Akhirnya Niezam dan dua individu ini mengaku miliki bahan terlarang. Ini penjelasan pihak Mahkamah.

artis Hiburan Kehidupan OH HIBURAN selebriti

Kuala Kangsar: Pelakon, pengarah filem dan penolongnya masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki bahan terlarang, Ahad lalu.

Pelakon, Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 28; pengarah, Mohd Latiff Zami, 49; dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhamad Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram bahan terlarang berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Sementara itu, Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin masing-masing didapati memiliki 0.3 gram bahan terlarang jenis Cbis dan 0.38 gram Mtamine pada waktu, tarikh, dan lokasi sama.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta D4d4h Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Muhamad Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan ke atas Saiful Zaidrin, ia dibaca mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin.

Nur Syuhada memohon mahkamah menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin kepada Muhamad Niezam dan Mohd Latiff manakala jaminan RM8,000 kepada Saiful Zaidrin juga dengan seorang penjamin.

Intan Shafini bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu diringankan kerana mengambil kira tanggungan ketiga-tiga tertuduh selain kesemua kehilangan sumber pencarian melalui pekerjaan mereka sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Majistret menetapkan jaminan RM3,000 kepada Muhamad Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin yang masing-masing dengan seorang penjamin.

Mohd Shazmeer juga menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu laporan kimia.-Sumber: Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Azad Jasmin beri nasihat buat Niezam Zaidi. Sekali Pak Azad rasa Niezam diperangkap.

Dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. Berita penahanan Niezam Zaidi yang disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang ternyata mengejutkan ramai, malah rata-rata peminat turut tidak menyangka pelakon berusia 29 tahun itu akan berbuat demikian.

Pak Azad Titip Nasihat 

Menjengah ke hantaran terkini Niezam kira-kira seminggu yang lalu, di ruangan komen peminat membanjiri dengan pelbagai ucapan dan doa buat pelakon M4M4 ini. Tidak terkecuali rakan selebriti seperti Azad Jasmin turut menitipkan sebuah ucapan buat Niezam.

Menurut Azad atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad, dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. “Kami tahu bahawa awak telah diperangkap..jaga diri Zam..” tulis Pak Azad.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dapat jadikan isu yang dihadapinya sebagai sebuah pengajaran. “Jadikan ini satu pengajaran hidup hang bro..”katanya lagi.

Terdahulu, industri dikejutkan dengan berita penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah. Kesemua mereka ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketika ditahan, ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki gnj4 dianggarkan seberat 1.45 gram selain sybv dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan mengambil barang terlarang turut dirampas. Sumber : Murai.my

Tak nak balik walaupun kepimpinan kerajaan dah bertukar. Caprice tampil dedahkan satu rahsia sekali tiba tiba Pak Azad masuk live.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice mengakui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air. Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan PDRM meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.

“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket. “Bila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.

Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew. “Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.

“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Interpol cari saya di sini,” ujarnya. Terdahulu, PDRM telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Pada 10 Ogos lalu me­laporkan polis sedang berhubung dengan Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri untuk menetapkan tarikh diambil keterangan.

Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu. Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu Caprice dalam Instagramnya mengalu-alukan pihak polis menghubunginya. Berita berkaitan: Tidak kenal Syarikat Hala, masuk Gza melalui bantuan Kedutaan “Orang kata, ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, polis ke, Interpol ke, mak mertua ke, Zizan untuk ‘keychain’ Firn ke, boleh WhatsApp saya.

“Nombor (telefon) ada di ‘bio’ Instagram,” tulisnya. Pada Julai lalu Ebit Lew membuat laporan polis serta me­ngadakan sidang akhbar menafikan dakwaan Nadir dan Caprice berhubung isu bayaran wang kepada pihak ter­tentu untuk memasuki Gza. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Kesksn, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

CAPRICE B0NGKAR SESUATU SEKALI PAK AZAD MASUK

Dalam pada itu, Caprice telah tampil dalam satu IG live malam tadi. Bersama Pak Azad, Caprice mendedahkan yang beliau di datangi oleh anggota Freemason. Caprice juga dia tidak akan balik walapun perdana menteri  sudah bertukar

Caprice masih tak nak balik Malaysia. Tak boleh berdiam sekali pihak polis terpaksa minta bantuan agensi ni untuk cari Caprice dan Nadir.

HAMPIR dua bulan berada di Mesir selepas gagal memasuki Gz4, Plestin, panyanyi rap Caprice akhirnya memberi bayangan untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat. Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata dia perlu melengkapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.

“Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini?” “See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” ujarnya. Caprice berkongsi perkara itu di media sosial sebagai respons kepada pertanyaan warganet sama ada dia akan mengotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia selepas berlaku perubahan kepimpinan kerajaan.

Polis akan rakam keterangan Nadir, Caprice dalam talian

Polis akan merakam keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gz4 Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice secara dalam talian dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya sedang meneliti tarikh sesuai untuk berbuat demikian. Beliau berkata, rakaman percakapan itu susulan laporan dibuat pendakwah terkenal.

Ebit Lew yang mendakwa diftnh beberapa individu menerusi media sosial, berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gza, Plst1n. “Kami giat berhubung dengan dua individu berkenaan untuk mencari tarikh sesuai dan ambil keterangan mereka secara dalam talian.

“Tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan kenyataan di media sosial,” katanya kepada BH, hari ini.

Polis minta bantuan Interpol berhubung dengan Caprice, Nadir

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gz4 Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sehingga kini pihaknya belum memperoleh tarikh untuk mengambil keterangan kedua-dua mereka. Sumber : BHARIAN ONLINE / UTUSAN ONLINE / MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *