Rupanya ramai artis Malaysia ni yang ada hubungan kekeluargaan. Sekali ini antara pasangan yang sebenarnya sepupu.

artis

Korang tahu tak ada di antara artis-artis tanah air kita sebenarnya mempunyai ‘bau-bau bacang’ serta pertalian dr4h sesama artis? Ada yang merupakan adik-beradik, ada yang mak saudara, bapa saudara dan ada juga yang sebenarnya sepupu. URTV ingin kongsikan 10 pasangan selebriti Malaysia yang merupakan sepupu.

Rosyam Nor dan Faizal Hussein

Hero Malaya Datuk Rosyam Nor yang dig1lai oleh para gadis ketika dahulu telah memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sebaik tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia mengikuti sepupunya yang juga seorang pelakon hebat Faizal Hussein. Mereka sama-sama berlakon dalam filem Gil4-Gil4 Remaja di mana Faizal memegang watak utama sebagai Roy yang ditayangkan pada 1985. Untuk pengetahuan pembaca, usia mereka adalah sebaya iaitu 54 tahun dan Faizal juga merupakan sepupu kepada penyanyi popular, Datuk Khadijah Ibrahim.

Fattah Amin dan Syamsul Yusof

Datuk Yusof Haslam, penerbit dan pengarah popular di Malaysia yang juga ayah kepada Syamsul Yusof sebenarnya bapa saudara kepada Fattah Amin dari sebelah bapanya. Fattah yang sebelum ini pernah memasuki pertandingan Hero Remaja, terlebih dulu melibatkan d1ri dalam industri seni sebagai kru belakang tabir. Pada 2018, filem KL Special Force telah ditayangkan dan mereka digandingkan bersama dalam filem tersebut. Fattah dilahirkan pada 14 September 1990 manakala Syamsul Yusof pada 21 Mei 1984.

Datin Lisa Surihani dan Hunny Madu

Pelakon cantik manis Datin Lisa Surihani dan pengacara Hunny Madu juga merupakan sepupu. Lisa pernah memuat naik gambar di Instagram miliknya bersama Hunny dengan kapsyen ‘kami adalah sepupu.’ Perbezaan umur mereka hanya dua tahun di mana Lisa dilahirkan pada 21 Mac 1986 manakala Hunny pada 1 April 1984.

Marsha Milan dan Linda Nanuwil

Peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Marsha Milan Londoh dan n4ib juara AF2, Linda Nanuwil juga mempunyai pertalian dr4h. Marsha yang dilahirkan pada 6 Disember 1985 dan berketurunan Kadazan-Dusun telah meraih tempat keempat dalam AF2. Sementara itu, Linda yang sebelum ini lama menghil4ng dari radar dunia seni, membuat kemunculan selepas menyertai program Gegar Vaganza 2020 sekaligus memenangi tempat kelima. Linda dilahirkan pada 21 Mac 1984 dan kini berusia 37 tahun.

Harris Anmuar dan Neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal tanah air, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, merupakan sepupu kepada salah seorang peserta Hero Remaja 2017/2018 iaitu Harris Annuar. Harris dilahirkan pada 14 Mei 1993 manakala Neelofa pada 10 Februari 1989.

Aleza Shadan dan Jasmin Hamid

Pelakon filem Pusaka, Aleza Shadan merupakan sepupu kepada Gigi Hadid Malaysia! Pasti semua tertanya, siapakah gerangan Hadid Malaysia tersebut?? Itu adalah gelaran yang diberikan warganet kepada pelakon Jasmin Hamid apabila wajahnya ketika muda disamakan seperti model antarabangsa berkenaan. Aleza yang dilahirkan pada 21 November 1975 manakala Jasmin Hamid pula pada 15 September 1974.

Fauziah Ahmad Daud dan Radhi Khalid

Pemegang watak utama dalam filem lagenda Ali Setan, Fauziah Ahmad Daud adalah sepupu kepada seorang pelakon, pelawak dan personaliti televisyen Malaysia iaitu Radhi Khalid. Penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1986 menerusi filem Ali Setan itu yang lebih senang dengan panggilan Ogy, 59 tahun pernah berkongsi status hubungannya dengan Radhi menerusi akaun Instagram miliknya. Ogy dilahirkan pada 10 Oktober 1962 manakala Radhi Khalid pada 4 Februari 1964. Sumber : Mykmu.net via Satkoba

Didie Alias Trauma. Rupanya Dah Hilang 5 Ahli Keluarga Gara Gara Sakit Ini.

Kehilangan lima ahli keluarga akibat COVID-19 dalam tempoh singkat memberi kesan emosi kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias. Masih t.r4uma dan sedih dengan nasib ml4ng menimpa insan tersayang, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali, 49, mengaku semakin par4noid dengan situasi penularan pandemik C.OVID-19 sekarang.

“Saya rasa terkesan apabila satu demi satu anggota keluarga pergi a.kibat C.OVID-19. Bermula dengan ibu saudara iaitu adik bongsu sebelah emak. Kemudian diikuti nenek saudara, bekas abang ipar dan dua sepupu yang membesar bersama-sama. Luluh rasa hati apabila hanya mampu melihat jnz4h mereka yang sudah siap dikapan melalui video yang dikirim. Semakin hari, vi.rus ini semakin hampir dengan kita apabila anggota keluarga sendiri menjadi mngs4,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang terkenal dengan watak ant.agonis itu turut meluahkan kebimbangan peningk.atan kes positif C.OVID-19. “Emak saya kini berada di Melaka bersama adik. Apabila dapat tahu ada kejadian positif C.OVID-19 di kawasan berhampiran, saya jadi t.akut dan berkali-kali berpesan agar tidak keluar rumah dan menjaga kebersihan.

“Dalam keadaan sekarang, kita kena sentiasa jaga diri. Tidak lama lagi, iaitu selepas mendapat s.untikan kedua v.aksin C.OVID-19, saya akan kembali ke lokasi drama Cukup Derita Itu untuk menyambung penggambaran. Kalau ikutkan perasaan memanglah takut untuk bekerja terutama apabila angka kes makin meningkat. Tetapi sudah namanya kerja, kenalah buat. Cuma saya kena ambil langkah keselamatan yang lebih dan sentiasa patuh kepada SOP,” katanya yang mula dikenali menerusi filem Kanta Serigala dan Boss ini. Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *