Betul ke Sarah Suhairi yang bakal bergelar isteri Haqiem Rusli. Ini jawapan Haqiem Rusli.

artis Hiburan selebriti

Ramai yang tahu bahawa penyanyi Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Macam-macam nama para peminat telah sebutkan tetapi pelantun lagu Tergantung Sepi itu masih lagi mengambil pendekatan untuk mengunci mulutnya dari mendedahkan identiti wanita itu.

Di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, ada pula yang bertanya adakah penyanyi Sarah Suhairi yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka itu

Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem?

Namun jawab penyanyi yang digilai ramai wanita terutamanya dikalangan remaja itu, Sarah Suhairi bukanlah gerangan identiti bakal isteri yang dirahsiakan olehnya.

Salah orang ini..

Apa-apa pun, harap peminat-peminat Haqiem dapat bersabar sikit ye. Nanti mesti Haqiem bagitahu punya!

Sumber:Beautifulnara

Sejak Mula Ke Industri Hiburan Iman Troye Sering Dikaitkan Kontroversi. Sekali Ini Anggapan Iman.

Sejak melangkah masuk ke industri hiburan, nama Iman Troye sering terkait dengan kontroversi. Bermula dengan kesalahan baring di atas pokok hiasan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seterusnya mencetuskan salah faham peminat disebabkan komen terhadap Jaehyun, anggota kumpulan NCT 127, nama Iman terus panas dengan beberapa kontroversi lagi. Pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Shahabudin, 21, itu juga pernah dikritik gara-gara menulis ‘Happy 6.9k everyone!’ di akaun Twitternya yang merujuk kepada peningkatan jumlah kes CVDI9 di Malaysia sekitar bulan Mei lalu.

Terbaharu, dia sekali lagi menjadi buah mulut warganet apabila meletakkan tag nama Instagram penyanyi Naim Daniel pada gambarnya yang sedang memegang sejambak bunga. Tindakan Iman itu menimbulkan riuh dalam kalangan peminat sehingga menyebabkan ramai yang membuat andainya bahawa dia dan Naim telah mengikat ikatan pertunangan. Bagaimanapun, Iman dan Naim secara terbuka memberitahu bahawa ia adalah gurauan semata-mata. Adakah Iman merupakan magnet kontroversi? Adakah hal-hal negatif menjadikan populariti Iman dalam kalangan peminat mencanak naik?

Berkesempatan berbicara dengannya pada sidang media virtual pengumuman senarai calon Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) yang berlangsung baru-baru ini, Iman menjelaskan bahawa kontroversi merupakan hal yang harus dilalui sepanjang berada dalam dunia hiburan. Menurut Iman, dia juga percaya bahawa setiap kontroversi yang dilalui sedikit sebanyak memperkenalkan namanya dalam kalangan masyarakat.

“Bagi saya, apabila saya sudah masuk dalam industri ini, saya kena terima setiap perkara baik dan buruk. Sisi buruknya bakal menjadi pengajaran supaya saya lebih matang dan berhati-hati. Sisi baik pula apabila saya selalu mendapat aura positif dan kata-kata semangat daripada rakan artis serta peminat.“Mungkin betul, setiap kontroversi dan berita yang dilaporkan sebelum ini menyebabkan orang mengenali saya. Namun, secara jujur, bukan niat saya untuk cipta kontroversi. Niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya rasa di media sosial,” ujarnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Iman berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal-hal negatif dan selalu menjadikan keluarganya sebagai tempat rujukan apabila ditimpa musibah. “Apa yang penting adalah kesihatan mental kita. Jadi, kalau ada apa-apa yang berlaku, saya akan rujuk dengan keluarga terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat. Kemudian, saya tolak tepi benda yang tak penting supaya saya tidak terganggu dengan hal yang tidak enak,” jelasnya lagi. Ditanya adakah dia dan Naim Daniel mempunyai hubungan istimewa seperti yang digembar gemburkan, jawab Iman ringkas: “Tidaklah, saya anggap dia sebagai abang dan dia anggap saya sebagai adik. Tak lebih, tak kurang,” tutup Iman. Menerusi pencalonan awal AME 2021, Iman yang sebelum ini popular dengan single berjudul Teman tersenarai dalam empat kategori iaitu Artis Baharu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP Era, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP. Sumber : Gempak

Tiada Angin Tiada Ribut. Iman Troye Dikejutkan Dengan Khabar Sudah Bertunang Dengan Naim Daniel.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut. – Gambar/ Instagram

TIADA angin, tiada ribut para peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar ‘pertunangan’ dua penyanyi yang sedang melonjak naik namanya dalam industri seni, Iman Troye bersama Naim Daniel.

Lebih memeranjatkan apabila khabar itu dikongsikan Iman sendiri melalui kemas kini status di akaun Instagram miliknya, pada Sabtu.

Gambar yang dimuat naik kira-kira pukul 8.30 malam ini memaparkan Iman duduk di atas pelamin serba putih dengan memakai busana rona hijau.

Khabar angin itu terus hangat diperkatakan warga maya apabila penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu memegang bunga tangan dan nama Naim ditandakan di atas jambangan tersebut.

Malah, Iman yang baharu berusia 19 tahun itu turut menaip status ‘Alhamdulillah’ pada imej tersebut.

Iman sudah mengalihkan tanda nama Naim Daniel pada gambarnya

Astro AWANI cuba menghubungi Iman Troye untuk bertanya lanjut sekali gus mengesahkan khabar angin itu, bagaimanapun penyanyi berkenaan tidak menjawab panggilan tersebut. Dalam pada itu, menurut sumber terdekat Naim, khabar angin itu tidak benar dan ia hanya gurauan semata-mata.

“Naim dan Iman tidak bertunang…saya pun terkejut sebenarnya bila mengetahui perkara ini. Berita itu tidak benar dan saya rasa Iman hanya bergurau,” kata sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan pelontar lagu Sumpah itu.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah dikaitkan sedang bercinta tetapi kedua-dua penyanyi itu menafikan dan menjelaskan hubungan mereka sekadar ‘abang dan adik’. Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana, betul tak? Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk kedua penyanyi ini. Sumber : astroawani

Tunang Tolong Seseorang Ini Sehinggakan Mengalirkan Air Mata. Rupanya Ini Sebab Kenapa Boleh Buatkan Dia Sampai Begini Sekali.

Kisah dikongsikan seorang pengguna TikTok ini mengundang orang ramai terharu dengan kebaikan yang dilakukan oleh tunangnya. Menurut pemilik akaun bernama Lynn Az, dia mengatakan bahawa tunang mengajak dirinya untuk menghulurkan bantuan buat seorang mak cik.

Dia mengatakan bahawa tunangnya itu membelikan makanan yang mana sebelum itu sudah dihulurkan duit. Namun tanpa disangka-sangka pula selepas mendekati mak cik terbabit dan dia duduk dihadapannya lalu tunangnya itu memeluk dan menangis akibat terbayangkan ibunya sendiri.

“Mulia hatimu en tunang. Semoga Allah balas hati budi biy.. Pls kalau masuk fyp korg, doakan hubungan kami berkekalan.. ” katanya. Kisah yang dikongsikan itu mengundang warganet pula meminta agar dia menjaga tunangnya itu dengan baik kerana susah untuk mendapat lelaki sepertinya.

Dalam pada masa yang sama, perkongsian kisah terbabit juga mencetuskan rata-rata yang menonton video itu tidak dapat menahan air mata melihat momen tunang dia bersama mak cik tersebut. “Jaga cik Tunang dengan baik dik… susah nak dapat lelaki yang baik macam ni, hormat orang tua”

Warganet juga tidak melepaskan peluang untuk tinggalkan kata-kata doa kerana kebaikan tunang pemilik akaun itu yang menghormati orang tua. “Panas rasa mata tahan air mata ni, last-last keluar juga. Semoga tunang awak sampai bila-bila macam ni, hormat orang tua dan jaga awak sebaiknya” “3x ulang tengok, 3x jugak jatuh ayaq mata time tunang…” Sumber: HCL

Pemuda Ini Buka But Kereta Untuk Memberi Bantuan Secara Percuma Pada Yang Memerlukan. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Sesuatu.

TASEK GELUGOR: Kesusahan hidup yang pernah dialami mendorong seorang penjawat awam melakukan kerja amal dengan memberi barangan keperluan dapur secara percuma bagi golongan memerlukan. Biarpun tidak memiliki pendapatan besar namun dia berusaha menyumbang kepada komuniti memandangkan pernah merasa keperitan hidup apabila dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Azizul Abdul Rahim, 37 yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mula melakukan kerja Kebajikan secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah termasuk golongan gelandangan.

“Saya pernah hidup susah dan tahu keperitan untuk membeli barang keperluan ketika mengalami kesempitan wang kerana ibu ayah saya bukan orang senang. Jadi saya mengambil iktibar pada diri sendiri untuk membantu golongan yang pernah senasib dengan saya walaupun gaji saya bukanlah besar mana tetapi ia cukup membahagiakan saya apabila dapat meringankan beban orang lain. Pada mulanya, saya menggerakkan kerja kebajikan ini dengan menghantar barang keperluan dapur dari rumah ke rumah selepas mendapat maklvmat mengenai orang yang memerlukan bantuan, tetapi sejak pandemik COV1D-19 timbul idea lain yang mana saya akan parkir kereta di beberapa lokasi kemudian membuka but yang diisi dengan pelbagai barangan keperluan bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui berhampiran Pasar Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Azizul berkata, dia memahami ketika pandemik Covid-19 ramai yang kehilangan pekerjaan dan mendorongnya membantu walaupun ia tidak seberapa.

“Selepas habis kerja, saya akan pergi ke mana-mana kawasan dalam daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah untuk mengag1hkan pelbagai barangan keperlvan dapur. Ramai yang tidak percaya pada awalnya kerana ada ingat saya berniaga maklumlah buka tepi jalan tetapi sambutan amat baik bahkan ramai juga yang menyumbang untuk saya terus menjalankan kerja amal ini,” katanya.

Azizul berkata, dia bersemangat melaksanakan kebajikan dan tidak pernah penat walaupun ia dilaksanakan selepas waktu kerja.

“Setiap kali saya pergi buat kerja amal ini ramai yang mendoakan saya bahkan saya teringat kata-kata seorang pakcik yang memberitahu biar tak banyak duit tapi rajin sedekah maka rezeki akan lebih berkat. Kata-kata yang diberikan itu meresap dalam jiwa sampaikan saya tak rasa penat pun buat kerja ini bahkan seronok apabila ramai yang menyokong usaha saya ini hingga berpusu-pusu memberi wang serta barang untuk saya hulurkan kepada mereka yang perlu,” katanya yang turut mendapat bantuan isteri serta anak sulungnya yang turun membantunya.

Sementara itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Norma,50-an berkata, dia memuji usaha yang dilakukan Azizul kerana amat bertepatan dalam keadaan situasi semasa yang banyak terkesan.

“Saya kehilangan kerja akibat COV1D-19 tambahan pula seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami sejak tujuh tahun lalu akibat sakit jantung. Memang perit sangat apabila tiada kerja dan perlu membesarkan empat anak namun sudah menjadi takdir maka inisiatif kecil seperti Azizul ini sangat membantu kerana ia meringankan beban orang-orang seperti saya,” katanya yang mengetahui inisiatif itu melalui Facebook. Sumber: BHONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *