Dalam diam dah plan semua. Norman Hakim terkejut Memey dan Abby dah siap plan percutian.

Amalan Hiburan Kehidupan Kisah Rumahtangga selebriti

Sejak pihak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, tentunya pelbagai rancangan yang difikirkan untuk menikmati kebebasan ini. Ada yang memilih untuk pulang ke kampung, malah ada juga yang bakal menikmati percutian bersama keluarga.

Sama juga keluarga besar pelakon, Norman Hakim ini telah merancang untuk bercuti bersama keluarga selepas kebenaran rentas negeri diumumkan.

Dekat dua tahun tak nampak memo ni.

Menerusi perkongsian di Instagram Norman, dia memuat naik foto perbualan WhatApp di antara isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isterinya Abby Abadi.

Dalam tangkap layar yang dikongsikan itu, dapat dilihat Abby dan juga Memey begitu bersungguh-sungguh merancang persiapan mengenai pakaian mereka dan keluarga.

Malah, setiap perancangan tersebut dilihat lebih terperinci agar sesuai dengan semua aktiviti yang bekal mereka lakukan nanti.

Dalam pada itu, Norman sempat berseloroh bahawa perancangan tersebut kemungkinan berpanjangan sehingga hujung tahun selain turut berpesan kepada anak-anaknya untuk bersiap sedia dengan pakaian yang diperlukan.

“Nampak mcm sampai ke hujung tahun jek? So anak-anak especially @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa plase take note warna pelangi yang kena standby k…”

Bagaimanapun, difahamkan Norman akan pulang ke kampung halamannya dahulu di Kuantan bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibunya sebelum mula bercuti bersama keluarga besar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Anak Norman Tanya Dah Perlu Ke Usia Ada Pasangan Hidup. Sekali Ini Jawapan Norman Hakim.

Pelakon dan hos, Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mendedahkan anak terunanya, Danish Hakim yang kini berusia 22 tahun mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan. Menurut Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, mereka kerap bercakap mengenai apa sahaja.

Perkara itu dikongsikan bintang Gerak Khas ini menerusi satu perkongsian di Instagram. “Kitaorang kalau duduk sembang 18 jam pun tak cukup. Selalu sembang macam-macam bab yang unlimited. Kalau dah penat sembang topic berat, kadang2 sembang pasal semut pun boleh on. Kali ni abang @danishhakimofficial petik pasal pasangan hidup. Dia tanya dah perlu ke usia dia ada pasangan hidup?JENGSSS!!! Itu la topik utama sembang kita kali ni,” tulisnya.

Norman bagaimanapun menyarankan agar Danish mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT. “Long story short, end of our conversation saya cakap “focus on your goal & consistently building your life. The right person will eventually find their way to u. But still the choice & decision is yours. Mohon bantuan & petunjuk dari Allah”. Thats the end of our conversation. Wallahualam. Kita doakan je yang baik-baik. Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ni,” tulisnya lagi.

Bapa kepada enam cahaya mata itu memaklumkan jadual harian anak sulungnya itu turut padat dengan komitmen dalam mengajar mengaji setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi masing-masing termasuk memuji cara didikan Norman buat anak lelakinya. Malah, tidak kurang yang membayangkan mereka terlihat seperti abang dan adik menerusi foto yang dikongsikan. Sumber : Mstar

Walaupun Umur 2 Tahun Dia Dah Mula Belajar Macam Macam. Mawar Rashid Hantar Anak Ke Tadika.

Mawar dan Raf sudah menghantar anaknya yang berusia dua tahun ke tadika. Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimbang untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala pandemik Covid-19. Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga.

Anak sulung Mawar teruja nak pergi tadika.

“Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula… sejujurnya memang risau tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu. Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid. Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya. Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika.

Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun. “Bagi saya, usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula nak belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting. Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.

Mawar bersama suami dan anak-anak.

“Kalau belajar secara online itu berbeza… kalau pergi tadika, dia datang juga rasakan suasana di sekolah,” ujarnya. Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6. Sumber : Mstar

Ibu Dedah Anak Lari Ketakutan Semata Mata Sebab Kening. Rupanya Ini Yang Berlaku Sampaikan Ibu Tidak Tahu Nak Respon Apa.

Kanak-kanak berusia enam tahun ini mencukur keningnya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Bayangkan hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya, tapi kening hilang sebelah! Itulah yang terpaksa dihadapi Nur Auni Saffiya Kameri yang berusia enam tahun apabila sifat ingin tahu akhirnya memberi pengajaran dalam dalam hidupnya.

Berkongsi kisah ini, ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Farhana Kathan, 25, berkata kejadian berlaku dua minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini apabila anaknya itu sedang mandi bersendirian. “Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ya kejap, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air lari dengan muka pucat ketakutan,” ceritanya yang menetap di Melaka. Menurut Nur Farhana yang juga seorang suri rumah, anaknya itu rupa-rupanya berjaya memanjat mangkuk tandas di bilik air untuk mengambil pisau cukur milik bapanya serta mencukur licin kening sebelah kiri.

“Bila saya tengok, Ya Allah Auni, terkejut sebab kening sebelah kiri memang habis kena cukur, saya tak tahu nak gelak ke nak menangis. Saya ada tanya dia kenapa dia cukur kening tapi dia jawab tak tahu, memang dia tak nak beritahu kenapa. Saya cakap dekat dia tengok apa dah jadi bulu kening dah hilang, awak tu perempuan, lepas tu dia menangis, terus saya tak jadi nak marah,” katanya.

Nur Auni Saffiya (depan, kanan) mencukur keningnya dua minggu sebelum Aidilfitri.

Menurut Nur Farhana keadaan keningnya yang ‘botak’ itu menyebabkan anaknya berasa malu untuk ke sekolah atau keluar bermain bersama rakan-rakannya. “Dia nak pergi sekolah tapi malu, jadi dia asyik menangis je sampai saya dah tak tahu nak pujuk macam mana. Saya beritahu cikgu, dia segan takut kena ejek kemudian cikgu suruh lukis kening dia.

“Bila saya dah lukis kening baru dia senyum dan nak pergi sekolah tapi dia tak sedar bila balik sekolah selalunya kening saya lukis tu dah hilang, nasib baik juga kawan dia tak ejek. Dekat rumah, dia tak nak keluar walau depan rumah sebab malu… dia tengok je kawan-kawan main melalui tingkap. Lepas tu dia tengok cermin sambil menangis cakap nak kening dia balik,” katanya.

Nur Auni Safiyya hanya ingin ke sekolah setelah keningnya dilukis.

Menyesali perbuatannya serta-merta, Nur Farhana berkata anaknya berjanji untuk tidak bermain dengan barangan tajam lagi. “Lepas hilang kening ni dia menyesal, katanya tak nak main benda tajam lagi sebab nak keluar rumah pun dia malu. Memang murung betul dia sepanjang kening dia tak ada tu,” katanya.

Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ‘ya kejap’, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air dia lari dengan muka pucat ketakutan.

Menurut Nur Farhana kening anaknya kini telah tumbuh semula seperti sediakala selepas lebih kurang sebulan. “Mula-mula tu saya letak Vaseline, menjadi juga… dalam seminggu dah nampak bulu-bulu halus tumbuh, mula-mula risau juga ingat kening dia dah tak akan tumbuh lagi,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *