Terkejut. Iman Troye dedah Iqbal hadiah cincin buatnya sampai ada yang tertanya terima atau tidak.

artis Uncategorized

Menerusi akaun Instagram Story penyanyi baharu, Iman Troye, atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin, 19, dia ada berkongsi satu video yang memaparkan pembantu peribadi Dato’ Vida, Iqbal, memberikannya sebuah cincin ketika sedang mempromosikan lagu barunya bertajuk Nang. Hantaran video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya mengusik Iman dan bertanyakan dia terima atau tidak pemberian cincin itu.

Ada juga warganet mengatakan muka Iman ada iras-iras Dato’ Seri Vida (DSV) dan mengatakan jika DSV ternampak video ini pasti akan marah dan kecewa. Iqbal mengatakan minggu hadapan akan keluar lagu baru. Sudah pun reda isu kisah percintaanya dengan DSV, kini timbul pula isu baru apabila Iqbal ada menyatakan ingin mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Tidak memaklumkan atas tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu dia turut menawarkan kos sebanyak RM 500,000 ribu sahaja. Ada pihak yang mempertikaikan tindakannya itu mengeluarkan bajet yang rendah. Setengah juta itu termasuk kos untuk muzik video juga.

Dia ada mengatakan bahawa dia ada pengalaman dalam bidang nyanyian dan tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain. “Jangan samakan saya dengan pengasas lain, asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio. Selepas saya tawar RM 500,000 ribu untuk hasilkan lagu untuk saya menyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lai.” Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal nak dikeluarkan.” katanya.

“Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati rajyat Malaysia, mungkin dengan itu orang akan faham perasaan saya sedang lalui sekarang ini. Kegagalan untuk berkahwin dengan Dato’ Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang.” Marilah kita sama-sama menunggu lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Iqbal. Mesti ramai yang tak sabar menunggu minggu hadapan. Sumber : Rotikayanews

Kecoh Iqbal Anak Bekas Menteri Gara Gara Campak Duit. Sekali Ini Latar Belakang Sebenarnya Dan Pernah Kerja Cuci Pinggan.

Iqbal terkejut apabila ada pihak yang mengaitkan dia sebagai anak Tengku Adnan. Sejak usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan ramai gara-gara video mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai tanda tanya tentang sumber kekayaan yang dimilikinya. Rata-rata mula mempersoalkan tentang aliran kewangannya hingga mampu berbelanja mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Lebih mengejutkan tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman temubual mStar yang diedit semula dengan kapsyen yang mendakwa dia merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Namun setelah disemak, dkwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli politik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir. Mengakui terkejut dengan dakwaan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, Iqbal, 27, berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik berkenaan.

Iqbal bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Malah dia meminta orang ramai agar tidak mencemarkan nama Tengku Adnan dengan kontroversi yang melanda dirinya pada ketika ini. “Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan. Saya tak pernah jumpa beliau dan tak tahu kenapa orang cakap saya anak dia… muka sama ke?

“Saya teringin juga nak jumpa Tengku Adnan tapi jangan la cemarkan nama beliau dan kaitkan dengan saya. Saya hanya budak kampung yang pernah kerja cuci pinggan.

Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan

“Saya sangat mengagumi beliau. Mungkin suatu hari nanti saya boleh jadi ahli politik… jadi ikon anak muda,” katanya. Jadi bagi menjawab pelbagai persoalan tentang identiti Iqbal, mStar senaraikan latar belakang pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

Iqbal berasal daripada Pasir Mas Kelantan.

1. Nama sebenar dan latar belakang pendidikan

Ahmad Iqbal Zulkefli dilahirkan pada 12 September 1994 dan berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) sebelum meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Pasir Mas (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Dia kemudiannya menyambung pendidikan di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

2. Latar belakang keluarga

Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik. Bapanya Zulkefli Dollah merupakan seorang guru dan Imam di Masjid Pasir Mas. Bapanya mendapat pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Berniat ingin berkahwin dengan Datuk Seri Vida namun hasratnya tidak tercapai.

Sementara ibunya Maznuni Che Yusof yang berketurunan Cina Siam adalah seorang guru bahasa Arab, juga mendapat mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir. Ibu bapanya berpisah pada tahun 2018. Namun ibunya telah pergi buat selamanya pada 20 Januari 2021.

3. Pekerjaan sebelum bergelar usahawan

Pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan menjual burger pada usia 17 Tahun di Terengganu dan Kuala Lumpur. Bercerita lanjut tentang kehidupannya, dia pernah hidup susah hingga terpaksa menyewa pada bahagian dapur sebuah rumah untuk dijadikan bilik tidur. Sewaktu belajar, Iqbal pernah meraih pendapatan sehingga RM13,000 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja secara sambilan termasuk menulis artikel, menyunting video dan pemasaran.

Selepas diberhentikan dari Vida Beauty, Iqbal memulakan pernigaan kosmetiknya sendiri.

Sebelum menamatkan pelajaran di Aswara, Iqbal mendakwa menerima tujuh tawaran kerja dengan gaji RM5,000 ke atas. Namun Iqbal memilih untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida selepas tamat pengajian dan ditawarkan gaji RM1,400 sebulan. Selepas diberhentikan kerja daripada Vida Beauty, Iqbal memulakan perniagaannya sendiri iaitu serum dan minyak wangi dengan bermodalkan RM500. Sumber :Mstar

Iqbal Baru Tawar Bajet RM500K Untuk Buat Lagu. Tiba Tiba Dapat Respon Macam Ini Dari Caprice.

Usahawan dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Iqbal Zulkefli terus mencetuskan kontroversi apabila menawarkan RM500,000 kepada mana-mana pihak yang boleh menghasilkan lagu untuknya.

Menurut Iqbal, bajet itu disifatkan rendah kerana merangkumi kos video muzik. Katanya, dia harus berjimat ketika keadaan ekonomi yang tidak boleh dijangka.

“Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja.”Kenapa ramai pertikai saya mahu keluarkan bajet RM500,000? Nilai ini bukan untuk lagu sahaja, ia termasuk kos video muzik. Ada yang tawarkan RM600,000. Jadi saya rendahkan sedikit kerana ekonomi sekarang kita tidak boleh jangka. Saya terpaksa jimat cermat,” coretnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Iqbal tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini kerana dia mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.

“Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan founder lain; asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid Negeri Kelantan, juga naib juara peringkat Malaysia di radio.”Ibu saya penulis lirik album nasyid juara Kebangsaan,” tulisnya dalam perkongsian berlainan.

Sementara itu, rapper dan usahawan Caprice memberi respon kepada tawaran Iqbal menerusi Instagram Story miliknya.

Kata Caprice, dia boleh hasilkan lagu serta video muzik atas pasir dengan kereta Range Rover.”@ahmadiqbalzulkefli kita boleh buat sekali dengan muzik video bro atas pasir range rover Insya-Allah sek sek kito,” tulisnya.Justeru, Iqbal meminta pendapat orang ramai sama ada Caprice boleh dipilih untuk menghasilkan lagu buatnya.

“Saya perlu minta pendapat semua, okay tak jika saya minta @capriceofficial buatkan lagu untuk saya? Saya perlukan pendapat orang ramai kerana saya bukan orang industri muzik dan saya tidak mahu dicop merosakkan industri muzik,” coretnya.

Terdahulu, Iqbal terpalit dengan kontroversi ‘kahwin tak kahwin’ dengan DSV yang turut membabitkan nama dua jutawan kosmetik itu, Cik B & Kacak. Sumber:Gempak.

Diva AA akui rasa semak dengan kisah cinta DSV dan Iqbal. Sampai kelaskan hanya golongan ini je yang percaya dengan kisah cinta mereka.

Dia menyifatkan hanya orang  b4n*st sahaja yang mempercayai kisah cinta di antara DSV dan Iqbal. Pengacara dan pelakon sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi sebuah hantaran di laman Twitter meluahkan rasa ‘semak’ dengan kisah percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dengan bekas pembantu peribadinya (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli.

Akui Kisah Cinta DSV & Iqbal ‘Semak’ Timeline

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik di laman Twitter, Diva AA memberitahu bahawa kisah percintaan antara DSV dan Iqbal telah ‘menyemakkan’ susur masa media sosialnya dan menyifatkan hanya orang  bodoh sahaja yang mempercayai kisah cinta di antara DSV dan Iqbal. ” “SEMAKKKK TLLL! MARKETING LUBANG JUBORRR????GTHHH PUIII BANGSAT TERHANJING JER YANG PERCAYA! EEE JIJIKKK”- kritik Diva AA

Walaubagaimanapun, dia telah menutup ruangan komen dan ulang kicau di atas hantaran yang dimuatnaiknya pada Khamis.

Terdahulu, percintaan di antara jutawan kosmetik, DSV dan bekas pembantu peribadinya menjadi perhatian ramai apabila Iqbal meluahkan hasratnya untuk mengahwini DSV. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka mendapat tentangan dari anak perempuan DSV disebabkan jarak umur yang jauh dan berpendapat Iqbal mempunyai “sebab lain” untuk mengahwini ibunya. Sumber : Murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *