Pengumuman khas PM mengenai kebenaran rentas Negeri .Tiga penyanyi popular harap orang ramai terus patuhi SOP.

artis Hiburan KESIHATAN selebriti

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bakal mengadakan sidang media khas jam 3 petang ini dinantikan seluruh rakyat Malaysia.

Ramai menjangkakan pengumuman itu membabitkan kebenaran aktiviti rentas negeri jika tahap vaksinansi lengkap seluruh negara mencapai 90 peratus seperti dalam kenyataan sebelum ini.

Tidak terkecuali, beberapa selebriti negara yang turut menjangkakan perkara sama, namun berharap orang ramai akan terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi penyanyi Wany Hasrita, dia mahu semua orang gunakan peluang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Andai dibolehkan rentas negeri, ayuh sama-sama gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Jangan terlalu gembira sampai lupa SOP.

“Nasihat saya, ambil langkah penjagaan sendiri sebelum pulang ke kampung dengan buat ‘self test kit’ dulu di rumah. Perlu diakui kita harus hidup bersama virus ini, jadi sentiasa peka jaga diri dan jaga SOP,” katanya.

Selain itu, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa gembira jika pengumuman itu adalah kebenaran rentas negeri.

“Sejujurnya, saya gembira dan dalam masa sama tetap risau. Saya percaya di sosial media sudah lama orang tunggu dan betanya bila boleh rentas negeri. Kalau betul sidang media khas ini adalah pengumuman rentas negeri, saya harap semua orang jangan kelam kabut.

“Saya tahu apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kena duduk rumah, perkara ini membuatkan ramai berada dalam tekanan selain tidak boleh berjumpa ibu bapa dan keluarga di kampung.

“Apa pun sekarang ini terpulang pada kita dan pastikan jangan sia-siakan peluang ini. Kalau ada yang nak masih cuba langgar SOP kena fikir. Kita kena cuba tingkatkan semula ekonmi balik selepas hampir semua sektor dibenarkan beroperasi. Jadi, jangan ambil kesempatan pada peluang ini,” katanya.

Sementara itu, senada dengan Wany dan Naim, penyanyi Khai Bahar juga berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP.

“Kalau memang boleh rentas negeri alhamduillah. Sebab semua tunggu saat ini. Cuma, kalau
boleh jaga SOP. Malah, untuk keselamatan semua terutama ibu bapa dan keluarga yang kita nak jumpa, buat ‘self test kit’.

“Sebab kita tidak tahu keadaan kesihatan macam mana. Jadi, apabila sudah dibenarkan nanti kena jaga betul-betul. Jangan sudah boleh rentas negeri semua lupa,” katanya. – KopiPlanet.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Akhirnya Persoalan Warganet Terjawab. Rupanya Ini Pemilik Outlet Baru BubbleBee Di Eco Majestic Semenyih.

Setelah menjadi persolan warganet tentang siapakah pemilik outlet baru BubbleBee di Eco Majestic Semenyih, akhirnya Naim Daniel mendedahkan bahawa dia merupakan orang bertuah tersebut di laman Instagramnya semalam.

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel, tidak menolak bahawa usahanya untuk membuka perniagaan minuman francais Bubblebee yang dipelopori oleh pelawak Shuib Sepahtu adalah satu pelan B bagi mengelak kebergantungannya cuma dalam bidang seni muzik dan lakonan sahaja.

Menurut Naim, perancangan untuk mengusahakan sebuah perniagaan sudah lama dipendam namun sebelum ini dia masih tercari-cari bisnes apakah yang bersesuaian dan yakin untuk dijalankan.

“Kebetulan, saya pun penggemar minuman ringan. Jujurnya sebelum ini belum pernah ada sebarang hasrat nak buat bisnes. Tapi bila fikir semula termasuk meneliti situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mungkin adalah masa yang sesuai untuk melakukannya.

“Boleh juga kumpul-kumpul duit sebab kita tidak tahu di masa depan bagaimana. Daripada cuma menyanyi dan berlakon sahaja, mengapa tidak saya buka perniagaan ini kan? Buat sesuatu yang berbeza,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, kata Naim, dia juga sebenarnya tidak asing dengan dunia perniagaan kerana keluarganya juga sebelum ini menceburi bidang yang sama terutama dalam cabang pengurusan makanan dan minuman (F&B).

“Keluarga saya pun pernah buka kedai makan jadi orang kata nadi berniaga itu ada pada latar belakang saya. Tergerak hati nak sertai keluarga Bubble ini pun kerana saya percaya dengan jenama ini yang telah terbukti kekal berada di pasaran sejak ia ditubuhkan.

“Tak salah juga anak muda macam saya cuba berniaga minuman ini. Produk lokal dan setanding dengan jenama daripada luar negara,”katanya.

Berkongsi mengenai kedainya yang akan dibuka di Eco Semenyih, Selangor, Naim berkata pihaknya bercadang melancarkannya pada 23 Oktober ini.

Katanya, ia juga akan menyaksikan julung kalinya cawangan Bubblebee yang terbesar dibuka dan bakal menyediakan set makanan selain rangkaian minuman jenama tersebut.

“Awalnya nak buka kedai di sekitar Cheras, tapi akhirnya setelah berbincang, buka di Semenyihlah lebih bersesuian selain faktor dekat dengan rumah saya juga. Senang nak memantau.

“Saya juga bersyukur dan berterima kasih dengan Shuib kerana sejak daripada awal kami berbincang, dia banyak menolong dalam memberikan buah fikiran dan menyusun strategi pemasaran. Bagi saya, dia tidak lokek ilmu dan sedaya upaya bantu saya dalam hal ini,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Naim juga melahirkan rasa lega kerana kini sudah boleh kembali bekerja setelah sektor penggambaran dibenarkan untuk beroperasi.

Kini berada di Kuala Kangsar bagi menjayakan penggambaran telemovie Rombongan Cik Kiah Ke AJL, Naim juga bakal menggerakkan kembali perancangan muziknya terutama bagi memastikan projek kerjasamanya dengan penyanyi rap dan hip hop terkenal, Joe Flizzow menjadi kenyataan.

“Lagu bersama Joe sudah siap dihasilkan cuma kami berdepan dengan kekangan untuk menjalankan penggambaran bagi muzik video semasa PKP tempoh hari. Mungkin selepas ini akan berbincang semula mengenai perkara tersebut.

“Yang nyatanya, saya pun tak sabar nak kongsikan buah tangan terbaru ini kepada peminat-peminat kami. Selain itu, projek kerjasama dengan kumpulan Dolla juga bakal menyusul kemudiannya,”katanya.

Sumber: Utusan Malaysia.

Tiada Angin Tiada Ribut. Iman Troye Dikejutkan Dengan Khabar Sudah Bertunang Dengan Naim Daniel.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. – Gambar/ Instagram

TIADA angin, tiada ribut para peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar ‘pertunangan’ dua penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troye bersama Naim Daniel.

Lebih memeranjatkan apabila khabar itu dikongsikan Iman sendiri melalui kemas kini status di akaun Instagram miliknya, pada Sabtu.

Gambar yang dimuat naik kira-kira pukul 8.30 malam ini memaparkan Iman duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut.

Malah, Iman yang baharu berusia 19 tahun itu turut menaip status ‘Alhamdulillah’ pada imej tersebut.

Iman sudah mengalihkan tanda nama Naim Daniel pada gambarnya

Astro AWANI cuba menghubungi Iman Troye untuk bertanya lanjut sekali gus mengesahkan khabar angin itu, bagaimanapun penyanyi berkenaan tidak menjawab panggilan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber terdekat Naim, khabar angin itu tidak benar dan ia hanya gurauan semata-mata.

“Naim dan Iman tidak bertunang…saya pun terkejut sebenarnya bila mengetahui perkara ini.

“Berita itu tidak benar dan saya rasa Iman hanya bergurau,” kata sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan pelontar lagu Sumpah itu.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah dikaitkan sedang bercinta tetapi kedua-dua penyanyi itu menafikan dan menjelaskan hubungan mereka sekadar ‘abang dan adik’.

Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana, betul tak? Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua penyanyi ini.

Sumber : astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Muat naik gambar macam bertunang. Lepas Naim Daniel kali ni Iman Troye pulak tampil buat pengakuan.

Penyanyi Iman Troye tampil membuat kenyataan susulan spekulasi pertunangan dengan Naim Daniel sejak memuat naik foto atas pelamin di Instagram malam tadi. Menurut Iman, semalam adalah hari pertunangan abang dan bakal kakak iparnya.

Iman kelihatan manis berbaju kurung warna hijau memegang jambangan bunga sewaktu duduk di atas pelamin dan tinggalkan emoji lambang hati pada foto yang dimuat naik. Tindakannya itu membuat warganet berfikir penyanyi tersebut telah disunting atau bertunang dengan Naim Daniel selepas dia menyertakan nama Naim sekali.

Penyanyi lagu Teman itu mengakui telah memaklumkan Naim sebelum berkongsi foto berkenaan. Jelasnya, perkara itu dilakukan hanyalah untuk gurauan semata-mata.

“Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar saya bertunang. Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, saya ada hantar dulu kepada dia. “Maaf jika mengganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang terasa, niat memang hanya nak balas gurauan sahaja, sebab sebelum ini pun kita ada gurau-gurau,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Iman juga menyifatkan hubungannya bersama penyanyi lagu Sumpah itu tidak lebih daripada seorang abang dan adik. “Supporters pun faham itu hanya gurauan, Iman dengan Naim memang macam adik dan abang, tak lebih tak kurang, tak lebih daripada itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut. Menerusi tinjauan Gempak, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman.

Naim Daniel bertunang dengan Iman Troye. Tak boleh berdiam sekali Naim Daniel tampil bongkarkan cerita sebenar.

Penyanyi Iman Troye jadi perhatian apabila memuat naik foto duduk atas pelamin memakai persalinan hijau seakan mengadakan majlis pertunangan. Lebih mengejutkan apabila Iman pada mulanya meletakkan tag nama penyanyi Naim Daniel pada bahagian bunga yang dipegang dalam foto yang dikongsi menerusi Instagram itu.

“Alhamdulillah,” tulis Iman ringkas sebagai kapsyen diikuti emoji berbentuk hati. Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan keterangan mengenai perkara tersebut.

“Tak ada apalah, sebenarnya sebelum Iman kongsi gambar itu dia ada maklumkan kepada saya. Dia tanya, ‘macam ni okay tak?’, itu hanyalah cara kami berdua bergurau. Sebelum ini kalau kami tak kongsi sesuatu yang ‘fishy’ pun orang suka kaitkan macam-macam,” katanya.

Dalam pada itu, Naim juga memohon maaf sekiranya gurauan itu mendatangkan ketidakselesaan sesetengah pihak. “Apabila Iman buat macam itu, saja nak bergurau dengan orang, saya pun dah dimaklumkan lebih awal, maaflah kalau mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka menafikan dakwaan tersebut. Menerusi tinjauan, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dipadam oleh Iman. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *