Tiga tahun bergelar pensyarah. Pernah tak minat akademik kini Najwa Latif teruja sambung PhD pula.

artis Hiburan Kehidupan OH PENDIDIKAN selebriti

Mesti ramai yang masih ingat dengan penyanyi, Najwa Latif yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku suatu ketika dahulu. Penyanyi ini senyap seketika daripada dunia hiburan apabila mengambil keputusan bergelar seorang pendidik sepenuh masa.

Terkini, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif dilaporkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut penyanyi berusia 26 tahun ini, tujuannya sambung belajar adalah untuk mengejar ilmu selain memajukan diri sebagai pendidik.

Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

Jelas penyanyi ini lagi, tempoh pengajian mengambil masa tiga ke enam tahun. Ini bermakna jauh lagi perjalanannya untuk mendapatkan gelaran doktor, namun dia menganggap gelaran itu satu pencapaian luar biasa untuk dirinya yang pernah tidak minat akademik.

Untuk rekod, pada 2019, Najwa telah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Sanggup Ambil Sesuatu Ini Untuk Menjaga Anak Angkatnya. Namun Bila Ditanya Ini Jawapannya Dan Buat Orang Lain Tergamam.

Tidak dapat disangkaI lagi, mempunyai zuriat adalah impian setiap yang sudah berkahwin. Hal ini kerana kehadiran cahaya mata mampu menambah keceriaan dalam sesebuah keluarga. Namun, berbeza pula dengan perkongsian seorang gadis di aplikasi Tiktok apabila membuat keputusan untuk mengambil ank angkat meskipun belum berkahwin.

Kekuatan, cinta hati ibu. Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu, gadis bernama Aminahtul Mardiah telah menceritakan pengalaman mengambil ank angkat merupakan satu keputusan yang bijak kerana mampu memberi kebahagian buat hidupnya. Aminah mengambil Eusoff selepas lima jam dia diIahirkan lalu menjaganya sehingga kini sudah berusia lapan tahun dan menjadi seorang anak yang begitu handsome.

“Ramai tanya ibu kenapa ambil awak? Belum kahwin tapi nak jaga baby. Belum kahwin tapi sanggup ambil piI, ambil suntikan untuk susukan awak. Ibu tak kisah apa orang nak cakap, sebab ibu tahu, awak cinta hati ibu,” Iuahnya.

Selain itu, kehadiran Eusoff telah mengubah 365 darjah kehidupannya menjadi lebih kuat semangat dan tenang meskipun sedang menghadapi pelbagai cabaran dunia. Orang lain ada ank tapi taknak jaga. Perkongsian Aminah itu telah dibanjiri komen-komen yang positif daripada warganet yang memuji kekuatan dan kegigihannya menjaga ank angkat.

Rata-rata mereka turut menjadikan gadis tersebut inspirasi dalam kehidupan untuk turut sama menjaga anak angkat di masa hadapan. MasyaAllah, betul orang cakap setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Kalau dulu tak happy, sekarang makin gembira dengan kehadiran anak tercinta. Alhamdulillah

Hargailah usaha Seorang Ibu dalam hidup kita.

Ibu adalah seorang insan yang sangat berjasa dan banyak berkorban dalam hidup kita. Tanggungjawab seorang ibu sangat berat sejak beliau melahirkan kita ke dunia ini. Demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, beliau melakukan banyak pekerjaan di rumah seperti mencuci baju, masak, menyapu dan mop rumah, menjaga kita masih bayi,memandikan kita, menukar lampin atau diaper,memberi minum susu dan sebagainya.

Sepenat mana pun beliau menjaga kita semasa kita masih bayi, beliau tetap teruskan pekerjaan ini dalam harian demi menjaga kita dan beliau tidak pernah merungut. Ibu tidak pernah tinggalkan kita walaupun pekerjaan beliau ini sangat berat demi menjaga kita. Sehingga kita melangkah ke alam pendidikan, beliau tetap berharap kita berjaya dalam pelajaran suatu hari nanti. Harapan beliau kepada kita tak pernah menjadi sia-sia. Beliau sentiasa berdoa kepada kita setiap hari dan setiap saat. Sumber: TikTok Aminahtul Mardhiah, OMM

Tular Perkongsian Pemuda Ini Yang Menunjukkan Reaksi Ibunya Yang Kecoh Apabila Dapat Tahu Sesuatu Ini. Tak Sangka Ibunya Sampai Menangis Bila Tahu Hal Ini.

Tular perkongsian reaksi seorang ibu yang menyaksikan penganugerahan Dekan secara maya buat anaknya yang menerusi tablet. Setiap ibu pasti akan mengalirkan air mata terharu apabila dapat tahu yang anaknya dapat apa sahaja anugerah akademik. Reaksi ibunya yang menyaksikan majlis penganugerahan secara maya oleh pihak universiti yang memaparkan wajah dan nama anaknya itu sebagai penerima anugerah dekan.

“Bangga!” demikian reaksi spontannya selepas menyaksikan detik bersejarah itu menerusi sebuah tablet, yang dirakam oleh anak lelakinya dan dikongsikan di laman TikTok. Berkongsi momen manis itu, Muhammad Yusri Azpansyah Irwansyah berkata, dia memperoleh Anugerah Dekan bagi semester lalu dan penganugerahan itu dilakukan dalam norma baharu iaitu secara maya pada petang Sabtu lalu, berikutan pandemik Covid-19.

Ibu Yusri (kiri) bersama rakan menyaksikan penganugerahan Dekan secara maya di hadapan kedai makan.

Pelajar Universiti Multimedia Malaysia (MMU) itu berkata, ketika itu dia membantu ibunya berniaga di sebuah kedai makan di medan selera di Behrang Stesen di Muallim, Perak.

“Masa tu saya tolong mak kat kedai. Saya kemudian panggil mak untuk duduk di meja depan kedai makan, bagi menonton penganugerahan itu secara langsung di Facebook yang bermula pada pukul 2.30 petang. Mak yang teruja sebab tahu saya akan penganugerahan ini, mak siap panggil kawan dia di medan selera untuk tengok sekali,” katanya yang berusia 22 tahun.

Pencapaian Anugerah Dekan yang diperoleh Yusri bagi semester lalu di MMU.

Lebih mesra disapa Yusri, dia perlu menjelaskan kepada ibunya yang kurang fasih berbahasa Inggeris mengenai perjalanan majlis berikutan pengumuman dibuat dalam bahasa itu.

“Mulanya mak gembira sangat bila gambar saya terpampang dan nama diumumkan di skrin. Tapi tak lama selepas itu mak sebak sampai mengalirkan air mata. Saya pun turut sebak sebab mak sebenarnya di sebalik pencapaian Dekan, mak tahu betapa struggle (sukar) saya tempuhi sepanjang menjalani kelas online (secara dalam talian) disebabkan pandemik,” ujarnya yang juga berasal dari Muallim.

Yusri mengikuti pengajian Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi).

Mengulas lanjut, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunukasi) itu menjelaskan bahawa ibunya antara individu yang memberi semangat kepadanya untuk tidak berputus asa dalam pengajian meskipun berhadapan dengan waktu sukar. “Jujurnya, saya memang stres sangat untuk belajar online, ada banyak kekangan. Tapi saya teringat pesanan mak supaya belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat.

Masa tengok penganugerahan secara virtual (maya) hari tu, mak punya gembira sampai jerit kuat kat kawan-kawan dia ‘meh sini cepat, tengok anak aku ni’… mak teruja, saya terharu

“Kata-kata sokongan mak membuatkan saya untuk bertahan dan belajar sehabis baik yang mungkin. Syukur saya memperoleh keputusan dengan pencapaian Dekan,” katanya sambil menambah telah memperoleh Anugerah Dekan untuk lima semester sepanjang mengikuti pengajian sejak dua tahun lalu.

Yusri yang merupakan penerima biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan masih mengikut pengajian di MMU berkata, momen indah itu berlaku sehari selepas dia pulang ke kampung halaman, bagi menyambung pengajian secara dalam talian, dengan mendapat kebenaran untuk merentas negeri.

Yusri (kiri) yang berpengalaman mengajar bercita-cita untuk menjadi pendidik.

“Selain tak boleh rentas negeri sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan kes Covid-19 yang sangat tinggi di Selangor sebelum ini, jadi saya tunggu dulu sebelum pulang ke kampung. Kali terakhir saya balik pada Ogos lalu. Kebanggaan mak menambah semangat kepada saya. Masih ingat lagi masa tengok penganugerahan secara virtual (maya) hari tu, mak punya gembira sampai jerit kuat kat kawan-kawan dia ‘meh sini cepat, tengok anak aku ni’… mak teruja, saya terharu,” katanya.

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *