Ramai anak muda sekarang perlukan kasih sayang. Michael Ang beri kata semangat buat UEL.

Amalan artis Hiburan Kehidupan selebriti

Di Instagram, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu pengarah popular tanah air iaitu Michael Ang dalam sebuah majlis ilmu.

Ramai orang berputus asa.

Syukur pada Allah. Gembira sangat dapat jumpa @michaelang38 . Baik sangat orangnya dapat bersama dalam majlis ilmu. Beliau kata ustaz teruskan kerja dakwah dan misi ini. Berbual betapa ramai anak muda di luar sana perlukan kasih sayang dan didikan yang baik. Mereka tidak dapat kasih sayang. Ramai orang berputus asa. Kita perlu ceritakan kasih sayang Allah dan rahmat Allah. Jangan biarkan sesiapa berputus asa dari rahmat Allah.

Menurut Ebit Lew, dia bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan dirinya dengan Michael Ang dalam sebuah majlis ilmu. Ujar Ebit, Michael seorang yang positif dan banyak memberi kata-kata semangat buat dirinya untuk meneruskan kerja dan misi dakwah seperti sebelum ini. Tambah Ebit, mereka turut berbual mengenai anak muda pada masa sekarang. Sebagai golongan dewasa, mereka yakin golongan anak muda memerlukan kasih sayang dan didikan yang baik.

Jangan suka hukum orang.

Jangan biarkan sesiapa berputus asa dari rahmat Allah. Jangan suka hukum orang dan menghina orang. Pujuk rayu anak muda. Malam kita menangis doakan mereka. Balas keburukan dengan kebaikan.

Di akhir posting, Ebit Lew memberi saranan kepada masyarakat agar tidak membiarkan anak muda berputus asa. Di samping itu, masyarakat juga jangan suka menghukum dan menghina seseorang individu. Sebagai pendakwah, Ebit mendoakan setiap keburukan dapat dibalas dengan kebaikan di dunia ini.

Sumber: Ebit Lew.

Zul Ariffin ikut UEL beri sumbangan. Sampai hulur sendiri beras pada gadis tersebut dan ramai terhibur dengan reaksi gadis ini.

Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat beberapa selebriti memilih untuk mendekatkan diri kepada agama dengan melakukan kebajikan serta mengikuti dakwah-dakwah. Situasi tersebut sudah tentu memberi satu aura positif kepada para peminat mereka lebih-lebih lagi mereka adalah public figure yang sering menjadi perhatian masyarakat.

Video :

https://www.instagram.com/p/CTJ6qyllKdy/?utm_source=ig_web_copy_link

Sama2 beri sumbangan

Salah seorang yang menjadi sorotan kini adalah pelakon tampan, Zul Ariffin yang dilihat semakin kerap bercerita tentang kebaikan serta mengikuti pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kebajikan. Dalam posting terbaru Ebit Lew di Instagram, dapat dilihat yang Zul Ariffin mengendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bersama pendakwah itu.

Zul juga telah memuat naik kembali perkongsian Ebit Lew dengan mengaminkan doa pendakwah itu yang berharap agar mereka sama-sama dapat terus berbuat kebaikan.

Ni baru boleh dinamakn hero Melayu

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram pelakon itu. Kebanyakkan mereka memberikan kata-kata positif kepada hero drama Melayu tersebut dengan berharap agar dapat sama-sama terus berbuat amal jariah dan Zul dapat kekal istiqomah menjalani kehidupan yang lebih baik.

Semoga urusan abang dipermudahkan

Tiba-tiba ramai yang takde beras dekat rumah

Zul buka mask terus senyum  lebor

Sumber: Instagram Zul Ariffin, Ebit Lew

Kali ni Ustaz Ebit beli lagi 2 buah kontena untuk simpan orang yang telah pergi menghadap illahi.

Umum mengetahui, bahawa sikap murah hati Ustaz Ebit Lew yang sering membantu insan memerlukan bukanlah saja tertumpu pada satu kaum saja malah tidak mengira bangsa dan agama. Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi kebelakangan ini, ia tidak mematahkan semangat Ustaz Ebit dan pasukannya untuk terus memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

UEL beli 2 kontena simpan orang yang pergi menghadap illahi

Terbaru, UEL ada memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebooknya yang menunjukkan bahawa beliau dan pasukannya membeli dua buah kontena sejuk beku bagi tujuan penyimpanan orang yang pergi menghadap illahi. Difahamkan juga, kontena berkenaan akan diserah kepada Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, dan Hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani, Kedah.

Selain itu juga, kontena berkenaan mempunyai kelengkapan rak simpanan orang yang telah pergi menghadap illahi di mana ia boleh terus digunakan selepas dipasang.

Ketika tiba di sana, Ebit Lew turut menyatakan bahawa beliau sebak apabila mendengar cerita yang dikongsikan oleh doktor dan pegawai di hospital-hospital berkenaan. Di samping itu, cara mereka berterima kasih padanya membuatkan pendakwah berkenaan menjadi bertambah sedih.

“Berat ujian negara kita kali ini”

Ustaz Ebit dalam perkongsiannya turut meluahkan bahawa ujian yang ditempuh negara ketika ini sangatlah berat. Oleh itu juga, UEL turut mendoakan agar para frontliner kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan kepada pesakit-pesakit Covid-19 ini.

“Berat ujian negara kita kali ini. Semoga Allah beri kekuatan buat Dr, Nurse, Frontliner, dan semua petugas KKM. Allah beri sembuh pada yang sakit. Semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga.

Menangis mendengar kisah-kisah di Hospital.“Terima kasih PDRM membantu memudahkan kerja misi bantuan ini. Terima kasih Team ATMS membantu tadi. Terima kasih semua kru PKUM di sg Petani. Terima kasih KKM.

Terima kasih Pihak Hospital. Terima kasih tuan puan semua yang bersama kami selama ini. InsyaAllah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa. Pasakit dan yang pergi menghadap illahi bukan orang lain. Keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan..” tulisnya.

Semoga segala urusan UEL dan pasukannya dipermudahkan, agar misi untuk membantu mereka memerlukan dapat dilaksana tanpa sebarang masalah.

Walaupun teruk orang cakap buruk pasal Ustaz Ebit Lew. Kali ni Ustaz Ebit tetap teruskan bantu keluarga di pondok buruk pindah rumah baru.

Bukan perkara baru, pendkwah bebas serta dermawan terkenal Ebit Lew sekali lagi membela nasib sebuah keluarga yang selama ini tinggal di sebuah pondok. Keluarga yang hidup serba daif itu ditemui Ebit Lew apabila mereka hanya tinggal di sebuah pondok buruk dalam semak berdekatan laluan kereta api di Kajang.

Menurut Ebit keluarga tersebut menjadikan pondok tersebut sebagai tempat berteduh sejak enam bulan lalu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua orang anak remaja termasuk remaja lelaki berusia 18 tahun.

“Emak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara, ayahnya bekas askar dan anak lelaki mereka berusia 18 tahun kerja kutip sampah. “Tiada SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan hanya belajar sehingga darjah enam sahaja, saya tengok kad pengenalan alamat mereka di Kajang,” katanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram dan laman Facebook milkknya. Tambah Ebit, dia telah mengarahkan pasukannya supaya mengambil semula emak dan adik remaja terbabit supaya mereka boleh tinggal bersama-sama semula.

“Saya carikan rumah sewa untuk mereka, inshaAllah kita akan bayar sewa bulanannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. “Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin, adik ni nak buat ‘part time’ di situ.

Adik ini juga nak belajar solat dan lain-lain, inshaAllah kami akan membantu,” katanya. Pada masa sama, Ebit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan kerana telah banyak membantu. “Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” kata Ebit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:  GEMPAK

Bukannya hanya nak taja pegi umrah. Rupanya ada satu benda yang Tmj buat pada Ebit Lew sampaikan dia sendiri rasa malu.

”Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan.” Demikian perkongsian pendakwah terkenal, Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya hari ini.

Menerusi perkongsian di Iaman sosial peribadinya, Ebit Lew dilihat berbual mesra dengan TMJ di istana. Umum sedia maklum, nama TMJ sering menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah. Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu. ”Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

”Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia.”Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan. Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan ”Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa.

Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. ”Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pertemuan kedua-dua individu yang sentiasa berada di hadapan dalam membantu golongan kurang bernasib baik ini. Ebit Lew pastinya akan dikenang sebagai individu luar biasa dalam menyalurkan bantuan kepada setiap golongan susah di seluruh pelusuk negara.

Sementara TMJ pula pastinya akan diingati sebagai seorang anak raja yang sering menyantuni rakyatnya terutama di negeri Johor dan menghulurkan sumbangan peribadi. ”Ustaz telah buka ramai mata pemimpin. Harap lepasni ramai ahli politik, menteri2 boleh bekerja sama dgn ustaz. Tahniah ustaz. Kami sayang ustaz” tulis Safiq.

SUMBER/KREDIT: k0smo dan IG Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *