Bapa terkejut gambar mata anak jadi tatapan 26.5 juta pengikut Instagram Apple.

Amalan Hiburan Kehidupan Keluarga Viral

BAKAT anak jati Malaysia sekali lagi menjadi tatapan dunia.

Kali ini, foto yang dihasilkan oleh Badrul Akram Badaruddin, 30, dikongsi menerusi laman Instagram syarikat teknologi gergasi Apple buat tatapan 26.5 juta pengikutnya pada Isnin malam.

Mesra disapa Badrul, pereka grafik dan jurufoto perkahwinan itu tidak menyangka karya yang memaparkan mata anak sulungya, Luth Fateeh yang berusia 4 tahun akan menjadi pilihan syarikat itu yang mana ia dianggap sebagai satu rezeki buatnya.

“Ia merupakan gambar anak sulung saya yang dirakam sekitar dua bulan lalu. Ketika itu, kami sekeluarga nak balik ke rumah mak saya. Ketika dalam perjalanan di Taiping, Perak, kami berhenti beli makanan.

“Ketika itu, saya perasan cahaya matahari sangat cantik. Jadi, saya rakam gambar mata anak lelaki saya dari dalam kereta saja. Gambar itu dirakam menggunakan iPhine 12 Pro Max. Dua ke tiga hari kemudian, saya kongsikan ke Instagram.

“Pada September, saya terima direct message (DM) daripada Instagram Apple. Mereka minta alamat emel saya. Tapi pada waktu itu, mereka kata gambar ini dalam peringkat pertimbangan saja. Belum tentu mereka akan kongsikan lagi.

Badrul sama sekali tak menyangka foto memaparkan mata anaknya akan disiarkan di Instagram Apple.

“Tiba-tiba pada Isnin malam, ketika saya nak lelapkan mata, saya dapat notification dari Instagram. Memang terkejut tengok gambar mata anak saya di Instagram mereka,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Badrul yang juga bapa kepada dua cahaya mata, dia terharu dengan pemilihan itu memandangkan sudah lama memasang impian agar karyanya mendapat pengiktirafan dunia.

Pada saya, kalau kita betul-betul minat bidang ini… jangan pernah berhenti.

Malah kata Badrul, ia seolah-olah memberi peringatan kepada dirinya agar tidak putus asa dalam mengejar minat dan impian yang sudah bercambah sejak dulu lagi.

“Ini merupakan salah satu sasaran saya. Bukan mudah untuk gambar kita dipamerkan di Instagram Apple. Cara penilaian mereka juga berbeza.

“Pada saya, kalau kita betul-betul minat bidang ini… jangan pernah berhenti. InsyaAllah, akan ada kegembiraan buat kita pada masa akan datang. Jangan buat kerana orang, tapi buat kerana diri sendiri,” ujar anak jati Perak itu.

Untuk rekod, Badrul pada Mei lalu pernah mendapat liputan mStar apabila video keindahan Perak yang dikongsi olehnya tular sehingga meraih setengah juta tontonan.

Mengenai dirinya, Badrul berkata dia kini mula sibuk dengan tempahan khidmat fotografi perkahwinan apabila pandemik Covid-19 beransur pulih di negara ini.

“Macam minggu ni pun saya ada kena shoot pengantin. Job dah mula masuk balik. Pandemik pun slow-slow makin pulih.

“Sejujurnya minat fotografi ini sekadar hobi saja. Saya cuma nak wujudkan galeri sendiri di Instagram. Pada masa sama, saya buat part time untuk fotografi perhawinan,” ujarnya lagi.

Sumber:Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Lambat Kongsi Gambar Anak Bukan Sebab Malu. Andika Putera Cerita Keadaan Anaknya.

Personaliti media sosial, Andika Putera akhirnya berkongsi foto anak sulungnya, Alisha Puteri yang baru dilahirkan bulan lalu.Menegaskan bukan malu untuk berkongsi keadaan anaknya yang mengalami sumbing, kata Andika dia sebaliknya menantikan usia anaknya mencecah 44 hari sebelum berkongsi kepada umum.

Anak hebat, anak luarbiasa, anak yang kuat. Anak kami @ananda_natashaaa , adalah seorang cleft lips (sumbing), kami dah tahu waktu baby masih lagi kandungan umur 5 bulan.

“Dika tak post gambar Alisha, bukan malu, bukan takut mulut orang, tapi nak tunggu Alisha besar sikit, baru Dika akan post.”Harini cukup 44 hari umur Alisha, Dika post. Adakah terfikir banyak nak post? Tak. Sebab Dika bersyukur apa sahaja yang Allah bagi. Dika bersangka baik dengan apa sahaja Allah bagi. Kita ini hamba Allah, kita ikut jalan Allah, bukan Allah ikut apa yang kita nak,” jelasnya menerusi hantaran di Instagram.

Dedah Andika, isterinya Tasha pada mulanya bersedih apabila mengetahui keadaan bayi mereka dalam kandungan.”Pada mulanya, kami tahu , kami cek scan , baby ada cleft, pilu sangat hati Tasha.

Menangis yang teramat nangis, kesian terhadap Alisha, apa yang akan terjadi when dia dah besar, apa yang akan terjadi dengan rakan-rakan dia nanti.”Dika pulak mcm mana? Dika tak berhenti memberi kata-kata positif dekat Tasha.

Seminggu jugak lah dia bersedih. Dika tak sedih ke? Gila ke tak sedih.”Tapi tak lama, Alhamdulillah. Dika bahagia di dalam. Nampak kasih sayang Allah di setiap ujian. Di sinilah kasih sayang Allah, nak kita bergantung padanya. Nak kita teguh tauhid hati kita.”Tak kisah lah, mak ayahnya, Alisha. Mesti ada sebab baik. Mesti ada hikmah yang sangat indah Allah cipta macam ni.

Tidak mungkin saja saja sebab Allah adalah Maha Pencipta yang Sempurna, sebaik-baik ciptaanNya,” tambahnya.Maklum Andika, puteri mereka bakal menjalani pembedahan dalam tempoh tiga bulan akan datang dan mengharapkan sokongan serta motivasi daripada pengikutnya.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Dulu Tengok Muka Dia Pun Tidak Sanggup Nak Terima. Kini Ibu Anggap Anak Istimewa Anugerah Terindah.

VIDEO keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap slndrom d0wn ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom slndrom d0wn, jantungnya juga ada masalah.

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap slndrom d0wn. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

Video: Tiktok @yawhessaaa

Hessa kini berusia setahun tiga bulan.

“Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.

Anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.

CHIBBY

Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok.

Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak slndrom d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.

Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.

“Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka,” ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *