Tak pasal pasal Delimawati dihalau keluar dari homestay Kuala Kangsar pukul 3 pagi. Kena tempias dari produksi yang positif Cvd.

artis

Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga… itu yang terjadi kepada pelakon veteran Delimawati yang dihalau dari homestay atau rumah penginapan di Kuala Kangsar, Perak kira-kira pukul 3 pagi, Ahad. Delimawati, 63, yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama terkilan apabila produksi mereka yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) turut terkena tempias gara-gara sikap tidak bertanggungjawab produksi lain hingga wujud kes positif CvdI9 di kawasan berkenaan. Menurutnya, dia dan beberapa pelakon senior lain yang turut terlibat dalam drama itu terpaksa bertolak balik ke Kuala Lumpur pagi Ahad.

“Kita duduk satu homestay dekat Kuala Kangsar, pukul 3 pagi ada yang ketuk-ketuk pintu. Saya terkejut juga, individu itu cakap kita semua kena keluar dan kena balik Kuala Lumpur sekarang. Kami bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 pagi, semua kena punggah Subuh tu juga. Saya harap produksi lain jagalah SOP, janganlah ambil orang yang tiada dua dos vks1n,” ujarnya. Delimawati turut meluahkan rasa terkilan kerana industri kreatif baru sahaja dibenarkan untuk beroperasi namun sudah timbul isu pelanggaran SOP.

“Semua yang buat penggambaran di Kuala Kangsar kena berhenti, kita pun terkejut juga sebab kena stop dan kena balik Kuala Lumpur. Apabila ditanya rupa-rupanya ada production yang terlibat dengan CvdI9,” katanya. Sebelum itu, pada Ahad, pelakon Syafie Naswip meluahkan rasa kesal apabila produksi drama bersikap tidak bertanggungjawab dan mengabaikan SOP ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan wabak CvdI9.

Disebabkan perkara itu, Syafie yang sedang menjalani penggambaran drama di Kuala Kangsar, Perak terpaksa dikuarantin di sebuah hotel selepas menjadi salah seorang kontak rapat positif CvdI9. Lebih membuatkan dia bengang apabila pihak produksi bersikap lepas tangan termasuklah mahu meneruskan penggambaran meskipun pada awalnya mengetahui ada kru yang tidak sihat.

Rita Rudaini Persoalkan Tindakan Penyelia FINAS. Boleh Pula Larikan Diri Lepas Kru Dijangkiti Wabak CovdI9.

Beliau mendedahkan terdapat artis tidak mahu ke hospital dan memakai gelang pink , kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur. Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil bersuara selepas tersebar berita mengenai Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilaporkan telah melarikan diri sebaik sahaja mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauan Penyelia tersebut dijangkiti CvdI9.

“Macam Mana Ni Bila Orang Dalam Pun Bersekongkol? -Rita Rudaini

Menerusi Insta Stories, Rita mempersoalkan bagaimana ‘orang dalam’ Finas boleh turut bersekongkol dalam perihal tersebut. “Macam mana ni..bila orang dalam, pun bersekongkol? Bila ada virus, Yang kena tuduh confirm la yang UNVACCINATED.”-tegas Rita

Dedah Rita lagi, terdapat selebrti yang enggan ke hospital dan tidak mahu memakai gelang berwarna merah jambu sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur. “Dengar khabar, ada artis yang taknak pergi hospital dan taknak pakai gelang pink..lari balik KL.. Mana tanggungjawab pada orang keliling? Kat media sosial sibuk pertikai tanggungjawab orang yang UNVACCINATED. Ingat..bila kita hari-hari gigih nak buka aib orang, Tuhan buka aib kita. Cuma pesan sistur..Dah-dah la tuu..RELAX je yang dah VACCINE ni.”- kata Rita lagi

Warganet Anggap Rita Meroyan 

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan dia telah dianggap sebagai meroyan gara-gara bersuara mengenai isu tersebut. “Bila kita sekali sekala bersuara..kata kita meroyan..yang depa 24/7 kat media sodial keji tu tengah bertahajud? Pastu hari-hari DM keji. Gelakkan tak boleh rentas, tak boleh dine in. Itu je kerja korang? Itu je korang kesah bila dengan bangganya vksin? Ooo bukan korang vksin untuk daya tahan badan korang..paham..”-katanya

Tidak Kisah Mengenai Rentas Negeri & Dine In

Di kesempatan itu, Rita juga akui  idak kisah mengenai kebenaran rentas negeri atau ‘dine in’ , dan dalam masa yang sama bersyukur kerana ahli keluarganya berada dalam keadaan sihat. “Sori lah..Sistur tak kisah rentas ke dine ke apa ke…. Yang penting Allah jaga 1 family sihat walafiat, dan kecukupan rezeki.. Mak? Hari-hari sistur call mama sistur..sehari dekat 10x gak la.. Walau pun jauh tak dapat bersua..sistur percaya doa sisturr untuk dia, sampai kat Allah”- dedahnya

Penyelia Protokol Penggambaran Larikan Diri

Terdahulu, dipetik dari laporan Harian Metro, PPP yang mendapat perakaun khas dari FINAS dilaporkan telah melarikan diri sebaik mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauannya dijangkiti COVID-19. “Sebelum kejadian hampir setiap hari PPP ini berada di set penggambaran. Tapi selepas tujuh orang dalam produksi disahkan positif Covid-19, PPP ini cabut lari ke Kuala Lumpur.”-Sumber Harian Metro

Bangga Anak Dapat Anugerah.Rita Rudaini Tak Kisah Orang Mengata Dirinya Kecoh.

Pelakon sensasi, Rita Rudaini berkata dirinya tak kisah jika dianggap ‘kecoh’ mengenai pencapaian anak-anak meskipun ia dianggap biasa oleh sesetengah pihak.Kata Rita, dia hanya menunjukkan rasa bangga dengan apa yang dicapai oleh kedua orang anaknya itu kerana ia adalah momen yang sangat berharga buat dirinya.

Biarlah orang nak kata ‘ala exam biasa pun je nak bangga nak kecoh’. Tapi pada sistur walaupun anak-anak menang main guli atau lari dalam guni sekali pun, sistur tetap bangga. Sebagai ibu, setiap momen itu adalah sentimental value untuk sistur. Kenyataan itu dibuat pelakon filem Anak Mami Junior ini setelah dia ada memuat naik sebuah video pendek memaparkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 12, yang baru sahaja memperoleh Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek.

Lebih membanggakan, Rayyan juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 dan pelajar terbaik bagi subjek bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Dalam pada itu, Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih buat para guru yang tidak lelah mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah.

“Dia malu tengok gambar sendiri..hensem ikut bapak, cerdik ikut mak..Alhamdullilah..” tulisnya lagi di bahagian kapsyen video tersebut. Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun bercerai pada September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Lana Nordin dah selamat sampai As. Terkejut tiba tiba Rita Rudaini selamba je boleh komen macam ni tarik perhatian ramai.

Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam. Selepas menerima pelbagai kutvkan dan hinaan daripada warganet, Lana dipercayai enggan terus mendiamkan diri dan memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar di Instagram Storynya.

Susulan daripada itu, pelakon, Rita Rudaini turut jadi perhatian ramai apabila dia memuat naik posting balas secara berseloroh dengan Lana Nordin berhubung setiap penjelasan yang diberikan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita Rudaini dilihat ‘repost’ kembali kesemua story Lana Nordin di akaun Instagramnya. Pada masa yang sama, Rita dipercayai berseloroh dan bertanya kepada Lana mengenai dos vaksin yang mereka sekeluarga ambil sebelum terbang ke Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, warganet turut mndkwa kapsyen Rita seolah mengundang dan seakan seronok melihat telatah rakan baiknya itu.

Lana Nordin turut memuat naik sebuah video di mana mereka sekeluarga tidak perlu ‘scan’ My Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran. Malah, suaminya dilihat melakukan bunyi ‘scan’ ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke restoran tersebut.

Terdahulu, Lana mendakwa warganet suka membuat spekulasi terhadap dirinya sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin. Namun begitu, Lana berjaya membuktikan bahawa perjalanannya untuk rentas negara itu mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya. Sumber : OHBULAN

Manakah hati perut anda wahai manusia. Peniaga tidak vaksin ditarik lesen perniagaan. Rita Rudaini anggap ini satu tindakan diskriminasi.

Pelakon popular Rita Rudaini berangapan tindakan menarik lesen peniaga yang tidak mengambil vaksin adalah satu bentuk diskriminasi. Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Diskriminasi… bukankah masih dalam ujian klinikal? Kena ada paksaan ke atas tubuh orang lain? Dan kalau jadi sesuatu, tanggung sendiri.. Ambik lesen pun duit pensaga, renew lesen pun duit mereka… paksaan apakah ini? Perut anak bini mereka harus disuap. Kalau macam ni, di manakah hati perut anda wahai manusia?” tulisnya.

Sebelum ini, Rita merupakan antara barisan pelakon yang dilihat menolak untuk pengambilan vaksin Covid-19 sehingga dilabel sebagai anti vaksin oleh segelintir warganet.

Malah, pelakon berkenaan juga beberapa hari lalu memaklumkan namanya telah digugurkan oleh satu produksi untuk berlakon dalam sebuah drama 100 episod kerana tidak mengambil vaksin. – Sumber: KopiPlanet.com

Rita Rudaini persoalkan kenapa warga emas pun wajib terima suntikan vaksin. Sekali tak pasal pasal kena balik dengan warganet.

Tindakan pelakon jelita, Rita Rudaini yang didkwa memberikan pendapat mengenai v4ksinasi bagi mengekang penularan w4b4k C0vid-19 di InstaStory miliknya mengundang perhatian warganet di laman Twitter. Menerusi dua InstaStory tersebut, pelakon berusia 45 tahun itu mendkwa sesebuah keluarga akan melalui jurang perbezaan dan boleh menjadi ‘berpuak-puak’ kerana terdapat golongan v4ksin dan anti-v4ksin. Sekarang umat Islam dah jadi berpuak2.

“Yang tak nak v4ksin tak semestinya dia anti-v4ksin. Hak masing-masing kan, hebat permainan dunia memecah-belahkan manusia dengan benda ni je,” tulis Rita. Malah, pelakon filem Kerana Korona itu turut mempersoalkan mengenai golongan warga emas yang perlu dipaksa oleh orang sekeliling mereka untuk menerima suntikan vaksin. Menurut Rita, golongan berkenaan terutama yang menggunakan kerusi roda sudah tidak berdaya untuk kemana-mana. Jadi mengapa perlu ‘diangkut’ ke pusat v4ksinasi, adakah ‘larat’ untuk melancong ke luar negara selepas div4ksin? Apa agenda? Paksa orang tua2 v4ksin.

“Mereka dah tua nak jalan pun tak boleh, jadi nak v4ksin pergi mana? Paris? Milan? Daftar mak bapak yang dah uzur. Otak mana? Korang nak cucuk, cucuklah. Tak payah nak risikokan mak pak. Kalau boleh pergi melancong pun, korang bawak ke mereka?,” soal Rita. Berikutan itu, seorang pengguna Twitter @HermyRahim memuat naik semula tangkap layar InstaStory tersebut yang membidas kenyataan ‘tidak masuk akal’ ibu kepada dua cahaya mata berkenaan.

“Nanti bila ada artis lain perli dia mer0yan lima hari lima malam kata tak anti-v4ksin lah apa lah. Followers ramai-ramai pun gila. Dia ni ingat kita atau orang tua kita pergi v4ksin sebab nak suruh travel ke apa? Bo.doh gi.la. Membaca malas lepas tu sebar bukan bukan. Gi.la!,” kata @HermyRahim. Warganet lain turut mengkritik pendapat Rita dengan tingg4lkan kata-kata k3sat dan tidak memahami apa yang ‘bermain’ dalam fikiran pelakon tersebut. Hak masing2 jugak nak pergi v4ksin!Masalahnya bukan sebab melancong, nak elakkan dapat virus la!

Kena C0vid, baru sedar diri kot. Menerusi laporan media sebelum ini, Rita meluahkan rasa bengang apabila pengacara Fara Hanim Razak mendkwanya seorang anti v4ksin dan menganggap C4vid-19 adalah ilumin4ti.

Semua bermula apabila pengacara terbabit memuat naik ciapan di Twitter dengan menulis ‘Cuba teka jiran-jiran saya yang anti v4ksin? Dua pelakon bermula dengan RR dan LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak C0vid dan serta C0vid adalah ilumin4ti’.

“Begini kah sikap seorg muslimah..org muslim…dtg la jumpa depan2..bukan xpernah sembang pon kan… Sisturr lg lama duduk kawasan ni berjiran dgn schawal,lutfya..xpernah plak jumpa jiran mcm ni..elok je kita org…klau xpuas hati mai la sembang…kita org islam kn brjiran…apa masalah hang ni? Sisturr pon xpernah tulis sisturr antivac..pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka,nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la..xpernah kacau hidup org pon…Eh nampak sgt tidak bijak,pasal v4ksin sj pon nk pandang serong kt org…islam plak tu…ayooo org mcm ni xle buat jiran…suka ckp belakang …dpn bukan main manis mulut…belakang busuk jugak ye…xyh la tulis RR LL..tulis je la nama…apa salahnya…klau nak cari publisiti… lps ni naik la follower ..jahat juggk mulut awak ye sis”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *