Viral video bapa tarik tangan anak masa ibu nak peluk. Bekas isteri berani tampil dedah cerita sebenar.

Kehidupan Keluarga Kisah Rumahtangga Viral

Jodoh antara lelaki dan perempuan sehingga mengecapi alam perkahwinan adalah satu pengalaman menakjubkan dalam perjalanan kehidupan seseorang, bagaimanapun perkara yang paling dit.akuti adalah berpisah.

Perkahwinan yang sihat adalah baik untuk kesihatan mental dan fizikal setiap pasangan. Malah ia juga baik untuk anak-anak, yang mana mereka boleh membesar dalam persekitaran yang bahagia boleh melindungi anak daripada m.asalah m.ental, fizikal, pendidikan dan sosial.

Kehidupan berumah tangga tidak selalunya indah. Kadangkala, dalam hubungan suami isteri, setiap pasangan tidak terlepas daripada k.onflik tertentu yang menyebabkan anda berfikir mengapa anda berkahwin dengan pasangan anda. Lama-kelamaan, k.onflik yang tidak berpenghujung atau tanpa penyelesaian yang baik boleh mempengaruhi kepanjangan jodoh anda.

Berpisah adalah jalan terakhir buat pasangan suami isteri apabila sudah tidak sehaluan lagi. Namun, disebalik berpisah itu anak-anak akan menjadi m.angsa ibu bapa mereka.

Seperti yang dilalui oleh seorang budak lelaki ini apabila menjadi rebutan dipercayai selepas ibu bapanya mem.utuskan untuk berpisah.

Ibu nak peluk sekejap

Setelah hampir 3 thn x dpt jumpa anak2, jgnkan jumpa nk call atau whatsapp pun x boleh….hari ni dpt m.ahkamah minta keterangan anak2. Dpt la tgk anak2, nk pegang peluk sekejap pun x boleh. Allahhu. megahnye kau, belagaknye kau dgn kuasa duit kau, hari ni kau beli u.ndang2 hari ni kau masih menang, kau masih berjaya dgn men.indas org…. insyaallah..Allah maha adil, Allah tahu segala yg berlaku.

Tampil Beritahu Cerita Sebenar

Lihat dan fikirkan mcm mana keadaan anak saya bila dipaksa minum r4cun hanya kerana bapaknye nak paksa saya blk utk jadi isteri dia….sebab tu lah anak2 terlalu takut pada bapaknye, sampai nk tgk saya pun takut.

Ramai yg nak tahu kan….ramai yg ckp anak pun nampak mcm tak suka ibu, anak pun xnk peluk ibu mesti ibu jahat.

Ini kes pada 2017 waktu ni pada saya lari balik ke kampung sebab pada mlm sebelum ni bapaknye blk dlm keadaan m4buk kejut saya bgn tidur dan pecahkan semua brg dalam rumah hanya disebabkan saya x isi air dalam peti sejuk.

Bila saya lari ke kampung bawa semua anak2 dan dia dtg ke kampung ambik 2 org anak saya dan ugut utk b.unuh anak dgn cara minum r.acun sekiranya saya tak blk semula kerumahnye.Dan satu lagi sebab berpisah bukan sbb saya c.urang tapi saya yg mohon fasakh dan mahkamah jatuhkan talak.

Pasal hak jagaan anak2 bukan m.ahkamah serahkan pada bapaknye…tapi saya yg setuju utk serahkan hak jagaan pada bapaknye sbb x tahan dengan gang.guan dari bekas suami bila anak2 berada dlm jagaan saya.

Bila anak2 dlm jagaan saya, bekas suami akan kacau dgn cara mend.akwa saya sering mendera anak mental dan fizikal padahal anak2 hanya c.edera kerana bermain. Panjang cerita sebenarnya tapi saya org biasa2 yg x pandai utk bela diri dan xde duit utk lantik lawyer dalam k.es saya.

Ini keja.dian pada 2019 dia cakap m.ahkamah dan polis x boleh buat apa2. Dah hampir 40 report polis dibuat, dan dia dah berkali2 dit.ahan dan dijamin…bila bebas dari p.enjara dia terus meny.eksa saya dan anak2.

Saya mohon berpisah cara fasakh di mahkamah dan mahkamah jatuhkan yg talak bukan kerana saya c.urang mcm yg netizen anggap.

Kredit : FB/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Masih Merawat Hati Selepas Berpisah. Meerqeen Serik Bercinta Selepas Ditinggalkan.

KUALA LUMPUR: Pengalaman ditinggalkan kekasih membuatkan pelakon baharu yang kian menyerlah, Meerqeen, 20, serik mahu kembali bercinta.

Meerqeen berkata, dia mengambil masa dua tahun merawat luka selepas berpisah hingga membuatkannya mahu melupakan soal ‘berpacaran’, buat masa ini.

“Saya pernah tiga kali bercinta. Dua daripadanya hanyalah cinta monyet, manakala hubungan ketiga mampu bertahan untuk tempoh dua tahun ketika berusia 18 tahun.

“Bagaimanapun, apabila si dia memutuskan hubungan secara tiba-tiba selepas melanjutkan pelajaran, saya sangat kecewa. Dua tahun saya ambil masa untuk sembuh,” katanya pada sidang media pra dengar single sulung berjudul Menunggu secara maya, semalam.

Selepas dua tahun insiden berlaku, Meerqeen atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berjaya melupakannya, namun bekas kekasih kembali mencarinya.

“Apabila menceburi bidang seni, si dia datang mencari saya. Namun, tidak mungkin saya dapat menerima selepas apa yang dilakukan terhadap saya.

“Lagipun, saya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni. Jika saya bercinta, tujuannya adalah untuk berkahwin dan bukan untuk suka-suka,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Angkara Cinta turut berjaya membolosi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular menerusi filem Kelaster bersama Nora Danish menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Meskipun nyanyian adalah cita-cita awalnya, namun nak saudara kepada penyanyi popular era 1990-an, Safura Yaacob itu akur dengan rezeki yang ditakdirkan.

“Jika ikutkan, cita-cita asal saya mahu bergelar penyanyi. Malah, saya sudah menyanyi sejak di bangku sekolah lagi. Namun rezeki lakonan lebih awal datang.

“Alhamdulillah, berkat perancangan pasukan saya, akhirnya muncul juga single Menunggu yang membawa mesej mengenai kesetiaan seorang lelaki terhadap cinta,” ujarnya.

Pada sidang media itu, anak jati Kuala Lumpur itu mengakui, dia masih belum mempunyai keyakinan menyanyi secara ‘live’ walaupun itu adalah syarat penting seorang penyanyi.

“Jujurnya, saya belum yakin menyanyi secara live. Malah, persediaan saya setakat 40 peratus sahaja.

“Jika ada orang nak kecam, saya tidak kisah kerana kritikan akan membuatkan saya mahu memperbaiki diri.

“Berilah saya masa untuk memperbaiki nyanyian, mungkin saya akan mengambil kelas vokal. Saya berguru dengan penyanyi Bob Yusof selama dua minggu sebelum merakamkan single Menunggu.

“Saya tetap akan menyanyikan single Menunggu secara live, tetapi bukanlah sekarang,” ujarnya.

Single Menunggu ciptaan Aliff Iskandar boleh didapati di semua pelantar digital dan video liriknya sudah ditayangkan di saluran YouTube Indigital Music, sejak semalam.-Sumber: BH ONLINE.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Genap Usia 30 Tahun. Azira Shafinaz Dedah Mula Langkah Baru Dengan Perniagaan Ini Dan Ada Cerita Disebaliknya.

Azira Shafinaz mahu kerja lebih keras untuk capai impiannya. Memasuki usia 30 tahun pada Ahad lalu, pelakon Azira Syafinaz memberitahu dia mahu menjalani fasa baharu dalam hidupnya dengan lebih baik. Azira atau nama sebenarnya Azira Syafinaz Ramlan berkata, masih banyak perkara dan impiannya yang belum dicapai sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya.

“InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin. Sebelum ini memang ada rasa bimbang sebab selalunya orang kata bila usia 30-an ini bermakna perjalanan baharu akan bermula. Tapi secara jujurnya bila sudah mencecah 30 tahun ini saya tak ada rasa apa-apa pun… sama sahaja. Kalau boleh saya berazam nak bekerja keras lagi, capai impian yang masih belum dapat termasuklah dalam karier seni,” katanya.

Cik Manggis dan Sophia meraikan ulang tahun kelahiran Azira baru-baru ini.

Terdahulu, Azira menerusi Instagram berkongsi beberapa keping foto bersama teman-temannya ketika meraikan ulang tahun kelahiran bersama dua sahabatnya iaitu Cik Manggis dan Sophia.

InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin.

Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam berkata, fasa baharu itu turut menjadi permulaan buat dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan biskut Cookie Ja yang diusahakan sejak Jun lalu.

Azira mula menjalankan perniagaan Cookie Ja sejak Jun lalu.

“Siapa yang rapat dengan saya, mereka akan tahu saya ni hantu cookies… setiap kali sambut hari raya, memang menjadi kewajipan untuk saya sekeluarga buat cookies ini. Jadi masa PKP hari itu, saya terfikir untuk ketengahkan perniagaan cookies. Masa awal-awal mulakan perniagaan, saya sendiri yang buat, tapi Alhamdulillah sekarang sudah ada pekerja sendiri. Bagi saya perniagaan ini sesuatu yang istimewa untuk saya dan sebab itu saya memilih tagline ‘Talk 30 To Me’ yang melambangkan pada usia 30 ini saya mulakan perjalanan hidup yang baharu dengan karier baharu dalam bidang perniagaan ini,” katanya. Sumber : Mstar

Azira muat naik gambar terbaru. Sekali ramai yang ingat Sharnaz tak ada peluang tapi bila tengok Azira komen macam ni buat ramai yang berharap.

Ini bukan pertama kali nama Azira Shafinaz dan Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan hangat di media sosial. Malah, nama mereka sering kali digandingkan sejak beberapa bulan yang lepas lagi.

Ditambah pula dengan “cuitan” daripada rakan-rakan artis dan kemesraan yang ditunjukkkan di ruangan komen, lagi “meriah” lah warganet berkata-kata. Terbaru, Azira ada berkongsikan gambar di laman Instagram miliknya di mana dia memegang sebotol pewangi

dengan kapsyen “Missing your smell, thank god I have Frederic Malle”. Apa yang menjadi perhatian dan penantian warganet selepas itu adalah komen daripada Sharnaaz. Selalunya, Sharnaaz akan komen pendek-pendek atau berikan emoji menggoda seperti kiss dan sebagainya namun di posting kali ini panjang sedikit komen Sharnaaz.

Selepas membaca kapsyen Azira, Sharnaaz membalas “Not my fragrance and smell”. Rata-rata warganet yang melihat komen Sharnaaz mula-mula agak kecewa dan sudah bersedia untuk “mengundurkan diri” dari berharap dengan hubungan ini namun Azira kemudian dilihat membalas kembali  komen tersebut dengan nama pewangi yang selalu dipakai oleh Sharnaaz.

Ini membuatkan warganet kembali bertanya-tanya, “kawan ingat bau perfume ke?”. Sharnaaz kemudian hanya membalas kembali dengan emoji ‘kss‘ dan ini menambah kepada pertanyaan ramai.

Kemesraan mereka di media sosial bukan satu perkara yang baru. Malah, jika nak dilihat pasangan ini ramai penyokong dan peminatnya. Rata-rata memang berharap ada “sesuatu” antara mereka. Namun, kedua-dua pihak Sharnaaz dan Azira tidak mahu lagi membuka mulut tentang status mereka. Antara yang menjadi jawapan adalah mereka hanya kawan. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat Azira dan Sharnaaz. Jika ada jodoh tak ke mana. Sumber : https://www.koolfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *