Diva Azwan Ali perli Zizi Kirana kuat drama di twitter. Sekali ini jawapan dari Zizi Kirana.

artis Kisah Rumahtangga selebriti

Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan hantaran twit yang dibuat pengacara popular, Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua.

Kata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini lagi, dia menganggap status Azwan Ali itu sebagai satu doa buat dirinya agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Malah, ujarnya lagi, dia menganggap Azwan sebagai seorang yang kelakar apabila pengacara itu menulis “Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau! Kannz? Dapat pucuk muda? Laju ek ko? Ko ghase??” di laman sosial Twitter miliknya.

Sejujurnya,saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu, Malah saya rasa dia seorang yang kelakar. Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Yusuf Bahrin melarang isterinya itu mengangkat benda-benda berat selepas mereka mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Zizi berasa kekok.

Ia kemudian menjadi tumpuan peminat termasuklah Azwan Ali.

Zizi dalam pada itu tampil menafikan dirinya kini hamil berikutan Yusuf melarang dia membuat perkara-perkara tersebut.

“Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat..” jelas Zizi yang dihubungi sebuah media, hari ini.

Sumber: Beautifulnara.

Hampir Tiga Minggu Bergelar Pasangan Suami Isteri . Zizi Kirana Dedah Sikap Yusuf Bahrin.

Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.

Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.”Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat…Katanya tak payah.

“Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa…”Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya,” katanya.

Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berseloroh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.”Saya DM dia saya cakap; ‘Hai Zizi, lawa kasut!’.Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik.”Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula,” ujar Yusuf.Tambah Zizi; “Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri.”

Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan. Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.

“Apa paling penting sabar. Kalau tak ada sabar boleh gaduh, cerai. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian.

Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.Sementara itu, tambah Zizi; “Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.

“Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime. Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan.Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri.

“Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.

“Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun dia, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu…,” ujarnya.

Pasangan berjodoh ekspres itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sumber: Mediacorp Ria897

Zizi Kirana Sakan Mengusik Waktu Bergambar. Warganet Terhibur Melihat Pasangan Pengantin Baru.

Siapa sangka cuti hujung minggu semalam bakal membawa berita penyatuan yang amat mengejutkan. Mana tidaknya, semalam penyanyi rap kesayangan ramai iaitu Zizi Kirana akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan iaitu Yusuf Bahrin yang juga seorang pelakon.

Dinikahkan dalam satu majlis akad nikah tertutup…Zizi Kirana terima mas kahwin rm300

Menerusi portal Harian Metro, pasangan berkenaan selamat dinikahkan dalam satu majlis akad nikah tertutup mengikut SOP dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Dalam pada itu, Zizi telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin, seutas gelang serta senaskhah Al-Quran.

Video:

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037-aiso/29d03bf379134a8e872f84e01a9fd449/?a=1988&br=4854&bt=2427&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1632125791&ft=9wMeRexg4kag3&l=202109200216110102450190692D205EA8&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=M3FoOmU6Zm1pODMzZjgzM0ApOTk5ZTQ7ZzxkNzo3ZTU5ZWc2LzQzcjQwMjBgLS1kL2Nzc2MxNjMzYjEtMS0vMGNeNDY6Yw%3D%3D&signature=7f7f876aa51269986e0bdee3c2f47c00&tk=0&vl=&vr=

Cinta hatiku yang ku sayang, yang ku rindu…Oh yang ku perlu dalam hidupku

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Zizi Kirana yang dikenali dengan sifat ‘nakal’ itu sempat mengusik suaminya sewaktu sesi bergambar diadakan. Lebih menariknya lagi, Yusuf pula kelihatan tersipu-sipu malu di hadapan rakan yang lain. Terdahulu dilaporkan mereka berdua serius berkenalan sejak 2 bulan lalu terus membuat keputusan ke fasa serius tanpa perlu bercinta lama-lama.

Video:

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037-aiso/a95b682b575541a59c228b2361cbb418/?a=1988&br=2014&bt=1007&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1632125799&ft=9wMeRexg4kag3&l=20210920021611010245144131332038FD&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=anl1d2k6ZjVoODMzZjgzM0ApZjk3NDM1OzxmN2Q4OGczOmcyMzMtcjRfbTBgLS1kL2NzczIzXy80YjM1NDReNWBjLy46Yw%3D%3D&signature=b767da567f21c398cf18d4aab148c4be&tk=0&vl=&vr=

Alahai baru semalam je lepas tengok lelaki tu terlepas cakap sayang dekat Zizi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat pasangan pengantin baru berkenaan. Malah ramai pula berseloroh kononnya cemburu serta broken heart  dengan penyatuan dua artis tersebut.

Sumber: Portal Harian Metro, TikTok asyrafislm & _fvz

Terkejut dengan berita mengenai pasangan ini. Ada pihak yang dedah Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana bakal bernikah bulan depan.

Zizi dan Yusuf mula berkawan sejak dua bulan lalu. Panggilan sayang yang diungkapkan aktor Yusuf Bahrin terhadap Zizi Kirana dalam satu rakaman yang tular pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hubungan mereka sudah memasuki fasa serius. Ini kerana pasangan itu dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan.

Rakaman Yusuf memanggil Zizi ‘sayang’ menjadi tular.

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian menurut sumber kepada mStar. Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Zizi serta Yusuf tidak menjawab panggilan dan membalas mesej. Sebelum ini kecoh apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu. Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

Zizi sebelum ini akui tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan Yusuf.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun ketika dihubungi mStar berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka. Penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram. Jika benar khabar gembira ini kita doakan urusan mereka dipermudahkan. Sumber : Mstar

Kantoi panggil ibu sayang. Sekali pandai Yusuf Bahrin cover balik. Membuatkan warganet tertanya hubunganya dengan Zizi Kirana.

Baru-baru ini, penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusof Bahri mencuri perhatian warganet apabila Yusuf secara tidak sengaja memanggil Zizi dengan gelaran ‘sayang’ ketika sesi live di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik oleh Ms MicKy di TikTok, kelihatan pelantun lagu ‘Eh’ itu begitu rapat dengan Yusof Bahrin ketika sesi Live di Instagram.

Ujar pelakon berusia 29 tahun, dia berada di rumah ibunya sesi Live itu dan secara tidak sengaja memangggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’, namun mereka berdua dengan pantas menjelaskan sebenarnya Yusuf memanggil ibunya dengan panggilan tersebut.

Saya kat rumah ibu ni sayang. Eh, no.. ibu sayang. Saya panggil ibu sayang. Kelihatan Yusuf seperti gelabah serta tersipu malu apabila menyedari bahawa dirinya sudah ‘terkantoi’ membuatkan Zizi tidak menahan gelak kerana terhibur melihat gelagat pelakon lelaki berkenaan.Dalam pada itu, Zizi yang tampil berniqab turut memuji Yusuf dengan mengatakan bahawa pelakon lelaki berkenaan seorang yang sangat sweet dan ramai yang menyukainya.

Petang-petang ni sweet pula. Yusuf memang sweet lah sebab tu lah banyak orang suka dia, dia sangat baik.Meninjau di ruangan komen klip pengguna bernama @m3_micky itu, rata-rata orang ramai merestui hubungan mereka jika pasangan itu benar-benar bercinta. Kepastian tentang sama ada kedua-dua pasangan itu menjalinkan hubungan ataupun tidak, masih belum diketahui dan sehingga kini, klip video tersebut telah meraih lebih dari 350,000 tontonan daripada pengguna TikTok. Anda rasa bercinta ke tidak?

Bila bertudung kurang dah komen yang negatif. Zizi Kirana mohon doakan semoga dia kekal berhijab. 

Penyanyi bersuara serak-serak basah, Zizi Kirana memohon doa orang ramai supaya dirinya kekal dengan penampilan berhijab yang kini diperkatakan dalam kalangan warganet. Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya Fazelah Mad Tahil tidak mahu berbicara lanjut mengenai imej terbarunya itu.

“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini. “Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya. “Bagi saya, doa adalah snjta paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap,” katanya. Penyanyi lagu Eh itu berkata, dia bersyukur apabila penampilan menutup aurat itu mendapat reaksi positif daripada ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan yang mendoakan dirinya untuk terus istiqamah.

“Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan. Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” ujarnya. Terdahulu, penyanyi berusia 36 tahun itu sering tampil dengan imej seksi sehingga foto yang dimuat naik di media sosial dipenuhi komen berbaur tak senonoh daripada kaum lelaki.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *