Gurauan manja warganet berkaitan rentas negeri dianggap serius .Reaksi Rita Rudaini memang tak disangka.

artis Covid 19 Hiburan Keluarga KESIHATAN selebriti

PETALING JAYA – Rentetan kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri bermula semalam, pelakon sensasi Rita Rudaini berkata, dia langsung tidak kisah jika tidak dapat berbuat demikian kerana lebih mementingkan soal kesihatan dirinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Rita, 45, berkata, menjaga kesihatan merupakan kepentingan buatnya pada waktu ini dan menjadi keperluan asas dirinya.

“Bagi aku, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in (makan di restoran). Aku tak batak.

“Apa yang penting bagi aku sekarang kesihatan. Itu keperluan asas aku sekarang,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar meluahkan rasa hairan terhadap orang ramai yang cukup syarat untuk merentas negeri apabila masih bersikap busuk hati dan dengki dengan dirinya.

“Kamu yang dapat rentas dan dine-in masih nak dengki busuk dengan aku? Memang lawak terbaik!” katanya.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon filem Mami Jarum itu tidak lupa mendoakan orang ramai yang selama ini menghentam dirinya dan berhasrat untuk melakukan aktiviti perjalanan rentas negeri supaya selamat tiba ke destinasi masing-masing.

“Sister (saya) doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.

“Kita saudara sesama Islam. Takkan perangai macam hanjing (anjing) hari-hari? Tak penat ke menganjing (memerli) dan jadi anjing?” tulisnya berbaur sinis.

Malah pelakon itu turut memerli golongan yang sering memaki hamun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.

“Patut kita lawan Covid-19. Tapi sekarang Islam bergaduh dengan Islam. 24 jam mulut tu keji, maki, hamun. Eh, silap! Mereka ‘berzikir’,” sindirnya.

Sebelum ini, Rita mengakui tidak kisah jika namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod sekalipun gara-gara berstatus tanpa vaksinasi Covid-19.

Namanya mula menjadi bualan wargamaya dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.

Rita juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. -K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Rakyat yang dah lengkap 2 dos boleh rentas negeri. Sekali ini pula kata kata Rita Rudaini bila tahu dia tak boleh rentas negeri.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap bagi melakukan pergerakan rentas negeri mulai hari ini.

Menurut Ismail, kelonggaran pergerakan rentas negeri diberi kepada rakyat memandangkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.

Selepas pengumuman dibuat, golongan selebriti dilihat teruja dengan pengumuman tersebut dan ramai yang memuat naik gambar ulang siar mereka di lapangan terbang, percutian luar negara dan ada juga yang memuat naik gambar pasport masing-masing.

Sungguhpun berita tersebut menerima sambutan yang baik dalam kalangan rakyat, namun, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ warganet terutama di laman sosial Twitter.

Menerusi kemas kini pengguna Twitter yang menggunakan nama @SyaheerAhmad, individu tersebut secara berjenaka memulang paku buah keras terhadap beberapa nama selebriti yang enggan mendapatkan suntikan vaksin. “Haha antivaksin tak boleh rentas negeri. Kau lepak rumah Rita Rudaini jelah, tak pun Zul Yahya,” tulisnya.

Pengguna bernama @AzlinSyafinaz pula berkata: “Rasa nak senyum je. Rita Rudaini boleh tarik balik IGS (Instagram Story) dia pasal rentas negeri untuk semua tu kot. Hanya untuk mereka yang mengambil vaksin,” kongsinya.

Sementara itu, ada yang memberi cadangan supaya laporan polis dibuat jika Rita Rudaini atau Suhaimi Saad dilihat merentas negeri. “Antivaksin tak boleh rentas negeri. Selepas ini, kalau nampak Rita Rudaini atau Mosus rentas boleh lapor polis,” cadangnya.

INI RESPOND RITA RUDAINI BILA DIA TIDAK BOLEH RENTAS NEGERI

Rita Rudaini beri respond tentang apa yang terjadi sekarang dimana nama dia dipetik selepas kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri kecuali untuk golongan tolak vaksin. Menurut Rita, dia terima banyak pesanan

DM yang gelakkan dia kerana tidak boleh rentas dan tidak boleh makan dalam restoren. Rita beritahu dia tidak kisah sekiranya tidak boleh rentas kerana sampai sekarang dia masih selalu hubungi ibu dia.

Sebelum ini, Rita Rudaini, Suhaimi Saad dan Zul Yahya begitu keras menentang pemberian vaksin terhadap diri mereka dan keluarga masing-masing. Selain tiga selebriti ini, pelakon Ellie Suriati juga didakwa enggan menerima suntikan vaksin.

Kredit: GEMPAK

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Rita Rudaini tak puas hati dengan rider penghantar makanan. Rupanya ini sebab kenapa dia marah sangat.

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal dan geram terhadap segelintir penghantar makanan yang melakukan tugas sambil lewa. Berdepan sendiri pengalaman terbabit, dedah Rita dia terkilan apabila makanan yang dipesannya hanya dihantar dengan cara meletakkan di tempat panas dan terdedah.

Lebih mengecewakan, makanan yang dipesannya itu diletakkan berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. “Benda makan… rezeki… letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh.

“Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri. “Makanan diletakkan atas tempat buang sampah pula tu,” tulis Rita menerusi hantaran di Instagram Stories pada Ahad.

Pun begitu, tegas Rita, dia tidak memukul rata cakap semua penghantar makanan punyai sikap sedemikian. “Saya bukan cakap semua.. Ada sesetengah hormat dengan makanan, pergi letak depan pintu atau tempat tertutup dan siap lapik lagi,” tambahnya.

Sumber : GEMPAK

Terjumpa jersey masa tengah syok bercinta dengan Aidil Zafuan. Terkejut bila Rita bongkarkan sesuatu disebalik nama Airit.

Nama pelakon Rita Rudaini tidak lagi perlu diperkenalkan. Selepas berpisah pada tahun 2013, Rita memikul tanggungjawab menyara kedua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Menerusi hantaran terbaru, Rita, 45, berkongsi foto jersey yang tertera nama ‘Airit’ hasil gabungan namanya dengan bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Menurut pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terjumpa jersey itu ketika sedang mengemas pakaian terpakai lalu ditunjukkan kepada anak terunanya.Bercerita lebih lanjut, Rita mendedahkan jersey itu adalah kenangan ketika mereka sedang hangat bercinta dan pada masa itu Aidil bermain bola sepak untuk pasukan Negeri Sembilan.

“Ceritanya tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang. Lepastu terjumpa jersey lama, tunjuk dekat Ryan dan Juna. Tau tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta. Daddy main dengan Negeri Sembilan. Lepastu daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi la Airit.

Dalam pada itu, pelakon drama Shah Alam 40000 menyatakan dia turut menerima soalan daripada individu yang tertanya maksud ‘Airit’. Tambahnya lagi, kedua anak bujangnya kelihatan teruja mendengar kisah percintaan kedua orang tuanya.

“Sorang team pengurusan Negeri Sembilan pun mesej mommy tanya ‘Airit’tu apa? Itu lah sejarah bermulanya nama Airit. Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah. Teruja depa (mereka) dengar sebab Ryan kata lamanya nama ni.”

Terdahulu Aidil dan Rita berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber : ohbulan

Lana Nordin dah selamat sampai As. Terkejut tiba tiba Rita Rudaini selamba je boleh komen macam ni tarik perhatian ramai.

Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam. Selepas menerima pelbagai kutvkan dan hinaan daripada warganet, Lana dipercayai enggan terus mendiamkan diri dan memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar di Instagram Storynya.

Susulan daripada itu, pelakon, Rita Rudaini turut jadi perhatian ramai apabila dia memuat naik posting balas secara berseloroh dengan Lana Nordin berhubung setiap penjelasan yang diberikan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita Rudaini dilihat ‘repost’ kembali kesemua story Lana Nordin di akaun Instagramnya. Pada masa yang sama, Rita dipercayai berseloroh dan bertanya kepada Lana mengenai dos vaksin yang mereka sekeluarga ambil sebelum terbang ke Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, warganet turut mndkwa kapsyen Rita seolah mengundang dan seakan seronok melihat telatah rakan baiknya itu.

Lana Nordin turut memuat naik sebuah video di mana mereka sekeluarga tidak perlu ‘scan’ My Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran. Malah, suaminya dilihat melakukan bunyi ‘scan’ ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke restoran tersebut.

Terdahulu, Lana mendakwa warganet suka membuat spekulasi terhadap dirinya sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin. Namun begitu, Lana berjaya membuktikan bahawa perjalanannya untuk rentas negara itu mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya.

Sumber: Rita Rudaini & Lana Nordin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *