Nak cerita macam riak pula. Lelaki buat parodi Iqbal review harga kucing buat warganet terhibur.

Amalan Hiburan kucing Viral

Baru-baru ini telah viral sebuah video dirinya yang telah membuat parodi tentang bakal suami kepada usahawan berjaya iaitu Iqbal yang mencampakkan sejumlah duit tetapi Kini individu yang dikenali sebagai VALENTINE di aplikasi Tik Tok itu telah muncul dengan video baharu.

Masih berkonsepkan video parodi, individu yang dikenali sebagai valentine itu telah memuatnaik sebuah video yang seakan sama iaitu parodi video iqbal memberitahu tentang harga dan koleksi kucing2 beliau.

Individu tersebut yang telah membuat video yang seakan persis seperti video iqbal tu mendapat tontonan beratus ribu peminat yang meminati video parodi belaiu.

Menerusi video tersebut valentine juga turut menggunakan koleksi kucing beliau yang tidak kurang juga comel dan berharga seperti kucing iqbal. Apa yang membuatkan semua org suka akan parodi valentine adalah kerana timing dia bercakap seakan2 sama seperti suara dia sendiri.

Video:

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warga net memuji video parodinya yang sangat natural dan unik. Ramai juga yang geli hati melihat gelagat kucing2 beliau yang bekerjasama sepanjang lakonan.

Komen warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selamba je campak duit. Bengang dengan gaya Iqbal yang macam tu sekali ini teguran dari Ac Mizal.

Belum lagi reda isu mengenai percintaan kontroversi diantara Datuk Seri Vida dan Iqbal di media sosial, kini timbul pula isu lain yang sedang hangat diperkatakan oleh warganet. Antara yang menjadi topik bualan hangat warganet kini di media sosial apabila, ada yang mendakwa Iqbal seakan riak dan takbur dengan menujukkan kemewahan yang dimilikinya.

Difahamkan dakwaan ini timbul apabila Iqbal telah menayangkan kemewahan yang dimilikinya menerusi satu sesi tembual yang dibuat oleh satu portal hiburan ‘online’. Menerusi sesi temubual terbabit, Iqbal juga turut menaikkan kemarahan dan kritikan warganet, apabila telah melemparkan duit dengan dakwaan niat untuk membuktikan kemewahannya pada warganet.

“Untuk warganet, saya kena ajar atau cerita macam ni ke?” “Okay aku kaya, aku tak nak duit orang, sampai bila saya kena buat macam ni, saya pun ada maruah, nak kahwin sebab harta ke?” “Saya geram tau, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tkam saya,

cakap saya nak duit, sehingga saya nak buat perniagaan pun orang tdh saya nak ambil duit orang, ini duit saya sendiri, tak minta duit orang pun,” jawab Iqbal dalam sesi tembual berkenaan sambil melemparkan duit.

Menurut Iqbal, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuktikan serta membidas dakwaan warganet yang kata niat untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida sekadar menumpang kekayaan dan populariti semata-mata. Ekoran perkongsian video berkenaan, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh semua pihak, malah salah seorang selebriti yang berpangkat Datuk tampil menempelak serta kurang senang dengan tingkah laku yang dibuat oleh Iqbal berkenaan.

Selebriti yang dimaksudkan adalah Datuk Ac Mizal, dia berkata, seharusnya tidak menunjuk kekayaan yang diperolehi tetapi sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh tuhan. “Jangan terlampau riak sampai campak campak duit, rezeki dari Allah bukan untuk menunjuk”

Meskipun niat Iqbal hanya untuk membidas dakwaan yang dilemparkan warganet terhadapnya, namun perbuatannya itu didakwa seakan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi kata Datuk Ac Mizal.

“Bersyukur lagi bagus, tak habis habis nak tunjuk duit, hmm macam dia seorang je yang kaya, ingat yang dicampak tu rezeki dari ALLAH,” tulis Datuk Ac Mizal. Menjengah diruang komen, rata-rata telah kurang senang malah ada yang turut menyelarnya dengan perbuatan riak berkenaan.

“Perangai… Nanti Allah tarik baru tahu, dalam satu dunia ada musibah, tolonglah jangan riak sangat. Istighfar” “Meluat! nampak sangat riaknya,” komen warganet. ‘Tak Semua Benda Dalam Hidup Sy Berkiblatkan Duit’- Catriona Ross Minta Maaf, Skali lqbal Dtg Komen

” Saya minta maaf kerana ambil masa yang lama untuk membalas anda..” Gara-gara video parodi berlakon sebagai Datuk Seri Vida disalah anggap, pelakon Catriona Ross semalam tampil memohon maaf kepada usahawan berkenaan dan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad IqbaI Zulkefli.

Menerusi beberapa buah video InstaStory, Catriona mengambil masa yang lama untuk menjawab semua tudvhan dan ketidakpuasan hati IqbaI kerana sibuk dengan urusan keluarga. Catriona atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kek menafikan tudhan IqbaI yang mendkwa vdeo parodi tersebut dilakukan semata-mata kerana wang ringgit.

” Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun IqbaI merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri. Hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat. Menjawab isu pertanyaan IqbaI adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit?

” Saya nak jelaskan kepada IqbaI, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit,” katanya. Tambah pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sephia itu, video parodi tersebut dilakukannya atas dasar kerja sekali gus menafikan tudhan dia menerima tawaran lumayan.

”Sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai seorang pelakon. ”Tetapi menghormati pandangan dan perasaan IqbaI, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan IqbaI berasa lebih tenang dan damai selepas ini.

”Saya juga terkejut apabila IqbaI mengatakan dia mengalami tekanan kerana msaIah tersebut,” ujarnya. Dalam pada itu, dia juga sempat menitipkan pesanan kepada IqbaI agar berani dan terus kuat untuk menghadapi sebarang dugaan.

”Sebagai seorang kakak kepada seorang adik dan jauh lebih matang, saya nak nasihatkan IqbaI. Sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat dahsyat.

”Kepada IqbaI yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, IqbaI kena sangat kuat. ”Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis dan mudah-mudahan IqbaI menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih,” katanya lagi.

IqbaI datang komen

Sementara, menerusi satu komen di akaun Istagram Catriona, IqbaI dilihat turut memohon maaf sekiranya segala dakwaannya melukan hati Catriona. ”Saya minta maaf seandainya kata-kata saya mengguris hati. Akak orang baik dan ramai sayang,” katanya dalam ruangan komen hantaran IG Catriona.

Komen IqbaI turut mendapat respon Catriona yang membalas, “Not an issue”. Terdahulu, sebuah video parodi MeleTOP lakonan Catriona, Jihan Muse dan Danial Zain yang melakonkan semula babak kejutan hari jadi IqbaI kepada Vida tular dalam media sosial.

Video parodi berkenaan mendapat perhatian ramai termasuklah IqbaI yang berpendapat hatinya terguris dan terkilan dengan gurauan tersebut. ”Pagi-pagi lagi saya dah nampak orang kongsi video parodi tentang saya dan DSV… sebelum ini banyak juga vdeo sinis mengenai kami di laman sosial.

”Sejujurnya saya sedikit terasa hati apabila isu serius ini orang buat main-main, sedih apabila tonton vdeo-vdeo sebegitu. Tapi bila fikir balik nanti orang kata saya hati tisu pula, sedangkan saya pun ada perasaan juga.

”Apabila ada orang jadikan ia bahan untuk gelak, saya rasa sedih tapi tak apa la kalau itu boleh buatkan mereka happy, saya pun tak boleh nak buat apa!” katanya kepada mStar. Menerusi Instagram, IqbaI ada berkongsi beberapa video memperlihatkan warganet mengajuk semula aksi dan ucapan Vida semasa melakukan kejutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

IqbaI turut menegaskan kisah cintanya dengan Vida bukanlah gimik atau sengaja dicipta untuk mengejar populariti. ” Saya kena kritik bertubi-tubi… sampai saya pun tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur.” luah IqbaI.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Trending Sangat

Daniel tetap berkeras tak nak buat permohonan maaf. Terkejut bila tiba tiba Daniel siap cabar Iqbal untuk buktikan serius cintakan Vida.

Kekecewaan yang diluahkan usahawan Ahmad Iqbal apabila kisah cintanya dijadikan bahan parodi di program MeleTOP tidak membuatkan pelawak Danial Zaini berasa perlu membuat permohonan maaf.

Danial atau nama sebenarnya Muhamad Danial Mohd Zaini berkata, dia hanya akan bertindak demikian sekiranya usahawan itu membuktikan hasrat berkahwin dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) bukan gimik bagi melariskan jualan mereka.

“Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk marketing busines dia. “Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

“Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” ujarnya kepada mStar. Danial berkata demikian bagi mengulas luahan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal, 27, yang tersinggung dengan tindakan segelintir pihak mempersendakan niatnya mengahwini DSV.

Kata Iqbal, banyak content di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kontroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka. Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalan menyiarkan video parodi berkaitan kontroversi mereka.

Menerusi video itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh Iqbal di Instagram sebelum ini. Susulan luahan Iqbal itu, Catriona Ross tampil memohon maaf namun menafikan tuduhan usahawan itu bahawa dirinya melakukan video tersebut disebabkan tawaran lumayan.

Sementara itu, Danial berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah mereka tidak menyebut nama mana-mana individu dalam video berkenaan. “Soal parodi MeleTOP tu bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

“Lagipun dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia. “Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *