Lepas kecoh isu Siti Saleha. Kini muncul pulak kes perpisahan satu pasangan artis popular ini.

artis Viral

hak penjagaan anak diberikan kepada Mikhavita Wijaya dan Bams masih dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya. Semalam dikejutkan dengan berita perpisahan pelakon popular Siti Saleha setelah dia memfailkan perpisahan terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35. Siapa sangka, perkahwinan mereka hanya bertahan hanya 4 tahun dan mereka belum dikurniakan cahaya mata. Dalam masa yang sama, di Indonesia muncul pula berita perpisahan, bekas vokalis band terkenal, Samsons, Bams. Dia secara rasmi telah berpisah dengan Mikhavita Wijaya selepas tuntutan perpisahannya diterima di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan.

Hak Penjagaan Anak Diberikan Kepada Mikhavita

Dalam keputusan yang telah ditentukan juga telah ditetapkan bahawa hak penjagaan anak diberikan kepada Mikhavita Wijaya dan Bams masih dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya. “Menetapkan hak pengasuhan terhadap anak, yang bernama Eleanor Regina Bukit yang berusia 6 tahun 7 bulan berada dalam penjagaan plaintif dengan ketentuan bahawa defendan sebagai bapa mempunyai hak untuk bertemu dengan anak seminggu sekali.”-Mahkamah

Bams Diperintah Beri Nafkah IDR 10 Juta Sebulan

Selain itu, bekas vokalis kumpulan Samsons ini juga diminta untuk terus memberikan nafkah dan biaya pengajian kepada anaknya melalui Mikhavita Wijaya. Selain itu, beliau juga harus memberikan IDR 10 juta setiap bulan sehingga anaknya sudah berdikari.

“Bagi defendan memberikan nafkah di atas pendidikan untuk anaknya yang bernama Eleanor Regiana Bukit melalui plaintif minimum 10 juta Rupiah setiap bulan sehingga beliau dewasa dan dapat hidup berdikari.”-Mahkamah. Sebulan sebelumnya, Bams telah mendedahkan bahawa rumah tangganya sedang berada di hujung tanduk dan pada masa yang sama berada dalam proses perpisahan dengan Mikhavita Wijaya yang berpisah dengan baik.

Bams atau nama penuhnya adalah Bambang Reguna Bukit telah berkahwin dengan Mikhavita Wijaya di GPIB Paulus Jakarta, kawasan Menteng, Jakarta Pusat pada 14 Januari 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Eleanor Regina Bukit. Sumber : Murai.my

Enggan Mendedahkan Secara Terperinci. Akhirnya Siti Saleha Memberitahu Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Mahkamah.

PETALING JAYA – Tidak menunggu lama, aktres terkenal Siti Saleha akhirnya membuka mulut mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan kes pisah ke atas suaminya, Ahmad Lufti Azhar.

Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perpisahan atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes pisah dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawab ringkas pelakon berusia 31 tahun itu kepada Kosmo!

Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang tindakan nekadnya memfailkan perpisahan ke atas Ahmad Lutfi, 35, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, media hari ini melaporkan bahawa Siti Saleha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang untuk sebutan kes pisah ke atas suaminya.

Prosiding tersebut telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi yang turut dihadiri Ahmad Lutfi.

Perkhabaran tersebut mengejutkan ramai pihak memandangkan kakak kepada Sam Bunkface itu jarang bercerita kisah peribadi terutama kisah perkahwinan dengan suaminya yang sebelum pernah bertugas di sebuah jabatan kerajaan itu,

Saleha bagaimanapun sering mengelak apabila diasak persoalan berhubung kejernihan hubungan perkahwinan apabila dilihat jarang berkongsi foto atau momen bersama suaminya dalam media sosial. 

Kali terakhir Siti Saleha berkongsi gambar mesra bersama suami adalah pada 24 Mac tahun ini bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35. 

“It’s your birthday bubbaboo. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan kabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan anda,” tulisnya dalam bahasa Inggeris. 

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Rumah Tangga Bermasalah. Siti Saleha Dan Suami Muncul Di Mahkamah Untuk Sebutan Kes Ini.

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Siti Saleha berhadapan masalah apabila pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi bagi sebutan kes perpisahan.

Memetik portal mStar Online, prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha itu agak mengejutkan apatah lagi pelakon itu sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial.

Malah, hasil tinjauan mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsikan gambar mesra bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017. Pasangan itu masih belum mempunyai dikurniakan cahaya mata.

Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.

Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam.

Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama.

Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.

Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang. Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun berpisahan pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara.

Sebagai Tikus Makmal Nora Danish Rasa Bertuah Dan Syukur Tiada Kes Pelancong Positif Di Langkawi.

Pelakon jelita Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di Pulau Langkawi, Kedah sejurus inisiatif gelembung pelancongan di lokasi peranginan terkenal itu dibuka pada 16 September lalu. Menerusi Instagram Stories miliknya, Nora, 39, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana setakat ini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkapan skrin (screenshot) artikel daripada sebuah portal.Dalam pada masa sama, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berharap agar sektor pelancongan lain juga akan dibuka tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik.

Sejurus pulang dari pulau tersebut, pelakon filem Polis Evo membuka semula ruangan komen selepas dikritik gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bercuti. Nora kelihatan tidak melatah kerana memilih untuk tidak membalas sebarang komen ‘pedas’ daripada warganet.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan berpisah dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. Kredit: Oh bulan.

Percutian Nora Danish Tamat. Kini Buka Kembali Ruangan Komen Di IG.

PETALING JAYA – Selepas menutup ruangan komen akibat kritikan hangat warganet menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG). Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bagaimanapun terus menerima kritikan warganet biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.” Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali). Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan ramai berhubung berpenampilan seksinya bersama suami dan teman rapat di Langkawi sepanjang empat hari berada di sana.

Pada 16 September lalu, Kosmo! Online melaporkan, ketika ramai yang masih dihantui rasa takut untuk melancong, Nora menjadi antara selebriti selamat tiba di lokasi peranginan terkenal tersebut. Percutian pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim. Nora sekeluarga berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 16 September lalu dan mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *