Fasha Sandha kini berambut perang. Belum apa warganet sudah kritik kata tak sesuai dengan muka.

artis Hiburan Kehidupan selebriti

Pelakon jelita, Fasha Sandha nampaknya telah tampil dengan penampilan yang baru apabila dia telah memotong dan mewarnakan rambutnya dengan warna yang lebih terang.

Difahamkan, Fasha bertindak demikian adalah disebabkan oleh komitmen kerja di mana dia dikehendaki untuk memotong rambut dan berambut lebih perang dalam drama berjudul Khilaf Asmara.

Fasha juga turut memuat naik momen ketika dia berada di salon menerusi ruangan Instagram untuk tatapan peminatnya di media sosial.

Di atas permintaan pengarah, kena potong rambut pendek. Bermulalah perjalanan saya sebagai Hanim untuk Khilaf Asmara.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut teruja berikutan Fasha tidak pernah mengubah mahkotanya itu dan tetap kekal dengan gaya berambut hitam yang telah menjadi signatur dirinya sejak sekian lama.

Kata peminat, Fasha kelihatan lebih muda dan segar namun ada juga yang mengkritik gaya rambut Fasha yang tidak sesuai dengan wajahnya.

“Warna tak kena dengan muka. Dia cantik rambut hitam..” tulis seorang warganet.

Meskipun begitu, peminat Fasha tampil menempelak komen-komen negatif yang dilontarkan oleh sesetengah individu di mana mereka hanya tahu mengecam tanpa mengetahui sebab sebenar aktres tersebut berbuat demikian.

“Main kritik saja. Sebab watak di bawa lah dia kena tukar warna tu, baru sesuai. Apalah masalah mereka ni?” ujar seorang pengikut Fasha di ruangan komen foto tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Terkejut bila adik buat keputusan nak kahwin muda. Fasha Sandha titipkan pesanan pada Elisya buat ramai yang sebak.

GEMBIRA adik kesayangan Elisya Sandha sudah bergelar isteri, aktes Fasha Sandha tidak melepaskan peluang menitipkan pesanan dan tip untuk bahagia dalam rumah tangga. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, berharap pasangan itu akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain. “Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi.

“Tiada manusia yang sempurna tetapi yang penting, masing-masing dapat memberi kebahagian antara satu sama lain,” katanya kepada mStar. Elisya selamat bernikah dengan anak kepada pengarah terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID).

Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Aktres berusia 22 tahun itu turut menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima. Dalam pada itu, Fasha mengakui dia pada mulanya berasa terkejut apabila Elisya meluahkan hasrat untuk berkahwin di usia yang masih muda.

Bagaimanapun pelakon drama Scmmer ini menganggap jodoh pasangan itu kuat biarpun pernah beberapa berdepan dugaan.

Foto Fasha bersama keluarganya.

“Sejujurnya pada mulanya saya agak terkejut bila dapat tahu adik dah bersedia untuk berkahwin sebab saya sendiri berkahwin ketika berusia 28. “Manakala Elisya baru sahaja berusia 22 tahun. Tapi apa-apa pun, itu semua kerja Allah… kita merancang tapi Allah menentukan.

“Jodoh mereka sampai awal… lama sangat bercinta walaupun ‘on off’ tapi jodoh mereka sangat kuat. Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman. “Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagian kepada Elisya. Bila memikirkan kebahagian adik, saya dan keluarga memberi restu sepenuhnya kepada mereka,” ujar.

Majlis Berinai Elisya Sandha tarik perhatian warganet. Pilih tema baju kurung kedah dan berkain batik.

Pelakon Elisya Sandha menarik perhatian ramai apabila berkongsi foto pada malam berinainya yang disambut bersama ahli keluarga. Menurut Elisya, ibunya, Hatijah Teh Man yang meminta dia memakai inai merah di kuku sebagai kenangan sekali dalam seumur hidup. Menerusi laman sosial Instagram, Elisya memuat naik beberapa keping foto malam berinai dengan tema baju kurung Kedah dan berkain batik.

“Malam berinai 20/8/2021. A night to remember, dapat spend time dengan my family. So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kec0h satu rumah haha. Last-last mama kata ‘you kahwin sekali je seumur hidup, pakai je inai kat kvku’ touching laaa,” tulis Elisya di ruangan kapsyen.

Pada majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu, Elisya tampil manis dengan solekan tipis serta gabungan baju berwarna merah dan kain batik bunga kelabu. Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi positif daripada wargamaya apabila rata-ratanya memuji wajah Elisya yang jelas terpancar seri pengantin.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 90,000 tanda suka daripada pengikutnya. Pada Sabtu, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada jam 3.11 petang. Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Komen Warganet:

Sumber: Gempak

Elisya Sandha sah bergelar isteri anak lelaki Sheila Rusly. Terima hantaran sebanyak RM 22k dan ini sebab sampai terpaksa diawalka

Pelakon dan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah selamat dinikahkan dengan anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 3.11 petang tadi. Pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat sahaja.

Diadakan pada saat akhir

Memetik laporan BH Online, pasangan dua sejoli ini telah dinikahkan berwalikan ayah kepada pengantin perempuan iaitu Mohd Faisal Abdullah. Elisya Sandha telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Ujar Elisya, dia dan anak kepada Sheila Rusly itu sepatutnya ingin bernikah pada 22 Februari tahun hadapan tetapi terpaksa diawalkan berikutan pandem1k C0vid-19.

Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu.

Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandem1k COVD-19 yang tidak menentu. Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keramaian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi. Alhamdulillah… Melepaskan adik bongsu. Sumber : Lawak Malaysia

Kes Elizad jadi baualan ramai. Takboleh berdiam akhirnya Fasha Sandha tampil bongkarkan perangai sebenar Siti Elizad buat ramai yang tak sangka.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram, ramai orang termasuk rakan selebriti mempertahankan Siti Elizad. Tak terlepas juga pelakon, Fasha Sandha apabila dia mendedahkan perangai sebenar rakannya itu ketika bekerja bersama.

Fasha Sandha Jadi Saksi

Tinggalkan komen di Instagram Siti Elizad, Fasha mengatakan orang ramai tidak boleh sesuka hati menghukum seseorang terutamanya apabila isu tersebut berkait dengan soal ibadah. Malah Fasha juga mendedahkan rakannya itu tidak pernah tinggalkan solat ketika bekerja.

“Siapa dia untuk judge orang solat atau tak? Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi. 4 bulan saya dengan dia ada penggambaran”, komen Fasha. Pelakon tersebut juga meminta Siti Elizad untuk tabah menghadapi ujian dan tudhan warganet. Dia juga berkata rakannya itu tidak mandul dan pernah hamil pada sebelum ini.

“Baik mohon keampunan dari tuan badan”

Tambah Fasha, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk rakannya. Tegas pelakon itu, dia meminta individu atau sesiapa sahaja yang mendakwa rakannya mandul dan tidak solat untuk memohon keampunan kepada Siti Elizad.

“Followers kesayangan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat ijat. Love you yang be strong. Kami doakan yang terbaik. Hello dia tak mndul ok, dia pernah hamil. Siapa buat ni baik mohon keampunan dari tuan badan”, ujarnya.

Pada masa yang sama, Fasha juga berkongsi dia dan keluarganya sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti Elizad. Dikhabarkan Siti Elizad sudah memfailkan laporan polis berkaitan dengan isu tuduhan pelakon tersebut mandul dan tidak solat di Balai Polis Bukit Jalil.

Tular lelaki yang muat naik status tentang Elizad buat ramai yang bengang. Sekali ini tindaka Elizad yang ramai sokong.

Tindakan bdab seorang pengguna Facebook yang menulis komen dan memuat naik status berbavr penghinaan terhadap Siti Elizad mengundang pdah. Elizad tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada pukul 8.10 malam tadi terhadap pelaku yang menggunakan nama Zain Rashdan berhubung perkara terbabit.

“Pertannanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen ‘tak masuk akal’ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad. “Kau Allah ke? Tahu ke aku ni mndul ke tak?

Boleh beranak ke tak?! Menggigil dan terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercaubut, sedih teramat sangat. Kau suka ke kalau tengok aku ni berpisah sebab aku belum ada zuriat?!” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Zain Rashdan terlebih dahulu tinggalkan  komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan selain turut mengemaskini status Facebooknya dengan menghina pelakon dan juruhebah radio itu.

Tulis Zain; “Sama-sama kita doakan Elizad dapat zurlat walaupun Elizad sendiri tk solat tk tutup aurat… Jom aminkan p******. Amin.” “I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat macam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?!

“Lain orang lain caranya, I dnt need any stupid attention! I’m happy with my life. Dapat anak ke tk, itu kerja Allah. “Cuma, no one can say that ‘mndul’ word to me. Kau tahu tak aku struggle macam apa nak mendapatkan zuriat sendiri?

Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tnpa zuriat. Menangis kecewa sebb tk ada peneman umur dah macam ni,” katanya. Tambah Elizad dia dan suami telah berusaha sedaya upaya dan tdak putus ikhtlar untuk mendapatkan zvriat yang diidamkan setiap pasangan suami isteri.

“Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, ccuk sana sini, sakt tahu tak? Saklt “Yang kau, senang-senang p******kan aku dan cakap aku mndul. Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak mendapatkan anak. Kau simply boleh cakap aku man.dul dan p******?

“Jarang aku ambil port dan maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis. Zain Rashdan, kau cuit sa.lah orang,” ujarnya. Elizad sebelum ini mengalami keggran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.

Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun. Sementara itu, ramai yang memberi reaksi berdasarkan hantara tersebut.

Sumber: trending kini. PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *