Selalu ada perubahan emosi dan cepat panas baran. Kini Caprice sudah tahu sakit yang dialaminya.

artis Hiburan Kehidupan KESIHATAN selebriti

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mengakui perubahan emosi termasuk panas baran yang dialaminya selama ini berpunca daripada penyakit hipertiroid.

Pemilik nama lengkap, Ariz Ramli, 33, mendedahkan perkara itu menerusi video dalam Insta­Story miliknya baru-baru ini.

“Ini memang gila! Selama ini saya fikir perubahan emosi atau baran adalah disebabkan masalah anxiety (keresahan) atau tekanan.

“Padahal, selama ini semua­nya disebabkan hipertiroid. Jus­teru, saya reda akhirnya dapat tahu semua ini,” kata pelantun lagu Lenglui itu.

Kata Caprice lagi, dia sudah menerima kenyataan dengan takdir hidupnya, namun harus kuat untuk bangkit.

“Insya-Allah, saya akan hadapi semua ini dengan baik dan tidak sabar untuk kembali sembuh seperti sedia kala.

“Saya mahu bekerja seperti ­biasa kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Saya jatuh (rugi) teruk, namun berharap dapat terus bangkit,” ujar Caprice.

Caprice bagaimanapun akur apabila doktor menyarankan dia supaya berehat di hospital selama seminggu bagi tujuan pemantauan.

Ujar Caprice, perniagaannya ketika ini jatuh merudum, namun berjanji untuk memastikan semuanya kembali pulih seperti sedia kala sedikit masa lagi.

Pada Isnin lalu, Caprice dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara dan pelantun lagu Takde Hal Bro itu memaklumkan, doktor mengesahkan dia mengalami tanda awal hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid terlalu aktif menghasilkan lebih hormon dan metabolisme me­ningkat.

Menerusi video yang dimuat naik, Caprice mengesahkan dia menghidap penyakit itu.

Caprice mula menjadi perhatian atas pelbagai isu termasuk soal keselamatan dan perang dinginnya bersama seorang pendakwah popular rentetan misi kemanusiaan di Gaza beberapa bulan lalu.

Impak tekanan itu, dia menerima lebih 60 ugutan bunuh sehingga memaksanya membuat laporan polis. Kes itu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Lama menyepi King Coco sahkan dah berpisah dengan bekas suami. Sekali selamba je Caprice nak video call dalam bilik air.

King Coco mengesahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.Dedah King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 24, dia kini kembali solo namun enggan memaklumkan tarikh mereka berpisah.

“Saya dah lama dah, no longer married. Saya dah lama dah tidak berkahwin dan saya pun dah habis edah… Dah lama pun. Saya sekarang hidup dalam dunia saya tanpa sesiapa, tanpa kekasih atau suami,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.

Pendedahan itu dibuat King Coco bagi mengelakkan individu tertentu diganggu. “Saya tak nak cakap pasal kehidupan peribadi saya, tapi saya kena buat sebab ada orang telah diganggu. Jadi saya perlu jelaskan sekali lagi,” ujarnya.

King Coco dan Azrin Anas telah berkahwin pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata. Dia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat dan mengaku lahir dari banyak campuran dalam keluarga.

Caprice Ajak Video Call

Dalam perkongsian terbaru Caprice, dia kongsikan berita King Coco cerai dan captionnya tidak dapat dipastikan sama ada dia bergurau atau sebaliknya. Captionnya ajak King Coco video call dalam bilik air buat orang ramai tidak senang dan meyelarnya

capriceofficial: Hahahah @ohhmymedia.cc boleh tak tolong bagi number caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air.

Ramai yang dah mula minta maaf pada Caprice lepas tular isu berkaitan pendakwah terkenal. Sekali ini respon Caprice.

Sejak beberapa bulan lalu, isu berkaitan selebriti terkenal Caprice, bersama seorang pendakwah terkenal serta beberapa individu lain tentang misi kemanusiaan di sebuah negara bergolak nyata mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Perkara tersebut nyata telah menimbulkan terlampau banyak spekulasi kerana pendedahan isu dalaman yang membuatkan ramai terkejut sehingga ada yang menghentam dan mengugut selebriti berkenaan.

Rasa tak selamat dengan ugtan orang ramai

Akibat terlampau takut dengan ugtan orang ramai yang terlampau terikutkan emosi itu, Caprice pernah mendedahkan bahawa dirinya berasa kurang selamat. Bukan itu saja, malah ada beberapa rakan artis lain yang seakan tidak bersetuju dan mempersenda tindakan Caprice yang dikatakan melakukan ‘jihad’ membantu negara berkenaan.

Warganet mula minta maaf

Sejak tular beberapa isu baru-baru ini, warganet mula berasa kasihan dan bersimpati dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ini. Menerusi posting terbaru di Instagram Storynya, Caprice seakan terharu apabila ramai warganet yang mula meminta maaf padanya.

Ini termasuklah daripada mereka yang pernah mencerca, mencaci, bersangka buruk dan pelbagai lagi yang pernah dilakukan masyarakat padanya.

Caprice harap ‘orang sana’ minta maaf

Dalam pada itu juga, rapper berusia 33 tahun tersebut turut mengharap bahawa individu yang dikaitkan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang telah dianiaya.

Selain itu juga, Caprice menyatakan bahawa setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kita harapkan supaya segala yang benar itu akan tersurat. Semoga segala hal berkaitan isu ini dapat dipermudah dan diselesaikan dengan baik.

Macam macam kontroversi melibatkan influencer terkenal ini. Sekali Caprice dedahkan apa yang dia nak sebenarnya dari Ebit Lew selama ini.

Kontroversi melibatkan influencer terkenal, Caprice dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sebelum ini sememangnya menjadi bualan ramai. Boleh dikata influencer tersebut teruk dihnt4m warganet kerana dilihat sengaja mencetuskan pergolakan, lebih-lebih lagi melibatkan isu misi kemanusiaan di Gz4.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, pendakwah bebas berkenaan telah dihimpit satu lagi dkwaan yang cukup besar iaitu berhubung kait dengan dakwaan srng4n sksv4l dan perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa. Ada saja pendedahan yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya bertebaran di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan sesama warganet.

Mohon buat permintaan maaf secara terbuka

Jadi, Caprice menerusi InstaStorynya telah meminta agar Ustaz Ebit Lew tampil memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain. Menurut influencer tersebut, tidak kisahlah kita memakai baju apa sekalipun, sebagai manusia kita memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Doakan supaya bertaubat

Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tetap mendoakan yang terbaik buat insan tersebut dan berharap agar beliau bertaubat. Terdahulu, pendedahan daripada seorang pendakwah, Firdaus Wong berhubung isu sr4ngn s3ksv4l benar-benar mengejutkan ramai kerana nama Ustaz Ebit Lew turut terseret sama walaupun tidak dapat dipastikan lagi sebarang kesahihannya. Walau bagaimanapun, para warganet diminta untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan supaya siasatan pihak polis yang sedang berjalan tidak terganggu. Semoga kebenaran kembali ditegakkan. Sumber: InstaStory Caprice

Caprice beri petunjuk kongsi gambar motor. Mulakan misi sumbat pedfilia ke pagar besi dimulakan.

Baru satu hari infleuncer dan selebriti terkenal, Caprice ‘bebas’ dari menjalani kuarantin wajib susulan baru pulang ke Malaysia selepas beberapa minggu berada di luar negara. Nampaknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariq Ramli telah memulakan ‘perang’ terhadap seseorang apabila memuat naik beberapa ‘hint’ termasuklah gambar sebuah motosikal berkuasa tinggi, Ducati.

“Sekarang siapa yang tak waras sebenarnya?”

Antara yang dikongsikan Caprice adalah satu link laman telegram seorang pendakwah yang membongkar ‘sesuatu’ isu membabitkan insan yang disegani.

Influencer berkenaan juga seakan memulang ‘paku buah keras’ kepada pihak-pihak yang menuduhnya g1l4 sebelum ini disebabkan pernah melakukan kontroversi semasa menjalankan misi kemanusiaan ke Gaza.

Di akhir perkongsian InstaStory Caprice, dia memaklumkan yang pihaknya akan membantu mengikut saluran yang betul dan akan memastikan individu-individu ‘sakit’ seperti pedofilia ini segera disumbat kedalam penjara. Sumber: Instagram Caprice

Caprice sedia susun strategi. Kali ni tak mahu ulang kesilapan ikut emosi.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi video di Instastory. Hampir 40 hari mengikuti misi kemanusiaan untuk Gz4, penyanyi rap Caprice terus dihimpit tekanan yang belum diketahui puncanya. Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, perjuangan demi ummah yang dilaungkannya selama ini seolah-olah memakan diri selepas terdedah dengan pelbagai maklumat penting.

“Waktu sukar untuk saya… yang betul-betul memakan diri kita apabila mempunyai semua maklumat, kebenaran dan bebanan atas bahu tapi terpaksa berdiam sementara. Setiap hari saya di sini, saya bertemu dengan beberapa orang penting yang mahu saya kongsikan kebenaran. Sebab ia bukan saja beri kesan kepada Palestin tapi Malaysia juga,”

katanya menerusi perkongsian terkini di Instagram.Untuk rekod Caprice berangkat ke Cairo, Ms1r pada 23 Jun lalu dan dia kini masih berada di sana bagi meneruskan misinya seorang diri. Caprice pernah cuba untuk mengadakan sesi Instagram live pada 21 Julai lalu untuk membuat beberapa pendedahan yang didkwa penting namun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat teguran terbuka kepada personaliti dakwah, Ebit Lew berhubung misi ke Gz4. Mengulas lanjut mengenai maklumat yang terus menghantui hidupnya itu, Caprice berkata dia sedang menyusun strategi sebelum membuat sebarang pendedahan.

Kita fikir pergi Cairo dan Gz4, bantu orang Plst1n, buat sesuatu yang baik dan pulang.

“Saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dalam keadaan emosi dan gila. Tapi waktu sekarang, saya perlu susun strategi betul-betul. Susun pelvrv, lain kali saya temb4k ia menjadi logik. Ramai suruh saya buat kerja dengan cepat, buat video… tapi ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Sementara itu, Caprice mengakui dia tidak menjangka misinya ke Gz4, Plst1n akan menjadi lebih serius malah buat pertama kali dia menangis memohon agar Allah membuang bebanan yang ditanggungnya.

“Sejujurnya saya tak jangka misi ini menjadi sedalam ini. Kita fikir pergi Cairo dan Gz4, bantu orang Plst1n, buat sesuatu yang baik dan pulang. Saya percaya ini kali pertama saya sujud dan menangis memohon agar Allah membuang bebanan atas bahu saya tapi ml4ngnya ia masih ada. Dalam hati saya, ini adalah bebanan yang perlu saya bawa dan tamatkan. Jujurnya, banyak pintu sudah buka di negara ini untuk saya dari Malaysia. Bagi saya, kita kena usaha lagi Insya-Allah kalau tiada pintu lagi, saya akan pulang,” katanya. Sumber : Mstar

Terdahulu, Sharnaaz dan Shukri Yahaya telah mencuba beberapa filter di IG semasa melakukan sesi live bersama para peminat. Filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir itu seolah-olah menunjukkan dia kini berada di Mesir. Pada masa yang sama, Shukri Yahaya dan rata-rata warganet tidak dapat menahan diri daripada ketawa sebaik sahaja melihat gelagat Shaarnaz yang seakan-akan macam Caprice pada waktu itu. Video: Klik link

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *