Rossa hadiahkan banglo mewah untuk ibu bapanya. Ramai terkejut dengan harga rumah tersebut.

artis

Penyanyi popular Indonesia, Rossa menghadiahkan sebuah rumah banglo mewah untuk kedua ibu bapa di kampung halamannya di Sumendang, Jawa Barat, Indonesia.

Bina rumah banglo mewah bernilah RM6 juta

Rumah banglo mewah berwarna putih berkenaan dianggarkan berharga Rp 20 Miliar (RM6 juta). Menerusi posting yang dimuat naik oleh Rossa di Instagram, turut kelihatan penyanyi popular ini beberapa foto dirinya bersama keluarga tersayang di rumah mewah tersebut. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang peminat Rossa yang dikenali sebagai Pecinta Rossa Official di TikTok, memaparkan sudut kediaman rumah penyanyi berkenaan yang begitu mewah dan cantik. Rumah tersebut dikatakan dibina sekitar sawah padi dengan memiliki kawasan rumah yang sangat luas. Lebih menarik lagi apabila halaman luar rumahnya begitu luas sehingga dikatakan seperti padang bola.

Bina rumah untuk ibu bapanya

Dalam pada itu, ketika siaran rancangan Podcast Pak Gun pada Jun lalu, pemilik nama Rossa Roslaina Sri Handayani memberitahu bahawa dia bakal membina rumah untuk kedua-dua ibu bapanya meskipun berdepan dengan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19

Rossa nampak sangat bahagian kerana rumah baru tersebut dah disiap bina sebelum hari ulang tahunnya. Sebagai rasa bersyukur, Rossa menyambut hari lahirnya secara sederhana bersama saudara-mara dan team management. Rata-rata peminat Rossa mengucapkan tahniah kerana rumahnya telah siap dibina. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi semula video memaparkan sudut rumah berkenaan. Video berdurasi 59 saat itu meraih lebih dua juta tontonan dan mendapat lebih 129 ribu tanda suka. Sumber : Liputan6, pecintarossa96

Rossa Dedah Pernah Dijangkiti Positif Covid 19. Tak Sangka Sampai Dia Terpaksa Bayar Ganti Rugi Pada Penganjur Majlis.

Rossa disahkan positif Covid-19 selepas pembantu peribadinya dijangkiti virus tersebut. Penyanyi Datuk Rossa mendedahkan dia sebenarnya pernah disahkan positif Covid-19 namun memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut perkara tersebut. Gara-gara dijangkiti virus tersebut, dia juga terpaksa membayar sebanyak Rp 1 juta atau hampir RM300 sebagai ganti rugi tidak dapat menghadiri sebuah acara yang sudah dijanjikan.

“Saya pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini dan terpaksa menanggung kerugian sebanyak Rp 1 juta (RM288) sebab nak bayar ganti rugi acara yang sepatutnya saya hadir,” katanya. Penyanyi terkenal Indonesia itu berkongsi perkara tersebut menerusi rakaman yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.

Rossa jalani kuarantin kendiri di rumah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti ini juga berkongsi mengenai kronologi bagaimana dia dijangkiti Covid-19 yang berkemungkinan berpunca daripada pembantu peribadinya (PA). “Ikutkan setiap minggu memang saya perlu buat ujian calitan untuk program live setiap hari isnin. Namun ada satu minggu itu, badan saya tak berasa sihat. Bila buat swab test keputusan negatif. Tapi lima hari sebelum itu, PA saya disahkan positif. Walaupun keputusan negatif tapi demi keselamatan, saya berehat sahaja di rumah. Selepas lima hari berehat, saya perlu jalani ujian calitan lagi sebab perlu terbang ke Surabaya sebab ada acara yang perlu saya hadiri. Mal4ngnya, saya disahkan positif Covid-19 ketika itu,” ujarnya. Sumber – Liputan6

Tular Bapa Sanggup Lakukan Macam Ni Pada Anak Yang Positif Covid 19 Gara Gara Tunggu Ambulan Terlalu Lama.

Dengan jangkitan yang meluas dan pertambahan var1an-var1an baharu, C0VID-19 kini semakin ‘mengg4nas’ sehingga semua peringkat usia tidak boleh lagi terlepas darinya. Jika dahulu, kes C0VID-19 kebanyakannya hanya melibatkan orang dewasa sahaja tetapi kes dalam kalangan kanak-kanak kini juga semakin memb1mbangkan.

Apa yang memiIukan, ada sesetengah dari mereka yang masih lagi kecil perlu berp1sah dengan ibu bapa untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin. Di usia yang sebegitu, mereka perlu berdikari dan menjaga diri sendiri. Bagi ibu bapa pula, tentunya tidak dapat digambarkan perasaan apabila perlu melepaskan anak kesayangan buat sementara. Tetapi, ia perlu dilakukan dengan seikhlas hati demi kebaikan semua.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan detik-detik piIu  seorang bapa di Thailand yang menghantar anaknya ke pusat kuar4ntin. Mereka dipercayai menunggu ambulans tetapi ia nampaknya tidak kunjung tiba. Tidak mahu menunggu lebih lama, lelaki tersebut mengemas barang-barang anak lelakinya dan terus menyarungkan pakaian PPE. Dia dilihat menghantar anaknya ke pusat kuar4ntin dengan menaiki motosikal. Dalam satu video yang lain, lelaki itu dilihat mengikuti perkembangan anaknya melalui panggilan video dan memberikan kata-kata semangat kepada anaknya. Semoga anaknya diberikan kesembvhan dan kepada keluarga yang menerima nasib yang sama, semoga terus bert4bah menerima uj1an ini. Sumber: TikTok, Siakap Keli

Heboh Wanita Ini Buat Hal Dalam Wad Kuarantin Covid19. Akhirnya Ini Yang Berlaku Terhadap Wanita Tersebut

Terbaru tular satu perkongsian memaparkan seorang wanita dipercayai memasuki kawasan kuarantin pesakit Covid19 di salah sebuah hospital di Miri,Sarawak. Malah wanita ini juga dikatakan tidak mahu tinggalkan kawasan itu walaupun sudah diarahkan oleh petugas kesihatan.

Menelusuri perkongsian yang tular di sosial media memaparkan seorang lelaki sedang baring di atas katil wad sambil menerima rawatan. Dalam masa yang sama, seorang wanita berbaju biru turut berdiri di sebelah katil berkenaan dipercayai untuk menunggu pesakit tersebut.

Walaupun begitu, salah seorang petugas kesihatan dikatakan telah memaklumkan kepada wanita ini bahawa tindakannya itu tidak mematuhi peraturan di hospital. Malah mereka juga memintanya untuk keluar tetapi dia langsung tidak mengendahkan malah didakwa telah menimbulkan kekecohan di sana.Saya mau tunggu dia. Boleh tanya semua orang, pernah ke saya pisah dengan dia.Difahamkan petugas berkenaan dikatakan terpaksa mengambil video tersebut sebagai bahan bukti kepada pihak polis.

Tidak terhenti di situ, wanita ini juga didakwa telah meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadap petugas kesihatan.Saya orang yang sihat, kenapa kamu takut dengan orang yang sihat. Saya tidak faham. You already crazy you know. Kamu orang ada pakai baju sangat safety, saya tak ada pakai baju, saya yang bahaya. Kenapa kamu orang takut sama saya.

Kelihatan juga seorang petugas kesihatan cuba mendekati wanita ini untuk berbincang. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita ini tidak mengizinkan petugas kesihatan memegangnya dan memberitahu hanya polis sahaja yang berhak untuk menyentuhnya. Walaupun begitu, sehingga kini tiada info lanjut mengenai video berkenaan.Sumber: Facebook

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *