Tidak boleh biarkan kakitangan kesayangan terabai. Ibu tiri teruskan perniagaan tudung arwah Siti Sarah.

Amalan artis Hiburan Kehidupan Keluarga selebriti Uncategorized

Tidak mahu membiarkan kakitangan Allahyarham Siti Sarah terabai, ibu tiri arwah, Siti Fatimah Suberi kini mengambil tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

Fatimah berkata dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allaharyham sebelum ini.

“Walaupun arwah sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwah bangunkan selama ini.

“Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya terabai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini. Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arwah semasa dia hidup.

“Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk. Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik,” katanya.

Sudah dua bulan pemergian Siti Sarah, Fatimah berkata rasa rindu terhadap Sarah tidak pernah luntur, malah setiap kali ke pejabat pasti akan merenung gambar arwah.

“Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Pernah jadi individu antivaksin. Abang Siti Sarah akui teruk dijangkiti covid 19.

Pemergian Siti Sarah Raissuddin bulan lalu disebabkan jangkitan Covid-19 pastinya memberi kesan kepada ramai orang. Bukan hanya Sarah sahaja yang dijangkiti wabak tersebut, hampir seluruh ahli keluarganya termasuk bapa dan abangnya turut menjadi sasaran.

Tak lama selepas Siti Sarah ‘pergi’ abangnya, Ahmad Firdous Raissuddin telah dikejarkan ke hospital dan ditidurkan berikutan berada di tahap 4 jangkitan Covid.

Berkongsi pengalaman dijangktiti Covid-19

Namun begitu, semasa di hospital, ada sesetengah warganet mengatakan bahawa abangnya merupakan salah seorang yang menolak vaksin selepas melihat beberapa posting di media sosial. Justeru itu, selepas kembali sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah, Ahmad Firdous telah membuat FB live berkongsi kondisinya dan memberi beberapa perkongsian berguna untuk mereka yang terkena jangkitan.

Antara isi penting yang diucapkan oleh Ahmad Firdous adalah mengenai pengambilan vaksin dan kepentingan mendapatkan suntikan tersebut. Dia akui bahawa sebelum ini pernah meragukan vaksin dan jangkitan Covid-19.

Namun selepas melihat sendiri keadaan pesakit-pesakit yang keluar masuk ke Unit Rawatan Rapi, dia akhirnya menyedari yang Covid-19 adalah benar.

Pegawai perubatan hargai perkongsian abang Siti Sarah

Perkongsiannya telah mendapat perhatian warganet terutamanya salah seorang pegawai perubatan di Twitter yang menggunakan nama akaun @khairul_Hafidz apabila memuat naik semula sedutan daripada perkongsian Firdous di FB.

https://twitter.com/i/status/1442804909955448836

Dr. Khairul Hafidz meluahkan rasa syukur apabila mendengar pengalaman yang dilalui oleh abang kepada selebriti terkenal itu. Beliau juga sangat menghargai apabila lelaki berkenaan mengupas perihal kebaikkan vaksin dari pandangan matanya serta berterima kasih kepada frontliners yang menjaganya sepanjang berada di hospital.

“Syukur mendengar luahan hati abang Sarah Raissuddin, Firdous, yang bercerita mengenai pengalaman beliau dijangkiti C0VID-19 dan masuk ke Unit Rawatan Rapi. Akhirnya beliau percaya mengenai C0VID-19, vaksin dan beliau berterima kasih dengan staf kesihatan yang menjaga beliau. Alhamdulillah…” tulis Dr. Khairul Hafidz

Penjelasan yang dibuat oleh Firdous nyata sangat bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang belum mendapatkan vaksin. Walaupun dia langsung tidak memaksa dan menyedari perkara tersebut adalah hak individu, namun dia mengakui penderitaan yang dihadapi cukup berat ketika itu dan berisiko menyebarkan wabak kepada orang lain andai tidak mendapatkan vaksin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:FB Ahmad Firdous Raissuddin, Twitter @khairul_hafidz

Shuib muat naik video ank sulung jaga Ayash. Sekali ini yang warganet perasan dalam video tu.

Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah, Uwais Al Qarni jadi perhatian wargamaya apabila setia menjaga adik bongsunya, Ayash Affan. Menurut Shuib atau nama sabenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang Sangat bertanggungjawab.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib berkongsi video momen ‘sweet’ dua beradik tersebut untuk tatapan umum. “Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Uwais dilihat menepuk-nepuk belakang badan adiknya yang menangis. Uwais yang memakai kopiah pula kelihatan malu-malu sewaktu momennya dirakam, terus memujuk adiknya yang merengek.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap tindakan Uwais selaku anak sulung yang membantu menjaga adiknya. Malah, ramai yang tersentuh melihat wajah Uwais saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Siti Sarah.

“Anak sulung yang boleh diharap. Moga-moga dia menjadi anak soleh yang berguna pada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji mak dia,” komen seorang wargamaya. “Muka Uwais saling tak tumpah macam ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan,” kata seorang wargamaya.

“Allah, semoga anak-anak semua menjadi anak dunia akhirat. Anak yang mampu membantu family, jiran. Amin,” ujar seorang wargamaya. “Adik nangis nak susu, abang malu-malu. Abang anak yang baik, macam ibunya. Semua anak-anak Shuib Sepahtu menjadi anak yang baik soleh dan solehah,” puji seorang wargamaya.

“Penyayang macam ibu ye Uwais. Ramai sayang Uwais,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, pandai abang jaga adik. Sejuk mata tengok muka Uwais,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada pengikutnya.

https://www.instagram.com/p/CUTW3dfh8XW/

Komen Warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://livenewszone.com/2021/09/18/ayash-sensltif-kepada-asap-dan-habuk-shuib-berundur-seketika-demi-ayash/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *