Jepun ucap tahniah kepada Muhyiddin atas kejayaan program vaksinasi.

Covid 19 ISU SEMASA Semasa

BEBERAPA hari lagi, negara akan mencapai 90  peratus penduduk dewan divaksinasi. Ia sekaligus akan membolehkan rentas negeri dibenarkan – saat yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat.

Dan pada masa ini juga hampir semua sektor ekonomi telah dibuka, paling menarik tiada lagi negeri berada di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun semua ini boleh tercapai?

Suka atau tidak, tiada sesiapapun menafikan fakta bahawa kejayaan Malaysia yang semakin pulih daripada pandemik Covid-19 dan bergerak ke fasa endemik adalah hasil perancangan kerajaan ketika di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaupun beliau ‘tersingkir’ berikutan dakyah slogan ‘kerajaan gagal’ dan tindakan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap beliau, tetapi kini segala-galanya sudah terbukti.

Melalui perancangan teliti kerajaan diterajui Muhyiddin mulai Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu termasuklah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia kini semakin pulih dan sekaligus membuktikan slogan ‘kerajaan gagal’ yang dicanangkan oleh pembangkang dan beberapa pemimpin kanan UMNO hanya dakyah bermotif politik semata-mata.

Atas sebab itulah negara-negara luar tetap mengiktiraf usaha Muhyiddin dan ia terbukti apabila Jepun melalui Duta Besarnya ke Malaysia, Hiroshi Oka mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Muhyiddin di atas kejayaan proses vaksinasi yang telah dimulakan sejak awal wabak melanda.

Ucapan itu disampaikan ketika Oka membuat kunjungan hormat ke atas Muhyiddin di pejabat bekas Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur.

Hasil proses vaksinasi yang pantas dan teliti kini dapat dilihat melalui pengurangan kes-kes Covid-19 pada waktu ini.

Muhyiddin dan Oka berharap kes Covid-19 di Malaysia-Jepun akan terus berkurangan dan interaksi rakyat di antara kedua-dua negara dapat disegerakan. 

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Jepun yang menyumbangkan satu juta dos vaksin Astra Zeneca dan peralatan perubatan kepada Malaysia Julai lalu.

Ini merupakan kunjungan kedua beliau ke atas Muhyiddin pada tahun ini. Kali pertama April lalu.

Kedua-dua mereka turut menyentuh mengenai pemulihan ekonomi negara, dan sebagai Pengerusi, Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin  turut mengambil maklum isu-isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat dari Jepun di Malaysia, terutamanya dalam isu kekurangan tenaga mahir. Isu tersebut akan dibawa kepada perhatian MPN dalam waktu terdekat.

Kelmarin, Muhyiddin menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

Muhyiddin berkata, mereka bersetuju hubungan dua hala Malaysia-Singapura akan terus diperkasakan dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam aspek menangani wabak Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak Covid-19.

‘’Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, saya menekankan kepentingan pemulihan ekonomi Malaysia dan Singapura dan interaksi rakyat yang terjejas akibat penutupan sempadan kedua-dua negara.

‘’Saya telah mencadangkan perbincangan pembukaan sempadan dengan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan kepada rakyat kedua-dua negara yang telah memperoleh vaksinasi penuh dapat dimuktamadkan dengan kadar segera,’’ katanya.

Muhyiddin berkata,  Vanu Gopala Menon turut menyampaikan jemputan kepada beliau untuk berucap di 13th Leaders in Administration Programme secara virtual pada November ini yang akan turut dihadiri oleh penjawat-penjawat awam kanan Singapura dan eksekutif-eksekutif kanan Badan-Badan Berkanun di Singapura.

Sumber: utusantv.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Remaja pitam lepas ambil vaksin. Tak boleh berdiam sekali ini cerita sebenar dari ibu remaja tersebut.

“Banyak cerita bukan-bukan yang muncul mengenai anak saya. Saya minta tolong hentikanlah sebar berita tidak benar itu kerana anak saya sihat, tiada apa-apa pun,” kata Ulfah Amat Idris, ibu kepada pelajar yang pengsan selepas menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang, di sini, semalam.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada reka cerita anaknya, Muhammad Azim Hassan, 13, sudah pergi menghadap illahi. “Saya kecewa dengan penyebaran video berkenaan, ditambah pula membuat cerita yang salah serta bercanggah dengan apa yang berlaku.

“Ada yang mendakwa anak bongsu saya ini tidak bersarapan pagi sebelum menerima suntikan dan ada pula yang mendakwa anak saya hanya makan satu sudu saja pagi semalam, walhal sebelum pergi ke PPV, Muhammad Azim sudah bersarapan nasi lemak dua bungkus.

“Saya pun tak tahu siapa yang sebarkan cerita itu. Saya minta hentikanlah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Duyong, di sini selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, hari ini.

Semalam, tular di media sosial satu video pendek berdurasi 36 saat yang memaparkan remaja berkenaan dipapah seorang lelaki dalam keadaan longlai selepas menerima suntikan vaksin. Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.

Mengulas lanjut, ibu kepada empat anak itu berkata, Muhammad Azim pengsan selepas menerima vaksin berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam adalah disebabkan terlalu takut. Katanya, hasil pemeriksaan doktor juga mengesahkan keadaan kesihatannya baik, namun jantungnya berdegup agak laju.

“Tolonglah jangan sebarkan cerita yang bukan-bukan, malah saya juga tidak tahu siapa yang merakamkan video berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai vaksin. “Tiga lagi anak saya berusia antara 17 hingga 21 tahun semua sihat selepas terima vaksin,

cuma anak bongsu (Muhammad Azim) semalam sebelum vaksin dia cakap terlalu takut, tapi saya dan keluarga tetap memberinya semangat supaya tidak takut. “Saya juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan keselamatan dan kesihatan yang membantu dalam kejadian semalam,” katanya.

TIMB MENTERI KESIHATAN DATANG MELAWAT

Timbalan Menteri Kesihatan 1, YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali melawat dua kanak-kanak di Bukit Katil, Melaka, pada pagi ini. Salah seorang daripada mereka dilaporkan rebah selepas menerima vaksin COVID-19 semalam dan rakaman video mereka telah tular di media sosial.

Dalam lawatan itu, Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Khas Imunisasi Remaja (CITF-A) turut membuat pemeriksaan kesihatan kepada dua kanak-kanak itu. Dalam sidang media, Dr Noor Azmi menasihatkan ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka mendapat rehat secukupnya dan bersarapan atau makan sebelum menerima vaksin.

Kedua-dua kanak-kanak itu disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang serius. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Remaja (PICK-Remaja) mensasarkan untuk memberi vaksin lengkap kepada 3.2 juta remaja berumur 12 – 17 tahun sebelum sesi persekolahan 2022 dibuka atau sekurang-kurangnya 80% lengkap divaksin.

Selain Pfizer, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin keluaran Sinovac untuk remaja berumur 12 tahun dan ke atas.

Sumber : HMETRO ONLINE

Tular pelajar lembik lepas cucuk vaksin. Akhirnya kkm tampil bongkarkan cerita sebenar.

PUTRAJAYA – Pelajar yang didkwa Ionglai selepas menerima sntikan vksin covid-19 dalam rakaman video tuIar didapati Iewat tldur malam. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelajar berkenaan juga tidak bersarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vksin (PPV) Encore Mall, Klebang, Melaka.

“Pelajar Ielaki berkenaan tlada sebarang masaIah kesihatan tetapi gementar ketika suntikan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Dr Noor Azmi berkata demikian sebagai reaksi terhadap rakaman video tersebut.

Menurutnya, keadaan seumpamanya boleh terjadi kepada lndividu yang terlalu takut, risau, tertekan atau terlalu saklt. “Keadaan begini dalam istilah peru.batan dikatakan ‘syncopal attack’ atau vasovagaI syncopy,” katanya.

Beliau berkata, pelajar berkenaan telah dibenar puIang seIepas didapati sihat dan selesai pemerhatian di PPV. “Saya akan dapat makIumat lebih terperinci apabila menziarahi pelajar ini esok (Jumaat) jam 8.30 pagi. Apa pun pemeri.ksaan asas kesih.atan perlu dilakukan dktor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan ibu bapa dan penjaga memastikan anak berada dalam keadaan terbaik termasuk tidur mencukupi dan bersarapan sebeIum menerima sntikan vksin. “Saya sarankan pada pihak pengurusan PPV mengi.ngatkan pelajar dan ibu bapa sekali lagi agar bersarapan,” katanya.

Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Badan Bertindak lmunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, pelajar juga tldak digaIakkan melakukan aktlviti Iasak seminggu selepas menerima suntikan vksin.“Jika ada masaIah kesih.atan, mesti maklumkan kepada dktor,” katanya.

Alhamdulillah yang mana belum ambil vaksin dekat negeri ni dibenarkan untuk solat jumaat.

Kerajaan Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin menunaikan solat Jumaat dan fardu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu, berkuat kuasa semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata kebenaran solat Jumaat dan fardu itu di masjid negeri, masjid daerah, masjid kariah dan surau kebenaran solat Jumaat.

Katanya, kehadiran jemaah mengikut keluasan kapasiti masjid atau surau dan tertakluk kepada kemampuan serta kawalan. “SOP baharu ini berkuat kuasa semalam, manakala SOP lengkap kepada semua pentadbir masjid dan surau di Pahang akan disediakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Kehadiran jemaah adalah terbuka kepada semua sama ada yang sudah divaksin atau belum,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Mengenai aktiviti pengajian ilmu di masjid dan surau, beliau berkata, kuliah Maghrib dan Subuh saja dibenarkan, manakala yang lainnya perlu mendapat kebenaran JAIP.

“Aktiviti jamuan di masjid dan surau perlu mengikut SOP semasa yang dikeluarkan pihak berkuasa. “Majlis akad nikah boleh dilaksanakan di masjid negeri dan daerah dengan kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

“Bagi pengurusan orang yang telah tiada di masjid dan surau dibenarkan mengikut SOP Pengurusan Bukan Pesakit COVID-19 yang disediakan. “Kerajaan negeri juga masih tidak membenarkan imam, khatib dan penceramah dari luar Pahang,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *