Ada yang DM minta nombor akaun bank. Elyana pilih tidak mahu menyusahkan orang lain.

Amalan artis Hiburan KESIHATAN selebriti

KUALA LUMPUR: Biarpun belum berjaya mengumpul RM50,000 bagi membeli ubat yang dikatakan berupaya menguatkan antibodi, penyanyi, Elyana, 34, meneruskan sesi kedua rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan, semalam.

Elyana mengaku sejak berita dirinya buntu hendak membiayai kos rawatan kimoterapi yang mencecah RM250,000 tersebar, dia menerima banyak mesej langsung (DM) daripada pengikut Instagram (IG) yang mahu menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, kata Elyana, setakat ini dia masih belum berkongsi nombor akaun bank kepada pengikut IG, namun, mengakui membaca setiap DM dilayangkan.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas kebaikan pengikut.

“Kebanyakan daripada mereka yang melayangkan DM sama ada ingin menghulurkan sumbangan atau mahu mengambil inisiatif mewujudkan tabung bantuan, tidak dikenali.

“Saya sangat terharu melihat sambutan rakyat Malaysia yang sangat baik. Saya tidak meminta sumbangan daripada mereka, tetapi peminat yang ikhlas hati menawarkan diri membantu.

“Saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Sejujurnya, saya malu untuk meminta-minta. Bagi saya, ini adalah ujian hidup saya, jadi biarlah saya hadapi sendirian.

“Namun, saya amat berbesar hati dan bertuah dikelilingi orang yang baik-baik,” kata penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu yang menderita kanser limfoma tahap empat.

Disahkan menghidap penyakit itu kira-kira 10 tahun lalu, Elyana atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, berkata dia hanya berkongsi nombor akaun bank kepada bekas pengurus syarikat rakaman, Sam Samin.

“Sam menghantar pesanan meminta nombor akaun bank daripada saya untuk dikongsi kepada kenalan. Sam kata mana tahu dalam kalangan teman atau orang terdekat, mungkin ada yang ingin menghulurkan sumbangan.

“Namun, setakat ini, saya masih belum memeriksa baki akaun bank terbabit. Kebetulan, saya terlupa kata laluan untuk akaun berkenaan. Saya masih belum sempat pergi ke bank menguruskan perkara itu.

“Berapa banyak sumbangan diberi, secara jujur, saya tidak tahu. Namun, saya teruskan rawatan kimoterapi tanpa ubat itu. Jika kos mencukupi, saya akan gunakan untuk sesi rawatan akan datang.

“Besar atau kecil sumbangan yang diberi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang atas niat baik mereka,” katanya.

Beberapa hari lalu, melalui IG Story, Elyana merayu ejen insurans tidak mengambil kesempatan atas kesakitan untuk melariskan polisi insurans.

Mengulas perkara itu, Elyana berkata, dia berbicara mengenai kepentingan insurans perlindungan diri sekadar berkongsi pengalaman sendiri.

Namun, Elyana tidak sangka ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan.

“Bagi saya, tidak salah jika ada yang ingin tahu mengenai insurans. Apa yang saya tahu, serba sikit saya kongsi. Tidak sangka pula ada yang merakamkan sesi saya itu dan sebarkan.

“Mereka sanggup sunting dan memasukkan lagu. Seolah-olah saya menjadi jurucakap syarikat insurans.

“Bagi saya, sikap mereka sangat tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan modal saya sakit untuk kesenangan mereka tanpa meminta kebenaran.

“Sudahlah rakaman dibuat dalam keadaan saya tidak bersedia iaitu di atas katil hospital. Saya tidak benarkan sama sekali mereka gunakan saya untuk mengaut keuntungan.

“Mereka yang berbuat demikian tidak sensitif langsung dengan keadaan saya,” katanya.

Elyana juga meminta peminta agar tidak berkongsi kisah individu yang tewas akibat kanser di ruang komen pada akaun IG.

Faham niat mereka berkongsi pengalaman ahli keluarga atau teman rapat yang menjadi korban penyakit itu, namun, ibu kepada dua cahaya mata, Cinta Sumayyah,10, dan Cahaya Ramadhani yang berusia dua tahun ini, menganggap sekarang bukan masa yang sesuai.

Semuanya kerana Elyana sedang menjalani rawatan kimoterapi dan menanggung kesakitan daripada proses itu.

“Saya tahu niat mereka baik. Mungkin sekadar ingin berkongsi mengenai ahli keluarga atau rakan yang tidak mampu bertahan ketika menjalani rawatan kimoterapi.

“Tetapi dalam keadaan saya sekarang, tindakan itu mengganggu semangat dan mempengaruhi emosi saya.

“Ada masanya saya dalam dilema apakah langkah diambil untuk menjalani rawatan kimoterapi betul atau tidak? Apakah selepas ini giliran saya pula tewas ketika menjalani kimoterapi?

“Jadi, kepada orang ramai, nasihat saya, jika ada orang sekeliling sedang sakit, janganlah bawa unsur negatif. Sebaliknya, pupuklah semangat mereka, bukan menjatuhkannya,” katanya.

Sumber: Bharian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Doktor sarankan ambil ubat berharga RM50k untuk kuatkan antibodi. Sekali ada satu benda yang buat Elyana terharu dengan orang ramai.

Penyanyi, Elyana mengakui terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak yang ingin membantunya untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perubatan barah limfoma yang dihadapinya ketika ini.

Memetik laporan Kosmo Online, Elyana memaklumkan dia sebenarnya segan untuk menerima sebarang bantuan memandangkan selama ini dia tidak pernah berbuat sedemikian lebih-lebih lagi untuk meraih simpati daripada orang ramai diatas penderitaan yang dialami itu.

“Jujur saya terharu dan tidak tahu nak kata apa. Ramai mesej (DM) saya dalam Instagram nak hulur bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu saya tanggung disiarkan. Saya pada awalnya memang tak pernah terfikir atau terlintas apatah lagi mahu meminta belas ihsan daripada orang lain. Tapi malam tadi saya dihubungi bekas pengurus syarikat rakaman sebelum ini, Sam Samin yang meminta kebenaran untuk saya untuk mereka siarkan nombor akaun bank bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Diakalmu ini turut menambah, dia kini harus menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil ubat khas secara berkala sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakitnya itu.

“Kalau ikutkan, Jumaat ini saya dah kena mula ambil ubat khas berupa antibodi berharga RM50,000 itu. Doktor sarankan kena ambil lima kali ikut jadual ditetapkan. Jujur buat masa sekarang, saya memang tidak ada sumber kewangan sebanyak itu. Jika dana yang dikumpul dan disumbangkan orang ramai itu mencukupi, saya terus akan dapat ubat tersebut. Sebaliknya jika kewangan masih tidak menginzikan, saya tetap akan menjalani rawatan kem0tr4pi seperti biasa dan terpaksa menangguh dulu hasrat untuk mengambil ubat khas tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, Elyana turut memaklumkan ubat khas yang disarankan oleh pihak doktor itu akan bertindak sebagai antibodi hang mampu untuk membina daya ketahanan sehingga 98 peratus.

“Doktor beritahu saya, ubat khas itu berfungsi untuk ketahahanan antibodi hingga 98 peratus dan peluang untuk sembuh daripada barah amat cerah. Ada orang jenis kem0terapi berbeza-beza, macam saya doktor sarankan dan sesuai untuk guna ubat tersebut. Insya-Allah peluang untuk sembuh tu ada,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Elyana ada meluahkan kerisauan mengenai kos rawatan sesi kedua kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang akan dimulakan Jumaat ini.

Sekadar informasi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendedahkan tentang penyakit barah limfoma tahap empat yang dihadapinya itu ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, Elyana telah pun melalui pelbagai sesi rawatan sebagai ikhtiar untuk melawan sakitnya itu. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344. Sumber: Kosmo Online

Semua macam tiada perasaan. Elyana kecewa dengan ejen insurans yang buat macam ni tanpa izinnya.

Dia turut menegaskan tidak akan memberi keizinan buat ejen insurans yang telah menggunakan gambar dan videonya. Penyanyi dan pelakon, Elyana meluahkan rasa kecewa apabila segelintir ejen insurans telah menggunakan gambar dan video yang dimuatnaiknya bagi tujuan promosi.

Menyifatkan Tindakan Ejen Insurans Tidak Mempunyai Perasaan

Menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik nya di laman Insta-story pada malam Khamis, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal menyifatkan tindakan mereka itu seperti tidak berperasaan. Malah, dia turut menegaskan tidak akan memberi keizinan buat ejen insurans yang telah menggunakan gambar dan videonya.

” Kepada semua ejen insurans yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar tanpa meminta izin. Saya tidak izinkan sama sekali. Anda Semua Seperti Tiada Perasaan” luah Elyana.

Sudah Minta Padam Gambar & Video Elyana 

Dalam pada itu, difahamkan pihak pengurusan Elyana sudah menghubungi ejen-ejen insurans yang terlibat dan meminta mereka untuk memadam gambar dan video yang digunakan dengan kadar segera.

Sekadar info, ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017, pelantun Tak Tercapai Akalmu ini telah menggemparkan industri apabila membuat pendedahan bahawa dirinya sedang berjuang melawan sakit barah limfoma tahap empat yang dihidapinya. Difahamkan, barah tersebut telah merebak ke beberapa organ badannnya.

Dalam perkembangan lain, bekas pengurus syarikat rakaman Elyana sebelum ini, Sam Samin telah berkongsi kepada media nombor akaun bank penyanyi itu bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan. Buat individu mahupun organisasi tertentu yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344. Sumber : Murai.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *