Gadis ini telah memecahkan rekod dunia dengan hanya mengunjungi 196 negara pada usia yang sangat muda.

Amalan Dunia Hiburan Kehidupan OH TRAVELOGUE

Usia bukan penghalang untuk setiap orang merealisasikan impian mereka, sama seperti kisah seorang gadis yang telah berjaya merealisasikan impiannya pada usia yang sangat muda.

Dipetik dari Euro News, Lexie Alford merupakan seorang gadis yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang telah berjaya mengunjungi banyak negara di dunia. Gadis berusia 23 tahun ini juga telah memecahkan rekod dunia dan termasuk dalam Guinness World Records sebagai orang termuda yang berjaya mengelilingi dunia.

Dia telah berjaya memecahkan rekod dunia pada usia yang agak muda iaitu 21 tahun. Pada masa itu, Lexie telah mengunjungi sebanyak 196 buah negara dan impiannya untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia menjadi kenyataan. Dia amat berterima kasih kepada ibunya yang memiliki agensi pelancongan dan  disebabkan itulah, sejak kecil lagi dia selalu diajak oleh ibunya untuk menemaninya bekerja.

Walaupun dia sangat suka melancong, namun dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan tidak pernah mengabaikan persekolahannya. Bahkan, dia juga lulus lebih awal dari rakan-rakannya pada usia 18 tahun.

Melancong Sejak Usia 12 Tahun

Memang impiannya untuk mengembara dunia sejak usianya 12 tahun lagi. Dia juga bekerja dan menabung serta banyak berjimat bagi mencapai impiannya untuk mengelilingi dunia. Dengan tekad dan keinginan yang kuat, dia berpegang dan yakin bahawa dia boleh melakukannya dengan hasil dari usaha gigihnya sendiri.

“Saya cuba mencari orang termuda yang telah menjelajah banyak negara dan nama James Asquith yang muncul. Sejak dari itu, saya nekad dan saya akan rasa menyesal jika saya tidak mencuba menjadi sepertinya.” kata Lexie.

Ketika usianya 18 tahun, Lexie telah mengunjungi sebanyak 72 buah negara. Hebat bukan?

Pada Oktober 2016, dia bertekad untuk mengunjungi 124 buah negara lagi bagi mencatat rekod dunia. “Saya melakukan perjalanan solo selama tujuh bulan dalam masa dua tahun dan telah melawat 50 buah negara di Eropah, Asia, Afrika, Amerika, Amerika Latin, Caribbean dan Kepulauan Selatan Pasifik.” kata Lexie.

Sudah tentunya tidak semua perjalanan berjalan dengan begitu lancar, statusnya sebagai warganegara AS juga menjadi salah satu sebab dia sukar untuk memasuki negara -negara tertentu yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negaranya. Walapun begitu, Lexie tidak sesekali berputus asa dan berjaya mengharungi segalanya. Yang lebih hebat lagi, Lexie membiayai sendiri setiap kos perjalanannya.

Selain untuk memecahkan rekod dunia, Lexie juga punya alasan lain untuk mengelilingi dunia iaitu supaya dia dapat mengenali lebih ramai orang dengan pelbagai latar belakang. Dari semua negara yang telah dilawatinya, terdapat beberapa negara yang sememangnya mendapat tempat yang istimewa di hatinya. Banyak juga negara yang cantik dan mempunyai ciri-ciri eksotik yang tak mungkin dapat dilupakannya. Antara negara yang dia sangat terkesan seperti Venezuela, Pakistan, Mesir dan Iceland. Baginya, negara-negara ini memiliki keindahan alam yang tersendiri dengan pelbagai mercu tanda dunia dan penduduk yang ramah.

Nasihat Lexie kepada mereka yang ingin mengejar impian yang sama sepertinya harus kuat dan jangan mudah mengalah serta jangan cepat berputus asa. Sebagai tambahan, Lexie juga menasihatkan bagi mereka yang ingin melancong secara solo, anda tidak perlu pergi ke negara yang jauh, sekiranya benar-benar mahu, mulakan di negara-negara berdekatan atau negara jiran terlebih dahulu.

Sumber: Murai

Bukan Setakat Rentas Negeri. Rakyat Malaysia Bakal Dibenarkan Melancong Ke Luar Negara Secara Bebas.

Rakyat negara ini berpeluang melancong ke luar negara secara bebas tanpa perlu memohon kelulusan MyTravelPass (MTP) sebaik sahaja negara mencapai 90 peratus sasaran vaksinasi populasi dewasa. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, negara kini semakin hampir dengan sasaran tersebut apabila populasi dewasa negara yang lengkap divksin setakat kelmarin sudah mencapai 87.6 peratus.

“Kita sudah berada pada tahap 87.6 peratus. Tidak lama sahaja lagi kita akan dapat berkumpul semula dengan rakan dan keluarga di luar negara. Bagaimanapun, keperluan untuk melaksanakan kuarantin sebaik sahaja anda pulang dari luar negara masih lagi kekal buat masa ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin mengulang ciap hantaran yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sekatan dari segi penerbangan dibuat sebelum ini kerana negara tidak membenarkan penduduk pergi melancong ke luar negara.

“Penerbangan ke luar negara juga akan ditapis. Tetapi, atas urusan perniagaan dibenarkan dan untuk pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran atau memasuki universiti pengajian tinggi atau swasta di luar negara juga dibenarkan tanpa MTP. Untuk suami berjumpa isteri, dibenarkan tetapi mesti membuat permohonan. Bila 90 peratus program vaksinasi telah tercapai untuk dua dos, rakyat akan dibenarkan untuk ke luar negara tanpa memohon MTP,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini turut memaklumkan, rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya pada 22 September lalu. Sumber : K!Online

Tangguh Atau Selamat Rentas Negeri Jumaat Ini. Kadar Vaksinasi Dijangka Mencapai 90 Peratus Jumaat Ini.

KUALA LUMPUR: Pakar berbeza pandangan mengenai kebenaran rentas negeri apabila kadar vaksinasi individu dewasa di negara ini dijangka mencapai 90 peratus Jumaat ini.

Walaupun lebih 21 juta populasi dewasa di Malaysia bakal lengkap dos vaksin dalam tempoh lima hari lagi, pakar virologi dan epidemiologi berpandangan kerajaan perlu mengambil percaturan berhati-hati untuk membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Mengutarakan pendirian berbeza, pakar kesihatan pula berpendapat pergerakan rentas negeri sebahagian daripada sisi kehidupan apabila negara bergerak ke fasa endemik menjelang hujung bulan ini.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata purata suntikan vaksin dos kedua dalam tempoh tujuh hari sejak 26 September lalu ialah sebanyak 147,147 dos.

Berdasarkan laman web COVIDNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), beliau berkata, seramai 1,652,050 individu dewasa atau 7.1 peratus belum menerima dos lengkap vaksin.

Katanya, jika dihitung beliau mengunjurkan kadar liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan populasi dewasa bakal mencecah 90 peratus dalam tempoh 4.4 hari.

“Berkemungkinan menjelang Jumaat ini kita sudah capai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, tetapi saya mempunyai pandangan berbeza mengenai kebenaran rentas negeri.

“Kadar liputan vaksin tidak wajar dijadikan satu-satunya petunjuk untuk membenarkan rentas negeri, sebaliknya kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) juga perlu diambil kira.

“Berdasarkan COVIDNOW, kapasiti penggunaan ICU di seluruh negara ketika ini 65.8 peratus dengan negeri yang merekodkan kadar tertinggi Pulau Pinang iaitu 91.7 peratus.

“Bayangkan jika berlaku lonjakan kes susulan pergerakan rentas negeri, maka hospital dan ICU yang baru nak mula ‘bernafas’ akan kembali sesak dengan pesakit,” katanya kepada BH hari ini.

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, yang menyuarakan kebimbangan sama mencadangkan kerajaan menggunakan pendekatan ‘gelembung perjalanan’ membabitkan antara negeri yang mencapai kadar imunisasi melebihi 90 peratus.

Katanya, mengikut statistik setakat hari ini negeri yang masih mencatatkan liputan imunsisasi dalam kalangan dewasa di bawah paras 80 peratus ialah Johor dengan 76.3 peratus, Kedah (75.7 peratus), Perak (74 peratus), Kelantan (71.2 peratus) dan Sabah (61.3 peratus).

“Justeru, negeri yang belum capai 90 peratus, lebih baik tunggu seminggu dua lagi untuk kadar liputan imunsisasi meningkat, sebelum pergerakan ke negeri berkenaan dibenarkan.

“Kita bimbang dan khuatir dengan golongan rentan, malah pemberian suntikan vaksin kepada golongan remaja masih di peringkat awal, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah setakat ini belum mendapat ‘lampu hijau’ untuk mengambil pelalian COVID-19.

“Sesetengah negeri, contohnya Kelantan yang menjadi tumpuan sekarang kerana sebahagian daripadanya mengambil keputusan untuk tidak mengambil vaksin, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berhati-hati,” katanya.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, pula berkata pergerakan rentas negeri berupaya dibenarkan sebaik liputan PICK mencapai 90 peratus tanpa meminggirkan kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan melakukan ujian saringan kendiri.

Selepas lebih dua tahun ‘berperang’ dengan COVID-19, katanya, masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan corak kehidupan mengikut acuan endemik yang bakal menyaksikan segenap aktiviti sebelum Disember 2020 perlu dijalani secara norma baharu.

“Tidak perlu ada ‘grace period’ (tempoh bertenang) untuk benarkan pergerakan rentas negeri apabila PICK capai 90 peratus. Tetapi orang ramai perlu cakna mengenai COVID-19 dan kehidupan fasa endemik,” katanya.

Tak lama lagi boleh rentas negeri. Pm Ismail Sabri akhirnya tampil bersuara dedahkan sesuatu tentang kebenaran rentas negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”. Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lepas (22 Sept) 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insya Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Rabu lepas Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Sumber : Malaysia Gazette

Terkini, rentas negeri akan dipertimbang hujung Oktober

Sementara itu, memetik laporan portal mstar hari ini, kebenaran merentas negeri secara menyeluruh akan dipertimbangkan pada akhir Oktober sekiranya negara memasuki fasa endemik. Berita yang dinantikan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jelas beliau, dia berharap kelonggaran tersebut dapat difikirkan secara mendalam pada masa terdekat. ”Usaha kerajaan membawa negara ke fasa endemik yang dijangka pada akhir Oktober ini tentunya merangkumi kebenaran untuk merentas negeri.

” Paling utama kita tidak mahu perkara itu menyebabkan jangkitan COVlD-I9 menular ke kawasan yang sebelum itu mungkin tidak ada risiko ekoran perjalanan besar-besaran daripada destinasi yang agak berisiko,” katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, oleh yang demikian, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan untuk melihat fasa endemik pada hujung Oktober depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Hishammuddin turut berkata, peralihan ke fasa endemik bergantung kepada perkembangan program vaksinasi. ”Pertimbangan bagi aktiviti rentas negeri juga merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan bagi negeri-negeri terlibat.

” Ketika ini kebenaran merentas negeri hanya dibenarkan bagi perkara-perkara tertentu melibatkan individu yang telah lengkap divaksin.” ujarnya. Hurai beliau lagi, kebenaran semasa termasuk pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi, kebenaran bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang mahu melawat anak di bawah 18 tahun.

Terdahulu, Iarangan rentas negeri dilaksanakan sejak Mei ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pada 14 Sept, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan.

Menurutnya, pelancongan menjadi antara industri yang paling terjejas teruk akibat pndemik COVlD-I9 sejak lebih setahun lalu. ” Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

” Kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan untuk membantu syarikat pengendali pelancongan seperti Kelonggaran Berkaitan Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang mahu mengetahui sejauh manakah perhatian diberikan kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh industri pelancongan dan sama ada strategi berkesan dilaksanakan untuk menyelamatkan industri ini yang terkesan teruk akibat pndemik COVlD-I9. Sumber:mstar dan hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *