Belum habis kes abang askar. Kini tular pula kisah gadis dakwa dicium rakan sekerja berstatus suami orang.

OH WANITA seram

Didakwa telah dicium seorang rakan sekerja sebanyak dua kali pada bahagian kepada di tempat kerja, seorang gadis yang merupakan pengguna Twitter meluahkan rasa trauma yang perlu dihadapinya.

Dicium rakan sekerja.

Menerusi ciapan laman Twitter gadis berkenaan, dia mendakwa telah membuat laporan polis bagaimanapun rakan sekerjanya itu telah diikat jamin oleh isterinya.

Kongsinya, dia mahu menyerahkan kes yang dianggap gangguan tidak senonoh itu kepada pihak berkuasa namun suspek mendakwa kejadian tersebut tidak serius.

Suspek ‘play victim’.

Turut berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp, seorang lagi rakannya mendakwa suspek bertindak demikian kerana mahu memberikan kasih sayang kepada mangsa.

Ini kali kedua cium di kepala.

Nak bagi duit sebab serba salah.

Gadis berkenaan turut mendedahkan bahawa suspek mahu menghulurkan duit RM50 kerana berasa serba salah selepas berlaku kejadian terbabit.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meminta gadis berkenaan bertegas akan perkara tersebut.

Sumber: Redaksi.com

Tular Azwan Ali Yang Didatangi Peminta Sedekah Lalu Dihalau. Sekali Warganet Tampil Dedah Pengalaman Gangguan Oleh Budak Rohingya.

Baru-baru ini, pengacara terkenal Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA ada memuat naik video memaparkan dirinya didatangi seorang peminta sedekah cilik lalu dihalau. Lantaran itu, video berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir warganet.

“Out, sebelum aku ludah,” jerit Diva AA.

Rupa-rupanya reaksi yang ditunjukkan oleh pemilik nama Mohamed Azwan Ali itu ada kisahnya tersendiri apabila ramai warganet tampil menjelaskan situasi sebenar di mana mereka juga pernah berdepan dengan peminta sedekah cilik dipercayai warga Rohingya sedemikian.

Apa yang mengejutkan lagi adalah rata-rata mereka mempunyai tanggapan peminta sedekah cilik yang berkeliaran di situ bersikap kurang ajar dan sanggup menipu untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Perkara tersebut turut diakui beberapa warganet yang juga pernah mengalami pengalaman seumpama itu di sekitar ibu kota dan dipercayai didalangi oleh sindiket yang sama.

Beri seringgit, ‘demand’ minta lebih

Kena cubit

Kasihan kanak-kanak dieksploitasi

Beri duit, bawa kawan ramai-ramai

Orang Malaysia murah hati, senang buat duit

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mendkwa kebanyakan kanak-kanak yang meminta sedekah di Malaysia bukan berwarganegara Malaysia sebaliknya warga Rohingya atau Myanmar

Namun adalah tidak pasti sama ada aktiviti kanak-kanak berkenaan dilakukan secara sukarela atau tidak. Malah, dia turut berseloroh menyatakan orang Malaysia murah hati, sebab itu senang buat duit. Sumber: Twitter FvgTitan viaomm

Budak Perempuan Ini Disuruh Minta Sedekah Di Jalanan. Sekali Bila Cikgu Tanya Rupanya Individu Ini Yang Paksa Dirinya.

Marah dan geram..demikian perasaan penulis ketika membaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang anak kecil dipaksa meminta sedekah oleh ibu kandung sendiri. Berikut perkongsiannya;

MaIam ini aku mrah. Sangat mrah. Satu mesej masuk berbunyi, ” Cikgu. AIisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.” Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

” Kenapa AIisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sedekah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari.” ” Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja. Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini. Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

AIisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya. Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku geram. Aku mrah. Aku bengang. Bukan kat AIisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia. Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini. Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini akhirnya terpaksa patuh.

Ikutkan hati mrah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu. Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan. Itu yang aku mrah sangat. Malam ni aku bagi dua pilihan pada AIisa.

” Okey AIisa. Dengar sini. AIisa nak duduk dengan JKM?” ” Tak nak. AIisa nak duduk dengan ibu.” ” Jika tak nak, AIisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar. Jika cikgu dapati AIisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan AIisa kepada JKM.” ” Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok. Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini. Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.

Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka. Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.

Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi. Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu AIisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.

Mengagumkan Sekali Calon SPM Ini Dapat Markah Penuh Untuk Ujian Percubaan Matematik Tambahan. Pelajar Ini Tampil Dedahkan Rahsianya

Ternyata perkongsian mengenai keputusan Matematik Tambahan pelajar ini raih perhatian ramai serta mengagumkan. Jika disebut subjet Matematik Tambahan, Terlalu ramai peajar yang kurang gemar dengan mata pelajaran ini kerana menganggap ia sebuah subjek yang susah.

Demikianlah yang terjadi kepada pelajar ini yang turut mempunyai tanggapan sama mengenai subjek tersebut.Namun segala-galanya berubah selepas dia nekad untuk memperbaiki pencapaiannya demi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Difahamkan pelajar bernama Muhammad Izwan Azwar mula mendapat perhatian selepas dia memuat naik markah kertas peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober 2020 di mana dia memperoleh 100 peratus bagi subjek tersebut, di Twitter.”Alhamdulillah, another achievement unlocked (satu lagi pencapaian berjaya diraih),” tulisnya pada perkongsian yang sehingga kini meraih 6,292 retweet.

Jika lihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan kekaguman mereka dengan pencapaian yang dianggap luar biasa itu. Pelajar yang senang disapa sebagai Izwan berkata segala-galanya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke tingkatan empat, dua tahun lalu.

“Masa tingkatan empat, saya masuk kelas aliran Sains yang ada subjek-subjek Sains seperti Fizik, Kimia termasuklah Matematik Tambahan. Sebaik saja masuk menengah atas, saya memang nekad dan pasang niat untuk melakukan perubahan sebab Matematik asyik gagal masa tingkatan tiga.

Jelas anak bongsu daripada empat adik beradik ini lagi, keputusan subjek Matematik Tambahannya mula menunjukkan peningkatan ketika peperiksaan akhir tahun sewaktu tingkatan empat, di mana dia memperoleh A-.”Masuk tingkatan lima, mungkin sebab banyak topik, saya sekadar dapat C sahaja pada ujian penggal pertama. Saya lipatgandakan usaha tambahan pula masa tu dah mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setiap hari saya akan sertai tuisyen secara online dengan cikgu yang sama. Setiap malam pula, selepas buat kerja sekolah, saya akan habiskan masa kira-kira empat jam untuk buat latihan Add Math.”Saya biasakan juga buat ulangkaji tentang sesuatu topik sebelum ada kelas Add Math keesokan harinya supaya tak blur bila cikgu mengajar.

“Bila ada kawan minta tolong, saya ajarkan juga… dengan cara ini akan buat kita lebih faham. Selain itu, banyakkan bertanya guru kalau tak faham,” ujarnya yang menuntut di sebuah sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur.Berkat usaha kerasnya, Izwan berjaya memperoleh keputusan yang sangat cemerlang bagi subjek tersebut ketika peperiksaan percubaan SPM, Oktober tahun lalu.

“Kadang-kadang terlewat masuk kelas online… tapi saya akan ‘cover’ semula sesi yang ketinggalan tu.”Jadi untuk masa-masa yang ada sebelum peperiksaan ni, manfaatkanlah masa dan lebihkan usaha untuk sekurang-kurangnya lulus. Banyakkan buat latihan… saya kini hampir ‘cover’ kertas percubaan untuk setiap negeri.

“Saya nak ucapkan terima kasih terutama kepada cikgu subjek dan ckgu tuisyen, serta rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka, takkan tercapai keputusan seperti sekarang. Buat calon SPM, moga kita semua diberikan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab soalan kelak,” ujarnya yang berhasrat mahu menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di kolej matrikulasi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Published October 8, 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *