Permohonan jaminan pelakon terkenal ditolak. Kini Aryan dihantar ke pusat tahanan Arthur.

Keluarga selebriti Viral

Mahkamah Mumbai pada Sabtu menolak permohonan jaminan ke atas anak pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, dalam kes melibatkan penyalahgunaan barang terlarang. Aryan Khan, 23, akan terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai untuk menghabiskan hujung minggunya. Dalam situasi tersebut, tertuduh boleh dihantar ke penjara dan pihak berkuasa memerlukan kebenaran daripada pihak mahkamah untuk melakukan soal siasat.

Memetik laporan portal Money Control, Ketua Majistret Metropolitan, R M Nerlikar berkata, permohonan jaminan ditolak kerana dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Tambahnya lagi, hanya mahkamah khas yang boleh mendengar dan meluluskan permohonan tersebut.Pihak Narcotics Control Bureau (NCB) sebelum ini juga membantah dengan menyatakan hanya mahkamah khas yang boleh mempertimbangkan permohonan jaminan melibatkan kes penyalahgunaan bahan terlarang dan bahan psikotropik.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad. Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar. Terdahulu pada Selasa, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan bahan terlarang.

Tiada Layanan Istimewa. Anak Shah Rukh Khan Akan Makan Menu Penjara.

Anak Shah Rukh Khan, Aryan Khan yang ditangkap dalam serbuah di sebuah kapal mewah atas dakwaan penyalahgunaan bahan terlarang, kini berada di penjara selepas ditahan reman sejak awal minggu ini.Aryan yang merupakan anak bujang pesohor Bollywood itu sepatutnya dibebaskan hari ini.

Namun tahanan remannya diperpanjangkan selama 14 hari dan akan menjalani ‘hukuman’ tersebut di Penjara Arthur Road, Mumbai. Dia dan lima lainnya yang ditangkap dalam serbuan tersebut ditempatkan dalam lokap nombor 1 yang merupakan kawasan kuarantin istimewa yang terletak di aras satu penjara.

Menerusi laporan Indiatoday.com, Aryan dan yang lainnya disahkan negatif dari bahan terlarang dan telah mengambil dua dos vaksin COVID 19.Menurut sumber, sepanjang berada dalam tahanan, pemuda berusia 23 tahun tersebut tidak menerima layanan istimewa.

Dia akan menjalani rutin sama seperti banduan lain dengan bangun seawal 6 pagi. Aryan kemudian akan menikmati sarapan pada pukul 7 pagi, makan tengahari pukul 11 pagi sementara makan malam pada pukul 6 petang. Antara menu yang akan dimakan oleh Aryan bersama tahanan lain termasuk chapati, dal dan nasi.Meski demikian, Aryan dibolehkan membeli makanan di kantin namun perlu membayar dengan harga yang mahal. Sehingga perintah baharu dikeluarkan oleh mahkamah, Aryan tidak boleh menikmati makanan yang dihidangkan dari air tangan ibunya, Gauri Khan atau dari luar.

Terdahulu dalam pembelaan yang dibuat oleh peguamnya, Satish Manshinde, dia menegaskan anak guam sebagai seorang yang baik dan berasa tidak adil untuk terus menahan reman kliennya memandangkan pihak berkuasa tidak menemui bahan terlarang atau bahan terlarang bersama Aryan. “Saya berusia 23 tahun, dibesarkan dalam keluarga yang dihormati. Saya juga memegang pasport India dan mempunyai reputasi yang baik,” katanya.

Bagaimanapun pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) menegaskan pembebasan Aryan boleh menjejaskan perjalanan kes memandangkan serbuan yang dilakukan membawa kepada penemuan berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang yang cukup besar. Pada Ahad, Aryan dan tujuh lagi individu ditahan oleh anggota polis dari NCB yang melakukan penyamaran ketika melakukan serbuan di atas Cordelia ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa.Aryan ditahan kerana dipercayai terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang dan pihak NCB mendakwa telah merampas sejumlah bahan terlarang termasuk kokain dan ekstasi. Kredit Foto: India Today

Dari Kanak Kanak Comel. Wajah Terkini Anjali Kuch Kuch Hota Hai Buat Ramai Jatuh Hati.

Kuch Kuch Hota Hai antara filem blockbuster Bollywood yang cukup dekat di hati para penonton Malaysia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan sampai sekarang pun masih ramai yang mengingati plot cerita dan skrip filem tersebut. Diterbitkan sekitar tahun 1998, filem yang menampilkan pelakon berbakat India seperti Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee ini turut berjaya melonjakkan nama barisan pelakon lain.Salah seorang daripadanya ialah pelakon cilik waktu itu yang melakonkan watak sebagai Anjali atau anak kepada Shah Rukh Khan yang merupakan pemilik nama Sana Saeed!

23 tahun telah berlalu, pasti ramai peminat filem lagenda ini tertanya-tanya wajah terkini pelakon cilik tersebut. Daripada figura kanak-kanak comel yang begitu menghiburkan, kini ‘Anjali’ berubah menjadi wanita matang dan seksi. Dilahirkan pada 22 September 1988, Sana tidak hanya aktif dalam dunia lakonan bahkan turut terlibat dalam bidang pengacaraan dan peragaan.

Difahamkan Sana mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan perdagangan dan menetap di Mumbai, India. Kerjaya seni Sana bermula ketika dia baru berusia 8 tahun dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebelum dia kemudian membintangi filem komedi romantik School of the Year yang memainkan watak dewasa pada tahun 2012. Selain filem Kuch Kuch Hota Hai, Sana turut pernah berlakon dalam filem Badal dan Har Dil Jo Pyar Karega.

Pada tahun 2013, wanita yang berusia 33 tahun ini mengacarakan MTV Splitsvilla Sexy Sana show. Dari awal pembabitan Sana dalam dunia lakonan, dia tidak pernah mendapat restu daripada bapa tersayang. Namun, ibunya sentiasa di sisi dan menyokong kerjaya seni Sana. Memetik kenyataan Sana dalam Times of India, “Ibu saya adalah orang pertama yang membawa saya ke dunia lakonan dan dia juga sentiasa ada bersama saya. Bapa pula tidak pernah menyokong keputusan saya untuk menjadi seorang pelakon.”

Bersandarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki, Sana turut pernah menerima tawaran dan menandatangani kontrak sebagai model peragaan dengan Benchmark Models. Menerusi perkongsian Sana di Instagram miliknya, aktres Bollywood ini difahamkan telah berada di Los Angeles.-Sumber: Nona.my.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *