Walaupun dikenali ramai tapi tak pernah rasa hidup mewah. Yassin mendedahkan cerita zaman kegemilangan.

Amalan artis Hiburan OH HIBURAN selebriti

KUALA LUMPUR: Mencipta kenangan indah bersama kumpulan Senario selama empat tahun sebelum digugurkan kerana kes kontroversi sekitar tahun 2002, pelawak, Yassin Yahya, mendedahkan, dia tidak pernah berasa rugi andai didakwa tidak sempat benar-benar meraih kekayaan ketika itu.

Malah, kata Yassin, 43, hakikatnya, setiap anggota Senario ketika zaman kegemilangan mereka bermula 1996 juga tidaklah hidup terlalu mewah sepertimana yang disangka orang.

“Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah. Kami dulu pun hanya bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpulan Senario itu sendiri disebabkan mengikat kontrak dengan Syarikat Pengurusan Ambang Klasik.

“Sekarang, sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.

“Jadi sebarang projek berkaitan memang kami sendiri yang uruskan termasuk dalam memberi buah fikiran dan sebagainya,”katanya dalam sidang akhbar pelancaran Kafe Sudirman di Hotel EDC, Chow Kit, di ibu kota, baru-baru ini.

Selain itu, kata Yassin, dia sentiasa berasa bangga kerana berpeluang mencipta kejayaan dan populariti bersama kumpulan Senario meskipun ketika itu pernah hanyut dengan kontroversi.

Bagaimanapun, katanya, semua pengalaman sama ada baik atau buruk tetap dianggap sebagai satu pengajaran serta pelajaran hidupnya.

“Waktu muda kita belajar dan sampai sekarang pun saya masih belajar. Tak ada istilah rugi. Untung saja. Bukan senang nak jadi anggota Senario waktu itu. Pernah juga terfikir, kenapa aku ya? Sedangkan ramai lagi pelawak lain tapi mungkin formula yang saya gunakan atau buat dan ikut saja apa mereka suruh maka lawak itu menjadi.

“Saya tak pernah tanya soal gaji dan anggap apa saja rezeki yang datang waktu itu adalah dari Allah SWT. Bukan setakat buat lawak-lawak saja, tapi saya anggap semua itu satu kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Yassin juga mengulas mengenai zaman dirinya terduduk dek kontroversi namun tetap positif untuk terus bangkit tanpa berkecil hati andai ada yang menyingkap kisah pahit tersebut.

Ini kerana, kata Yassin, adakalanya kontroversi itulah yang mematangkan seseorang artis dan baginya tidak mengapa.

“Tak mengapa ada kontroversi dan saya sendiri rasa diri perlu sentiasa ditegur dengan kritikan yang membina. Kalau tidak, jalan kita akan lebih merapu. Tak semestinya sesebuah kontroversi itu untuk menjatuhkan, ada juga yang membantu menaikkan artis itu.

“Cuma, kontroversi dulu dengan sekarang berbeza. Sekarang lebih banyak yang tak dapat dikawal sebab semuanya dari warganet. Kiranya, mereka ini seakan lebih dulu dapat tahu dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Demi Memenuhi Impian Dan Cita Cita Man Raja Lawak Terpaksa Jual Diri Demi Menyertai Kumpulan Sepahtu.

Bakal beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Man Raja Lawak berkata dia mempunyai misi serta mahu melakukan persembahan konsisten setiap minggu.

Menurut Man, dia mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk menambat hati pelawak, Jep agar memilihnya untuk menyertai kumpulan lawak popular, Sepahtu

“Selepas kami keluar daripada Raja Lawak 5, kami sering kali dapat jemputan show yang sama. Bila saya pernah bergabung dengan Tauke, kumpulan Puteh dan J-Born, jadi Rahim kata kenapa kita buat tak group bersama sedangkan kita dah lama berkawan.

“Jadi saya juga rasa ini peluang saya dan Rahim. Tambah pula sekarang ni Sepahtu sedang mencari lagi seorang ahli. Jadi inilah masanya untuk jual diri saya. Kalau saya boleh serasi dengan Rahim, harapnya saya juga boleh dapatkan sikit perhatian daripada Jep,” katanya.

Dalam pada itu, Man berkata dia sudah lama berharap untuk menyertai kumpulan Sepahtu dan berharap akan mendapat peluang tersebut.

“Saya hari-hari berdoa supaya dapat sertai Sepahtu. Ini pengakuan jujur saya. Ini memang cita-cita saya dan kalau boleh saya berharap agar peminat berikan peluang kepada saya.

“Beberapa minggu sebelum ini, mereka ada menawarkan saya untuk menyertai program mereka secara mingguan sebagai artis jemputan, tetapi jadual saya pula bertindih dengan program dan penggambaran lain,” katanya.

Ujarnya lagi, dia turut berharap agar peminat Sepahtu dapat memberikannya peluang serta dalam masa yang sama boleh mengasah bakatnya jika bersama Sepahtu.

“Setiap minggu pasti ada pelbagai watak yang boleh saya mainkan. Saya memang suka untuk mencuba pelbagai karakter. Saya suka cabar diri saya kerana ingin menjadi pelawak versatile. Bagi saya ini semua rezeki. Kalau ada diberikan peluang, memang saya nak sangat sertai Sepahtu,” katanya.-Sumber: Rotikaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Jep dedahkan siapa yang bakal ganti Shuib dalam Sepahtu Reunion. Sekali Amir raja lawak selamba je boleh komen macam ni.

Sepahtu Reunion Live kembali untuk musim kelima. Bagi penggemar program komedi ini, anda mungkin merasakan ada kelompongan dengan ketiadaan Shuib sebagai teraju utama. Bagi seorang lagi teraju utama Sepahtu, Jep, ketiadaan Shuib disifatkan sebagai kehilangan besar namun mengakui ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.

Bagi Jep, ketiadaan Shuib dilihat sebagai pembuka rezeki kepada pelawak lain terutama mereka yang otai dalam industri seni. Sepahtu Reunion Live: Kehilangan besar namun ada hikmah di sebalik kekosongan Shuib

Jep (dua dari kiri) ketika diwawancara AWANI Pagi menyifatkan ketiadaan Shuib sebagai kehilangan besar, namun berasakan ada hikmah di sebalik keputusan tersebut. -Astro AWANI. “Sebenarnya ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar buat kami. Tetapi kita perlu fikir satu benda, program perlu diteruskan.

“Walaupun dia (Shuib) tidak dapat lakukan, kita perlu cari alternatif lain. “Bagaimana nak cari ganti itu memang susah, tetapi kita mencari orang yang dapat memudahkan urusan kita. “Kita cari pengganti yang menepati piawaian sama macam Shuib.

“Saya turut menganggap kekosongan itu adalah untuk kita berkongsi rezeki dengan pelawak otai kerana kita tahu kadang-kadang tak semua mengalami nasib yang sama. “Jadi ini adalah satu cabaran namun ada hikmahnya,” jelasnya.

Jep berkata demikian dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa yang disiarkan pagi tadi. Menyentuh mengenai pemilihan artis jemputan dalam program tersebut, seorang lagi teraju utama Sepahtu Reunion Live, Rahim menjelaskan setiap kriteria diteliti bagi memastikan jalan cerita dapat disampaikan dengan sebaiknya.

“Bukan sahaja soal idea yang diteliti tetapi dari segi artis jemputan juga kita adakan perbincangan dengan pihak produksi. “Ada beberapa kriteria yang perlu kita ambil kira, antaranya mengikut jalan cerita, umur, watak, itu memberikan gambaran siapa dan bagaimana artis jemputan untuk minggu itu.

“Memang kita ada senarai yang disediakan merangkumi beberapa nama yang ktia cadangkan yang perlu bersesuaian dengan watak pada satu-satu episod,” ujarnya. Amir Raja Lawak Masuk Komen Sampai Beratus Like


Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion Live musim ke-15 setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Sumber : ASTRO AWANI

Comel je Ayash pegang tasbih macam tu. Shuib muat naik video usap Ayash buat ramai yang tersentuh.

Menerusi halaman instagram Shuibsepahtu, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek bersama dengan anak bongsu nya, Ayash Affan. Rata rata pengikut halaman instagram Shuib memberikan kata kata positif buat nya agar sentiasa kuat dalam menempuhi kehidupan.

Namun, Ayash Affan juga dilihat sedang tidur dan dikejutkan oleh Shuib. “Bangun sayang, nanti malam jaga, asyik tido je..” – Shuib

https://www.instagram.com/p/CUmyG4blcTI/

Baru sahaja Shuib berkongsi wajah anak nya, beliau sempat berkongsi sedikit kata kata, dan berterima kaskh pada semua yang mendoakan nya. Terima kasih doakan kesejahteraan saya” – Shuib kongsi wajah Ayash Affan.

“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shamira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” coretnya ringkas di Instagram. Terdahulu, arwah isteri tercintanya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang, pada 6 Ogos lalu.

Sumber:IG Shuib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : www.dnq.pw

Ini yang satu dunia nantikan. Akhirnya Shuib dedahkan muka Ayash Affan buat ramai yang teruja.

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan kepada umum setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.

Namun pada hari ini, Setelah anak bongsunya itu cukup sebulan,Shuib membuat pengumuman bakal berkongsi wajah  Ayash Affan di media sosial. Sudah pastinya para warganet ternanti-nanti akan kemunculan wajah Ayash Affan yang setelah ditingalkan Siti Sarah.

Assalammualaikum, Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya. #AYASHAFFAN

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CUeM9xilEoJ/

KOMEN WARGANET:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Shuib

Tidur pun ada gaya. Shuib muat naik video gelagat Matin tidur buat ramai yang terhibur.

Cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun, kini mendapat perhatian warganet. pelawak Shuib Sepahtu,yang sering berkongsi rutin harian anak-anak dirumah kini sering menjadi perhatian ramai.

Shuib berkongsi satu video yang cukup comel saat Matin sedang lena tidur. Namun apa yang lebih menarik, Cara Matin tidur sungguh pelik dan ianya telah dirakam Shuib. Ade yg tido mcm ni tak? Tak pelikkan tido mcm ni???

https://www.instagram.com/p/CUco6UOh0AB/

KOMEN WARGANET:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Shuib

Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *