuat akaun TikTok @fazurafave itu telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya selepas sehari dimuat naik.

Rata-rata warganet telah tinggalkan komen memberi respon apabila melihat re4ksi Fazura yang terharu ketika produknya digunakan oleh orang awam. Mereka juga sempat memuji isteri kepada aktor Fattah Amin itu yang berniaga dengan ikhlas agar semua wanita yang berhijab dapat menggayakan tudung keluarannya.

Sumber: OMM via Motifviral

Baru je tular penjual tudung Fazura yang buat macam ni. Sekali Fadilah tampil jelaskan hal sebenar.

Pengasas produk kecantikan menafikan dkwaan dia menipu duit orang ramai yang membeli tudung keluaran selebriti, Fazura seperti tular di media sosial.

Noor Fadilah Mohamad, 34, sebaliknya mendkwa, tidak pernah menjual tudung termasuk keluaran pelakon popular itu dan hanya mengusahakan perniagaan berasaskan produk kecantikan selain barangan dari China secara dalam talian sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, dia percaya nama dan gambarnya sudah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya membuat dua laporan polis iaitu pada 14 Ogos lalu ketika identiti saya dikaitkan dengan penjualan tudung (jenama lain) dan terbaharu kes ini (tudung Fazura) yang dibuat pada 31 Ogos lalu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung.

Scmmr berkenaan menggunakan gambar dan nama saya di WhatsApp serta Instagram, bahkan kejadian ini mengganggu emosi dan kerja saya. Orang ramai marah dan menggelar saya penipv sedangkan saya tidak melakukannya.

Urusan perniagaan saya hanya menggunakan akaun rasmi syarikat sahaja, ASKED Enterprise bukan akaun peribadi,” katanya ketika ditemui di Seri Manjung di sini, hari ini.

Menurut Noor Fadilah, dia mula menyedari identitinya disalahgunakan pihak berkenaan ketika dihubungi oleh seorang pembeli tudung sebuah jenama pada bulan lalu.

“Selepas itu rakan pula bertanya jika saya ada menjual tudung Fazura pada 30 Ogos lalu dan saya sangat terkejut apabila diberitahu gambar saya sudah tular kerana didakwa menipu. Individu itu menggunakan gambar sama dengan ‘profile’ Facebook (FB) saya dan mempunyai akaun atas nama yang hampir sama dengan nama saya iaitu Pn Noor Fadilah, tetapi ia bukan akaun saya termasuklah nombor telefon digunakan,” katanya.

Noor Fadilah berkata, dia kesal orang ramai menularkan perkara itu tanpa usul periksa dan dia juga bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarganya. Katanya, dia berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera sekali gus membersihkan namanya.

“Saya berharap dengan penjelasan ini mana-mana pihak tidak lagi berkongsi gambar saya dan hantaran mengenainya serta memadamkan hantaran berkenaan,” katanya yang memberitahu sudah dihubungi oleh pengurusan tudung keluaran Fazura bagi penjelasan lanjut. Sumber : hmetro

Dah jarang nampak Fazura berlakon. Bukan tak nak berlakon tapi rupanya ini sebab Fazura tak terima apa apa tawaran.

Lama tidak melihat Fazura di sebalik kaca televisyen (TV). Sudah tidak berlakon lagikah?Rupa-rupanya, belum ada naskhah yang berjaya menambat hatinya. Jika ada pun, produksi pula tidak boleh menerima susunan jadual kerjanya selepas bergelar ibu.

Menerusi perkongsian dalam sesi siaran langsung di Instagram, isteri Fattah Amin itu mendkwa dia tawr hti dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama. “Dah lama tidak berlakon.

Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukvl, jadi m4ngsa. Bosan bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah. “Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Fazura bagaimanapun akan mempertimbangkan tawaran sekiranya dia berpuas hati dengan jalan cerita, skrip dan komitmen masa. Agaknya, Fazura akan muncul dalam drama atau filem yang macam mana? Sumber:cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *