Kecoh Iqbal anak bekas menteri gara gara campak duit. Sekali ini latar belakang sebenarnya dan pernah kerja cuci pinggan.

Viral

Iqbal terkejut apabila ada pihak yang mengaitkan dia sebagai anak Tengku Adnan. Sejak usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan ramai gara-gara video mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai tanda tanya tentang sumber kekayaan yang dimilikinya. Rata-rata mula mempersoalkan tentang aliran kewangannya hingga mampu berbelanja mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Lebih mengejutkan tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman temubual mStar yang diedit semula dengan kapsyen yang mendakwa dia merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Namun setelah disemak, dkwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli politik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir. Mengakui terkejut dengan dakwaan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu, Iqbal, 27, berkata dia tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik berkenaan.

Iqbal bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Malah dia meminta orang ramai agar tidak mencemarkan nama Tengku Adnan dengan kontroversi yang melanda dirinya pada ketika ini. “Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan. Saya tak pernah jumpa beliau dan tak tahu kenapa orang cakap saya anak dia… muka sama ke?

“Saya teringin juga nak jumpa Tengku Adnan tapi jangan la cemarkan nama beliau dan kaitkan dengan saya. Saya hanya budak kampung yang pernah kerja cuci pinggan.

Saya terkejut juga apabila ada yang kaitkan nama saya dengan Tengku Adnan

“Saya sangat mengagumi beliau. Mungkin suatu hari nanti saya boleh jadi ahli politik… jadi ikon anak muda,” katanya. Jadi bagi menjawab pelbagai persoalan tentang identiti Iqbal, mStar senaraikan latar belakang pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

Iqbal berasal daripada Pasir Mas Kelantan.

1. Nama sebenar dan latar belakang pendidikan

Ahmad Iqbal Zulkefli dilahirkan pada 12 September 1994 dan berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Tumpat dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (3) sebelum meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi Pasir Mas (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Dia kemudiannya menyambung pendidikan di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

2. Latar belakang keluarga

Merupakan anak ketiga daripada lapan orang adik-beradik. Bapanya Zulkefli Dollah merupakan seorang guru dan Imam di Masjid Pasir Mas. Bapanya mendapat pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Berniat ingin berkahwin dengan Datuk Seri Vida namun hasratnya tidak tercapai.

Sementara ibunya Maznuni Che Yusof yang berketurunan Cina Siam adalah seorang guru bahasa Arab, juga mendapat mendapat pendidikan dari Universiti Al-Azhar Mesir. Ibu bapanya berpisah pada tahun 2018. Namun ibunya telah pergi buat selamanya pada 20 Januari 2021.

3. Pekerjaan sebelum bergelar usahawan

Pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan menjual burger pada usia 17 Tahun di Terengganu dan Kuala Lumpur. Bercerita lanjut tentang kehidupannya, dia pernah hidup susah hingga terpaksa menyewa pada bahagian dapur sebuah rumah untuk dijadikan bilik tidur. Sewaktu belajar, Iqbal pernah meraih pendapatan sehingga RM13,000 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja secara sambilan termasuk menulis artikel, menyunting video dan pemasaran.

Selepas diberhentikan dari Vida Beauty, Iqbal memulakan pernigaan kosmetiknya sendiri.

Sebelum menamatkan pelajaran di Aswara, Iqbal mendakwa menerima tujuh tawaran kerja dengan gaji RM5,000 ke atas. Namun Iqbal memilih untuk bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida selepas tamat pengajian dan ditawarkan gaji RM1,400 sebulan. Selepas diberhentikan kerja daripada Vida Beauty, Iqbal memulakan perniagaannya sendiri iaitu serum dan minyak wangi dengan bermodalkan RM500. Sumber :Mstar

Iqbal Baru Tawar Bajet RM500K Untuk Buat Lagu. Tiba Tiba Dapat Respon Macam Ini Dari Caprice.

Usahawan dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Iqbal Zulkefli terus mencetuskan kontroversi apabila menawarkan RM500,000 kepada mana-mana pihak yang boleh menghasilkan lagu untuknya.

Menurut Iqbal, bajet itu disifatkan rendah kerana merangkumi kos video muzik. Katanya, dia harus berjimat ketika keadaan ekonomi yang tidak boleh dijangka.

“Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja.”Kenapa ramai pertikai saya mahu keluarkan bajet RM500,000? Nilai ini bukan untuk lagu sahaja, ia termasuk kos video muzik. Ada yang tawarkan RM600,000. Jadi saya rendahkan sedikit kerana ekonomi sekarang kita tidak boleh jangka. Saya terpaksa jimat cermat,” coretnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Iqbal tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini kerana dia mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.

“Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan founder lain; asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid Negeri Kelantan, juga naib juara peringkat Malaysia di radio.”Ibu saya penulis lirik album nasyid juara Kebangsaan,” tulisnya dalam perkongsian berlainan.

Sementara itu, rapper dan usahawan Caprice memberi respon kepada tawaran Iqbal menerusi Instagram Story miliknya.

Kata Caprice, dia boleh hasilkan lagu serta video muzik atas pasir dengan kereta Range Rover.”@ahmadiqbalzulkefli kita boleh buat sekali dengan muzik video bro atas pasir range rover Insya-Allah sek sek kito,” tulisnya.Justeru, Iqbal meminta pendapat orang ramai sama ada Caprice boleh dipilih untuk menghasilkan lagu buatnya.

“Saya perlu minta pendapat semua, okay tak jika saya minta @capriceofficial buatkan lagu untuk saya? Saya perlukan pendapat orang ramai kerana saya bukan orang industri muzik dan saya tidak mahu dicop merosakkan industri muzik,” coretnya.

Terdahulu, Iqbal terpalit dengan kontroversi ‘kahwin tak kahwin’ dengan DSV yang turut membabitkan nama dua jutawan kosmetik itu, Cik B & Kacak.

Sumber:Gempak.

Diva AA akui rasa semak dengan kisah cinta DSV dan Iqbal. Sampai kelaskan hanya golongan ini je yang percaya dengan kisah cinta mereka.

Dia menyifatkan hanya orang  b4n*st sahaja yang mempercayai kisah cinta di antara DSV dan Iqbal. Pengacara dan pelakon sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menerusi sebuah hantaran di laman Twitter meluahkan rasa ‘semak’ dengan kisah percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dengan bekas pembantu peribadinya (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli.

Akui Kisah Cinta DSV & Iqbal ‘Semak’ Timeline

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik di laman Twitter, Diva AA memberitahu bahawa kisah percintaan antara DSV dan Iqbal telah ‘menyemakkan’ susur masa media sosialnya dan menyifatkan hanya orang  bodoh sahaja yang mempercayai kisah cinta di antara DSV dan Iqbal. ” “SEMAKKKK TLLL! MARKETING LUBANG JUBORRR????GTHHH PUIII BANGSAT TERHANJING JER YANG PERCAYA! EEE JIJIKKK”- kritik Diva AA

Walaubagaimanapun, dia telah menutup ruangan komen dan ulang kicau di atas hantaran yang dimuatnaiknya pada Khamis.

Terdahulu, percintaan di antara jutawan kosmetik, DSV dan bekas pembantu peribadinya menjadi perhatian ramai apabila Iqbal meluahkan hasratnya untuk mengahwini DSV. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka mendapat tentangan dari anak perempuan DSV disebabkan jarak umur yang jauh dan berpendapat Iqbal mempunyai “sebab lain” untuk mengahwini ibunya. Sumber : Murai.my

Boleh pula nak buat lawak dengan agama sendiri. Sekali PU Syed pula tampil tegur Diva AA.

Pengacara terkenal, Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontr0versi apabila tular video mendkwa dirinya mempermainkan agama. Dalam video tular itu, Azwan terlebih dahulu ditanya mengenai persediaan menghadapi MalaIkat Mun.kar dan Na.kir. Dia kemudiannya memberi jawapan sp0ntan yang dianggap keterl.aluan oleh orang ramai. Lebih mengec3wakan apabila penyampai radio turut tert4wa selepas mendengar jawapan yang diberikan itu.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pengacara ini muncul dalam sebuah ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO. Video viral ini bukan sahaja menerima perhatian pengguna media sosial, malah Pencetus Ummah, PU Syed turut dilihat memberikan t3guran.

Jelas PU Syed, perbu4tan itu adalah mel4mpau, ses4t dan memalvkan agama tidak kiralah sama ada dia bergur4u ataupun tidak. Malah, MalaIkat bukanlah mkhluk yang boleh dibuat gurauan atau s3ndaan. Soal mun.gkar dan na.kir pun saudara boleh buat main, cukuplah warganet dok hadap c4ci mak1 saudara setiap kali berdepan dengan kamera. Mestikah dikaitkan dengan mak bapak orang? Salahkah soalan tu bila diajukan kepada saudara?

Persoalan MalaIkat ni bukan persoalan yang kecil bahkan MalaIkat bukan ma.khluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sen.daan. Dalam hantaran itu, PU Syed turut men3gur penyampai radio yang menjadikan agama sebagai bahan lawak. Juara Pencetus Ummah musim ketiga ini dalam masa yang sama mengajak orang ramai mengenali bagaimana sifat Mun.kar dan Na.kir untuk pengaj4ran bersama. Kredit: Instagram PU Syed

Boleh pula Diva AA kritik Che Ta gara gara pakaian ke PPV. Sekali Che Ta tampil balas balik apa yang Diva AA kata.

Nama selebriti terkenal, Rozita Che Wan, 49, sekali lagi meledak dan menjadi bualan warganet dalam media sosial selepas dia bertindak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengacara popular Azwan Ali semalam. Tidak berdiam diri apabila dilemparkan kata-kata kesat, Rozita atau lebih popular sebagai Che Ta menerusi tangkap layar InstaStory yang tular dalam Twitter berkata Azwan tidak sepatutnya mempertikaikan busana yang dipakainya.

“Tak payahlah melalak pasal akulah. Aku nak pakai apa pun, bukan guna duit mak bapa dan keturunan hang,” tulis kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu. Dalam hantaran sama, Che Ta berkata individu seperti Azwan tidak sepatutnya masih ada lagi di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi. Meninjau dalam Twitter, rata-rata berpendapat Azwan sepatutnya tidak sepatutnya menganggu individu lain sehingga boleh menganggu hubungan persahabatannya dengan Che Ta. Semua orang dia nak kacau, padan muka kena sembur dengan Che Ta. Che Ta 1, Azwan 0,” tulis warganet.

Kosmo! hari ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi individu kritikan seorang pengacara yang terkenal dengan mulut pu4kanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin baru-baru ini. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *