Baru je PM umum boleh rentas negeri. Sekali wartawan dedah keadaan terkini di Plaza Tol Gombak.

Viral

Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik CVDI9. Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.

Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vks1n telah mencapai 90 peratus pada Ahad. Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan kebenaran rentas negeri tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Data terkini akan dikemaskini di laman sesawang CVD pada tengah malam ini. Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa dengan kadar 90 peratus vks1nasi lengkap dua dos bagi kumpulan dewasa, maka rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan. Kebenaran ini akan bermula 11 Oktober. Jadi, bebas lah dan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Seperti saya katakan tadi, peringkat awal kita perlu tegas soal rentas negeri ini dan seperti yang dijanjikan, sudah sampai 90 peratus, maka rakyat Malaysia boleh melakukan pergerakan,” katanya dalam sidang media khas, di sini.

Plaza Tol Gombak masih lengang

laza Tol Gombak yang menjadi pintu keluar utama warga kota menuju ke destinasi sekitar pantai timur dilaporkan masih lenggang dan terkawal setakat pukul 11 pagi hari ini. Berdasarkan tinjauan Kosmo! bermula pukul 10 pagi tadi, aliran keluar trafik di plaza tol itu dilihat terkawal dan hanya beberapa kenderaan sahaja melaluinya untuk ke destinasi pantai timur.

Berdasarkan sumber, aliran trafik di plaza tol tersebut dijangka meningkat bermula Rabu ini dan ia dijangka berlarutan hingga hujung minggu ini. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini selepas kadar vks1nasi populasi dewasa mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, kebenaran itu hanya dibenarkan bagi mereka yang sudah melengkapkan dua dos vks1n sahaja selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Sumber : Awattsyeikhnetwork

Tangguh Atau Selamat Rentas Negeri Jumaat Ini. Kadar Vaksinasi Dijangka Mencapai 90 Peratus Jumaat Ini.

Pakar berbeza pandangan mengenai kebenaran rentas negeri apabila kadar vaksinasi individu dewasa di negara ini dijangka mencapai 90 peratus Jumaat ini. Walaupun lebih 21 juta populasi dewasa di Malaysia bakal lengkap dos vaksin dalam tempoh lima hari lagi, pakar virologi dan epidemiologi berpandangan kerajaan perlu mengambil percaturan berhati-hati untuk membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Mengutarakan pendirian berbeza, pakar kesihatan pula berpendapat pergerakan rentas negeri sebahagian daripada sisi kehidupan apabila negara bergerak ke fasa endemik menjelang hujung bulan ini.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata purata suntikan vaksin dos kedua dalam tempoh tujuh hari sejak 26 September lalu ialah sebanyak 147,147 dos.

Berdasarkan laman web COVIDNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), beliau berkata, seramai 1,652,050 individu dewasa atau 7.1 peratus belum menerima dos lengkap vaksin.

Katanya, jika dihitung beliau mengunjurkan kadar liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan populasi dewasa bakal mencecah 90 peratus dalam tempoh 4.4 hari.

“Berkemungkinan menjelang Jumaat ini kita sudah capai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, tetapi saya mempunyai pandangan berbeza mengenai kebenaran rentas negeri.

“Kadar liputan vaksin tidak wajar dijadikan satu-satunya petunjuk untuk membenarkan rentas negeri, sebaliknya kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) juga perlu diambil kira.

“Berdasarkan COVIDNOW, kapasiti penggunaan ICU di seluruh negara ketika ini 65.8 peratus dengan negeri yang merekodkan kadar tertinggi Pulau Pinang iaitu 91.7 peratus.

“Bayangkan jika berlaku lonjakan kes susulan pergerakan rentas negeri, maka hospital dan ICU yang baru nak mula ‘bernafas’ akan kembali sesak dengan pesakit,” katanya kepada BH hari ini.

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, yang menyuarakan kebimbangan sama mencadangkan kerajaan menggunakan pendekatan ‘gelembung perjalanan’ membabitkan antara negeri yang mencapai kadar imunisasi melebihi 90 peratus.

Katanya, mengikut statistik setakat hari ini negeri yang masih mencatatkan liputan imunsisasi dalam kalangan dewasa di bawah paras 80 peratus ialah Johor dengan 76.3 peratus, Kedah (75.7 peratus), Perak (74 peratus), Kelantan (71.2 peratus) dan Sabah (61.3 peratus).

“Justeru, negeri yang belum capai 90 peratus, lebih baik tunggu seminggu dua lagi untuk kadar liputan imunsisasi meningkat, sebelum pergerakan ke negeri berkenaan dibenarkan.

“Kita bimbang dan khuatir dengan golongan rentan, malah pemberian suntikan vaksin kepada golongan remaja masih di peringkat awal, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah setakat ini belum mendapat ‘lampu hijau’ untuk mengambil pelalian COVID-19.

“Sesetengah negeri, contohnya Kelantan yang menjadi tumpuan sekarang kerana sebahagian daripadanya mengambil keputusan untuk tidak mengambil vaksin, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berhati-hati,” katanya.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, pula berkata pergerakan rentas negeri berupaya dibenarkan sebaik liputan PICK mencapai 90 peratus tanpa meminggirkan kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan melakukan ujian saringan kendiri.

Selepas lebih dua tahun ‘berperang’ dengan COVID-19, katanya, masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan corak kehidupan mengikut acuan endemik yang bakal menyaksikan segenap aktiviti sebelum Disember 2020 perlu dijalani secara norma baharu.

“Tidak perlu ada ‘grace period’ (tempoh bertenang) untuk benarkan pergerakan rentas negeri apabila PICK capai 90 peratus. Tetapi orang ramai perlu cakna mengenai COVID-19 dan kehidupan fasa endemik,” katanya.

Tak lama lagi boleh rentas negeri. Pm Ismail Sabri akhirnya tampil bersuara dedahkan sesuatu tentang kebenaran rentas negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”. Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lepas (22 Sept) 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insya Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Rabu lepas Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Sumber : Malaysia Gazette

Terkini, rentas negeri akan dipertimbang hujung Oktober

Sementara itu, memetik laporan portal mstar hari ini, kebenaran merentas negeri secara menyeluruh akan dipertimbangkan pada akhir Oktober sekiranya negara memasuki fasa endemik. Berita yang dinantikan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jelas beliau, dia berharap kelonggaran tersebut dapat difikirkan secara mendalam pada masa terdekat. ”Usaha kerajaan membawa negara ke fasa endemik yang dijangka pada akhir Oktober ini tentunya merangkumi kebenaran untuk merentas negeri.

” Paling utama kita tidak mahu perkara itu menyebabkan jangkitan COVlD-I9 menular ke kawasan yang sebelum itu mungkin tidak ada risiko ekoran perjalanan besar-besaran daripada destinasi yang agak berisiko,” katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, oleh yang demikian, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan untuk melihat fasa endemik pada hujung Oktober depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Hishammuddin turut berkata, peralihan ke fasa endemik bergantung kepada perkembangan program vaksinasi. ”Pertimbangan bagi aktiviti rentas negeri juga merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan bagi negeri-negeri terlibat.

” Ketika ini kebenaran merentas negeri hanya dibenarkan bagi perkara-perkara tertentu melibatkan individu yang telah lengkap divaksin.” ujarnya. Hurai beliau lagi, kebenaran semasa termasuk pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi, kebenaran bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang mahu melawat anak di bawah 18 tahun.

Terdahulu, Iarangan rentas negeri dilaksanakan sejak Mei ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pada 14 Sept, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan.

Menurutnya, pelancongan menjadi antara industri yang paling terjejas teruk akibat pndemik COVlD-I9 sejak lebih setahun lalu. ” Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

” Kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan untuk membantu syarikat pengendali pelancongan seperti Kelonggaran Berkaitan Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang mahu mengetahui sejauh manakah perhatian diberikan kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh industri pelancongan dan sama ada strategi berkesan dilaksanakan untuk menyelamatkan industri ini yang terkesan teruk akibat pndemik COVlD-I9. Sumber:mstar dan hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *