Selepas kebenaran rentas negara dibenarkan kini tempoh kuarantin untuk pengembara yang pulang ke Malaysia dipendekkan.

Info Infomaklumat KESIHATAN

KUALA LUMPUR – Selepas kebenaran rentas negeri, kerajaan turut mengumumkan kelonggaran kepada pengembara yang pulang ke Malaysia dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bersetuju memendekkan tempoh kuarantin kepada golongan tersebut kepada tujuh hari sahaja, berbanding dua minggu sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, keistimewaan tersebut hanya untuk pengembara yang sudah lengkap divaksinasi.

“Kami telah memendekkan tempoh kuarantin bagi pengembara divaksin sepenuhnya yang pulang atau datang ke Malaysia dari 14 hari kepada tujuh hari,” katanya menerusi satu ciapan di Twiiter, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, tempoh isolasi untuk kontak rapat bagi penerima vaksin lengkap turut dipendekkan kepada tujuh hari berbanding 10 hari sebelum ini.

“Isolasi kontak rapat untuk individu yang sudah divaksin sepenuhnya dipendekkan dari 10 hari kepada tujuh hari,” katanya.

Dalam satu ciapan berasingan, Khairy turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Tolong pakai pelitup muka terutama ketika di luar dan di tempat sesak. #ReopeningSafely bukan bermaksud kita tidak perlu patuhi SOP,” katanya. – Getaran, 16 Oktober 2021.

Sumber: getaran.my

Alhamdulillah berita baik untuk keluarga Malaysia. Kini Ismail Sabri umum tarikh rentas negeri yang dah dibenarkan untuk semua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di jadual mengadakan sidang media khas pada pukul 3 petang ini di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Intipati berhubung sidang media tersebut tidak dimaklumkan secara terperinci, bagaimanapun Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman berhubung kebenaran merentas negeri. Ia akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen termasuk RTM dan Astro AWANI.

Sementara itu, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pengamal media yang yang dijemput menghadiri sidang media tersebut perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan penularan CVDI9, termasuk media rasmi mengemukakan keputusan ujian s.aringan CVDI9.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri hanya akan diberikan selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap menerima s.untikan vks1n CVDI9.

Manakala, pada 8 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat. Kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, kebenaran serentak itu berikutan kebanyakan negeri dijangka mencapai kadar vksn4si populasi dewasa 80 peratus, apabila purata v.ks1nasi individu berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara mencapai 90 peratus

“Tunggu saya akan umumkan. Tetapi dah tak lama dan akan dibuat serentak seluruh negara. Dulu kita nak beri kebenaran apabila kadar v.aksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah. Kalau buka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri terbabit. Jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kita jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vmaksinasi,” katanya selepas menghadiri majlis Prapelancanran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, di sini pada Khamis.

Pada 13 Januari lalu, kerajaan melaksanakan P.erintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0 dalam usaha mengekang penularan CVDI9. Menerusi pelaksanaan PKP 2.0, perjalanan rentas negeri di seluruh negara tidak dibenarkan termasuk di negeri-negeri yang diletakkan di bawah PKP Pemulihan (PKPP). Sumber : Online Malaya

KJ dedah individu belum vksin masih boleh rentas negeri. Tapi ada satu benda lain yang boleh halang golongan antivax.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tiada kaedah untuk menghalang individu yang belum divksin untuk merentas negeri apabila dibenarkan kelak. Jelasnya, sebaik sahaja kelonggaran itu diberikan kepada rakyat, bermakna tiada lagi sekatan jalan raya akan dilakukan.

“Kita telah kaji untuk laksanakan mereka yang tidak menerima vksin untuk buat ujian kendiri. Namun demikian, tidak ada cara untuk kuatkuasakan cadangan ini. Kita juga tidak mahu adakan sekatan jalan raya dan semak setiap orang yang keluar. Jika buat begitu, saya rasa rakyat akan lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan memandangkan mereka sudah lama tunggu hendak balik kampung. Ini bukan macam gelembung Langkawi. Yang itu jumlah tidak ramai dan dapat dibuat di KLIA. Selepas ini jalan keluar masuk dari semua negeri dibuka dan sangat mustahil untuk kita semak setiap orang yang keluar masuk,” katanya pada sidang media khas petang Khamis.

Tambah Khairy, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada termaktub dan digunapakai termasuk tidak membenarkan individu yang belum lengkap divksin untuk ‘dine-in‘.”Maka, walaupun mereka boleh rentas negeri, tetapi mereka tidak dibenarkan makan di kedai. Ini kerana tidak ada cara untuk mengawal pergerakan yang belum divksinasi. “Ini sahaja cara yang kita boleh kuatkuasakan. Kita tidak mahu terlalu banyak SOP dalam hal rentas negeri ini sebab ramai sudah tunggu kebebasan hendak balik,” ujarnya. Sumber : Gempak

Kj umum perbezaan antara dos ketiga dan dos penggalak. Terkejut sekali ini respon dari warganet.

Terdapat perbezaan dalam pemberian dos vaksin ketiga dan dos penggalak. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala dos penggalak pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.

“Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, di mana dos kedua tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan.

“Dos penggalak atau booster shot pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ketika ini, kerajaan sedang membangunkan garis panduan berkenaan pelaksanaan pemberian dos ketiga dan penggalak, dan ia dijangka bermula bulan depan selepas mendapatkan pandangan serta panduan klinikal dan selepas selesai pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Pfizer sudah hantar dosier untuk dos penggalak dan dos ketiga kepada NPRA, ia akan diluluskan secepat mungkin,” tambahnya. Sementara itu, Khairy juga memaklumkan jarak masa untuk dos kedua bagi penerima vaksin AstraZeneca akan dipercepatkan bermula 1 Oktober ini.

“Kita akan memendekkan jarak masa dos kedua dari sembilan minggu kepada enam minggu, dan ini akan memudahkan penerima vaksin AstraZeneca,” katanya.

RESPON WARGANET TERHADAP KENYATAAN KJ

“Pentaksub vaksin pastinya merasa bangga dgn dos2 tambahan ini. Tak sabar nak suntik ya?” “Ermmm…mmg kami sgt2 terharu dgn segala usaha kalian…kami redho dan patuh semuanya…alhamdulillah berkat pentadbiran kejaan islam ini…rakyat semua selamat…kalau harap ph….hurmmm…silap2 nk cucuk pun kena bayar…”

“Sy x faham..mksud imuniti menurun tu mcmna??..kira kita ambil vaksin ni mudarat LA kan..SBB lpas ambil utk tmpoh trtentu imuniti kita merosot..ni mudarat namanya..kkm kena prjelaskan perkara ni bgi org fhm yg x fhm sprti sy..”

Sumber : ASTRO AWANI

Pemberian dos ketiga vaksin covid 19 dijangka akan mula bulan depan. Rupanya ini golongan yang akan terima dulu.

Pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 dijangka akan diberikan kepada golongan rentan dan berisiko dijangkiti wabak berkenaan bermula Oktober ini. Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, golongan yang dimaksudkan itu adalah warga emas dengan komorbiditi seperti mempunyai masalah kesihatan teruk, petugas barisan, golongan kurang daya imun,

termasuk mereka yang tinggal dan bekerja di pusat jagaan jangka panjang. “Kita akan buka kepada golongan ini dahulu kerana berdasarkan data pemergian, data kategori 5 yang masuk ke Unit Rawatan Rapi, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan tersebut,

warga emas yang ada masalah jantung, kencing manis, hipertensi dan sebagainya. “Pemberian dos ketiga atau (dos) penggalak itu juga tidak bermaksud pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan sistem imun,” katanya pada Ahad.

Tambah Khairy, banyak negara luar telah memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura bertujuan untuk mempertingkatkan lagi imun tubuh terhadap wabak berkenaan.

Bagaimanapun, Khairy mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum memutuskan sama ada untuk memberikan dos penggalak kepada semua individu di negara ini. “Perkara ini masih dalam perbincangan.

KKM juga ketika ini sedang melakukan perbincangan dengan pakar dalam menentukan kumpulan usia individu yang akan menerima dos itu,” katanya. Khairy juga berkata, pihaknya juga telah mengarahkan semua syarikat pengeluar vaksin

untuk menghantar maklumat lanjut kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi menentukan jenis vaksin yang boleh diberikan sebagai penggalak. “Buat masa ini, kita sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar vaksin untuk didaftar di bawah NPRA, dos ketiga ini perlu dapat kebenaran NPRA,

sebab NPRA hanya bagi kebenaran contohnya kepada Pfizer, AZ (AstraZeneca), Sinovac (hanya dibenarkan diberi) dua dos sahaja,” katanya. Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian penggalak vaksin COVID-19 bagi meningkatkan usaha perlindungan golongan rentan daripada risiko jangkitan pandemik itu. Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *