Nora Danish kongsi gambar bertudung litup. Tapi ini pula reaksi dari warganet sampai ada yang tegur macam ini.

artis Hiburan Kehidupan selebriti

“Dah pakai macam ni tolong jangan buka dah macam hari tu dedah aurat. Tolong sangat-sangat,” rayu warganet di Instagram ketika Nora Danish berkongsi fotonya anggun berbaju kurung dan bertudung litup.

Tiga keping foto memaparkan Nora penuh kudus itu kebanyakannya mendapat respon positif daripada peminatnya termasuk rakan selebriti.

Malah, ramai juga yang memuji kejelitaan Nora yang nampak lebih muda, tenang dan persis beberapa selebriti tanah air antaranya Mira Filzah.

“Ini barulah perempuan Melayu terakhir,” komen @abdkhalex.

“Cantiknya Nora pakai baju kurung, teruskan berpakaian macam ni barulah cantik,” puji @ismailabd581010.

“Macam anak dara.. cantik sangat,” tambah @darlinohana.

“Tentu hati rasa tenang kan pakai macam ni,” kata @rosilla_a.”Muka macam Mira Filzah pun ada, manis.. sejuk mata memandang,” kata @faridahesmin.

Namun, ada juga yang terus menasihati Nora untuk teruskan usaha menjaga aurat dan berpakaian sopan.

“Kejap buka kejap tutup, pening aku sebagai warganet. Korang jangan kritik aku cakap je, sebab cantik bila dia tutup, bila buka mata aku auto jadi sedih,” luah salah seorang pengguna di ruang komennya.

Difahamkan Nora terbabit dengan sesi fotografi jenama pakaian tempatan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.Malah, aksinya terhantuk tiang ketika cuba memanjat tebing bangunan Sultan Abdul Samad turut mencuit hati.

Terdahulu, aksi daring Nora ketika bercuti di pulau peranginan Langkawi, Kedah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada kalangan wargamaya.

Sumber: Gempak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Harga Dia Sampai Boleh Beli Tanah Lagi Satu. Ramai Terkejut Bila Seseorang Ini Dedahkan Yuran Sekolah Anak Nora Danish.

Perkongsian pelakon cantik, Nora Danish yang menghantar anak sulungnya, Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar semalam sememangnya mendapat perhatian ramai. Hantar anak sekolah berasrama diumur 12 tahun Mana tidaknya, tangisan Nora Danish ditepi cermin tingkap kereta sememangnya membuatkan warganet terutamanya kaum ibu memahami perasaan tersebut terutamanya perlu berpisah dengan anak tersayang.

Namun begitu, ramai tertanya-tanya sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama. Jadi, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan peguam telah merungkai ‘misteri’ yuran sekolah berasrama yang merupakan sekolah persendirian elit di Malaysia.

Yuran tahunan boleh beli tanah, kahwin baru

” Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Jaafar. Isteri aku tanya kat mana sekolah tu? Aku mula-mula fikir, oh, di SM Sains Tuanku Jaafar ke? Aku pun konfiden jawab, kolej tu di Kuala Pilah. Sekolah tu memang SBP yang terkenal dan budak-budak dia power. Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam. Huh? Aku pun cepat-cepat Google. La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi. 23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni.

Menurut pengguna Facebook itu, dia agak terkejut apabila mengetahui yang yuran tahunan di KTJ untuk sekolah menengah mampu membeli tanah dan bagi sekolah rendah pula seakan boleh menanggung seorang lagi isteri.

” Aku saja tengok yuran dia. Mana tahu, rezeki anak-anak masuk sekolah tu. Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali! Pehhh. Basically yuran dia macam ni: Sekolah Rendah: Pendaftaran- RM350, Kemasukan- RM3000, Tahun 1 & 2- RM30,360/setahun, Tahun 3 & 4- RM34,320/setahun dan Tahun 5 & 6- RM39,690/setahun.

Yuran ‘after school care’ iaitu jam 3.45pm-5.00pm- RM12,000/setahun. Sekolah menengah: Pendaftaran- RM350, Kemasukan- RM5000, Deposit- RM25,000, Tak duduk asrama: RM59,700/setahun, Duduk asrama: RM87,000/setahun, Form 6: RM89,400/setahun

Takpelah, anak-anak sekolah biasa pun dah syukur

Walau bagaimanapun ,dia berfikiran positif dengan rezeki setiap orang itu berbeza. Mufarwa Farid juga sedar yang dia tidak mampu mebiayai bayaran yuran semahal itu namun berharap anak-anak dapat mendoakannya supaya suatu hari nanti mampu menyekolahkan mereka di sana.

” Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang. Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni. Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini. Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu. Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau). Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak..” tulis beliau.

Perkongsian Mufarwa itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata terkejut dengan bayaran yuran tersebut namun tdak berasa heran kerana setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza. Namun, mereka lebih tertarik dengan ‘gurauan’ berkenaan bini baru yang dilontarkan oleh pengguna Facebook itu yang dilihat agak ‘berani’ walaupun telah menjelaskan hal tersebut hanyalah satu candaan. Sumber:Empire Dunia

Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.

Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam. Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama. Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.

Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang.

Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara.

Sebagai Tikus Makmal Nora Danish Rasa Bertuah Dan Syukur Tiada Kes Pelancong Positif Di Langkawi.

Pelakon jelita Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di Pulau Langkawi, Kedah sejurus inisiatif gelembung pelancongan di lokasi peranginan terkenal itu dibuka pada 16 September lalu. Menerusi Instagram Stories miliknya, Nora, 39, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana setakat ini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkapan skrin (screenshot) artikel daripada sebuah portal.Dalam pada masa sama, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berharap agar sektor pelancongan lain juga akan dibuka tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik.

Sejurus pulang dari pulau tersebut, pelakon filem Polis Evo membuka semula ruangan komen selepas dikritik gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bercuti. Nora kelihatan tidak melatah kerana memilih untuk tidak membalas sebarang komen ‘pedas’ daripada warganet. Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. Kredit: Oh bulan.

Percutian Nora Danish Tamat. Kini Buka Kembali Ruangan Komen Di IG.

Selepas menutup ruangan komen akibat kritikan hangat warganet menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG). Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bagaimanapun terus menerima kritikan warganet biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.” Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali). Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan ramai berhubung berpenampilan seksinya bersama suami dan teman rapat di Langkawi sepanjang empat hari berada di sana.

Pada 16 September lalu, Kosmo! Online melaporkan, ketika ramai yang masih dihantui rasa takut untuk melancong, Nora menjadi antara selebriti selamat tiba di lokasi peranginan terkenal tersebut. Percutian pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim. Nora sekeluarga berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 16 September lalu dan mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana. – K! ONLINE

Nervous dan paranoid. Nora Danish bersama keluarga tetap bercuti ke Langkawi.

Pelakon Nora Danish bersama suami dan anak mengambil kesempatan untuk bercuti ke Langkawi, Kedah selepas kerajaan membuka sektor pelancongan di negeri itu bermula hari ini. Nora dan keluarganya yang bertolak menaiki penerbangan pada pagi tadi itu kini telah sampai ke sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.

Berkongsi kegembiraannya, Nora memuat naik foto dan video perjalanan mereka di akaun Instagram miliknya.“Alhamdulilah, Langkawi here we come!” tulisnya dalam kapsyen.

Sementara itu, meninjau laman sosial suaminya, Mohamad Nedim Nazri atau lebih mesra dnegan panggilan Bossned tidak menafikan yang mereka berdebar dan paranoid untuk bercuti.Namun Bossned turut berkongsi beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum bercuti.“1st time travelling on a plane after so long ..I’m not going to lie , a little nervous & paranoid.“Semuanya sudah diselesaikan, RTK Test (kit ujian pantas), Doctors letter, ionisers dan mask,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan selamat.Terdahulu, kerajaan mengumumkan bermula 16 September ini Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *